Tuesday, March 25, 2008

Tahu Tapi X Buat


salam...

xtau lah kenapa mlm tadi aku xdapat nak lelapkan mata,sambil2 baring menunggu mata terlena pelbagai perkara yang menjelma di fikiran, akhirnya sehingga azan subuh berkumandang mata ku tetap berdegil tidak mahu lelap.

Kenapa ek manusia suka buat apa yang di tegah dan tinggalkan apa yang di perintah. Sebagai contoh apabila kita tanya kepada seluruh wanita tentang hukum menutup aurat, mereka pasti akan menjawab WAJIB dan mereka tahu kalau tidak menutup aurat berdosa serta akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, namun ramai lagi yang masih belum melaksanakannya. Apabila di soal kenapa mereka tidak bertudung, mereka akan menjawap " belum sampai seru lagi lah ust", "xpakai tudung xapa, yang penting hati mau baik","yang engkau sibuk kenapa?? mak aku xpernah pun marah aku xpakai tudung", "ek eleh macam lah dia tu baik sngat" dan bermacam2 lagi alasan yang kita akan dengar apabila kia bertanya mengaa mereka tidka bertudung.

Seorang pencuri ataupun perompak juga tahu perbuatan mereka itu salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang namun tetap juga mereka lakukannya, kenapa ek?? apakah sebabnya diri kita melakukan perkara yang berlawanan dengan kehendak akal kita. Akal dah bagi tau dah mencuri ni berdosa dan kalau kene tangkap boleh kene dakwa di mahkamah tapi masih juga kita buat. Jawapannya ialah nafsu, kerana ikutkan nafsu kita sudah tidak pikir lagi apa sebab dan akibat dari perbuatan kita. Orang yang sedang berdating apabila mereka ikutkan nafsu maka mereka sudah tidak peduli dosa dan pahala dan berkesudahan dengan zina. Orang yang merompak apabila dia mengikutkan nafsu dan tamak maka dia tidak akan hirau lagi dengan akibat perbuatannya.

Maka berjaga2 lah dengan nafsu, kerana jihad yang terbesar adalah melawan hawa nafsu. Dan nafsu juga amat berdegil apabila Allah bertanya kepadanya
" siapakah AKU (ALLAH)? lalu dia menjawab engkau-engkau dan aku adalah aku" sehinggalah beberapa kali dihukum barulah nafsu berkata "Engkau lah Allah dan aku adalah hamba MU". Jangan kerana terlalu ikutkan nafsu dan perasaan akhirnya kita akan menyesal dengan apa yang kita lakukan, andainya kita masih hidup dan berpeluang untuk bertaubat Alhamdulillah, tapi jika belum sempat kita bertaubat nyawa kita telah diambil maka kita akan terus berada di dalam penyesalan buat selama2nya. Dan ubat untuk membentengi nafsu adalah keimanan kita kepada Allah. Nafsu akan lemah andai kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Ya, Allah lindungi lah kami dan berikanlah hidayah serta petunjuk-MU agar kami tidak sesekali tersasar dari jalan orang2 yang kau Redhai dan beri nikmat. Amin...

No comments: