Tuesday, April 1, 2008

Apa Yang Anda Lakukan Ketika Marah Dan Tertekan


salam..

setiap manusia pasti akan ada perasaan marah, geram, benci, tensen dan sebagainya. Kalau anda mengalami perasaan2 ini apa yang akan anda lakukan untuk meredakan atau melenyapkannya. Terutamanya andainya yang menyebabkan anda berasa demikian ialah kawan baik anda sendiri yang mungkin dia tidak tahu perbuatan tersebut menyinggung perasaan anda.

" orang yang gagah adalah orang yang mampu untuk menahan amarahnya " itu lah antara kalam2 hikmah yang kita tahu. Dan Rasulullah mengajar bagaimana cara nak menghilangkan marah, dengan cara berwuduk, andainya kalau kita marah dalam keadaan berdiri maka duduk lah, andainya kita marah dalam ke adaan duduk maka baring lah. simboliknya ialah apabila kita marah kita jangan layan perasaan marah tersebut bahkan kita digalakkan untuk melakukan benda lain agar amarah kita reda.

Bukan bererti kita tidak boleh marah, perasaan marah itu adalah fitrah insani apabila sesuatu yang menggu jiwanya, keselamatannya, maruahnya dan agamanya. Andai musuh yang membuatkan kamu marah dengan melakukan perkara yang keji dan hina maka kamu berhak untuk marah dan lepaskan amarahmu bagi menunjukkan kamu bukan penakut. Namun andainya ianya hanya berkaitan kecil hati dan sebagainya kita usahlah marah sangat tapi cubalah untuk memaafkan.

Menurut pandangan motivasi pula andainya anda mempunyai masalah yang terbeban didalam hati anda, maka anda hendaklah mencari teman yang boleh dipercayai untuk berkongsi dan meluahkan apa sahaja yang terbeban dihati anda, dan orang yang paling disarankan untuk anda meluahkan dan berkongsi masalah ialah ibu bapa anda kerana mereka sudah pasti tidak akan menghianati anda sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian sahabat yang menikam dari belakang.

Namun terdapat banyak juga cara2 untuk melepaskan tensen dan mengurangkan tekanan perasaan, ada orang yang menjerit dengan sekuat2 hatinya bagi melepaskan tekanan tersebut, ada orang pula berlari selaju2 nya untuk melupakan tekanan tersebut. ada orang yang menangis untuk melegakan perasaan hatinya. Dan pelbagai cara lagi yang di lakukan untuk melegakan segala tekanan.

Aku pula kalau tertekan, lebih suka bercakap sorang2, nampak cam orang gila kan tapi itu cara yang terbaik buatku, andainya aku yang membuat masalah dan kesalahan, aku akan bangun di tengah2 malam dan muhabah diri dengan cara aku sendiri yang bagi nasihat dan memarahi perangaiku yang buruk itu. Andai aku merasa sakit hati dengan siapa2 pun, aku akan luahkan sorang2, dan alhamdulillah aku akan menjadi tenang selepas melakukan perkara tersebut.

Dan jalan yang paling baik untuk kita menghilangkan tekanan, amarah dan tensen ialah dengan mengerjakan solat baik fardhu ataupun sunat kemudian berdoalah dengan sepenuh hati, dalam doa tersebut luahkan lah segala apa permasalahan yang berlaku yang membuatkan kamu tidak tenang dan sebagainya, insya Allah selepas solat anda akan berasa begitu tenang sekali. Kerana telah meluahkan segala2 nya semasa berdoa, ramai yang beranggapan berdoa hanya ketika mana memerlukan hajat atau meminta sesuatu, sebenarnya kita boleh cakap apa sahaja ketika berdoa kerana kita sedang mengadu kepada Allah, dan Allah lah sebaik2 tempat mengadu.

erm.. rasanya cukup lah takat ni dulu sedikit info yang aku mampu kongsi bagi menghilangkan perasaan marah dan juga tekanan perasaan. jangan lah kita biarkan atau pendamkan segala permasalahan sorang diri kerana ianya akan membawa kesan yang buruk pada diri kita antaranya penyakit kemurungan dan sakit jiwa. semoga info yang aku catitkan ini mampu memberi manfaat kepada semua.

p/s : Selesaikan lah masalah yang datang dengan sabaiknya, jangan pula kita lari dari masalah kerana dengan melarikan diri masalah tidak akan pernah selesai bahkan bertambah.

5 comments:

Nurul 'Izzah said...

Salam..

Sebenarnya sifat cepat marah @ panas baran memang boleh dikawal. Yang penting, kena kuatkan semangat untuk lawan sifat marah tak bertempat tersebut.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman ketika di tingkatan 4 dahulu telah mengajar saya untuk mengawal marah kerana pada waktu tersebut saya diamanahkan dengan sebuah taklifan yang besar dan sangat berat untuk dipikul dalam Badan Pengawas Sekolah. Yang penting, kena banyak sabar & kuatkan semangat =)

k, wassalam ^_^

penulis cyber said...

he3.. betul tu.. sifat baran memang boleh dikawal sekiranya kita mahukannya.. sebagaimana baran saya dulu dilembutkan oleh mak saya dengan 2 kalimah je.. " tolak ansur ". sebab dulu suke marah ngan adik2.tapi bila mak dok sebut benda tu hari2.. memang masuk sampai sekarang ni.. hehee :)

Home Shop said...

saya memang tak suka nak marah org.. tapi time nak period tu saya x leh control lah perasaan marah tu... saya pn dah banyak nasihatkan/ingatkan diri agar banyak bersabar.. tapi setiap kali saya bersabar tu makin hati ni sakit dan makin merimaskan kepala... jadi keraplah sewaktu saya nak period tu mulut saya pakai lepas jer nak cakap..hal kecik pn saya nak marah...walaupn umur saya dah 23 tahun.. saya still lagi tak boleh kawal perasaan marah saya(sewaktu nak period) tapi kalau saya marah x de lah sampai naik tangan lak.. mulut ni jer lah macam mulut itik..erm.. kalau hari normal saya ok jer.. tapi time hari x normal saya tu lah macam ada ribut taufan berlaku... erm..bagi lelaki lak faham2 jerlah perangai perempuan ni macam mane.. orang perempuan ni bukan nyer jenis suka naik angin pn..ader masa tertentu jer dia naik angin.. wassalam

penulis cyber said...

erm.. memang ada sebahagian wanita yang akan angin sikit bila nak datang period sebab perubahan hormon dalam badan kan. Selain daripada masa nak period, masa mengandung juga adakalanya membuatkan wanita jadi mudah marah juga kerana faktor perubahan hormon,maklumlah mungkin penat dan sakit yang dirasa oleh diri terkeluar dengan perasaan marah walaupun tanpa dia inginkan perkara tersebut berlaku. Oleh itu, bagi kawan-kawan atau suami yang mempunyai isteri atau kawan yang macam nie,mereka sepatutnye paham dan tidak mengambil hati terhadap apa yang dimarahkan tersebut, kerana saya yakin 100% sikap marah tersebut keluar dengan sendirinya dan agak susah untuk dikawal..

juhaida_506 said...

Betul tu...pempuan ni manusia yg penuh emosi, cepat marah...tapi penuh kasih syg tau...Saya ada tips macam mana nak kawal perasaan marah atau bagi hati ni sejuk jer...

1)Cukup solat 5 waktu (dikerjakan dengan penuh penghayatan)
2)Selalulah diri berada adalam keadaan berwuduk.
3)Anggapkan setiap hari adalah hari yang penuh bermakna(mungkin esok atau kejap lagi kita akan pergi menemui illahi)..jadi pastikan rakan2, keluarga, dan masyarakt berada dalam keadaan gembira, pastikan diri pergi dalam keadaan tidak menyakiti hati orang lain.
4)Setiap orang boleh marah, tapi marah yang tidak bertempat akan menyebabkan kebencian seseorang terhadap kita.Maafkan sahaja kesilapan dan kesalahan org lain.
5) Jangan biarkan marah anda bersama-sama dengan syaitan.
6) Marahlah dengan cara yang berhikmah dan dalam keadaan waras.