Saturday, March 22, 2008

Harga Beras Naik Mendadak


Salam...

Pelajar malaysia di Mesir menjadi agak tertekan dan terbeban akibat kenaikan harga beras philipines yang mendadak. Pada awal tahun 2008 harga beras 25 kilo ialah 58 pund egypt, sebulan kemudian meningkat kepada 60 pound egypt, dan terus meningkat kepada 75 pound pada bulan lepas dan akhirnya pada bulan ini menjangkau sehingga 90 pound egypt bagi setiak kampit (25kg). Peningkatan harga ini menjadi bebanan yang amat dirasai oleh semua pelajar asia di Mesir kerana beras philipine merupakan makanan asasi mereka.



Menurut sebuah akhbar online " International Herald Tribune " kenaikan harga beras di timur tengah dan afrika ialah kerana permintaan yang semakin meningkat manakala pengeluaran beras terbatas kerana masalah2 tertentu.



berikut adalah petikan akbar tersebut : "

Rising demand from the Middle East and Africa has pushed up the price of rice in Vietnam and Thailand — the world's top exporters — to up to $500 per metric ton, a 25 percent jump from a month ago, the Agriculture Department said.

But even those countries are struggling to keep pace with export demand and there are fears they may curb sales to damp domestic prices and protect their consumers. ".



Seandainya masalah ini berlarutan menyebabkan pelajar asia merasa terbeban kerana sara hidup mereka akan meningkat, selain kenaikan harga beras, barang2 asas lainnya juga turut mengalami kenaikan harga seperti tepung,minyak dan petrol.



Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mencadangkan agar pelajar2 Malaysia mengurangkan penggunaan beras dan cuba untuk membiasakan diri dengan memakan roti, buat sementara waktu kerana ketika ini PMRAM sedang mencari alternatif bagaimana untuk mngurangkan atau menyelesaikan permasalahan ini. Dan PMRAM juga meminta agar pelajar asia bersabar dengan keadaan yang berlaku.



Semoga permasalahan ini dapat diatasi dengan sebaiknya.. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku..



p/s : kurangkan perbelanjaan harian dan cuba untuk berjimat cermat..




Tambahan Maklumat daripada Utusan Malaysia 20/3/08


Harga Beras Makin Mahal



SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang membantah peningkatan harga besar di depan pejabat Jabatan Pertanian Filipina, Manila, semalam.

Masalah harga beras yang menjadi makanan ruji di Filipina semakin mahal memaksa rakyatnya membawa bantahan mereka di jalan raya untuk diberikan perhatian oleh kerajaan.

Filipina merupakan antara pengimport beras terbesar dunia kerana kawasan penanamannya tidak cukup untuk memenuhi permintaan yang ada.


Di sebalik jaminan kerajaan bahawa negara

itu mempunyai bekalan yang mencukupi, Presidennya Gloria Macapagal Arroyo tidak menolak harga bahan makanan itu akan meningkat.


Permintaan tinggi dari Asia Barat dan Afrika menyebabkan harga beras yang diimport terutamanya dari Vietnam dan Thailand meningkat sehingga AS$500 dolar (RM1,550) setan metrik, iaitu naik sebanyak 25 peratus

sejak sebulan lalu.


Kumpulan Petani dari sayap kiri negara itu, iaitu Gerakan Buruh May One memberikan amaran akan berlaku rusuhan jika kerajaan tidak mengatasi masalah bekalan dan harga beras ini. -AP



No comments: