Saturday, April 24, 2010
cara2 untuk mengelak dari dicabul bagi wanita
salam...
akhir2 ini banyak cerita tentang akhwat @ siswi malaysia atau asia yang di cabul di Mesir malah ada juga yang di rogol seperti mana dalam kes terbaru seorang pekerja indonesia telah di rogol secara bergilir2 oleh 6 orang lelaki mesir. Boleh tengok berita tersebut disini dan disini. Oleh yang demkian di minta semua pelajar wanita berhati2 ketika berada di luar rumah terutamanya apabila bersendirian, kerana tanpa anda sedari mungkin anda sedang diperhatikan oleh mata2 nakal lelaki Mesir.
Depa kalau nak buat hal dengan perempuan mesir agak susah, sebab pompuan arab ni kalau ade ape2 depa lawan balik, siap boleh bertumbuk sebab depa berani dan kudrat mereka agak gagah. Oleh itu Lelaki yang gile seks ini akan cube mencari mangsa yang bukan dari negara ini untuk melampiaskan nafsu serakah mereka, kerana mungkin mereka sangka mereka boleh terlepas..
Dengan ini aku sertakan beberapa cara yang aku fikirkan boleh mengelak kan kaum wanita daripada di cabul atau dirogol. Ini hanya sebagai satu usaha sahaja, selebihnya kita berdoa kepada Allah agar dihindari dari terkena perbuatan jahat ini.. berikut adalah cara2 tersebut :
1) sediakan penyembur lada (pepper sprays). benda ini kalau kat Malaysia ada jual, tapi mungkin agak susah nak cari di Mesir. So apa kate korang buat sendiri spray lada ni, korang ambik botol spray yang dah habis kemudian bukak dia punya penutup tu, pastu korang masuk kan dalam tu air blender lada, pastikan ianya sudah ditapis sebelum dimasuk kan ke dalam bekas spray tersebut bagi mengelak kan tersumbat. Dengan cara ini para wanita boleh menyembur atau spray kan pada lelaki yang ingin berbuat jahat tersebut, sembur je banyak2 biar dia buta pun tak apa sebab anda hanya mempertahankan diri, so apa2 akan berlaku lepas itu kalau masuk mahkamah anda akan dibebaskan..
2) kalau boleh memakai seluar panjang sama ada slack atau track didalam jubah ataupun kain, lagi elok kalau pakau seluar yang agak ketat kerana kerana akan menyukarkan sesiapa sahaja yang ingin merogol dan mencabul tersebut. Ianya akan memberi sedikit masa atau melambat kan wanita dari dirogol, berkemungkinan sempat untuk diselamatkan sekiranya ada yang orang yang ingin datang menolong sebab agak lambat nak bukak sambil korang melawan berbanding tidak memakai seluar.. Namun diingatkan ianya dipakai di dalam kain atau jubah bukan pakai seluar ketat sahaja tanpa ditutup dengan kain kerana perbuatan ini hanya makin mengundang mata2 nakal lelaki memandang bentuk tubuh anda sahaja.. (ini hanya teori dan pandangan aku sahaja)..
3) letak kan no telepon polis atau ketua pelajar atau sesiapa sahaja yang mudah untuk dihubungi di bahagian speed dail, seperti no 1, so bile berlaku demikian anda boleh tekan no satu dan ianya akan terus mendail no tersebut, jadi anda boleh menghubungi mereka dengan segera berbanding harus mencari no telefon mereka terlebih dahulu. Apa pun yang berlaku dail sahaja no itu so walaupun anda tidak mampu nak bercakap sebab sedang bergelut, namun mereka pasti akan mendengar suara kalian dari telepon tersebut. dan kalau boleh cuba untuk sebutkan lokasi anda dan sebagainya tanpa disedari penjenayah. contoh kalau org mesir dia xpaham cakap melayu so cakap lah melayu anda ada dimana dan dalam apa.. insya Allah ianya mungkin akan dapat membantu..
4) elak kan keluar rumah seorang diri tidak kira siang ataupun malam, sama ada jauh atau dekat dari rumah, kerana seperti mana saya katakan diatas, anda tidak tau mungkin anda sedang diperhatikan. oleh itu elakkan untuk keluar rumah seorang diri melainkan ada kawan. Namun andai terpaksa keluar sorang diri di siang hari pastikan anda mengikuti jalan yang ramai orang lalu lalang dan jangan gunakan laluan yang agak sunyi dan sepi.. Pada waktu malam di galakkan tidak keluar rumah, andai ada emergency boleh hubungi musyrif untuk jadi bodyguard namun bukan anda dan musyrif sahaja namun perlu ada orang lain..
5) sentiasa berhati2 dan berwaspada serta pakailah pakaian yang agak sopan, kerana apabila anda memakai pakaian yang mendedahkan bahagian yang menggairahkan mata2 lelaki maka disitu otak mereka akan mula merancang benda2 yang jahat, so se elok2nya pakai lah pakaian yang sopan dan menutup aurat demi untuk menjaga maruah diri kalian, andai anda nampak lelaki mengekori kalian, atau lelaki yang mencurigakan terus cari tempat orang ramai dan hubungi kawan atau sesiapa sahaja untuk mengambil anda disitu.. demi mengelakkan perkara tidak di ingini berlaku...
itu sahaja cara2 yang pada pandangan aku boleh digunakan untuk mengelak kan diri anda sebagai seorang wanita dari dicabul dan sebagainya, namuan ianya hanya usaha sahaja, selebihnya berdoalah kepada Allah dan pastikan anda menjaga aspek2 keselamatan diri anda. Kerana mahkota wanita hanya ada satu sahaja iaitu kehormatan nya, andai ia direnggut dengan paksa sudah pasti anda akan berada dalam keadaan trauma yang teramat, dan menyakitkan.. oleh itu mencegah lebih baik dari merawat.. semoga kalian dilindungi dari malapetaka ini.. amin..
wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
baru ku sedari bahawa lelaki itu mencabul..
Post a Comment