Friday, March 28, 2008

Faham Atau Semangat ??



salam..

Ape kaba semua, harap korang sehat hendaknya.. entry kali ini aku nak berkongsi sikit dengan korang satu panduan hidup yang aku baru dapat ketika aku menjadi adhock pelaksana sebuah program.

Semasa meeting kali pertama untuk perbincangan pelaksaan program tersebut, aku amat tertarik dengan apa yang di perkatakan oleh pengarah program, walaupun ianya maybe sangat "simple" namun klu di jadikan panduan dalam hidup insya Allah apa juga gerak kerja yang kita akan lakukan insya Allah akan menjadi yang terbaik.

" Buat kerja jangan berdasarkan semangat tetapi kerana paham, kalau kita faham dengan apa yang kita lakukan dan untuk apa, maka pasti kita akan buat sehabis baik, namun sebaliknya jika kita membuat sesuatu kerja hanya dengan dasar semangat maka semangaat itu tidak akan kekal sebagaimana iman manusia yang pasang dan surut"
itu lah perkataan yang dikeluarkan oleh pengarah program tersebut yang memberi satu panduan bagi aku dalam setiap kali aku ingin melaksana kan sebuah gerak kerja.

Seandainya kita mampu buat sedemikian dalam setiap gerak kerja kita baik untuk persatuan dan sebagainya, insya Allah hasilnya pasti manis dan indah. Kalau kerana semangat semata2 ianya pasti akan hilang jika kita menghadapi ujian dan tribulasi dalam gerak kerja yang kita lakukan, sudah pasti akan menjadikan gerak kerja kita terhenti ataupun jadi bermasalah.

Apabila kita sudah faham dengan baik, maka jadikanlah semangat itu sebagai moral untuk kita melipat gandakan usaha bagi menjadikan gerak kerja kita terlaksana dengan baik sebagaimana yang dikehendaki.

Sekadar itu sahaja dulu entry kali ini dari aku, insya Allah kalau ada apa2 lagi yang boleh aku kongsikan pada sahabat sekalian aku akan cuba untuk berkongsi dan aku amat berharap komen dan kritikan sahabat2 sekalian andainya terdapat kesilapan dari sudut fakta ataupun terdapatnya ayat2 yang rasa kurang disenangi.

p/s : Faham dan tahu adalah 2 kalimah yang seakan sama maknanya tapi memberikan kesan yang berbeza.

Wassalam...

No comments: