Salam...
Nampaknya isu perlantikan MB Ganu yang baru begitu mengundang kontrovesi apabila calon yang di perkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Dato' Ahmad Said di bantah Oleh Perdana Menteri dan 22 DUN terengganu. Sehingga berlakunya kekecohan dihadapan kediaman rasmi MB. Berikut Seputar Isu ini :
Tetap sokong Idris -- 23 ADUN buat pengakuan dalam pertemuan dengan PM
KUALA LUMPUR 23 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, 23 daripada 24 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu telah membuat pengakuan untuk menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.
Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata empat ketua bahagian yang hadir dalam kumpulan tersebut iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut juga telah memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar.
“Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar,” katanya kepada Bernama. -utusan.
PM pertahan lantik Idris
SEPANG 23 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu berdasarkan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Perdana Menteri berkata, pelantikan itu tidak akan berubah kerana ia dibuat berasaskan sokongan padu yang diterima oleh Idris daripada ADUN negeri itu.
“Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain tidak kena dari segi Perlembagaan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar di negeri Pantai Timur itu di sini hari ini.-utusan.
‘Hendaklah dilantik dengan sokongan majoriti ADUN’
KUALA LUMPUR 23 Mac – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, dalam soal pemilihan Menteri Besar Terengganu, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa juga daripada ahli-ahli yang mendapat kepercayaan kebanyakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hendaklah dilantik.
Beliau berkata, proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi berparlimen, seseorang yang mendapat sokongan majoriti ADUN hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar.
“Dalam perkara ini, Datuk Seri Idris Jusoh mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 22 ahli Dewan Undangan Negeri,” kata Abdul Gani dalam satu kenyataan malam ini. -utusan.
Akan dipecat sejurus angkat sumpah
KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.
“Tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO,” ujarnya selepas menyerahkan surat berkenaan kepada Ahmad dan salinan surat itu serta memorandum menyokong kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang ditandatangani 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di Istana Tetamu di sini hari ini. -utusan.
Hormat keputusan istana
KUALA LUMPUR 23 Mac – Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan tidak seharusnya menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar secara terbuka.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.
‘‘Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.
‘‘Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. -utusan.
Nik Aziz tegur Idris Jusoh kerana biar Adun BN bertindak negatif
Salmah Mat Husain Mon | Mar 24, 08 | 6:15:59 pm MYT | |||||
KOTA BHARU, 24 Mac (Hrkh) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sepatutnya menasihat penyokongnya tidak bertindak negatif sekiranya beliau benar-benar reda tidak dilantik sebagai Menteri Besar. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin itu masih mahukan jawatan tersebut. "Sekiranya beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan itu dan menerima ketentuan qada� dan qadar Allah, sudah pasti Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menasihati Adun BN lain menerima pelantikan Menteri Besar yang baru. "Ini kerana nasihat seorang pemimpin akan diterima baik penyokong atau pengikutnya. Beliau boleh sebut saya nak berundur diri," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Datuk Bandar Yin-gor Narathiwat, di JKR 10, di sini hari ini. -harakah.
|
Siapa dituduh binatang? Sultan?
Abdul Halim Mohd Rashid Mon | Mar 24, 08 | 11:01:13 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri (PM) yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang". "PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Idris dan 23 Adun yang dilaporkan dikurung oleh Idris untuk memastikan mereka menyokong cita-citanya menjadi Menteri Besar (MB) kini dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab merestui sepanduk di dalam demonstrasi penyokong-penyokong Idris Jusoh itu. "Siapa dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau. Sambil menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar, Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya bahawa merekalah yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan sepanduk itu. "Tunjuk perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB). TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu takut kepada PM. "Sebab itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM, TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata beliau. -harakah. Fikir dan renung lah.. bak kata pak pandir dalam lagunya " ada mata pandang,ada telinga dengar ada akal fikir" |
No comments:
Post a Comment