Thursday, April 2, 2009

tanpa tajuk

sekadar gambar hiasan


salam...

Pasti sudah ramai yang melayari blog aku ini namun pulang dengan kehampaan kerana isi dan kandungannya tidak berubah sejak 2 bulan yang lalu. Mungkin ramai juga sudah terasa berat hati untuk terus mengikuti perkembangan terbaru yang terdapat di dalam blog ini kerana sudah lama tidak di kemas kini kan.

Kepada para sahabat dan sahabiah sekalian, jutaan kemaafan ku ungkapkan buat kalian kerana tidak dapat untuk mengemas kini blog ini dalam tempoh yang lama. Ianya di sebabkan kerana aku sudah tiada pc lagi kini yang membolehkan untuk aku mengungkap dan emluahkan segala isi hati ku. Terlalu banyak perkara yang ingin ku kongsikan bersama kalian semua, namun ketiadaan komputer memberi sedikit sebanyak kesan pada proses perkongsian itu.

Insya Allah andai diberi rezeki oleh Allah, aku akan beli pc yang baru agar mudah untuk aku mengambil tahu tentang perkembangan didunia. Kini aku merasa seolah katak dibawah tempurung kerana tidak mengetahui secara meluas apa-apa sahaja yang berlaku di negara Malaysia bahkan diseluruh negara. Ianya membuatkan aku jadi lesu kerana kurang pengetahuan isu-isu semasa yang berlaku.

Benarlah kata orang, dengan adanya internet dunia seperti berada dihujung jari. Maksudnya disini ialah pengetahuan isu-isu semasa dan perkembangan terbaru diseluruh dunia. Memang tidak dinafikan bahawa wujudnya penyalah gunaan internet oleh segilintir umat manusia, namun ianya bukanlah menjadi hujah untuk kita tidak menggunakan internet. Semua perkara pasti akan membawa kepada 2 perkara iaitu kebaikan dan keburukan.

Oleh itu jadikan iman kita sebagai penimbang untuk lebih menggunakan sesuatu itu kearah kebaikan berbanding kejahatan. Ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh 2 malaikat yang mencatat amal kebaikan dan kejahatan. Mungkin manusia tidak tahu apa yang kita lakukan, Namun Allah sentiasa tahu apa yang kita lakukan walaupun hanya lintasan di dalam hati.

Semoga kita dapat memanfaatkan segala sesuatu itu dengan sebaiknya. Salam sayang dan pejuangan dariku untuk kalian semua..

wassalam...

No comments: