Saturday, November 29, 2008

Bersambungnya Sebuah Pengembaraan...


salam...

Alhamdulillah sudah hampir 3 minggu aku berada di bumi asing ini. perjalanan kali ini ialah untuk menyambung pengembaraan ku yang masih bersisa 2 tahun lagi. Setibanya aku di airport, Alhamdulillah ada kawan-kawan yang baik hati sudi menjemput aku. Jadi aku tidak perlu bersusah payah untuk mencari transport pulang ke Tanta. Terima kasih teman..

Setibanya aku disini, aku harus membuat pilihan pengkhususan jurusan apa yang akan aku ambil untuk tahun 3 dan 4 ini. Kerana pengajian usuluddin disini, tahun 1 dan 2 belajar secara umum tanpa ada major apa. Bila sudah tahun 3 barulah mahasiswa dikehendaki untuk memilih major apa yang mereka inginkan. ada 4 major pilihan iaitu : tafsir, hadis,akidah falsafah dan dakwah. Bile dok termenung dan dok fikit jurusan mana yang aku ambil, akhirnya aku nekad untuk ambik jurusan akidah falsafah kerana jurusan ini agak kurang orang Malaysia yang ambil. Alhamdulillah pad atahun ini ada 3 orang lagi yang bersamaku untuk mengambil jurusan ini, so ada jugak lah teman untuk study dan berbincang.

Bumi mesir ini memang penuh dengan ujian dan dugaan bagi mahasiswa-mahasiwa luar. antaranya kena berebut ngan arab untuk naik bas, bersesak2 dalam bas sebab terlalu penuh, dah macam sardin dah klu dok tengah2 bas tu. Kemudian kene pulak buat urusan dengan ketua bahagian pelajar luar negara, bila nak wat urusan kita kene ikut dia, kalau dia ngah sibuk atau sebagainya, memang dia cakap besok,besok dan besok. Masa aku nak buat urusan bayaran yuran dan mintak surat pengesahan kuliah, hampir seminggu aku terpaksa berulang alik jumpa dengan dia tapi xdapat juga nak buat urusan. Pada minggu berikutnya barulah aku dapat selesaikan urusan kuliah ku. Alhamdulillah selesai jugak lah urusan tersebut.

Senior-senior kat sini selalu pesan, ejaan mesir dalam bahasa arab terdiri daripada 3 huruf, iaitu pertama, mim = bagi masyakkah yang bermaksud kesusahan dan kesulitan.Yang kedua, sod = bagi sabar yang bermakna perlunya kesabaran yang tinggi untuk belajar disini. Yang ketiga, ra = bagi redha yang bererti setiap apa yang berlaku keatas kita hendak lah kita sentiasa redha. Oleh itu setiap mahasiswa kene sentiasa menguatkan fizikal dan mental mereka sepanjang berada disini. Kalau tidak ada kekuatan dan semangat, nescaya mereka pasti tidak akan tahan dan akhirnya pengajian mereka terhenti di tengah jalan.

akhir sekali.. exam pun dah tak lama, lagi sebulan je, pekse mula 4/1/09.. so doakan lah kejayaan aku yer.. kerana tahun 3 akidah ada tambahan 4 subjek baru yang keseluruhan subjek bagi tahun 3 akidah ialah 19 subjek. Doakan agar aku dan kawan-kawna mampu menjalaninya dengan tenang dan tidak berputus asa. Oh ye, lupe lak, dikesempatan ini aku juga nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua.. untuk tajuk raya korban nanti aku buat treat baru.

sekian.. wassalam..

Friday, November 21, 2008

Tolong sampaikan pada dia…

Tolong sampaikan pada dia…


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

sumber : pemberian rakan di email..

Tuesday, November 18, 2008

Pengembaraan ku bermula lagi..

salam...

Apa kabar teman-teman seperjuangan sekalian.. semoga kalian berada dalam perlindungan Allah hendaknya..

Insya Allah esok pengembaraanku untuk menuntut ilmu di bumi musa dan firaun akan ku sambung semula setelah hampir 4 bulan aku meninggalkan tempat pertembungan jahiliyah dan juga dakwah itu. Hari ini tamatlah sudah cuti semester ku yang pada mulanya pendek, tapi ku panjangkan dek kerana lama tidak pulang ke tanah air. Oleh kerana hendak berada disisi keluarga dalam tempoh yang lama, maka aku pun menambah cuti yang asalnya 3 bulan menjadi 4 bulan. Dengan pertambahan cuti itu, maka bertambah jugalah usaha yang perlu aku lakukan bagi mengejar semulal pelajaran-pelajaran yang telah kutinggalkan.

Kawan-kawan sudah pun memulakan kuliahnya hampir sebulan yang lalu namun aku dengan selamba badaknya dok rileks je kat rumah. Nasib baik lah mak ngan ayah aku tidak tau yang aku tambah sikit cuti semester aku agar menjadi panjang. andainya depa tau, mau naya aku kene basuh baik punya guna clorox dan juga daynamo. Tapi tak pe lah, sebelum berangkat pulang tadi aku dah pun mintak maaf kepada keduanya, maknanya kira terhapuslah dosa ku tadi berkat kemaafan dari keduanya.. hehehe.. leh ke macam tu?? kalau tak boleh bagi tau eh..

Semasa tulisan ini aku taip, aku masih tersangkut dekat lapangan terbang Changi, dok menunggu flight aku seterusnya pada jam 2.20 pagi, sedangkan aku sampai kesini pada jam 9.30 malam. Bayangkan betapa lamanya aku tersangkut kat sini. Nasib baik lah ada internet free 15 minit ni, leh gak aku wat apa-apa yang patut, baca e-mail,bukak friendster dan meng"up date" blog aku yang dah berhabuk nie.. Kirenye taklah masa aku tersadai kat sini terbuang begitu sahaja, sebaliknya aku buang dengan ngadap pc ni.. sib baik lah pc ni tak boleh di tanggalkan, kalau tidak, mau akau bawak naik plane.. leh gak sambung chat kat atas kapal terbang.. heheheh..

ok lah masa dah nak tamat.. jumpa lagi lain waktu.. doakan pengembaraan ku kali ini lebih mendapat banyak hasil dari yang lepas.. amin ya rabbal alamin...

wassalam..