Tuesday, September 1, 2009

Puasa Dihari ke 10

contoh gambar lampu yang dipasang disini


salam...

Alhamdulillah.. sudah 10 ramadhan berlalu, yang mana dikata kan, 10 Ramadhan pertama ialah Rahmat, mulai esok, bermula lembaran kedua iaitu 10 Ramadhan pertengahan adalah Maghfirah (keampunan).. jadi sama2 lah kita rebut peluang 10 hari dibulan Ramadhan pertengahan ini, semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita yang telah lalu.Dan berdoalah semoga kita akan sampai ke lembaran ke 3 dibulan Ramadhan iaitu 10 hari Ramadhan yang dijanjikan kebebasan dari api neraka.

Dalam sebuah hadis ada menyebut kan : " siapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka akan diampunkan bagi mereka akan dosa2 mereka yang telah lalu ".

Tahun ini merupakan tahun ke 4 aku berpuasa di Mesir, dan tolak 1 puasa di Malaysia. Kedatangan aku ke Mesir pada 11 oktober 2005 ialah dikala bulan Ramadhan. Banyak pengalaman aku melalui Ramadhan di bumi barakah ini, suasana Ramadhan disini jauh berbeza dengan di Malaysia. Disini, bulan Ramadhan umpama bulan perayaan bagi kaum muslimin, setiap rumah akan memasang lampu seperti tanglong tapi lain sikit bentuknya. Ada sesetengah rumah pula yang memasang lampu kelap-kelip, yang mcm biasa kita lihat di malaysia. Pemasangan lampu itu seperti pelita panjut kalau di Malaysia, ianya lebih kepada untuk menerangkan rumah dan nak memeriahkan suasana sambutan Ramadhan.

Disini kita tidak akan dengar lagu raya versi arab, berkumandang di radio-radio mereka, bahkan lagu raya pun tiada disini. Namun anda boleh dengar lagu raya bile anda pergi ziarah ke rumah pelajar-pelajar Malaysia. Biasalah, bila duduk diperantauan ni feeling dia lain sikit, time2 ni lah dok terkenang kat keluarga di Malaysia, dok terkenang wat ketupat, rendang dan sebagainya.. huhuhu.. sesekali layan feeling kan jadi lagu tu lah dok jadi peneman anak rantau disini. Tapi bukak pun bila dah seminggu nak raya, kalau bukak sekarang ni, mau kene perli dek kawan " berat demo, dok sabo2 nak raye, poso baru bape hari jah ".. huhuhu.. cubaan dialog dalam bahasa klate..

Suasana Ramadhan juga meriah disini, kerana semua orang-orang Mesir yang berkemampuan dok berebut-rebut untuk bersedakah dan berbuat kebajikan. Jadi ada diantara mereka yang menyediakan makanan berbuka puasa di mesjid-mesjid, ada juga di kawasan pejabat, ada juga di depan rumah masing2. dekat sini penyediaan buka puasa tu disebut Maidah Al-rahman (baca: maidatur rahman yang bermaksud makanan dari Allah) atau makanan yang diberi makan kepada orang ramai kerana Allah. huhuhu....Amalan ini bersesuaian dengan Firman Allah ta'ala " berlumba-lumba lah untuk berbuat kebajikan ".

Jadi sepanjang bulan Ramadhan ni, dapur hanya akan berasap di waktu sahur je, waktu buka tidak perlu risau, jalan lah kemana-mana pun, ada tempat untuk berbuka puasa. Hatta jika kita sedang bermusafir atau dalam perjalanan ke mana2 tempat, pasti ada dipertengahan jalan orang yang membahagi-bahagikan makanan beberapa minit sebelum berbuka puasa. Ada juga yang memberikan makanan ke rumah-rumah, khasnya rumah-rumah anak yatim, fakir dan juga pelajar-pelajar. Jadi kami pelajar Malaysia ni, selalu lah dapat makanan tersebut terutamanya bagi pelajar-pelajar yang tinggal di rumah negeri sekitar kota Kaherah. Perbuatan ini seumpama kalau kat Malaysia dengan pengagihan bubur lambuk di mesjid-mesjid selepas solat Asar. Tapi disini lebih meriah dan ramai orang yang buat.

Kalau terawikh pula, kebanyakan mesjid-mesjid disini membuat 8 rakaat, namun ada juga mesjid yang buat 20 rakaat, kita boleh pilih nak pergi masjid yang 8 rakaat ke atau 20 rakaat. Kebiasaan yang 20 rakaat ni ayatnye pendek2 manakala yang 8 rakaat ni ayatnya agak panjang. Jadi tempoh melaksanakan terawikhnye sama sahaja samada buat 8 atau 20 ikut pilihan kita. Ada juga sesetengah pelajar yang berazam untuk menunaikan terawikh di 30 buah mesjid, iaitu satu malam satu mesjid. ianya tidak sukar untuk dilaksanakan kerana di Mesir nie, bertaburan mesjid, tidak terkira banyaknya, jadi tidak susah andai kita nak berbuat demikian, yang penting perlukan azam dan semangat yang kuat.

Untuk tahun ini, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT), mendapat kebenaran untuk menunaikan solat sunat terawikh dimesjid bersebelahan Markaz DPMT, oleh kerana masjid itu baru sahaja siap dan agak kurang penghuni di sekitar situ, maka kami di amanahkan untuk mengimarahkan nya, jadi suasana terawikh bila kami buat saling tidak tumpah lah dengan terawikh di Malaysia. Dengan selawat disetiap selepas 2 rakaat, bacaan doa setiap selepas 4 rakaat dan sebagainya. Ianya berbeza dengan solat terawikh di mesjid lain kerana arab solat terawikh tiada selawat selepas 2 rakaat, dia lepas salam sahaja, duduk kejap terus sambung rakaat seterusnya namun selepas 4 rakaat akan berhenti seketika berehat, ada mesjid yang bagi tazkirah dan sebagainya.

Suasana Malaysia itu semakin dirasai apabila ada sahabat kita yang menyediakan "more" (makan-makan lepas terawikh). Jadi kurang sikit rindu kepada Malaysia, sangkeng suasananya yang begitu seperti di Malaysia ada sahabat yang menggelar Masjid itu dengan Masjid Malayziah.. huhuhu... selepas usai solat terawikh, di isi pula dengan pengisian rohani iaitu tazkirah ramadhan, dan kemudian barulah Tadarrus Alquran dilaksanakan, untuk satu malam 2 juzuk dibaca... Alhamdulillah.. semoga amal kita semua di bulan penuh barakah ini diterima Oleh Allah Ta'ala...

cukuplah setakat ini dulu cerita mengenai pengalaman aku menjalani ibdah puasa kali 4 di Mesir. apabila aku pulang kelak, sudah pasti suasana ini lah yang paling akan ku rindui.. akhir kata " Tingkat amalan kita di bulan Ramadhan ini khasnya di 10 hari pertengahan Ramadhan yang penuh dengan keampunan ".

wassalam...

No comments: