Wednesday, September 9, 2009

Bila Nafsu Amarah Dituruti

contoh gambar tarian "PENDET"

salam...

Salam ramadhan aku ucapkan buat semua pengungjung blog aku ini.. Sejak akhir-akhir ini, hubungan negara Indonesia dan Malaysia menjadi panas dan tegang akibat dari satu iklan pelancongan Malaysia yang dibuat oleh DISCOVERY CHANNEL, yang mana dalam iklan tersebut tarian "PENDET" yang berasal dari BALI dimasukkan kedalam iklan tersebut.. Kesannya rakyat indonesia marah kerana mereka menganggap malaysia mencuri budaya mereka.

Namun aku tidak menyangka perkara tersebut menjadi lebih serius dan memberi kesan yang besar bagi Rakyat di indonesia. Hari ini apabila baca akhbar online BERITA HARIAN,aku menjadi terkejut kerana ada satu berita yang aku rasa akan membawa kepada satu "bencana yang besar" seandainya tidak diselesaikan dengan segera..Ini dia beritanya ...

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing

JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam. - Bernama. sumber : Berita Harian


apabila baca berita ini, hatiku rasa agak terkilan dan sedih, kenapakah hanya kerana budaya kita harus bertindak nekad sampai ada yang mahu merusuh dan sebagainya. Mungkin ramai saudara dari indonesia yang tidak bersetuju dengan pandangan aku ini.. namun aku akan terangkan bagaimanakah bermulanya kebudayaan Malaysia dan Indonesia menjadi serupa dan hampir sama...

jawapan ini seperti yang aku berikan dalam satu forum topix.com.. semoga dengan jawapan ini dapat membuka hati saudara-saudaraku di indonesia agar kemarahan mereka mereda.

assalamualaikum...

pertamanya marilah kita amalkan sikap berlapang dada antara satu sama lain.. kerana kita selaku org islam adalah bersaudara....

komen saya, kalau kita baca sejararh penubuhan negari MELAKA yang menyebabkan tanah melayu itu terkenal di seluruh dunia, pengasasnya adalah parameswara yang berasal dari palembang.. palembang itu letaknya dimana?? ya di indonesia... jadi sekiranya pengasas negeri MELAKA sahaja sudah dari sana, kebudayaan MALAYSIA harusnya dari mana??? adakah jika kebudayaan yang dibawa dari indonesia ke Malaysia terus diajarkan kepada anak2 malaysia.. adakah itu mencuri namanya????

keduanya... ramai warga indonesia yang merantau ke Malaysia sejak dulu lagi, semenjak usainya penaklukan jepun di tanah malayu.. mereka datang untuk merantau dan bekerja di malaysia.. jadi bila mereka asalnya dari indonesia kemudian menetap disana, adakah salah mereka mengajar budaya dari negeri mereka ke anak2 mereka.. seperti lagu2 kebudayaan dan tradisional??? adakah itu juga satu pencurian???

ramai tu anak2 malaysia yang kalau diselidiki silsilah keluarganya berasal dari tanah jawa, sulawesi, banjar masin, minang dan sebagainya.. dari mana semua suku kaum tersebut??? bukan kah dari indonesia.. jadi andainya mereka membawa budaya mereka ke malaysia.. adakah itu dibilang mencuri???

jika ada persamaan didalam budaya keduanya ya tidak pelik dan bukan sesuatu yg tidak normal kerana ramai penduduk dimalaysia yg berasal dari indonesia.. yang kini sudah beberapa generasi disana..

adakah dengan persamaan budaya ini kita haru bertengkar antara satu sama lain, yang akhirnye bukan mendatangkan hasil yang baik, melainkan hanya huru-hara di kedua2 buah negara... yang ruginya sapa.. yang kita sendiri.. ramai pekerja indonesia yang mencari rezki disana untuk membiayai kehidupan keluarga di indonesia.. jadi andainya pertengakaran semakin hebat.. kemana nasib2 mereka2 ini... jika mereka dimusuhi disana akibat tindakan panas baran dari kalangan sahabat indonesia... adakah kalian mampu untuk menanggung kos hidup mereka sekeluarga andainya mereka tidka boleh lagi bekerja disana...

akhir sekali.. sekali lagi saya mengajak untuk kita berlapang dada.. biar lah budaya kita ade persamaan kerana asalnya juga dari satu tempat.. namun jangan lah kerana budaya.. persaudaraan kita sesama muslim dan juga sebagai umat manusia jadi terputus dan menjadi huru-hara kerana perkara ini..

fikirkan dan renungkan lah..

dari anak yang kedua ibu bapanya juga berasal dari indonesia...

p/s : jawapan yang aku tulis dari forum topix.com


Apakah ertinya kita memasuki "madrasah Ramadhan" andai kita masih gagal mengawal perasaan marah kita.. Kenapa kerana perasaan marah itu, orang lain yang kita jadikan tempat melepas geram?? kalau saudara-saudara dari indonesia mahu marah dan sebagainya, jangan lah jadikan MAHASISWA/WI yang menuntut ilmu menjadi tempat pelampiasan amarah kalian, mereka tidka bersenjata, bahkan mereka tidak tahu menahu tentang isu yang berlaku, kerana mereka bukanlah yang bertanggung jawab terhadap isu ini. Tujuan mereka datang kesana hanya untuk menuntut ilmu, wajarkah mereka ini yang menjadi sasaran amukan kalian.. tidak wajar bukan...

Bagaimana pula andainya apa yang kalian lakukan keatas MAHASISWA/WI malaysia di sana, dilakukan juga oleh saudara-saudara yang juga tidak dapat mengawal amarah mereka di malaysia terhadap MAHASISWA/WI dan juga PEKERJA di malaysia.. apakah perasaan kalian?? begitu juga lah perasaan saudara-saudara dari malaysia.. oleh yang demikian, berlapang dadalah... jangan lah kita terperdaya dengan bisikan syaitan dan juga turut dengan kehendak nafsu amarah kita.. Natijahnya kita sendiri yang akan menghadapi huru-hara..

Allah menjadikan kita dari suku kaum yang berbeza, dari bangsa yang berbeza, dari budaya dan bahasa yang berbeza adalah untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain.. sesungguhnya kemuliaan kita ini disisi Allah hanyalah orang-orang yang BERTAQWA.. bukan kerana kemajuan tamadun kita atau keindahan kebudayaan kita.. Oleh itu mari kita rapatkan kembali silatur rahmi antara kita.. agar kita terus hidup dalam suasana yang harmonis dan aman damai...

Isu ini juga telah terjawab, dengan permohonan maaf dari DISCOVERY CHANNEL yang membuat iklan tersebut... ini link untuk berita yang lebih lanjut...http://erabaru.net/nasional/49-bali/4144-discovery-channel-sudah-minta-maaf-soal-tari-pendet oleh yang demikian aku amat berharap agar isu ini segera selesai dan aku tidka mahu pelbagai kejadian tidak diingini berlaku akibat dari kita mengikut nafsu amarah kita..

semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua...

wassalam

No comments: