Wednesday, March 26, 2008

Bicara Tentang Cinta


Salam..

Tengok je tajuk kat atas sume mesti ingat aku ni jiwang kan, he3.. xde lah, aku saje je ambik topik "cinta" untuk di bicarakan menurut kacamata aku walaupun aku bukan lah lelaki yang berkaca mata.

Bila kita cerite tentang cinta semua orang pasti tahu apakah yang dimaksudkan dengan cinta, cuma untuk menghuraikan cinta itu dengan perkataan agak payah dan sukar kerana tiada ayat yang sesuai untuk kita gambarkan tentang cinta, cinta dan sayang berbeza, cinta itu lebih khusus dari sayang dan tidak semua yang kita sayang kita akan cinta(mesti korang pening kan nak paham bila aku dah gunakan falsafah).

Sebagai manusia rasa cinta itu adalah fitrah yang Allah kuarniakan didalam jiwa kita, kerana cinta yang hakiki adalah kepada Allah dan Rasul-NYA. Cinta juga merupakan tautan hati antara Adam dan Hawa, yang mana ketika Adam merasa kesunyian seorang diri maka diciptakan Hawa dari rusuk kirinya oleh Allah sebagai teman buat meluahkan segala rasa dihati.

Simbolik penciptaan Hawa dari rusuk kiri Adam sebagaimana di sebut didalam sebuah senikata lagu " kau bukan dijadikan dari kaki untuk di alasi, bukan diciptakan dari kepala untuk disanjungi, sebaliknya kau dicipta dari rusuk kiri yang dekat dengan hati untuk disayangi dan dilindungi " (rasenya yang senikata lagu tu x sama dengan apa yang aku tulis ni).

Kerana cinta ada yang berjaya, kerana cinta juga ada yang kecewa, hidup tanpa cinta merana jadinya, terlalu taksub dengan cinta boleh membawa bahaya, hiasilah cinta dengan patuhi syriat, agar tidak tidak terjerat, bila dah terlanjur boleh bawa mudarat, kalau tanpa iman anak di buang kat flat.

Terkadang pula ada yang suka memendam perasaan, tanpa diluah pada si dia kerana segan, tiba2 dengar khabar dia sudah ada pasangan, malah tunggu hari untuk disatukan, merana lah sudah diri hanya keseorangan, bersabar dan berdoalah kepada tuhan, moga diganti dengan yang sepadan.

Cinta yang indah kerana Allah, membuat iman jadi tak goyah, walau digoda bersusah payah, namun dirinya buat tak kisah, kalau dah berkenan jumpalah ayah, moga mendapat restu untuk menikah, bila dah nikah buat apa pun tak kisah, tiada siapa pun yang akan marah.

Sekadar ini dulu bicara tetang cinta, andai ada yang terasa maaf dipinta, jika terkurang sila lah tambah, kalau terlebih nasihatkan aku agar tak alpa. Semoga anda semua terus bahagia..

p/s : Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, andai agama itu hilang darimu, maka hilang jugalah cintaku padamu.

2 comments:

SoalHati said...

jarang lelaki berbicara soal cinta di blog....:) tahniah! hehe.apapun, cintai PENCIPTA CINTA yang utama:)

penulis cyber said...

hehe :D mekasih.. saje2 nak berbicara tentang cinta. yer betul cinta pada PENCIPTA cinta adalah lebih UTama... :D