Monday, March 31, 2008

Ramah Mesra Bersama BKPJM



salam...

ermm.. hari ni ada program ramah mesra bersama saf pimpinan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM). Ianya merupakan program tahunan yang di anjurkan oleh BKPJM untuk berjaulah ke seluruh cawangan azhar lainnya selain di Kaherah untuk menemui dan beramah mesra bersama anak2 Johor yang berada di perlembahan nil ini.

Sebelum ini aku terlupa lak nak iklan kan kedatangan mereka di dalam blog aku ni,maybe lupa kot, almaklum lah dah semakin tua. Program yang di rancang bermula jam 2 petang itu tertunda sehingga jam 4 petang kerana pukul 3.30 petang barisan AJKT BKPJM baru sampai ke markaz DPMT. Anak2 johor telah setia menanti ketibaan AJKT tersebut dengan penuh sabar. Aku pulak lagi VVIP dari AJKT kerana jam 4.30 baru aku sampai ke Markaz yang mana dah habis sesi ucapan aluan2 dari Pengerusi DPMT bagi meraikan kedatangan tetamu tersebut.

Jaulah AJKT BKPJM yang dianjur kan saban tahun bertujuan utuk merapatkan lagi ukhawah dikalangan anak2 johor yang berada di perlembahan nil ini dan juga untuk mendengar permasalahan2 anak2 johor di semua cawangan azhar. Selain muhasabah, sebrang cadangan juga akan di bawa kemesyuarat AJKT bagi memperbaiki lagi perjalanan pimpinan BKPJM sesi 2007/2008 yang akan di akhiri pada bulan September ini.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar, walaupun jamuan yang disediakan tidak mencukupi bagi adhock pelaksana sendiri, x mengapalah segala pengorbanan mereka insya Allah akan di balas dengan lebih baik disisi Allah kelak. Apa2 pun anak2 johor memang sempoi.. dan harapan YDP BKPJM itu sendiri agar anak2 Johor berkhidmat atau memberikan komitmen terhadap segala program yang dianjurkan oleh DPMT amnya dan juga BKPJM khasnya. Kerana dengan memberikan komitmen terhadap segala program yang dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang bijak ber organisasi.

sekian berita ringkas hari ini.. :)

No comments: