Monday, March 24, 2008

Pergolakan Politik Di Malasyia Pasca PRU-12

DULU :

DAP biadab -- Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.



Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.



“DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.



“Niat memulaukan istiadat pelantikan juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



berita penuh & sumber : Utusan Malaysia


SEKARANG :

23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah

22/03/2008 6:06pm

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.

sumber : Utusan Malaysia





Salam...



Kali ini aku nak cuba untuk menulis tentang senario politik di tanah air dari kacamata aku yang bukanlah pengkritik yang hebat dan sebagainya, namun sebagai suara rakyat yang melihat sendiri senario yang berlaku akhir2 ini. Oleh itu andainya ada di kalangan pembaca tidak bersetuju dan sebagainya terpulang lah.



Selepas tamatnya PRU-12, pelbagai isu yang timbul kerana pada PRU kali ini kerajaan BN tidak dapat mengekalkan majoriti 2/3 sebaliknya memerintah dengan hanya "simple majority". Selain itu 5 buah negeri telah jatuh kepada BA iaitu Kelantan,Kedah,Perak,Pulau Pinang Dan Selangor. Antara isu yang timbul ialah :



1) Tentang pemansuhan DEB di P.Pinang yang diperintah oleh kerajaan DAP, yang mana isu ini telah menyebabkan berlakunya demontrasi jalanan (suatu ketika dulu di sebut beruk2 jalanan oleh khairy) yang dianjurkan oleh umno bahagian P.Pinang, mereka berkata bahawa DEB adalah tunggak kemajuan orang melayu dan mereka akan terus mempertahankan pelaksanaan DEB.



2) Perlantikan MB Perak, Yang mana Pemangku Raja Perak berkenan untuk melantik Mohammad Nizar Jamaluddin (wakil PAS) sebagai Menteri Besar Perak yang baru dibawah kerajaan campuran DAP,PKR dan PAS. Namun pada mulanya ia ditolak oleh penasihat DAP Lim Kit Siang, dan memerintahkan agar wakil DAP di Perak memboikot Majlis perlantikan tersebut sehingga majlis itu terpaksa ditangguh beberapa hari kemudian. Isu ini telah digunakan oleh BN untuk mengutuk tindakan pimpinan DAP tersebut dan mengatakan ianya merupakan satu penghinaan kepada instusi diraja dan kesultanan melayu. Namun beberapa hari kemudia Lim Kit Siang telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan isu ini telah selesai dengan sahnya perlantikan YB azizan sebagai MB Perak yang baru.



3) Perlantikan MB Perlis, berlaku juga sedikit ketegangan semasa pemilihan MB Perlis yang mana Dato Shahidan Kassim tidak dilantik semula menjadi MB sebaliknya disandang oleh Datuk Dr. Md Isa Sabu. Namun ianya bukan lah masalah yang serius.



4) Perlantikan MB Terengganu, sehingga kini krisis perlantikan MB terengganu belum lagi selesai dan 23 ADUN Terengganu memutuskan memboikot Majlis Perlantikan MB Terengganu baru yang mendapat perkenan Daripada Pihak Istana iaitu DUN Kijal(BN) Dato Ahmad Said. Krisis melanda kerana 23 Adun tersebut membantah penolakan perlantikan semula Idris Jusoh sebagai MB Terengganu pada sesi ini oleh pihak Istana. Mereka menolak perlantikan Ahmad Said kerana mereka mendakwa bahawa Ahmad Said mempunyai 2 kesalahan Rasuah semasa kepimpinannya di DUN Kijal.



Kalau disaksikan disini, bagaimana mungkin Calon yang bertanding dalam PRU tidak disemak kelakuan mereka sedangkan ketika penamaan calon dibuat, Idris Jusoh mengatakan semua calon yang dipilih telah ditapis dari segala aspek. Ini membuktikan kelemahan dan penipuan yang dilakukan oleh BN terengganu. Dan pertelagahan ini lebih buruk kerana ianya sesama UMNO dan ianya satu bukti bahawa terdapat krisis yang teruk didalam perti tersebut.



Kerajaan Umno dan BN mengutuk tindakan DAP memulau perlantikan MB Perak sebagai menghina instusi Raja dan kesultanan melayu, Namun pada kali ini mereka sendiri melakukannya. Adakah boleh kita katakan bahawa UMNO juga telah menghina instusi Raja dan kesultanan Melayu??? fikir dan renungkan lah.



kalau kat Perak yang bertelagah adalah DAP dan PAS boleh diterima akal kerana dasar perjuangan mereka mungkin berbeza dan krisis itu telah selesai dengan kesediaan DAP memohon maaf secara terbuka. Namun yang bertelagah di Terengganu adalah UMNO sesama UMNO, dan yang dipilih sendiri oleh Idris Jusoh semasa penamaan calon, kenapa ianya berlaku??? renungkan lah ...



5) Terdapat Calon yang menang PRU lompat parti, perletakan jawatan S/U Agong UMNO, Dato Khir Toyo juga Melepas jawatan dan beberapa isu lagi yang berlaku pasca PRU-12.



Begitulah sedikit sebanyak senario politik ditanah air yang aku lihat dan aku baca sendiri melalui akhbar2 arus perdana. Di ingatkan sekali lagi ianya sekadar pandangan peribadi yang baru cuba2 untuk menganalisis isu politik ditanah air.



wassalam...

No comments: