Friday, October 9, 2009

Salam Lebaran


Salam...

apa khabar kalian semua? semoga berada dalam keadaan sehat dan sejahtera lah hendaknya.. Maaflah andai diri ini terlalu lewat untuk mengucapkan salam lebaran kepada para pembaca yang budiman. Entahlah, tidak tahu mengapa jari ini terlalu berat untuk menaip dan otak ini terlalu tepu untuk mendatangkan idea untuk menulis padahal terlal banyak yang ingin di kongsi bersama namun ianya terhambat dek 2 sebab itu.. xpe lah.. kire ni laporan di akhir syawal lah ni.. hehe..

Pagi Raya


pagi ini takbir bergema lagi, namun takbir ini tidak menyerupai takbir yang dikumandangkan di Malaysia. Kalau di Malaysia, alunan takbir begitu mendayu2 menyebabkan hati yang mendengarnya menjadi hiba dan sebak mungkin teringat insan2 yang tersayang mahupun menangisi pemergian ramadhan. Namun disini takbirnya seperti laungan takbir yang dialunkan ketika mana barisan tentera Islam yang diketuai oleh Rasulullah datang membuka kota mekah. Gaya takbirnya seperti alunan genderang perang dan juga membuat yang turut melaungkannya menjadi bersemangat dan memang terasa bahawa kita sudah menang kerana melalui sebulan madrasah ramadhan, namun disebalik ketgegasan alunan tersebut masih juga terdapat perasaan sebak bagi mereka yang menghayatinya sambil mengingati berlalunya ramadhan.


Tepat jam 6 pagi aku keluar dari rumah mendahului sahabat2 serumahku yang lain, kemudian aku berjalan beriringan dengan kumpulan manusia yang lainnya menuju ke istad (stadium) untuk menunaikan solat hari raya secara berjemaah. Terasa diri ini bukan berada dibumi Mesir sebaliknya berada dipadang Arafah kerana terlalu ramai orang yang jalan beriringan menuju ke istad sambil melaungkan takbir raya. Membuatkan suasana seolah2 sedang menuju kepada satu kemenangan besar. Satu perasaan yang sukar nak di luahkan oleh kata2 namun ianya harus dirasakan sendiri baru terasa akan keseronokannya..


Seusai solat sunat hari raya, kebiasaannya kami pelajar Malaysia di Tanta akan tunggu sebentar untuk bersalaman-salaman antara kami, kemudian ada yang mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar beramai2 untuk dijadikan kenangan. Selalunya seusai solat ramai yang akan beransur pulang, yang tinggal hanya sebahagian untuk mendengar khutbah raya. Namun pelajar Malaysia lah antara yang terakhir keluar dari Istad kerana mahu bermaaf-maafan dan juga mengambil gambar.


Destinasi pertama kami ialah rumah salah seorang sahabat yang buat open house. ust ni dah berkahwin, jadi kebiasaannya dia akan wat open house setiap kali selepas solat raya. Yang dijemput juga xlah ramai sngat kerana rumah yang kecil dan sebagainya, namun penuh dan seska juga lah jadinya rumah ust ni, sebab yang masuk lebih dari 50 orang.. hehe.. ape2 pun makan memang best, sebab kami dihidang dengan satey dan nasi impit.


Kemudian rumah aku pula menjadi tujuan pelajar Malaysia, aku dan ahli rumah bersepakat untuk membuat rumah terbuka pada tahun ni, tp jamuan dia xde lah sehebat rumah pertama, kami hidangkan roti jala dan juga kari ayam je untuk santapan para pengunjung. Alhamdulillah ramai juga yang datang sehinggakan tukar buat roti jala kat dapur berpeluh2 untuk siapkan juadah. sampai 2 orang sekali yang menebar jala didapur dan menggunakan 3 kuali.. memang expert lah tukang masaknya..hehehe.. Alhamdulillah mampu juga kami menjamu sahabat2 seperjuangan disini walaupun dengan hanya dengan hidangan yang sekadar sahaja..


kemudian disambung ke rumah sahbat lainnya di seberbay.. sampai kemalam beraya di hari raya pertama.. membuatkan diri ini begitu keletihan.. namun untuk yang keseberbay aku tak dapat ank hadirkan diri kerana sudah terlena diatas katil.. sebab letih membantu didapur untuk persiapan open house rumah kami...

Hari Raya Ketiga


Hari ini aku pergi ke Kaherah untuk meraikan program sambutan hari raya yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri Johor. Program bermula jam 6.30 malam atau lepas maghrib, aku bertolak dari Tanta sekitar jam 4 petang dna tiba di Rumah Johor Raba'ah dekat2 kul 7 mlm. Program ni disambut dengan meriah dengan kehadiran para tetamu dengan mengenakan pakaian kebangsaan bagi pelajar lelaki dan pakaian jubah bagi wanita.. xperasan de tak yang pakai baju kurung ke x, tp rasenya macam ada, sebab derang dok belakang so x sempat nak menjeling2... kang ade lak yg cakap.. "ape tengok2 nak ngorat ke??" huhuhu...


Program ini dirasmikan sendiri oleh Pegawai Rumah Johor.. iaitu ust hanif atau dikenali sebagai abg long bagi pelajar johor. Kemudian majlis dihiburkan dengan tayangan slideshow raya yang dibuat sendiri oleh student dan juga celoteh host yang mengusik para penonton.. Selain meraikan kedatangan Syawal, program ini juga turut meraikan pelajar2 tahun 4 yang sudah menamatkan pengajian mereka disini dan akan pulang tidak lama lagi.. Untuk meraikan mereka ade slide khusus untuk mengenang keberadaan mereka disini kemudian ada juga sesi memotong kek besar bagi mereka yang diwakili pelajar2 lelaki sahaja.. xkan nak wat campur lak laki dan pompuan kan x elok, so yang laki je wakil potong kek.. yang pompuan doa je dari belakang.. huhuhu... majlis bersurai sekitar jam 12 malam.

Hari Raya Ke empat..

Sepatutnye hari ini aku kene hadir program Hari raya di Tanta.. Namun oleh kerana badan xberapa sehat.. so aku pun just berehat sahaja dirumah.. xdapat nak sama2 meriahkan sambutan hari raya di Tanta lak.. sedihnye sebab dengar kate lagi meriah... wuaaa...wuaaa... xpe lah tahun depan ade lagi insya Allah...

Beraya Di Rumah Kawan Arab..



Aku dah berjanji untuk pergi ziarah rumah kawan aku ini, dari start awal cuti lagi, namun kerana banyak sngat tugasan, xdapat aku tunaikan janji tersbuet sehinggalah datangnya syawal dan kuliah pun dah nak buka.. Oleh kerana dah janji aku pun terpaksa tunaikan juga, dan pergi seorang diri ke kampung sahabatku Mustafa yang terletak di perkampungan hisbit soleh dalam 2 jam perjalanan dari bandar damanhur.. jauh juga lah rumah dia masuk kedalam cam rumah2 kawasan kampung lah yang agak kedalam sikti dari jalan besar, so kena naik "tuk tuk" iaitu kenderaan yang cam motor tp de tempat penumpang.. penah tengok x? selalunya dalam cite hindustan banyak benda ni ditayangkan.. hehe.. tu pengalaman pertama naik kenderaan ni.. selama ni dok tengok je...


Cadangnya nak dok umah dia 2 hari je.. namun oleh kerana tuan rumah amat berharap aku tinggal lama sikit, kemudian aku tambah sehari lagi, jadilah 3 hari aku kat sana. Tu pun mustafa dan keluarganya agak berat nak izinkan aku pulang.. maklumlah mereka tunggu dari awal cuti sampai dah nak habis cuti baru aku datang umah depa.. tu yang watkan depa nak layan dengan lama sikit lah.. mereka harap aku dapat stay dalam 3 hari lagi, kerana lagi 3 hari akan ada majlis pengantin untuk sedare si Mustafa.. namun aku terpaksa menolak dengan baik kerana kau ade urusan yang perlu diselesaikan dengan segera.



Rumah mustafa ini adalah rumah kampung yang jauh dari hiruk pikuk kota dan deruman enjin kenderaan. disini kebnyakan mereka hanya menggunakan kereta kelda sebagai kenderaan peribadi mereka, selain jentera untuk membajak sawah. Keluarga kawan aku ini mempunyai tanah yang agak luas.. tah lah berapa ekar tah keluasan tanah dia... Kat tanah tu dia ada tanam padi, pokok kapas, jagung sebagai tanaman utama, manakala lada, terung dan tomato sebagai tanaman sampingan atau lebih tepat untuk keperluan harian mereka. selain itu juga dia ada menternak itik, angsa, ayam dan arnab selain seekor lembu dan seekor kerbau serta seekor khimar (keldai) yang digunakan sebagai tunggangan.



Puas aku dibawa berjalan untuk melihat kebun mereka, kemudian dibawa pula kerumah sedara mereka. Keluarga mereka dan masyarakat kampung itu sungguh peramah orangnya.. Walaupun aku orang luar dan tidak berapa paham sngat dialek perbualan mereka, namun mereka tetap ingin berbual dan bersembang serta mengenali diriku dengan lebih dekat, terpaksa lah kawan aku mustafa menjadi penterjemah bagi mereka dan aku.. huhuhu.. ye lah dialek mereka terlalu berbeza ngan bahasa arab jadi susah juga nak faham.. hehe.. tp alhamdulillah xde lah smapai missconection antara aku dengan mereka.



Setelah 3 hari disana, aku pun pulang ke Tanta semula, kerana aku nak uruskan beberapa urusan disini. Nak kene setelkan bas untuk ambik student baru, tolong cari rumah dan urusan zakat aku sendiri. Sampai ditanta lepas zohor.. lepastu terus rehat kerana keletihan...



ok lah sampai sini dulu lah cerita bersiri aku untuk kalian semua... salam lebaran.. jangan lupa pose enam yer...

wassalam...

Sunday, September 13, 2009

10 Akhir Ramadhan

gambar hiasan

assalamualaikum...

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang masih lagi beri aku peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan alam diakhir-akhir Ramadhan ini. Semoga peluang yang Allah berikan ini tidak disia-siakan, kerana ajal dan maut bila-bila masa sahaja akan datang menjemput.

Pejam celik, pejam celik, Ramadhan sudah hampir dengan penghujungnya. Terasa baru semalam Ramadhan menjengah kita, namun beberapa hari lagi ia akan pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya beruntunglah, bagi mereka yang benar-benar memanfaatkan sebulan di bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya, dan rugilah mereka yang menyambut Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain. Alhamdulillah kita sudah berada di peringkat yang ke 3 dalam bulan Ramadhan iaitu " dibebaskan dari api neraka". Untuk lulus ketiga-tiga peringkat dari awal Ramadhan hinggalah ke penghujungnya hendaklah kita benar-benar menjadi insan yang bertaqwa di selepas berlalunya Ramadhan.

Antara rahsia yang tersembunyi dalam bulan Ramadhan ialah "Lailatul Qadr" (malam al-qadr). Dalam quran dijelaskan bahawa malam Al-Qadr ini sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadr ini tersembunyi di dalam 10 malam akhir Ramadhan. Ada pendapat yang mengatakan 7 malam akhir, ada yang mengatakan 10 malam akhir, dan ada juga pendapat yang mengatakan dimalam-malam ganjil 10 malam akhir Ramadhan. Namun ianya tetap menjadi rahsia Ilahi kepada hamba-hambanya yang istiqamah (berterusan) melakukan ibdah dengan ikhlas kerana Allah ta'ala semata.

YE lah.. bila di bagi tahu bila akan terjadinya malam Lailatul Qadr ni, pasti orang hanya akan tertumpu hanya melakukan ibadah pada malam tersebut sahaja. Sebagai contoh : katakanlah malam Al-Qadr itu pada malam 27 Ramadhan.. Sudah pasti malam tersebut ramai yang bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah, dengan Qiamullailnya, dengan tahajjudnya, dengan baca Qur'an dan Zikirnya dan berbagai-bagai lagi amalan yang lain, namun keesokan harinya dia dah xbuat dah lagi amalan-amalan tersebut sebab sudah dapat malam Al-Qadr.

Oleh kerana itu disembunyikan Malam Al-Qadr itu agar kita bersungguh-sungguh untuk mencarinya. Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri apabila tiba 10 akhir Ramadhan, baginda akan bangun diwaktu malam dan mengejutkan ahli keluarganya agar sama-sama menghidupkan 10 malam di akhir bulan Ramadhan. Kalau kat Malaysia agak-agak 10 malam akhir tu kita sibuk buat ape??? Pasti dok sibuk membuat kueh raya, dok sibuk ngayam ketupat, dok sibuk kemas rumah, dok sibuk tukar langsir dan kain kusyen baru.

Tapi bukan lah semua orang Malaysia macam tu, namun sebahagiannya lah. Kalau tak percaya cuba tengok berapa saf yang tinggal untuk melaksanakan solat terawikh.. sama macam di awal-awal Ramadhan tak? kalau sama Alhamdulillah bagus, kalau tidak.. nampaknya ramai yang lebih memeriahkan sambutan hari raya dari mencari Malam Al-Qadr yang penuh dengan barakah. oleh itu marilah sama-sama kita hidupkan beberapa lagi baki malam yang tinggal ini, agar kita benar-benar memenuhi kehendak Madrasah Ramadhan, iaitu menjadi insan yang bertaqwa.

Namun sedikit renungan dan muhasabah untuk kita semua, terutamanya aku lah, semoga segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramdhan akan dapat kita teruskan walaupun Ramadhan meninggalkan kita. Jangan lah hanya ketika datangnya Ramadhan, kita rajin bangun malam untuk bertahajjud, mengaji dan berzikir namun apabila berakhirnya Ramadhan, berakhir jugalah segala amalan tersebut. Rugi lah kita kalau macam tu kerana seolah-olah kita buat amalan itu ada waktu-waktu tertentu.

Memang betul kita digalakkan untuk tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan, namun apabila selepas berakhirnya Ramadhan kita teruskanlah amalan tersebut sehinggalah apabila Ramadhan datang kembali menziarai kita, amal kita akan terus meningkat. Macam mana mahu ada peningkatan antara Ramadhan kali ini berbanding yang lepas andainya lepas Ramadhan hilang segala amalan tersebut. Jadi bila datang Ramadhan amalan yang sama je kita lakukan tiada peningkatan pun dengan Ramadhan yang lalu.

Benda ini lah yang agak payah untuk aku lakukan sehingga kini, sebab itu aku katakan sebagai muhasabah bagi diri aku dan kalian semua, memang berat benda ini, namun jika kita usaha insya Allah pasti boleh. -amin-

sekian,

wassalam...

Wednesday, September 9, 2009

Bila Nafsu Amarah Dituruti

contoh gambar tarian "PENDET"

salam...

Salam ramadhan aku ucapkan buat semua pengungjung blog aku ini.. Sejak akhir-akhir ini, hubungan negara Indonesia dan Malaysia menjadi panas dan tegang akibat dari satu iklan pelancongan Malaysia yang dibuat oleh DISCOVERY CHANNEL, yang mana dalam iklan tersebut tarian "PENDET" yang berasal dari BALI dimasukkan kedalam iklan tersebut.. Kesannya rakyat indonesia marah kerana mereka menganggap malaysia mencuri budaya mereka.

Namun aku tidak menyangka perkara tersebut menjadi lebih serius dan memberi kesan yang besar bagi Rakyat di indonesia. Hari ini apabila baca akhbar online BERITA HARIAN,aku menjadi terkejut kerana ada satu berita yang aku rasa akan membawa kepada satu "bencana yang besar" seandainya tidak diselesaikan dengan segera..Ini dia beritanya ...

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing

JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam. - Bernama. sumber : Berita Harian


apabila baca berita ini, hatiku rasa agak terkilan dan sedih, kenapakah hanya kerana budaya kita harus bertindak nekad sampai ada yang mahu merusuh dan sebagainya. Mungkin ramai saudara dari indonesia yang tidak bersetuju dengan pandangan aku ini.. namun aku akan terangkan bagaimanakah bermulanya kebudayaan Malaysia dan Indonesia menjadi serupa dan hampir sama...

jawapan ini seperti yang aku berikan dalam satu forum topix.com.. semoga dengan jawapan ini dapat membuka hati saudara-saudaraku di indonesia agar kemarahan mereka mereda.

assalamualaikum...

pertamanya marilah kita amalkan sikap berlapang dada antara satu sama lain.. kerana kita selaku org islam adalah bersaudara....

komen saya, kalau kita baca sejararh penubuhan negari MELAKA yang menyebabkan tanah melayu itu terkenal di seluruh dunia, pengasasnya adalah parameswara yang berasal dari palembang.. palembang itu letaknya dimana?? ya di indonesia... jadi sekiranya pengasas negeri MELAKA sahaja sudah dari sana, kebudayaan MALAYSIA harusnya dari mana??? adakah jika kebudayaan yang dibawa dari indonesia ke Malaysia terus diajarkan kepada anak2 malaysia.. adakah itu mencuri namanya????

keduanya... ramai warga indonesia yang merantau ke Malaysia sejak dulu lagi, semenjak usainya penaklukan jepun di tanah malayu.. mereka datang untuk merantau dan bekerja di malaysia.. jadi bila mereka asalnya dari indonesia kemudian menetap disana, adakah salah mereka mengajar budaya dari negeri mereka ke anak2 mereka.. seperti lagu2 kebudayaan dan tradisional??? adakah itu juga satu pencurian???

ramai tu anak2 malaysia yang kalau diselidiki silsilah keluarganya berasal dari tanah jawa, sulawesi, banjar masin, minang dan sebagainya.. dari mana semua suku kaum tersebut??? bukan kah dari indonesia.. jadi andainya mereka membawa budaya mereka ke malaysia.. adakah itu dibilang mencuri???

jika ada persamaan didalam budaya keduanya ya tidak pelik dan bukan sesuatu yg tidak normal kerana ramai penduduk dimalaysia yg berasal dari indonesia.. yang kini sudah beberapa generasi disana..

adakah dengan persamaan budaya ini kita haru bertengkar antara satu sama lain, yang akhirnye bukan mendatangkan hasil yang baik, melainkan hanya huru-hara di kedua2 buah negara... yang ruginya sapa.. yang kita sendiri.. ramai pekerja indonesia yang mencari rezki disana untuk membiayai kehidupan keluarga di indonesia.. jadi andainya pertengakaran semakin hebat.. kemana nasib2 mereka2 ini... jika mereka dimusuhi disana akibat tindakan panas baran dari kalangan sahabat indonesia... adakah kalian mampu untuk menanggung kos hidup mereka sekeluarga andainya mereka tidka boleh lagi bekerja disana...

akhir sekali.. sekali lagi saya mengajak untuk kita berlapang dada.. biar lah budaya kita ade persamaan kerana asalnya juga dari satu tempat.. namun jangan lah kerana budaya.. persaudaraan kita sesama muslim dan juga sebagai umat manusia jadi terputus dan menjadi huru-hara kerana perkara ini..

fikirkan dan renungkan lah..

dari anak yang kedua ibu bapanya juga berasal dari indonesia...

p/s : jawapan yang aku tulis dari forum topix.com


Apakah ertinya kita memasuki "madrasah Ramadhan" andai kita masih gagal mengawal perasaan marah kita.. Kenapa kerana perasaan marah itu, orang lain yang kita jadikan tempat melepas geram?? kalau saudara-saudara dari indonesia mahu marah dan sebagainya, jangan lah jadikan MAHASISWA/WI yang menuntut ilmu menjadi tempat pelampiasan amarah kalian, mereka tidka bersenjata, bahkan mereka tidak tahu menahu tentang isu yang berlaku, kerana mereka bukanlah yang bertanggung jawab terhadap isu ini. Tujuan mereka datang kesana hanya untuk menuntut ilmu, wajarkah mereka ini yang menjadi sasaran amukan kalian.. tidak wajar bukan...

Bagaimana pula andainya apa yang kalian lakukan keatas MAHASISWA/WI malaysia di sana, dilakukan juga oleh saudara-saudara yang juga tidak dapat mengawal amarah mereka di malaysia terhadap MAHASISWA/WI dan juga PEKERJA di malaysia.. apakah perasaan kalian?? begitu juga lah perasaan saudara-saudara dari malaysia.. oleh yang demikian, berlapang dadalah... jangan lah kita terperdaya dengan bisikan syaitan dan juga turut dengan kehendak nafsu amarah kita.. Natijahnya kita sendiri yang akan menghadapi huru-hara..

Allah menjadikan kita dari suku kaum yang berbeza, dari bangsa yang berbeza, dari budaya dan bahasa yang berbeza adalah untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain.. sesungguhnya kemuliaan kita ini disisi Allah hanyalah orang-orang yang BERTAQWA.. bukan kerana kemajuan tamadun kita atau keindahan kebudayaan kita.. Oleh itu mari kita rapatkan kembali silatur rahmi antara kita.. agar kita terus hidup dalam suasana yang harmonis dan aman damai...

Isu ini juga telah terjawab, dengan permohonan maaf dari DISCOVERY CHANNEL yang membuat iklan tersebut... ini link untuk berita yang lebih lanjut...http://erabaru.net/nasional/49-bali/4144-discovery-channel-sudah-minta-maaf-soal-tari-pendet oleh yang demikian aku amat berharap agar isu ini segera selesai dan aku tidka mahu pelbagai kejadian tidak diingini berlaku akibat dari kita mengikut nafsu amarah kita..

semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua...

wassalam

Tuesday, September 1, 2009

Puasa Dihari ke 10

contoh gambar lampu yang dipasang disini


salam...

Alhamdulillah.. sudah 10 ramadhan berlalu, yang mana dikata kan, 10 Ramadhan pertama ialah Rahmat, mulai esok, bermula lembaran kedua iaitu 10 Ramadhan pertengahan adalah Maghfirah (keampunan).. jadi sama2 lah kita rebut peluang 10 hari dibulan Ramadhan pertengahan ini, semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita yang telah lalu.Dan berdoalah semoga kita akan sampai ke lembaran ke 3 dibulan Ramadhan iaitu 10 hari Ramadhan yang dijanjikan kebebasan dari api neraka.

Dalam sebuah hadis ada menyebut kan : " siapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka akan diampunkan bagi mereka akan dosa2 mereka yang telah lalu ".

Tahun ini merupakan tahun ke 4 aku berpuasa di Mesir, dan tolak 1 puasa di Malaysia. Kedatangan aku ke Mesir pada 11 oktober 2005 ialah dikala bulan Ramadhan. Banyak pengalaman aku melalui Ramadhan di bumi barakah ini, suasana Ramadhan disini jauh berbeza dengan di Malaysia. Disini, bulan Ramadhan umpama bulan perayaan bagi kaum muslimin, setiap rumah akan memasang lampu seperti tanglong tapi lain sikit bentuknya. Ada sesetengah rumah pula yang memasang lampu kelap-kelip, yang mcm biasa kita lihat di malaysia. Pemasangan lampu itu seperti pelita panjut kalau di Malaysia, ianya lebih kepada untuk menerangkan rumah dan nak memeriahkan suasana sambutan Ramadhan.

Disini kita tidak akan dengar lagu raya versi arab, berkumandang di radio-radio mereka, bahkan lagu raya pun tiada disini. Namun anda boleh dengar lagu raya bile anda pergi ziarah ke rumah pelajar-pelajar Malaysia. Biasalah, bila duduk diperantauan ni feeling dia lain sikit, time2 ni lah dok terkenang kat keluarga di Malaysia, dok terkenang wat ketupat, rendang dan sebagainya.. huhuhu.. sesekali layan feeling kan jadi lagu tu lah dok jadi peneman anak rantau disini. Tapi bukak pun bila dah seminggu nak raya, kalau bukak sekarang ni, mau kene perli dek kawan " berat demo, dok sabo2 nak raye, poso baru bape hari jah ".. huhuhu.. cubaan dialog dalam bahasa klate..

Suasana Ramadhan juga meriah disini, kerana semua orang-orang Mesir yang berkemampuan dok berebut-rebut untuk bersedakah dan berbuat kebajikan. Jadi ada diantara mereka yang menyediakan makanan berbuka puasa di mesjid-mesjid, ada juga di kawasan pejabat, ada juga di depan rumah masing2. dekat sini penyediaan buka puasa tu disebut Maidah Al-rahman (baca: maidatur rahman yang bermaksud makanan dari Allah) atau makanan yang diberi makan kepada orang ramai kerana Allah. huhuhu....Amalan ini bersesuaian dengan Firman Allah ta'ala " berlumba-lumba lah untuk berbuat kebajikan ".

Jadi sepanjang bulan Ramadhan ni, dapur hanya akan berasap di waktu sahur je, waktu buka tidak perlu risau, jalan lah kemana-mana pun, ada tempat untuk berbuka puasa. Hatta jika kita sedang bermusafir atau dalam perjalanan ke mana2 tempat, pasti ada dipertengahan jalan orang yang membahagi-bahagikan makanan beberapa minit sebelum berbuka puasa. Ada juga yang memberikan makanan ke rumah-rumah, khasnya rumah-rumah anak yatim, fakir dan juga pelajar-pelajar. Jadi kami pelajar Malaysia ni, selalu lah dapat makanan tersebut terutamanya bagi pelajar-pelajar yang tinggal di rumah negeri sekitar kota Kaherah. Perbuatan ini seumpama kalau kat Malaysia dengan pengagihan bubur lambuk di mesjid-mesjid selepas solat Asar. Tapi disini lebih meriah dan ramai orang yang buat.

Kalau terawikh pula, kebanyakan mesjid-mesjid disini membuat 8 rakaat, namun ada juga mesjid yang buat 20 rakaat, kita boleh pilih nak pergi masjid yang 8 rakaat ke atau 20 rakaat. Kebiasaan yang 20 rakaat ni ayatnye pendek2 manakala yang 8 rakaat ni ayatnya agak panjang. Jadi tempoh melaksanakan terawikhnye sama sahaja samada buat 8 atau 20 ikut pilihan kita. Ada juga sesetengah pelajar yang berazam untuk menunaikan terawikh di 30 buah mesjid, iaitu satu malam satu mesjid. ianya tidak sukar untuk dilaksanakan kerana di Mesir nie, bertaburan mesjid, tidak terkira banyaknya, jadi tidak susah andai kita nak berbuat demikian, yang penting perlukan azam dan semangat yang kuat.

Untuk tahun ini, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT), mendapat kebenaran untuk menunaikan solat sunat terawikh dimesjid bersebelahan Markaz DPMT, oleh kerana masjid itu baru sahaja siap dan agak kurang penghuni di sekitar situ, maka kami di amanahkan untuk mengimarahkan nya, jadi suasana terawikh bila kami buat saling tidak tumpah lah dengan terawikh di Malaysia. Dengan selawat disetiap selepas 2 rakaat, bacaan doa setiap selepas 4 rakaat dan sebagainya. Ianya berbeza dengan solat terawikh di mesjid lain kerana arab solat terawikh tiada selawat selepas 2 rakaat, dia lepas salam sahaja, duduk kejap terus sambung rakaat seterusnya namun selepas 4 rakaat akan berhenti seketika berehat, ada mesjid yang bagi tazkirah dan sebagainya.

Suasana Malaysia itu semakin dirasai apabila ada sahabat kita yang menyediakan "more" (makan-makan lepas terawikh). Jadi kurang sikit rindu kepada Malaysia, sangkeng suasananya yang begitu seperti di Malaysia ada sahabat yang menggelar Masjid itu dengan Masjid Malayziah.. huhuhu... selepas usai solat terawikh, di isi pula dengan pengisian rohani iaitu tazkirah ramadhan, dan kemudian barulah Tadarrus Alquran dilaksanakan, untuk satu malam 2 juzuk dibaca... Alhamdulillah.. semoga amal kita semua di bulan penuh barakah ini diterima Oleh Allah Ta'ala...

cukuplah setakat ini dulu cerita mengenai pengalaman aku menjalani ibdah puasa kali 4 di Mesir. apabila aku pulang kelak, sudah pasti suasana ini lah yang paling akan ku rindui.. akhir kata " Tingkat amalan kita di bulan Ramadhan ini khasnya di 10 hari pertengahan Ramadhan yang penuh dengan keampunan ".

wassalam...

Sunday, August 23, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


assalamualaikum...

khaifa halukum jamian, atamanna atum kulukum fil hali sehah wal afiah.. huhu.. sekali intro bahasa arab xpe kan.. kalau salah tegur lah yer.. sy budak baru belajar.. :)

Alhamdulillah, sudah 2 hari ramadhan menjengah kita, peluang yang sering ditunggu oleh hamba-hamba Allah yang soleh, yang mana mereka tahu dibulan barakah inilah peluang keemasan untuk melipat gandakan amalan mereka, kerana ganjarannya juga akan menjadi berlipat-lipat kali ganda. Amalan sunat pahalanya menyerupai amalan wajib, yang wajib apatah lagi. Oleh itu, bersempena dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama melipat gandakan amal ibadah kita, sudah 11 bulan kite berehat apalah salahnya satu bulan ini kita tumpukan diri kita untuk melaksanakan ibadah dengan penuh kekusyukan kepada Allah.

Ramai yang menjadikan alasan bulan ramadhan ini untuk bermalas-malasan. Para pekerja, sebahagian mereka akan jadi lesu untuk melaksanakan kerja-kerja mereka, alasan mereka sebab puasa letih, xleh nak buat banyak kerja. Para pelajar pula, alasan mereka letih dan lapar, jadi xboleh nak study bnyak2 sngat dan xboleh nak fokus semasa proses pembelajaran dan pengajaran diadakan. Para anak-anak, akan menjadi berat tulang apabila diminta pertolongan oleh ibu atau bapanya, mereka menjadikan puasa sebagai alasan untuk tidak buat kerja dan hanya perlu berehat sahaja sambil menuggu waktu buka puasa.

Sepatutnya kita tidak menjadikan bulan ramadhan ini sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan dan hanya berehat sahaja. Rasulullah dan para sahabat bukan berehat dibulan ramadhan, sebaliknya mereka berperang dan berhadapan dengan musuh dibulan ramadhan, iaitu semasa peperangan badar berlaku. Jadi adakah kita masih lagi mahu menggunakan ramadhan sebagai alasan untuk bermalas-malasan??? tidak malukan kita kepada Rasulullah dan para sahabat yang berjuang dan berperang menggadaikan nyawa dalam keadaan berpuasa sama seperti kita, sedangkan kita jalankan amanah sebagai pekerja, pelajar dan anak-anak pun tidak termampu, belum lagi suruh pegi perang. renung-renungkan lah.

Lagi satu, kebiasaan manusia ni, terutamanya orang melayu, apabila masuk bulan ramadhan, ketika singgah ke bazar-bazar ramadhan, semua dia nak beli, air smapai beberapa jenis, kemudian kuihnya, nasi dan lauknya, ayam perciknya dan pelbagai juadah lagi dibeli semata-mata ingin makan dengan selera setelah sehari berpuasa, namun apabila masuk waktu berbuka, air hanya sejenis yang dapat dihabiskan, nasi dan lauk sahaja yang mampu dimakan, yang lainnya terkadang terpakse disimpan utk sahur, kalau xhabis juga, terpasa lah dibuang. Sepatutnya dibulan ramadhan ini kita berlumba-lumba untuk bersedekah namun apa yang jadi sebaliknya kite jadi membazir. Sedangkan kite tahu membazir itu kawan kepada syaitan. Jadi berbelanjalah ikut kadar keperluan, bukan mengikut nafsu makan yang membuak-buak. Kan puasa itu panjang sebulan, jadi pandai lah kita atur, contoh, hari ni kite beli air cendol dengan nasi lauk sahaja, esok tukar lak menu lain, beli air kelapa dengan roti hohn ke, so xde lah terbuang kan makanan tersebut. Baki duit boleh disimpan, untuk tempah baju raya ataupun untuk keperluan lainnya.

ok lah sekadar itu sahaja renungan kali ini... semoga dengan datangnya Ramadhan kali ini, kita dapat membentuk keperibadian kita agar menjadi lebih baik dan dapat meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah, agar apabila berlalunya madrasah ramadhan ini, kita mampu menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Serta darjat keimanan dan ketaqwaan kita meningkat dari tahun-tahun sebelumnya..

"selamat menjalani ibadah puasa"

wassalam..

Friday, August 14, 2009

Blog Cleaner...


salam...

pe khabar anda semua.. diharapkan sehat lah yer... aku kat sini alhamdulillah sehat.. cume ade batuk2 sikit.. tp jangan risau.. tidak ade kene mengena dengan H1N1 pun.. just batuk sbb kuat sngat minum ais dimusim panas nie.. dah cube tahan tp xmampu lah pulak menahan godaan air yg sejuk disaat2 cuaca sekeliling begitu panas.. huhuhu

dah dekat 2 bulan aku x update blog ni kan.. sbb tu aku namakan post kali ini sebagai "blog cleaner" sbb nak cuci dan bersihkan segala sawang dan habuk yang ade.. kalau x nanti, korang gak yang xmo singgah kat sini.. :)

dah seminggu aku ada kat Kaherah, ibu kota bagi negara mesir ini. dan kepadatan penduduknya menyamai seluruh jumlah penduduk di malaysia termasuk sabah dan sarawak, ramai kan.. huhu.. sebab tu jalan kat sini sentiasa sesak, dan bas pulak dan macam sarfin kalau naik sbb penuh memanjang, kecuali time2 cuti kuliah dan kerja, barulah ade ruang untuk bernafas untuk menggunakan pengangkutan awam.

aku kat sini sbb menjalankan amanah sebagai pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi peringkat pelajar2 johor. Sebab skrng ni dah akhir sesi kepimpinan tahun 08/09, oleh itu aku ditugaskan utk menjadi organisasi yang menguruskan pencalonan exco2 baru melalui pencalonan. Alhamdulillah proses pencalonan berjalan lancar selama 6 hari walaupun terpaksa ditambah sehari lagi kerana calon tidka mencukupi keperluan.. Sekali bile tambah sehari lebih pulak calonnya.. so kenelah wat pengundian dan semua calon kene bertanding termasuk YDP dan AJKT johor.

sehari sebelum aku berangkat ke Kaherah, result exam aku dah kuar, ape lagi aku pun pi lah kuliah tengok natijah. Alhamdulillah, aku lulus dan naik tahun, tp kene bawak 2 subjek yang sangkut.. kat sini, kalau korang sangkut 1 atau 2 madah, korang akan dibenarkan untuk naik tahun, tp kalau lebih dari 2, kenelah mengulang setahun lagi.. Namun dalma kegembiraan ade juga kesedihan, apabila kawan2 rapat yang sama2 study dan berbincang, belum ade rezeki nak naik tahun 4, so aku dan kawan sorg lagi je yg naik, agak susah dan suram lah lepas ni, sbb xramai kwn utk wat discussion dan sebagainya.. ape2 pun aku sentiasa mendoakan kejayaan sabahat2 yang lain, dan tabah dalam menghadapi ketentuan Ilahi.. teruskan perjuangan kalian wahai sahabat..

lupa lak nak cite ngan korang, pengalaman aku pi matruh dan siwa pada bulab lepas, maaflah xsempat lagi nak cerita, so nantilah kalau dah habis tugasan aku kat sini aku akan cite kat korang..

ok lah smapai sini dulu proses pembersihan blog aku dari segala sawang dan juga kotoran2 degil.. semoga korang sehat2 selalu...

w'salam

Sunday, June 28, 2009

Minggu Mahabbah Keluarga Tanta (MMKT)

gambar hiasan (piala exco tahun lepas)

salam..

Dah beberapa minggu juga aku x update blog aku ni.. maaf lah yer,sekarang ni agak sibuk ngan tugasan promosi Trip ke MATRUH & SIWA. Dan juga Program MMKT yang sedang berlangsung.

Sudah menjadi tradisi bagi pelajar Malaysia Universiti Al-Azhar cawangan Tanta di bawah teraju Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) akan mengadakan hari keluarga pada cuti musim panas selepas berakhirnya imtihan. Oleh itu pada tahun ini, tarikh yang di pilih oleh AJKT DPMT untuk melaksanakan MMKT ialah pada 27 hingga 29 Jun 2009.

Hari ini hari kedua program berlangsung. Letih badan ini bile menyertai sebahagian acara, almaklumlah dengan badan yang comel dan juga jarang bersukan, membuatkan tulang2 jadi keras, bila bersenam sikit mula lah sakit2 satu badan. hehehe...

Antara acara yang aku masuk ialah : 1) tiup belon sampai pecah edisi berkumpulan (menang) 2) makan buah epal (kalah walaupun aku lah peserta paling besar huhuhhhu..) untuk acara hari ini lak : 1) bola tampar (alhamdulillah menang tapi lom habis lagi) 2) gusti lengan (kalah jugak). 3) Tarik tali (kene paksa main sebab mempunyai badna yang gagah..huhuhu.. alhamdulillah menang)..

Kapten suh masuk pidato, tapi aku terpaksa tolak sebab gayat diri depan orang ramai.. kang mula lah gabra, isi lain cakap lain.. huhuhu.. lingkup jadinya... Sian kat kapten kene cari orang lain di akhir2 masa ni. Maafkan saya yer kapten..

Antara acara yang menjadi sajian setiap kali hari keluarga ianya terbagi kepada 2 bahagian outdoor dengan indoor. Antara acara outdoor ialah bola sepak, bola tampar, sepak takraw, tarik tali dan sukaneka rakyat (tiup tepung,makan epal, lari dalam guni, basikal lambat, lari ikat kaki, tiup belon sampai pecah dan bermacam2 lagi)

Bagi acara indoor lak, seperti biasa debat ala parlimen, pidato, khutbah, pantun, syair, berlakon, khat, ping pong dan macam2 lagi. Alhamdulillah sambutan seperti tahun2 yang sebelumnya amat menggalak kan walaupun ramai juga yang pulang ke tanah air dimusim cuti ni. Ianya juga diserikan lagi dengan penyertaan pelajar2 Perubatan Tanta yang sporting bukan sportrim yer tu untuk kereta..hehehe..

Pada pendapatan dan pandangan saya yang masih clear tanpa cermin mata mahupun cermin muka, objektif untuk MMKT dapat juga terlaksana dengan baik iaiatu merapatkan ukhwah antara sesama pelajar di TANTA baik pelajar agama mahupun pelajar perubatan.

Semoga tradisi ini menjadi amalan yang berterusan di bumi Tanta ini sehinggalah pelajar malaysia yang terakhir berada disini. Aminn...

p/s : bagi kawan2 yang belum menghadiri lagi MMKT, apa tunggu lagi, mai lah YOP.. esok hari last dah rugi wei kalau x datang.. Dan esok juga akan diadakan perasmian penutup dan juga penyampaian hadiah bagi para pemenang...

wassalam...

Thursday, June 18, 2009

Rehlah Matruh Siwa 09

Salam...

sebagaimana yang telah kita semua maklum, saban tahun DPMT akan mengadakan rehlah ke Matruh & Siwa pada cuti musim panas. Dengan ini ingin di maklumkan lagi sekali bahawa DPMT akan menganjurkan Rehlah Saifi Matruh & Siwa 2009 pada 11-14 Julai 2009.

Oleh yang demikian pelajar yang ingin mengikuti TRIP Matruh & Siwa Summer Vacation ini, boleh lah mendaftar kan diri kepada orang2 berikut :

Baharuddin B. Dahlan : 010-8567284
Mohd Ridzuan B Othman : 010-7930842
Mohd Nor Shafiq B. Arshad : 011-6981427

bayaran untuk Rehlah matruh & siwa adalah sebanyak L.E 230. dan deposit sebnyak L.E 50 sebagai tanda konferm pergi. perlu disertakan semasa pendaftaran nama.

bayaran tersebut termasuk, pengangkutan, penginapan, makanan dan tiket2 tempat yang akan dilawati.

antara tempat yang akan di lawati ialah :

* Pantai Agibah (pantai yang dikatakan mempunyai 4 warna)
* hamam cleopatra (cleopatra beach)
* kolam mandi cleopatra
* laut garam.
* kesan oeninggalan matbad iskandar
* jabal mauta @ bukit mayat (kat dalam tu leh tengok mumiya)
* melihat oasis di siwa lembah yang subur di kawasan padang pasir
* peninggalan sejarah kota siwa lama.
* membeli belah di pasar LIBYA.
* berbasikal mengelilingi kawasan marsa matruh.
* mandi manda di pantai ubaid. (air yang jernih dan biru)


antara pemandangan di sana :


pantai ajibah


kolam cleopatra


pandai ubaid


kota siwa lama


jabal mauta


jabal mauta


gambaran kota siwa lama


cleopatra beach


cleopatra beach

dan banyak lagi tempat2 menarik...

apa tunggu lagi.. moh ler daftar sekarang... sementara pendaftaran masih dibuka... untuk mengisi masa kosong cuti anda...

INSYA ALLAH ANDA AKAN BERPUAS HATI.

Monday, June 15, 2009

Selamat Pengantin Baru Wahai Teman



salam...

Kelmarin seorang lagi sahabat aku masa sekolah menengah dulu meninggalkan zaman bujangnya dan menuju ke alam baru, iaitu alam rumah tangga. Kawan aku ni nama dia Firdauz Bin Shukran dan pasangan nya hanya aku ketahui sebagai Lily. Sebab dalam kad jemputan dalam friendster dia tu je yang tercatat hehe.. Yang menariknya perkahwinan dia dibuat secara berpasangan dengan adiknya yang bernama Siti Fairuz binti Shuran (x sure sangat nama betul dia) dan pasangan Ismail.

Tahniah dan selamat pengantin baru aku ucapkan buatmu teman. Nampaknya makin ramai kawan2 aku yang sudah pergi meninggalkan zaman bujang mereka, hanya yang tinggal beberapa kerat je yang masih single, sebab belum tamat lagi pengajian. So pada kawan2 yang masih single and mingle tu, xyah lah risau, insya Allah xlama lagi akan tiba giliran anda. Tapi adakah anda sudah bersedia????

hehehe.. pertanyaan dari aku ini. Memang lah kalau ikut kehendak diri dan melihat usia yang diawal dewasa ini keinginan untuk mendirikan rumah tangga itu membuak2 sahaja. Namun adakah kita benar2 sudah bersedia untuk melaluinya. Kehidupan rumah tangga atau alam perkahwinan ini bukan seperti main pondok2 atau main kawen2 masa zaman budak2 dulu. Yang mana kalau rase bosan atau dah penat nak main boleh berenti dan xnak main dah. Sebaliknya alam rumah tangga ini, sekali kaki melangkah sudah pasti tidak boleh berpatah balik.


Tanggung jawab orang yang sudah berkeluarga juga akan bertambah, dulu kita bertanggung jawab pada diri kita dan kedua ibu bapa sahaja. Namun sekarang kita akan kene tanggung isteri juga termasuk keluarganya sekali jika mampu. Tanggung jawab atauy tugasan sama ada sebagai seorang suami atau seorang isteri itu amat berat, dab juga terkadang agak meletihkan. Namun itu lah erti sebuah keluarga, yang mana ianya ibarat sebuah rumah, yang suami merupakan tiang asas manakala isteri pula sebagai pembantu dan anak2 sebagai pelengkap.

Andai suami tidak jalankan tugasnya dengan baik, sudah pasti isteri akan terbeban dan mungkin anak2 akan menderita, begitu juga sebaliknya jika isteri tidak jalankan kewajipannya dengan baik sudah pasti kehidupan suami dan anak2 akan tidak terurus. Oleh itu, suami dan isteri kenalah tahu peranan masing2 dan cube untuk lakukan kewajipan masing2 dengan sebaik2nya.

bukan lah tujuan aku nak menakut2kan kamu semua untuk berkahwin, tp itu lah realiti yang akan kita hadapi bila sudah berkeluarga. Tapi jangan pulak ade yang x kawen, kalau xkawen pun banyak gak tanggung jawab. Manusia ini mmang hidup dengan tangung jawab dan tugas masing2, so janganlah kita menjadi orang yang lari dari tanggung jawab atau takut untuk mempunyai tanggung jawab.



Kalau xkawen lagi rugi, orang semua ada teman untuk berbahagi dan berkongsi suka dan duka, kita pulak hanya sorang2 je. Maybe akan ada yang cakap, xpe lah aku ade kawan2 yang boleh jadi pendengar setia. Setakat manakah sahabat itu mempunyai masa untuk kita??? kerana jika dia pun sudha berkeluarga maka masanya akan lebih kepada keluarga. Kalau kita cakap pula, xpe lah kan ada adik beradik yang leh berkongsi kasih.. Sama juga, adik beradik kita juga bila sudah berkahwin akan lebih tertumpu pada keluarga mereka. Jadi apa yang ada perlukan ialah seorang pasangan yang mampu untuk menemani anda sepanjang hayat.

Tapi kalau dah kawen mesti akan gaduh2 kan?? itu lumrah kehidupan, kerana kita mempunyai pola pemikiran yang berbeza, kecenderungan minat yang berbeza, sudah pasti akan ada perbezaan. Jadi adatlah kalau ada gaduh sikit2, yang paling penting, bagaimana kita nak jadikan perbezaan itu suatu yang menarik dan juga menjadikan pergaduhan itu tidak dalam tempoh yang lama. So perlulah ada sifat toleransi dan persefahaman. Dengan itu, walaupun gaduh akan cepat semula baik, dan akan terus bahagia.

Akhir sekali kebahagiaan itu tidak akan datang jika kita hanya mengharapkan orang beri pada kita, sebaliknya kebahagiaan itu akan dapat kita nikmati andai kita juga memberi dan berkongsi dengan pasangan kita.

hehee.. sekian sudut motivasi ringkas dari seorang bujang yang wat2 cam pandai je pasal rumah tangga.. huhuhu

wassalam...

p/s : perkahwinan itu suatu ikatan yang suci antara dua hati, peliharalah ia moga akan berterusan hingga ke syurgawi.

* gambar sumbangan kawan aku juga yang merupakan seorang photographer iaitu mohd Farhan bin Mohammad a.k.a Bers..

Muhasabah Imtihan

gambar hiasan

salam..

Alhamdulillah berakhir sudah pertempuran ku di medan peperiksaan, segala rasa sedang bercampur baur ketika ini, rase gembira, takut, risau, penat dan legas bersarang di lubuk hatiku setelah tamatnya peperangan di dewan peperiksaan.

Ada beberapa perkara yang ingin muhasabahkan diri aku sendiri untuk exam kali ini. Hari ini aku exam oral qur'an atau syafawi al-qur'an. Untuk madah al-qur'an ini kami pelajar luar mesir yang bukan berbangsa arab di berikan sedikit keringanan kerana silibus yang perlu kami hafaz lebih sedikit berbanding pelajar arab lain.

Pada sem lepas dan sebelum2 ini, silibus untuk hafazan al-quran ialah 2 juzuk untuk setiap tahun. Maknanya tahun 1, juzuk 1 dan 2. Tahun dua pula tambah 2 juzuk lagi jadi juzuk 1,2,3 dan 4. Tahun 3, juzuk 1,2,3,4,5 dan 6. sampai lah tahun 4 yang menghafaz sehinga juzuk 8. Keempat2 tahun ini nilai nye sama seperti 1 tahun pelajar arab, kerana mereka kene hafaz satu tahun 7 juzuk setengah. Jauhkan beza dia, Alhamdulillah satu keringanan buat kami.

Pada tahun ini pula dan pada tahun2 seterusnya, Universiti Al-Azhar telah buat 1 lagi perubahan silibus, iaitu dilibus al-qur'an dikurangkan menjadi setiap tahun 1 juzuk. So untuk tahun 1 just juzuk 1 sahaja, bila naik tahun dua jadi juzuk 1 dan 2. Satu lagi keringanan untuk kami pelajar yang bukan berbangsa arab.

Muhasabahnya ialah : hehehe... walaupun dikurangkan silibus tapi aku masih juga tidak mampu nak habiskan hafazan kepada silibus yang ditetapkan (ni muhasabah aku sorang je ni). Sekarang ni aku dok tahun 3, so kene hafaz hanya 3 juzuk berbanding 6 juzuk mengikut silibus lama. Tapi itu lah, bila tiada kesungguhan dalam diri, akhirnya walaupun di kurangkan aku tetap xmampu untuk menghabiskan hafazan dengan baik.

Aku rase sebenarnya bukan silibus yang memberatkan untuk menghafaz, tapi kesungguhan diri aku ni ha yang x ada. Padahal tahun lepas aku kene hafaz 4 juzuk masa di tahun dua. Dah kurang 1 juzuk je dari tahun lepas, pun x boleh nak hafaz jugak. Adesss.. teruk kan.

Terkadang aku terasa juga dengan ayat alqur'an yang bermaksud " janganlah kamu menjual ayat2 Allah dengan harga yang sedikit ".. Dalam surah al baqarah beberapa kali ayat ini di ulang. Kita biasa dengar penceramah gunakan ayat ini untuk menggambarkan ahli2 ugama yang tahu akan sesuatu hukum namun menyembunyikannya kerana takut gajinya akan dipotong atau nak cover periuk nasi mereka sehingga sanggup menyembunyikan atau mendiamkan sesuatu yang perlu disampaikan.

Apa yang buat aku terasa dengan ayat tersebut?? ye lah, aku terasa kerana seolah2 aku ini hafaz ayat2 Alqur'an semata2 untuk exam sahaja bukan untuk di ambil iktibar dan dihayati (ini juga aku tujukan pada diri aku). Cube bayangkan dari tahun satu aku dah hafaz 2 juzuk, namun bila habis je imtihan atau exam di sem kedua, lepas syafawi atau oral aku langsung x ulang balik hafazan aku. Akhirnya bila nak exam di sem dua tahun depan baru lah dok terkial2 nak hafaz dan ulang semula. Itu yang aku katakan sebagai menghafaz untuk exam sahaja. Agak2 sama tak gambaran org yang jual alqur'an dengan smebunyikan kebenaran dengan aku yang hafaz qur'an demi untuk exam, yang mana dengan natijah exam yang baik so akan dapat keputusan yang cemerlang dan kerja pun bagus. Sama kan....

Itulah yang perlu aku ubah... insya Allah, pada tahun ini aku akan cuba untuk menjaga hafazan dengan baik bahkan cuba untuk menambah hafazan melebihi silibus yang ditetapkan. Segan jugak bila pelajar arab nia habis belajar azhar derang habis dah 1 qur'an atau 30 juzuk, Aku pulak habis azhar 4 juzuk je.. betapa lemahnya lah aku ini.. semoga aku dapat perbaiki diri dan dapat buat yang terbaik dimasa akan datang...

wassalam...

p/s : muhasabah ini hanya berkaitan dengan aku sahaja, tiada kaitan dengan orang2 lain. harap maklum...

Sunday, June 14, 2009

Update Terbaru Keadaan Fathi Yakan

salam..

terdapat banyak spekulasi yang berlaku tentang kewafatan beliau, ada sebahagian yang menyatakan kematian beliau awal lagi, kemudian disangkal oleh ahli keluarga beliau. Kemudian berita rasmi pemergian beliau telah dikeluarkan semalam. Oleh itu, dengan itu telah benar bahawa Fathi Yakan, sudah pergi meninggalkan kita. Semoga Arwah di tempatkan bersama para syuhada' dan solehin.

berita lanjut mengenai kewafatan beliau :

Terbaru: Berita pengesahan kematian (3 jam selepas penafian)


Akbar Jazeera menyatakan:

Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.

Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:

Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.


Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:


Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.


Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.


sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):


بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

sumber : laman blog salman maskuri

Saturday, June 13, 2009

Berita Tantang Keadaan Fathi Yakan




Berita kematian


Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:


Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.


Berita penafian


Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan disiarkan dalam alarabiya.com dan berita goggle. Beritanya adalah seperti berikut:


Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.


Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.


Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.


Terbaru


Dalam ruangan perkembangan terkini di halaman al-jazeerah telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.


Latar belakang Fathi Yakan


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.


Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.


MOGA-MOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR DR FATHI YAKAN DAN TERUS DAPAT BERJUANG MEMBELA ISLAM


Rujukan: Laman-laman web yang disebut dlm artikel dan lain-lain.

sumber : laman blog salman maskuri

Thursday, June 11, 2009

Kemalangan Pelajar Perubatan Cairo

gambar hiasan

salam...

semalam aku telah mendapat ofline mesej dari kawan2 di mesir dan diberitahu bahawa telah berlaku kemalangan terhadap 5 pelajar perubatan kaherah yang mengakibatkan seorang meninggal ditempat kejadian iaitu Muhammad Ammar Bin Zulkifli, 2 lagi koma dan 2 lagi cedera ringan.. Al fatihah di ucapkan kepada arwah, semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang soleh..

berikut adalah berita lanjut mengenai kejadian...

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

sumber : perubatan.org

Tuesday, June 9, 2009

Exam yang meletihkan...

gambar hiasan


Salam..

apa khabar ek korang sume?? semoga sehat2 sejahtera lah hendaknya.. he3, lama dah aku x memblog semenjak masuk zon tidak bebas nie. Aku exam mulai 17 may sampailah 11 jun 2009, dekat sebulan gak lah ngadap buku and jadi ulat buku,he3..

Bagus jugak ade exam nie,membuatkan aku jadi rajin sikit nak katamkan 1 kitab, utk persiapan exam, walaupun xde lah smapai habis, mesti ade yang xsempat habis, namun aku tawakkal je pi exam. he3.. alhamdulillah, cam biasa ada yang boleh jawab ngan mudah, ade gak yang membuatkan dok termenung melayan blues dalam dewan exam.. mana tak nye, satu kitab kene baca, soalan 2 @ 3 je. Pastu kekadang bentuk umum, yang perlukan huraian yang panjangnya macam cerpen.. mau x termenung kat situ.. he3..

sudah 11 paper yang aku lalui.. ade lagi 1 paper je lagi.. tapi semangat nak exam semakin luntur, bak baju yang terkena clorox.. impak maksima dari kawan2 aku yang lain dah habis exam pun,he3.. semua student baik syariah, kuliah qur'an mahupun sebahagian besar dak2 usuluddin dah habis exam, tinggal kos aku je yang xhabis lagi.. rase tertekan je, cam kene lenyek ngan bantal golek je rasenye.. hhuhuhu..

mana taknye tertekan, kita dok lagi ngadap kitab, derang dah de yang jalan pi umah2 kawan kat daerah lain, pastu adelak yang dah siap2 beli barang utuk pulang ke Malaysia, ade lak yang dok main bola je kat padang nak releskan tensen.. Tapi aku maish juga setia ngan kitab.. xpe lah, sesungguhnya Allah itu bersama orang2 yang sabar..

so came on baha.. u can do it. gambate, chaiyok and all the best for u.. he3, itu je lah yang aku katakan dalam hati utk terus membakar dan memanaskan enjin aku, agar x mati di tengah jalan, kalau lah mati tengah jalan, mau menangis aku bile kuar result nanti.. hehe.. Ape2 pun, kepada dak2 akidah falsafah tahun 3, teruskan usaha anda utk last paper hari khamis nie, pastu kita akan ade Oral Qur'an lak.. abih je 2 benda nie, Alhamdulillah habis sudah tempoh ujian yang begitu getir ini.. semoga kita sama2 naik ke tahun 4.. amin....

pas exam, banyak dah plan yang aku rancang, 1st sekali nak pi tengok pantai untuk melegakan urat2 yang menegang di otak2 aku ni. Pastu nak ziarah uamh kawan2 yg dah lama x pi umah derang. DPMT lak, dalam akhir bulan 6 sudah ade aktiviti sukan untuk student TANTA mereleskan tensen. Leh lah lepaskan geram kat bola tu, tapi ingat, bersukan tu biar berhati2 agar tiada kecederaan yang teruk berlaku.. safety first ok..

ok lah takat nie je dulu, luahan perasaan orang yang masih belum habis exam.. doakan aku berjaya yer.. thanksss...

wassalam....

p/s : kawan2 usuluddin tahun 05/06, anda semua dijemput ke rumah kawan arab HAMID untuk meraikan perkahwinan beliau pada 21/6 ni.. moh ler kite pi beramai2...

Thursday, May 21, 2009

Tips Study Last Minutes

gambar hiasan

salam...

apa khabar korang sume.. semoga berada dalam keadaan sehat lah hendaknya.. huhu.. aku sehat cume kepala dalam keadaan mendidih nie, disebabkan exam yang bertalu2 dalam minggu nie.. Alhamdulillah dah 3 paper berlalu.. ade lagi 9 paper menunggu.. Semoga dipermudahkan.

Ok kali ni, aku nak kongsi tips bagi mereka2 yang suke study last minit cam aku nie.. huhuhu.. yang study awal boleh gak amalkan, cume yang sudah x bergelar pelajar je xboleh nak amalkan.. tips nya adalah seperti berikut :

1) pastikan malam exam korang tidur.. kalau xcukup pun xpe, yang penting mesti tido untuk bagi otak rehat setelah menyental dengan banyaknya.. Kenapa mesti tido?? sebab kalau korang xtido, nanti bila kat dewan peperiksaan mata korang akan jadi ngantuk, dan secara otomatiknya fokus korang untuk menjawab exam jadi berkurangan dan boleh menyebabkan korang "blank" x ingat apa yang korang baca.. untuk itu rehat kan otak dengan tido amat penting.

2) masa korang baca buku, jangan tengok2 helaian belakang.. kerana korang akan rase tensen dan tertekan, bila tengok banyak lagi yang xbaca padahal masa dah suntuk.. bila dah rase tertekan, mula lah malas nak baca atau jadi kurang tumpuan untuk memahami apa yang sedang dibaca sebab otak dok fikir.. "alamak banyak lagi ni... cam mana nie.. waaaaaa... :'( " oleh itu korang kene rileks sambil baca dan fokus pada apa yang dibaca.. biar lah kita baca setakat yang mampu asalkan kita faham.. jangan kejar bnyak baca, last2 xhingat satu apa pun.. rugiieee...

3) berada di tempat exam awal, untuk mengelak kan korang terkejar2 dan kelam kabut bila lewat sampai. Bila dah lewat ngan terkejar2, mula lah rase penat dan termengah2, dan akan lupa apa yang dibaca kerana dok kalut fikir nak cepat dan terkejar2... seelok2nye sampai awal.. so boleh gak tenangkan otak ataupun belek2 sikit lagi nota secara ringkas..

4) apabila menuggu di tempat exam, pastikan korang hanya ulang secara ringkas sahaja apa yang korang baca. jangan sumbat dengan benda yang baru, yang korang xbaca lagi. Sebab bila korang sumbat benda baru kat otak.. nanti otak hanya dapat ingat dengan jelas benda baru tersebut sahaja.. dan apa yang kita dah baca semalam akan lupa dan jadi kabur.. kalau boleh masa nie, xyah tengok nota pun xpe.. wat2 macam dah bersedia je, dan cube reverse bacaan korang just dalam minda dalam keadaan tenang, bila korang tenang, insya Allah korang boleh ingat apa yang dibaca semalam..

5) setelah berusaha dengan terkial2 dan bersungguh2, untuk wat persiapan dimalam hari atau hari sebelumnya.. maka sebelum mulakan exam, pastikan anda membaca doa.. ye lah, kita hanya mampu berusaha, yang memberi kejayaan pada kita adalah Allah.. so jangan sombong untuk berdoa.. kita yang ruugi..

ok sekadar tu sahaja tips dari aku... itu dari pengalaman aku lah kan.. kalau kornag rase xsesuai ngan jiwa korang abaikan je.. :) ataupun boleh wat tipss masing2...

p/s : sebaik2nya kita buat persediaan awal, aku memang selalu niat camtu, tapi xpenah berjaya.. huhuhu :p

Wednesday, May 13, 2009

My Exam Story...


salam...

apa khabar kalian semua??? smeoga berada dalam keadaan sehat2 dan ceria2 selalu.. lama nye x "update" blog aku ni.. dah macam blog terbiar je.. sory lah kawan2.. tah lah xtau nape kebelakangan ini agak kurang bermaya je nak update blog.. nak kate sibuk pun x, just tahlah.. asal mule je nak menaip entry baru ianya akan terbantut ditengah jalan.. bagaikan air yang tersekat disebuah empangan. Lalu idea2 itu pun mule beterbangan meninggalkan kotak minda ku.

Alhamdulillah sudah 2 paper aku berjaya lalalui.. ada lagi 12 paper yang akan menyusul bermula dari 17/5 hingga 11/6. Semoa aku dapat wat yang terbaik dalam exam kali ini. Kawan2 pun sudah sibuk dengan aktiviti berfaedah mereka iaitu "study" waima secara seorang diri ataupun secara berkumpulan.. Aku lak lebih prefer untuk study sorang2 je sem ni berbanding sem lepas yang banyak buat discussion ngan kawan2 satu course.

Seperti mana yang kalian makruf.. exam di bumi Anbiya' ini bukan sahaja berbentuk tulisan dan menjawab kertas soalan sahaja. Bahkan disetiap kali musim peperiksaan datang pasti akan datang juga bersamanya ujian yang lain terhadap setiap individu. Sehinggakan ianya boleh digambarkan seperti "UJIAN DALAM UJIAN" seperti kata rakan ku.

Antara ujian yang dihadapi oleh sebahagian kami ialah : pemergian orang tersayang, sebagaimana yang berlaku pada junior tahun satu yang kehilangan ibunya seminggu yang lalu. Semoga dia tabah melaluinya. Ada pula kawan ku yand diuji dengan ibunya sakit di Malaysia, membuatkan hatinya jugak kurang tenang untuk menghadapi exam. Ada juga sahabat ku yang rumahnya di pecah masuk oleh orang arab, kemudian mengambil laptop, begduit,kamera dan beberapa barang berharga lainnya. Ada juga sahabatku yang diuji dengan tuang rumah ataupun biasa dipanggil "baba" menaikkan harga sewa rumah. Ada juga sahabatku yang kehilangan wang, handphone dan sebagainya didalam fatrah nak masuk musim imtihan ini.

Begitu banyak ujian yang melanda kami disini setiap kali musim peperiksaan menghampiri. Dengan sebab itu lah seorang sahabat menyebutnya sebagai ujian dalam ujian. Mungkin ujian ini Allah berikan pada kita sebagai satu pentarbiyahan kepada diri untuk melihat sejauh mana kesabaran yang kita miliki. Semoga kita dapat lalui ujian ini beserta imtihan yang akan datang dengan sebaiknya. Kerana Allah tidak akan menurunkan ujian melainkan kepada orang yang mampu untuk menanggungnya. Dan dengan ujian itu Allah ingin menaikkan darjat kita disisiNYA andainya kita berjaya melaluinya dengan baik.

Ujian untuk aku pula... tah lah, aku sendiri tak tahu, napa 2minggu sebelum exam ini aku jadi terlalu berminat ngan kamera DSLR sebagaimana yang aku sebut dalam entry lepas. Aku pun xtau, dari mana minat itu datang dan bertubi2 membuatkan aku jadi banyak cari tahu pasalnya. Tapi ujian aku tidak lah seberat ujian yang diberikan kepada sahabat2 lain. Aku hanya mampu mendoakan agar sahabat2 lain kuat menghadapinya dan berjaya dalam exam.

Musim panas ini pulak, waktu malamnya begitu singkat, bayangkan waktu isyak pada pukul 9.15 malam dan subuhnya pula jam 4.45 pg. Ianya juga membuatkan aku sukar utk tido diwaktu malam. So kesannya juga pada exam. Bila malam tak tido, masa exam mula lah mengantuk dan kepala mudah jadi blur dan xboleh nak fokus pada soalan yang hendak dijawab. Macam yang berlaku pada paper pertama aku kelmarin. Alhamdulillah pad apaper ke dua aku paksa untuk tido, jadi fenomena itu berkurangan dimasa paper ke 2. Oleh itu, pesan saya pada sahabat2 yang lain, cube lah tido waktu malam utk menghindarkan dari mengantuk dan blur atau blank semasa menjawab exam..

Esok housemate aku ada exam oral hafazan qur'an.. Aku doakan semoga dia berjaya lah hendaknya.. Dan kepada kawan2 lain yang juga akan menghadapi exam dalam masa terdekat ni.. All the best.. semoga kalian berjaya dan diberikan kemudahan semasa menjawab exam..

salam imtihan dari ku buat kalian semua...

wassalam...

Saturday, April 25, 2009

Exam vs Matruh vs New Hobby

salam..

apa kabo korang sume.. mudah2 an berada dalam keadaan sehat dan ceria selalu hendak nya.. Alhamdulillah aku sehat .. malah bertambah2 sehat.. hehe :) Entry kalini.. aku nak cerita 3 perkara sekaligus.. kire "qada" bagi blog aku yang dah lama ditinggalkan tak berpenghuni ni.



Exam :

Perkara pertama yang bakal aku dan kengkawan aku kat tanta khasnya dan mesir amnya akan hadapi ialah imtihan @ exam @ peperiksaan ataupun perkataan lain yang sama maksud dengan nya. Aku yakin bagi pelajar atau mahasiswa/si malaysia pun sekarang nie masih dalam "zon pekse" yang mana time nie lah kebanyakan student berkerut je dahinya kerana nak sumbatkan segala fakta dan formula yang dipelajari dalam sereblum dan medula oblongata masing2..

Biasalah, ade diantara pelajar ni yang gemar untuk study last2 minit. Dan aku antara peminat setia dalam acara sebegini, walaupun saban taun azam baru aku ialah cube untuk study awal, namun sering kali gagal dek kerana ianya sudah menjadi tabiat yang sudah membarah dalam diri aku.. Kirenya dah tahap kritikal lah nie, sampai sekarang masih belum jumpe penawarnya..

Untuk sem ini aku akan mengambil 12 paper, bayangkan betapa banyaknya subjek yang perlu aku study.Masa aku cite kat kawan yang belajar kat IPTA tempatan, nak terkejut beruk jugak lah dia bila dapat tau 14 paper dalam 1 sem, tp aku cakap benda tu kat sini adalah perkara biasa, yang penting bagaimana cara mahasiswa atau pun student itu membuat persediaan untuk melaluinya.. Kalau tanya aku, for sure aku cakap, insya Allah.. hehehe.. padahal dalam hati dug..dug..dug.. kerana getaran exam sudah kian membara.

Insya Allah aku akan hadapi exam bermula 6/5 sehinggalah 11/7 jadi mohon doa restu yer sahabat2 sekalian (dah cam nak kawen lah pulak).. hehe.. Kepada sahabat2 sekalian aku doakan agar kalian diberikan kejayaan yang baik dalam pelajar dan kehidupan didunia dan akhirat.. amin...




Matruh :

2 minggu menuju exam, aku diberi satu amanah yang cukup berat. Aku diberi kepercayaan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa kat Tanta ni untuk menjadi PENGARAH program percutian ke "MATRUH & SIWA", program tersebut insya Allah bakal dijalankan selepas habis peperiksaan kelak. Tarikh cadangannya ialah 11/7/2009. Namun dari segi gerak kerja yang perlu di lakukansudah kene bermula dari sekarang. Agar tidak terkejar2 annti pas habis exam untuk sediakan apa yang patut.

Ini lah amanah yang paling besar aku pikul selama berada di bumi Tanta ini. AKu harap kalian doakanlah agar aku mampu laksanakan tugasanku dengan baik, disamping mampu membuat persediaan exam dengan mantap insya Allah. Aku amat risau juga bila dibahuku ini tergalas tugasan ini, takut2 kalau aku xdapat nak jalankan nya dengan baik. Sebagai mana Hadis Rasulullah S.A.W "setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin sudah pasti akan ditanya tentang kepimpinannya (atau orang yang dipimpin). Oleh itu walaupun aku hanya menjadiketua dalam program tersebut, namun aku tidak akan terlepas dari pertanyaan Allah kelak di hari kebangkitan.

Pada kawan2 yang dok kat Tanta tu, mehlah sama2 kita bercuti ke Matruh & Siwa, boleh lah kite release tension lepas exam nanti.. Banyak gaktempat yang menarik akan kita lawati dan acara yang paling best "mandi laut" (laut kat matruh airnye jernih dan biru.. nanti aku tunjuk pic dia kalau dah balik dari sana)...





New Hobby :

Tak tau lah, apa punca dan sebab nya, sejak 3 minggu ini.. aku jadi berminat sangat dengan dunia PHOTOGRAHY. Memang dari dulu aku mempunyai minat dalam mengambil gambar, tapi xlah seserius cam sekarang ni. Sejak 3 minggu kebelakangan ini, aku diserang "sindrom DSLR". Haa.. kornag tau tak DSLR tu apa?? DSLR adalah singkatan dari Digital Single Lense Reflex kalau tak silap aku lah, atau nama lain bagi jenis kamera yang sering digunakan oleh para Photografer . Alaaa.. yang kamera besar tu, yang dianya muncung (lensa) ada yang panjang, ade yang besar dan ade yang biasa2 je..hehehe..

Sekarang ni banyak masa aku habis depan PC (pc kawan aku, aku tumpang je.. hehe.. ) untuk belajar cara penggunaan kamera DSLR tersebut dan juga sedang buat kajian darisudt harga kamera tersebut. Insya Allah kalau ade rezki nak jugak sambar satu, untuk kegunaan sendiri. Namun masalah yang kuhadapi ialah, Hobi baru aku ini ade akan memakan belanja yang BESAR kerana kamera tersebut berharga seribu keatas.. huhu.. ada yang sampai menjangkau puluhan ribu. Jadi wat masa ni aku just servey2 je dulu, nak beli belum mampu lagi.. Tapi aku amat berharap untuk memilikinya, so boleh lah aku ambik gambar2 yang menarik dan dikongsikan bersama korang semua.

Korang doakanlah agar Rezeki aku murah, agar aku dapat sambar sebiji, nanti aku leh tangkap gambar korang.. hehehe .. :)

Ok lah.. takat nie lah dulu entry 3 in 1 aku, dah macam nescafee lah pulak.. hehe.. :)

salam imtihan aku ucapkan kepada sahabat2 sekalian, do the best.. gambate.. chaiyok... agi idup agi ngelaban...

wassalam...

Thursday, April 2, 2009

tanpa tajuk

sekadar gambar hiasan


salam...

Pasti sudah ramai yang melayari blog aku ini namun pulang dengan kehampaan kerana isi dan kandungannya tidak berubah sejak 2 bulan yang lalu. Mungkin ramai juga sudah terasa berat hati untuk terus mengikuti perkembangan terbaru yang terdapat di dalam blog ini kerana sudah lama tidak di kemas kini kan.

Kepada para sahabat dan sahabiah sekalian, jutaan kemaafan ku ungkapkan buat kalian kerana tidak dapat untuk mengemas kini blog ini dalam tempoh yang lama. Ianya di sebabkan kerana aku sudah tiada pc lagi kini yang membolehkan untuk aku mengungkap dan emluahkan segala isi hati ku. Terlalu banyak perkara yang ingin ku kongsikan bersama kalian semua, namun ketiadaan komputer memberi sedikit sebanyak kesan pada proses perkongsian itu.

Insya Allah andai diberi rezeki oleh Allah, aku akan beli pc yang baru agar mudah untuk aku mengambil tahu tentang perkembangan didunia. Kini aku merasa seolah katak dibawah tempurung kerana tidak mengetahui secara meluas apa-apa sahaja yang berlaku di negara Malaysia bahkan diseluruh negara. Ianya membuatkan aku jadi lesu kerana kurang pengetahuan isu-isu semasa yang berlaku.

Benarlah kata orang, dengan adanya internet dunia seperti berada dihujung jari. Maksudnya disini ialah pengetahuan isu-isu semasa dan perkembangan terbaru diseluruh dunia. Memang tidak dinafikan bahawa wujudnya penyalah gunaan internet oleh segilintir umat manusia, namun ianya bukanlah menjadi hujah untuk kita tidak menggunakan internet. Semua perkara pasti akan membawa kepada 2 perkara iaitu kebaikan dan keburukan.

Oleh itu jadikan iman kita sebagai penimbang untuk lebih menggunakan sesuatu itu kearah kebaikan berbanding kejahatan. Ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh 2 malaikat yang mencatat amal kebaikan dan kejahatan. Mungkin manusia tidak tahu apa yang kita lakukan, Namun Allah sentiasa tahu apa yang kita lakukan walaupun hanya lintasan di dalam hati.

Semoga kita dapat memanfaatkan segala sesuatu itu dengan sebaiknya. Salam sayang dan pejuangan dariku untuk kalian semua..

wassalam...

Monday, February 16, 2009

Eminent 09 Bakal Menjelang..


salam...

Sebuah program mega tahunan anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) iaitu Eminent 09 bakal di berlangsung tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya pada minggu kedua bulan March iaitu 8-14 march 2009.

Sedikit pengenalan tentang program tahunan DPMT ini, program ini diberi nama Eminent 09 iaitu singkatan daripada Simposium Malaysian Student In Tanta atau Simposium Mahasiswa Malaysia Tanta. Ianya merupakan satu program mega tahunan yang di anjurkan oleh DPMT untuk disajikan kepada seluruh mahasiswa Tanta khasnya dan seluruh mahasiswa mesir amnya.

Program ini akan berlangsung selama seminggu yang di isi dengan pelbagai aktiviti, antaranya bazar eminent, inter family (sukaneka), pembentangan kertas kerja, forum, talks show, pameran dan diakhiri dengan malam kesenian islam.Oleh itu seluruh mahasiswa Tanta dan mesir dijemput untuk menghadiri program tersebut.

Setiap mahiswa dikenakan pendaftaran sebanyak L.E 6 untuk semua kertas kerja dan jamuan di malam akhir eminent. Makanan harian boleh dibeli di bazaar eminant yang akan menyajikan pelbagai jenis juadah termasuklah masakan Malaysia.

Sekian untuk makluman... wassalam..

p/s : ate ape tunggu lagi yop.. moh le pakait-pakat mai Eminent nanti.. :)

Monday, February 9, 2009

Trip Ke Sinai + Penubuhan Kerajaan Baru Perak



Salam..

Alhamdulillah.. satu lagi program yang aku terlibat dalam pelaksanaannya sudah pun selesai, walaupun banyak cubaan dan dugaan sepanjang trip ke sinai berjalan namun atas kebijaksanaan dan hasil daripada kerjasama yang mantap sesama adhock dan juga peserta, semua dugaan itu mampu dilaksanakan dengan baik.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Program Perintis Puncak Sinai 09. Yang mana peserta-pesertanya semuanya sporting dan ringan tulang untuk membantu urusetia yang bertugas. Semoga ukhwah yang terbina dalam program tersebut akan berterusan dan berkekalan hendaknya.



Semasa di tengah-tengah trip sinai tersebut, aku mendapat perkhabaran bahawa kerajaan baru sudah dibentuk di Perak. Sebelum aku bertolak lagi berita tentang pergolakan di Perak sudah menjadi isu yang hangat dalam media massa. Bermula dengan berita kehilangan ADUN pkr selama 5 hari tanpa dapat dihubungi dan diketahui hatta oleh keluarganya sendiri. Namun apabila Speaker DUN mendapat surat perletakan jawatan tanpa tarikh dari keduanya dan kemudian mengumumkan kekosongan 2 kursi DUN tersebut barulah mereka muncul semula dengan alasan sedang cuti sakit.

Rentetan dari situlah bertiupnya angin pergolakan di bumi Perak. Kemudian SPR pula memaklumkan bahawa perletakan jawatan mereka berdua tidak sah kerana ada unsur-unsur keraguan. Oleh itu SPR mengistiharkan mereka masih lagi memegang jawatan sebagai ADUN namun bukan lagi sebagai ADUN pkr sebalinya sebagai adun bebas. Selepas itu gegar lagi bumi Perak dengan perpindahan dari ADUN dap yang keluar parti kerana tidka berpuas hati dengan pimpinan dap Perak.Oleh yang demikian jadi 3 orang lah ADUN yang menjadi ADUN bebas.

Selepas 3 ADUN itu keluar dari pasti mereka masing-masing untuk menjadi ADUN bebas. ADUN Bota yang telah 10 hari menyertai PKR kembali semula menyertai UMNO. Dengan itu kursi DUN di Perak sama banyak antara PR dengan BN iaitu sebanyak 28 kursi, yang membezakannya hanyalah 3 DUN bebas yang mengatakan sokongan terhadap BN.

Oleh kerana keadaan yang bergolak itu, maka MB Perak Ir Nizar menghadap Sultan Perak memohon perkenan untuk bubar DUN agar diadakan semula pilihan raya di Perak. Namun usul dan permintaan MB Perak tersebut telah ditolak oleh Sultan Perak. Kemudian Najib pula menghadap Sultan untuk memaklumkna jumlah kursi terbaru kepada Sultan, Entah macam mana sultan memperkenankan Najib membina kerajaan baru Perak yang melantik Zamry sebagai MB baru Perak yang di nyatakan HARAM oleh Nizar kerana dia masih lagi memegang jawatan MB yang sah mengikut lunas perundangan.

Mengikut perundangan kerajaan negeri, jawatan MB boleh dilucut dengan 3 cara : 1) melalui pembubaran DUN 2) melalui undi tidak percaya kepada MB 3) melalui perletakan jawatan MB dengan suka rela. Dan sehingga hari ini masih belum berlaku dari 3 perkara tersebut yang membuatkan Ir. Nizar masih lagi SAH menjadi MB Perak, oleh itu sekarang negeri Perak mempunyai 2 MB. Hanya mahkamah yang boleh menyelesaikan siapakah MB yang benar-benar sah ataupun Sultan membenarkan pembubaran DUN dan membiarkan rakyat yang memilih kerajaan yang mereka inginkan.

Wallahu a'lam

p/s : selagi mana pemimpin tidak menganggap tugasan yang dipikul sebagai amanah, selagi itulah mereka hanya akan memandang harta dunia dari menjalankan tugas..