Monday, March 31, 2008

Ramah Mesra Bersama BKPJM



salam...

ermm.. hari ni ada program ramah mesra bersama saf pimpinan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM). Ianya merupakan program tahunan yang di anjurkan oleh BKPJM untuk berjaulah ke seluruh cawangan azhar lainnya selain di Kaherah untuk menemui dan beramah mesra bersama anak2 Johor yang berada di perlembahan nil ini.

Sebelum ini aku terlupa lak nak iklan kan kedatangan mereka di dalam blog aku ni,maybe lupa kot, almaklum lah dah semakin tua. Program yang di rancang bermula jam 2 petang itu tertunda sehingga jam 4 petang kerana pukul 3.30 petang barisan AJKT BKPJM baru sampai ke markaz DPMT. Anak2 johor telah setia menanti ketibaan AJKT tersebut dengan penuh sabar. Aku pulak lagi VVIP dari AJKT kerana jam 4.30 baru aku sampai ke Markaz yang mana dah habis sesi ucapan aluan2 dari Pengerusi DPMT bagi meraikan kedatangan tetamu tersebut.

Jaulah AJKT BKPJM yang dianjur kan saban tahun bertujuan utuk merapatkan lagi ukhawah dikalangan anak2 johor yang berada di perlembahan nil ini dan juga untuk mendengar permasalahan2 anak2 johor di semua cawangan azhar. Selain muhasabah, sebrang cadangan juga akan di bawa kemesyuarat AJKT bagi memperbaiki lagi perjalanan pimpinan BKPJM sesi 2007/2008 yang akan di akhiri pada bulan September ini.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar, walaupun jamuan yang disediakan tidak mencukupi bagi adhock pelaksana sendiri, x mengapalah segala pengorbanan mereka insya Allah akan di balas dengan lebih baik disisi Allah kelak. Apa2 pun anak2 johor memang sempoi.. dan harapan YDP BKPJM itu sendiri agar anak2 Johor berkhidmat atau memberikan komitmen terhadap segala program yang dianjurkan oleh DPMT amnya dan juga BKPJM khasnya. Kerana dengan memberikan komitmen terhadap segala program yang dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang bijak ber organisasi.

sekian berita ringkas hari ini.. :)

Sunday, March 30, 2008

Dunia Mengutuk Penyiaran Filem "FITNA"



salam..

Kebelakangan ini terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh pehak barat bagi menghina dan menjelekkan tentang islam. Suatu ketika dulu sebuah akhbar Denmark telah memaparkan lakaran karton yang menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W dengan paparan yang sungguh menghinakan.

Kemudian bangkitlah kemarahan umat islam diseluruh dunia terhadap negara tersebut dan mereka telah memboikot segala produk yang dikeluarkan oleh negara Denmark sebagai tanda protes dan marah. Kesannya ekonomi denmark menjadi jatuh dan mendpat kerugian yang besar daripada peniagaan produk yang mereka hasilkan.

Kali ini barat melancarkan lagi sebuah perang kepada umat islam apabila filem "FITNA" yang dibuat oleh ahli parlimen Belanda Geert Wilders menghina Al-Qur'an dan islam itu sendiri. Filem yang berdurasi 15 minit itu menggambarkan tentang islam itu extream,radical dan terrorist dengan gambar2 ngeri yang di selangi dengan ayat2 Al-Quran.

Tayangan filem ini mendapat kutukan dari jutaan umat islam dan juga pemimpin2 negara islam termasuk juga Malaysia, bahkan setia usaha agung PBB juga turut mengutuk penyiaran filem tersebut kerana ianya akan membawa perpecahan dan menaikkan amarah umat islam seluruh dunia.

Tun Dr Mahathir menyarankan agar semua rakyat Malaysia memboikot (pulau) barangan keluaran Belanda sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Denmark. Agar mereka tahu akibat dari tindakan mereka yang tidak menghormati agama lain khasnya agama islam.

p/s : Orang2 kafir memang tidak akan senang dengan islam selagi mana orang2 islam tidak mengikuti ajaran atau cara hidup mereka.

wassalam...

Friday, March 28, 2008

Faham Atau Semangat ??



salam..

Ape kaba semua, harap korang sehat hendaknya.. entry kali ini aku nak berkongsi sikit dengan korang satu panduan hidup yang aku baru dapat ketika aku menjadi adhock pelaksana sebuah program.

Semasa meeting kali pertama untuk perbincangan pelaksaan program tersebut, aku amat tertarik dengan apa yang di perkatakan oleh pengarah program, walaupun ianya maybe sangat "simple" namun klu di jadikan panduan dalam hidup insya Allah apa juga gerak kerja yang kita akan lakukan insya Allah akan menjadi yang terbaik.

" Buat kerja jangan berdasarkan semangat tetapi kerana paham, kalau kita faham dengan apa yang kita lakukan dan untuk apa, maka pasti kita akan buat sehabis baik, namun sebaliknya jika kita membuat sesuatu kerja hanya dengan dasar semangat maka semangaat itu tidak akan kekal sebagaimana iman manusia yang pasang dan surut"
itu lah perkataan yang dikeluarkan oleh pengarah program tersebut yang memberi satu panduan bagi aku dalam setiap kali aku ingin melaksana kan sebuah gerak kerja.

Seandainya kita mampu buat sedemikian dalam setiap gerak kerja kita baik untuk persatuan dan sebagainya, insya Allah hasilnya pasti manis dan indah. Kalau kerana semangat semata2 ianya pasti akan hilang jika kita menghadapi ujian dan tribulasi dalam gerak kerja yang kita lakukan, sudah pasti akan menjadikan gerak kerja kita terhenti ataupun jadi bermasalah.

Apabila kita sudah faham dengan baik, maka jadikanlah semangat itu sebagai moral untuk kita melipat gandakan usaha bagi menjadikan gerak kerja kita terlaksana dengan baik sebagaimana yang dikehendaki.

Sekadar itu sahaja dulu entry kali ini dari aku, insya Allah kalau ada apa2 lagi yang boleh aku kongsikan pada sahabat sekalian aku akan cuba untuk berkongsi dan aku amat berharap komen dan kritikan sahabat2 sekalian andainya terdapat kesilapan dari sudut fakta ataupun terdapatnya ayat2 yang rasa kurang disenangi.

p/s : Faham dan tahu adalah 2 kalimah yang seakan sama maknanya tapi memberikan kesan yang berbeza.

Wassalam...

Wednesday, March 26, 2008

Program Q PMRAM Peringkat Tanta Kali Ke-3



Salam...

Makluman buat warga tanta sekalian.. khasnya bagi mahasiswa baru baik STAM mahupun MUADALAH, anda semua dijemput hadir menghadiri Program Kolukium Keilmuan Islam PMRAM kali ke-3 yang dianjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). Maklumat program serperti berikut :

Hari : Sabtu
Tarikh : 29/3/2008
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Markaz DPMT (Bait Izzah)
Pendaftaran : 10 Genih (7 Genih utk 3x makan + 3 Genih utk k.kerja)

Antara pengisian yang akan dijalankan :

1) Diskusi Kitab : Thaqafah Da'ieyah (Us Nik SYahir)....
2) Perbentangan kertas kerja: Amar Makuf Nahi Munkar(Usz Siti Rohana Mohd Yusof)....
3)Perbentangan kertas kerja: Nasionalisme (Us Izhar Ismail)....
4) Perbentangan kertas kerja: Kepentingan Amal Ijtimaie (Us Juzaili Juhan)

marilah pakai mai ramai2 bagi menjayakan program tersebut..

" Julang Thaqafah Bakti Dicurah "

p/s : Pihak DPMT juga akan menganjurkan Jaulah Makam Aulia' dalam tempoh terdekat.

Bicara Tentang Cinta


Salam..

Tengok je tajuk kat atas sume mesti ingat aku ni jiwang kan, he3.. xde lah, aku saje je ambik topik "cinta" untuk di bicarakan menurut kacamata aku walaupun aku bukan lah lelaki yang berkaca mata.

Bila kita cerite tentang cinta semua orang pasti tahu apakah yang dimaksudkan dengan cinta, cuma untuk menghuraikan cinta itu dengan perkataan agak payah dan sukar kerana tiada ayat yang sesuai untuk kita gambarkan tentang cinta, cinta dan sayang berbeza, cinta itu lebih khusus dari sayang dan tidak semua yang kita sayang kita akan cinta(mesti korang pening kan nak paham bila aku dah gunakan falsafah).

Sebagai manusia rasa cinta itu adalah fitrah yang Allah kuarniakan didalam jiwa kita, kerana cinta yang hakiki adalah kepada Allah dan Rasul-NYA. Cinta juga merupakan tautan hati antara Adam dan Hawa, yang mana ketika Adam merasa kesunyian seorang diri maka diciptakan Hawa dari rusuk kirinya oleh Allah sebagai teman buat meluahkan segala rasa dihati.

Simbolik penciptaan Hawa dari rusuk kiri Adam sebagaimana di sebut didalam sebuah senikata lagu " kau bukan dijadikan dari kaki untuk di alasi, bukan diciptakan dari kepala untuk disanjungi, sebaliknya kau dicipta dari rusuk kiri yang dekat dengan hati untuk disayangi dan dilindungi " (rasenya yang senikata lagu tu x sama dengan apa yang aku tulis ni).

Kerana cinta ada yang berjaya, kerana cinta juga ada yang kecewa, hidup tanpa cinta merana jadinya, terlalu taksub dengan cinta boleh membawa bahaya, hiasilah cinta dengan patuhi syriat, agar tidak tidak terjerat, bila dah terlanjur boleh bawa mudarat, kalau tanpa iman anak di buang kat flat.

Terkadang pula ada yang suka memendam perasaan, tanpa diluah pada si dia kerana segan, tiba2 dengar khabar dia sudah ada pasangan, malah tunggu hari untuk disatukan, merana lah sudah diri hanya keseorangan, bersabar dan berdoalah kepada tuhan, moga diganti dengan yang sepadan.

Cinta yang indah kerana Allah, membuat iman jadi tak goyah, walau digoda bersusah payah, namun dirinya buat tak kisah, kalau dah berkenan jumpalah ayah, moga mendapat restu untuk menikah, bila dah nikah buat apa pun tak kisah, tiada siapa pun yang akan marah.

Sekadar ini dulu bicara tetang cinta, andai ada yang terasa maaf dipinta, jika terkurang sila lah tambah, kalau terlebih nasihatkan aku agar tak alpa. Semoga anda semua terus bahagia..

p/s : Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, andai agama itu hilang darimu, maka hilang jugalah cintaku padamu.

Tuesday, March 25, 2008

Tahu Tapi X Buat


salam...

xtau lah kenapa mlm tadi aku xdapat nak lelapkan mata,sambil2 baring menunggu mata terlena pelbagai perkara yang menjelma di fikiran, akhirnya sehingga azan subuh berkumandang mata ku tetap berdegil tidak mahu lelap.

Kenapa ek manusia suka buat apa yang di tegah dan tinggalkan apa yang di perintah. Sebagai contoh apabila kita tanya kepada seluruh wanita tentang hukum menutup aurat, mereka pasti akan menjawab WAJIB dan mereka tahu kalau tidak menutup aurat berdosa serta akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, namun ramai lagi yang masih belum melaksanakannya. Apabila di soal kenapa mereka tidak bertudung, mereka akan menjawap " belum sampai seru lagi lah ust", "xpakai tudung xapa, yang penting hati mau baik","yang engkau sibuk kenapa?? mak aku xpernah pun marah aku xpakai tudung", "ek eleh macam lah dia tu baik sngat" dan bermacam2 lagi alasan yang kita akan dengar apabila kia bertanya mengaa mereka tidka bertudung.

Seorang pencuri ataupun perompak juga tahu perbuatan mereka itu salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang namun tetap juga mereka lakukannya, kenapa ek?? apakah sebabnya diri kita melakukan perkara yang berlawanan dengan kehendak akal kita. Akal dah bagi tau dah mencuri ni berdosa dan kalau kene tangkap boleh kene dakwa di mahkamah tapi masih juga kita buat. Jawapannya ialah nafsu, kerana ikutkan nafsu kita sudah tidak pikir lagi apa sebab dan akibat dari perbuatan kita. Orang yang sedang berdating apabila mereka ikutkan nafsu maka mereka sudah tidak peduli dosa dan pahala dan berkesudahan dengan zina. Orang yang merompak apabila dia mengikutkan nafsu dan tamak maka dia tidak akan hirau lagi dengan akibat perbuatannya.

Maka berjaga2 lah dengan nafsu, kerana jihad yang terbesar adalah melawan hawa nafsu. Dan nafsu juga amat berdegil apabila Allah bertanya kepadanya
" siapakah AKU (ALLAH)? lalu dia menjawab engkau-engkau dan aku adalah aku" sehinggalah beberapa kali dihukum barulah nafsu berkata "Engkau lah Allah dan aku adalah hamba MU". Jangan kerana terlalu ikutkan nafsu dan perasaan akhirnya kita akan menyesal dengan apa yang kita lakukan, andainya kita masih hidup dan berpeluang untuk bertaubat Alhamdulillah, tapi jika belum sempat kita bertaubat nyawa kita telah diambil maka kita akan terus berada di dalam penyesalan buat selama2nya. Dan ubat untuk membentengi nafsu adalah keimanan kita kepada Allah. Nafsu akan lemah andai kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Ya, Allah lindungi lah kami dan berikanlah hidayah serta petunjuk-MU agar kami tidak sesekali tersasar dari jalan orang2 yang kau Redhai dan beri nikmat. Amin...

Monday, March 24, 2008

Sekitar Isu Perlantikan MB Terengganu



Salam...

Nampaknya isu perlantikan MB Ganu yang baru begitu mengundang kontrovesi apabila calon yang di perkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Dato' Ahmad Said di bantah Oleh Perdana Menteri dan 22 DUN terengganu. Sehingga berlakunya kekecohan dihadapan kediaman rasmi MB. Berikut Seputar Isu ini :


Tetap sokong Idris -- 23 ADUN buat pengakuan dalam pertemuan dengan PM

KUALA LUMPUR 23 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, 23 daripada 24 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu telah membuat pengakuan untuk menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.


Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata empat ketua bahagian yang hadir dalam kumpulan tersebut iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut juga telah memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar.


“Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar,” katanya kepada Bernama. -utusan.



PM pertahan lantik Idris

SEPANG 23 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu berdasarkan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


Perdana Menteri berkata, pelantikan itu tidak akan berubah kerana ia dibuat berasaskan sokongan padu yang diterima oleh Idris daripada ADUN negeri itu.

“Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain tidak kena dari segi Perlembagaan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar di negeri Pantai Timur itu di sini hari ini.-utusan.



‘Hendaklah dilantik dengan sokongan majoriti ADUN’

KUALA LUMPUR 23 Mac – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, dalam soal pemilihan Menteri Besar Terengganu, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa juga daripada ahli-ahli yang mendapat kepercayaan kebanyakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hendaklah dilantik.


Beliau berkata, proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi berparlimen, seseorang yang mendapat sokongan majoriti ADUN hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar.

“Dalam perkara ini, Datuk Seri Idris Jusoh mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 22 ahli Dewan Undangan Negeri,” kata Abdul Gani dalam satu kenyataan malam ini. -utusan.



Akan dipecat sejurus angkat sumpah

KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.


“Tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO,” ujarnya selepas menyerahkan surat berkenaan kepada Ahmad dan salinan surat itu serta memorandum menyokong kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang ditandatangani 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di Istana Tetamu di sini hari ini. -utusan.



Hormat keputusan istana

KUALA LUMPUR 23 Mac – Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan tidak seharusnya menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar secara terbuka.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.


‘‘Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.


‘‘Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. -utusan.



Nik Aziz tegur Idris Jusoh kerana biar Adun BN bertindak negatif

Salmah Mat Husain
Mon | Mar 24, 08 | 6:15:59 pm MYT

KOTA BHARU, 24 Mac (Hrkh) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sepatutnya menasihat penyokongnya tidak bertindak negatif sekiranya beliau benar-benar reda tidak dilantik sebagai Menteri Besar.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin itu masih mahukan jawatan tersebut.


"Sekiranya beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan itu dan menerima ketentuan qada� dan qadar Allah, sudah pasti Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menasihati Adun BN lain menerima pelantikan Menteri Besar yang baru.


"Ini kerana nasihat seorang pemimpin akan diterima baik penyokong atau pengikutnya. Beliau boleh sebut saya nak berundur diri," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Datuk Bandar Yin-gor Narathiwat, di JKR 10, di sini hari ini. -harakah.



Isu MB Terengganu, Umno tidak hormati prinsip Rukun Negara

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Mar 24, 08 | 12:59:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Kekalutan yang berlaku dalam isu pemilihan Menteri Besar Terengganu mendedahkan sikap sebenar Umno yang langsung tidak menghormati institusi raja, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily pagi tadi kesal dengan sikap yang ditunjukkan Umno terutamanya apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat keahlian Adun Kijal, Dato' Ahmad Said.


Ia ditambah lagi dengan kegilaan Umno Terengganu yang dikepalai bekas Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh dan Rosol Wahid yang bertindak memprotes secara terang watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), ujarnya.


Sambil menyifatkan ia satu penghinaan kepada institusi beraja, beliau juga menyatakan tindakan Umno ini sebenarnya menunjukkan perpecahan yang dialami parti itu selepas kekalahan besar dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.


"Umno sebenarnya tidak menghormati Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.Saya melihat bahawa apabila pihak istana telah memilih seseorang calon itu, mereka telah menimbangkan soal pandangan rakyat dan semua aspek, ini perlu dihormati," katanya.


"Jika mereka tidak puas hati, adakan sahaja pilihan raya semula supaya rakyat boleh memilih semula siapa yang mereka mahu," ujarnya.-harakah.



Siapa dituduh binatang? Sultan?

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Mar 24, 08 | 11:01:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri (PM) yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang".


"PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Idris dan 23 Adun yang dilaporkan dikurung oleh Idris untuk memastikan mereka menyokong cita-citanya menjadi Menteri Besar (MB) kini dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab merestui sepanduk di dalam demonstrasi penyokong-penyokong Idris Jusoh itu.


"Siapa dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau.


Sambil menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar, Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya bahawa merekalah yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan sepanduk itu.


"Tunjuk perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB). TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu takut kepada PM.


"Sebab itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM, TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata beliau. -harakah.



Fikir dan renung lah.. bak kata pak pandir dalam lagunya " ada mata pandang,ada telinga dengar ada akal fikir"

Makan Berdua

gambar hiasan


Hmm..tak ku sangka..


Salam 'alayk..

Semalam, tatkala kaki melangkah menuju ke HS Cafe untuk lunch, saya dikejutkan dengan satu situasi yang tak pernah saya terfikir akan berlaku. Mungkin ALLAH nak tunjuk depan mata saya. Sedih sungguh dibuatnya. Ape ek? ada burung merpati kena baham dek kucing ke? Hm..tak, ni kisah manusia.. Manusia yang makan berdua..kalau dah kahwin tu saya memang takde hak la nak cakap apa..tapi masalahnya belum kahwin.. Dan dua-dua tu punya ilmu yang tinggi..juga ilmu agama. Bukan macam saya ni.. Tak tahu nak cakap macam mana..


Guys, adakah anda sangat berbahagia bila dapat makan berdua dengan awek or makwe or 'ustazah' anda sebelum kahwin? Adakah itu diertikan sebagai sebuah penghargaan buat anda? Ouh. Sedihnya saya!!!


Girls,
Adakah anda sangat bahagia pabila dapat menemani atau melakukan sesuatu yang menggembirakan pakwe or balak or 'ustaz' anda? Betul ke anda gembira pada waktu tu? Ada tak rasa segan atau malu kat orang sekeliling yang melihat anda berdua? Ada rasa bersalah tak?Remember, you are a girl! Fitnah yang paling mudah tersebar adalah disebabkan oleh seorang perempuan. Tak rasa malu ke waktu makan berdua dengan pakwe anda? Kalau betul2 tak tahu hukum, ok, i can accept it. but after u know the hukum, please STOP it!! jual mahal la sikit! Tak ruginya jual mahal untuk jaga maruah dan agama. malah dapat pahala lagi.

Disebabkan insiden yang berlaku di depan mata, saya dan seorang sahabat kehilangan kata. sedih dan kesal bercampur. akhirnya saya mengambil keputusan untuk coretkan di sini. sebab budak UIA biasanya suka surf internet.

Bukan untuk IIUM students je, mana2 IPTA n IPTS yang lain pun sama. Tolong jaga maruah anda, especially girls! malu la sikit... Kalau tak rasa malu kat manusia pun, at least malu la kat ALLAH..

Saya juga pernah hidup dalam 'kejahilan'. Namun tak bermakna saya kena terus berada di dalam 'kejahilan' tersebut.


sumber : Bicara Hati


Salam..


aku paparkan artikel yang aku ambil dari laman seorang bloggers ini kerana aku rase masalah ini memang sering kite jumpa baik di mana2 Universiti, baik yang aliran sains,perubatan dan agama. Dan gejala couple ini memang memang serius kerana dari sinilah punca kepada maksiat lainnya sama ada ringan2,zina dan sebagainya.


Maybe akan ada yang marah ngan statement yang aku cakap ni, dan akan berkata " tak semestinya couple je wat dosa yang x couple pun wat dosa gak". "kami jaga hubungan kami berlandaskan syariat", " eh,xlah kami xde wat apa2 pun masa kami dating" dan pelbagai alasan lainnya. Memang benar tidak semua yang bercouple akan berakhir dengan zina,tp kebanyakannya begitu. kerana Sabda Rasulullah s.a.w " janganlah kamu berdua-an dengan wanita bukan mahram mu kerana syaitan akan menjadi orang yang ke3".


Oleh itu renung dan muhasabah lah kawan2 sekalian..










Pergolakan Politik Di Malasyia Pasca PRU-12

DULU :

DAP biadab -- Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.



Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.



“DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.



“Niat memulaukan istiadat pelantikan juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



berita penuh & sumber : Utusan Malaysia


SEKARANG :

23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah

22/03/2008 6:06pm

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.

sumber : Utusan Malaysia





Salam...



Kali ini aku nak cuba untuk menulis tentang senario politik di tanah air dari kacamata aku yang bukanlah pengkritik yang hebat dan sebagainya, namun sebagai suara rakyat yang melihat sendiri senario yang berlaku akhir2 ini. Oleh itu andainya ada di kalangan pembaca tidak bersetuju dan sebagainya terpulang lah.



Selepas tamatnya PRU-12, pelbagai isu yang timbul kerana pada PRU kali ini kerajaan BN tidak dapat mengekalkan majoriti 2/3 sebaliknya memerintah dengan hanya "simple majority". Selain itu 5 buah negeri telah jatuh kepada BA iaitu Kelantan,Kedah,Perak,Pulau Pinang Dan Selangor. Antara isu yang timbul ialah :



1) Tentang pemansuhan DEB di P.Pinang yang diperintah oleh kerajaan DAP, yang mana isu ini telah menyebabkan berlakunya demontrasi jalanan (suatu ketika dulu di sebut beruk2 jalanan oleh khairy) yang dianjurkan oleh umno bahagian P.Pinang, mereka berkata bahawa DEB adalah tunggak kemajuan orang melayu dan mereka akan terus mempertahankan pelaksanaan DEB.



2) Perlantikan MB Perak, Yang mana Pemangku Raja Perak berkenan untuk melantik Mohammad Nizar Jamaluddin (wakil PAS) sebagai Menteri Besar Perak yang baru dibawah kerajaan campuran DAP,PKR dan PAS. Namun pada mulanya ia ditolak oleh penasihat DAP Lim Kit Siang, dan memerintahkan agar wakil DAP di Perak memboikot Majlis perlantikan tersebut sehingga majlis itu terpaksa ditangguh beberapa hari kemudian. Isu ini telah digunakan oleh BN untuk mengutuk tindakan pimpinan DAP tersebut dan mengatakan ianya merupakan satu penghinaan kepada instusi diraja dan kesultanan melayu. Namun beberapa hari kemudia Lim Kit Siang telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan isu ini telah selesai dengan sahnya perlantikan YB azizan sebagai MB Perak yang baru.



3) Perlantikan MB Perlis, berlaku juga sedikit ketegangan semasa pemilihan MB Perlis yang mana Dato Shahidan Kassim tidak dilantik semula menjadi MB sebaliknya disandang oleh Datuk Dr. Md Isa Sabu. Namun ianya bukan lah masalah yang serius.



4) Perlantikan MB Terengganu, sehingga kini krisis perlantikan MB terengganu belum lagi selesai dan 23 ADUN Terengganu memutuskan memboikot Majlis Perlantikan MB Terengganu baru yang mendapat perkenan Daripada Pihak Istana iaitu DUN Kijal(BN) Dato Ahmad Said. Krisis melanda kerana 23 Adun tersebut membantah penolakan perlantikan semula Idris Jusoh sebagai MB Terengganu pada sesi ini oleh pihak Istana. Mereka menolak perlantikan Ahmad Said kerana mereka mendakwa bahawa Ahmad Said mempunyai 2 kesalahan Rasuah semasa kepimpinannya di DUN Kijal.



Kalau disaksikan disini, bagaimana mungkin Calon yang bertanding dalam PRU tidak disemak kelakuan mereka sedangkan ketika penamaan calon dibuat, Idris Jusoh mengatakan semua calon yang dipilih telah ditapis dari segala aspek. Ini membuktikan kelemahan dan penipuan yang dilakukan oleh BN terengganu. Dan pertelagahan ini lebih buruk kerana ianya sesama UMNO dan ianya satu bukti bahawa terdapat krisis yang teruk didalam perti tersebut.



Kerajaan Umno dan BN mengutuk tindakan DAP memulau perlantikan MB Perak sebagai menghina instusi Raja dan kesultanan melayu, Namun pada kali ini mereka sendiri melakukannya. Adakah boleh kita katakan bahawa UMNO juga telah menghina instusi Raja dan kesultanan Melayu??? fikir dan renungkan lah.



kalau kat Perak yang bertelagah adalah DAP dan PAS boleh diterima akal kerana dasar perjuangan mereka mungkin berbeza dan krisis itu telah selesai dengan kesediaan DAP memohon maaf secara terbuka. Namun yang bertelagah di Terengganu adalah UMNO sesama UMNO, dan yang dipilih sendiri oleh Idris Jusoh semasa penamaan calon, kenapa ianya berlaku??? renungkan lah ...



5) Terdapat Calon yang menang PRU lompat parti, perletakan jawatan S/U Agong UMNO, Dato Khir Toyo juga Melepas jawatan dan beberapa isu lagi yang berlaku pasca PRU-12.



Begitulah sedikit sebanyak senario politik ditanah air yang aku lihat dan aku baca sendiri melalui akhbar2 arus perdana. Di ingatkan sekali lagi ianya sekadar pandangan peribadi yang baru cuba2 untuk menganalisis isu politik ditanah air.



wassalam...

Saturday, March 22, 2008

Harga Beras Naik Mendadak


Salam...

Pelajar malaysia di Mesir menjadi agak tertekan dan terbeban akibat kenaikan harga beras philipines yang mendadak. Pada awal tahun 2008 harga beras 25 kilo ialah 58 pund egypt, sebulan kemudian meningkat kepada 60 pound egypt, dan terus meningkat kepada 75 pound pada bulan lepas dan akhirnya pada bulan ini menjangkau sehingga 90 pound egypt bagi setiak kampit (25kg). Peningkatan harga ini menjadi bebanan yang amat dirasai oleh semua pelajar asia di Mesir kerana beras philipine merupakan makanan asasi mereka.



Menurut sebuah akhbar online " International Herald Tribune " kenaikan harga beras di timur tengah dan afrika ialah kerana permintaan yang semakin meningkat manakala pengeluaran beras terbatas kerana masalah2 tertentu.



berikut adalah petikan akbar tersebut : "

Rising demand from the Middle East and Africa has pushed up the price of rice in Vietnam and Thailand — the world's top exporters — to up to $500 per metric ton, a 25 percent jump from a month ago, the Agriculture Department said.

But even those countries are struggling to keep pace with export demand and there are fears they may curb sales to damp domestic prices and protect their consumers. ".



Seandainya masalah ini berlarutan menyebabkan pelajar asia merasa terbeban kerana sara hidup mereka akan meningkat, selain kenaikan harga beras, barang2 asas lainnya juga turut mengalami kenaikan harga seperti tepung,minyak dan petrol.



Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mencadangkan agar pelajar2 Malaysia mengurangkan penggunaan beras dan cuba untuk membiasakan diri dengan memakan roti, buat sementara waktu kerana ketika ini PMRAM sedang mencari alternatif bagaimana untuk mngurangkan atau menyelesaikan permasalahan ini. Dan PMRAM juga meminta agar pelajar asia bersabar dengan keadaan yang berlaku.



Semoga permasalahan ini dapat diatasi dengan sebaiknya.. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku..



p/s : kurangkan perbelanjaan harian dan cuba untuk berjimat cermat..




Tambahan Maklumat daripada Utusan Malaysia 20/3/08


Harga Beras Makin Mahal



SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang membantah peningkatan harga besar di depan pejabat Jabatan Pertanian Filipina, Manila, semalam.

Masalah harga beras yang menjadi makanan ruji di Filipina semakin mahal memaksa rakyatnya membawa bantahan mereka di jalan raya untuk diberikan perhatian oleh kerajaan.

Filipina merupakan antara pengimport beras terbesar dunia kerana kawasan penanamannya tidak cukup untuk memenuhi permintaan yang ada.


Di sebalik jaminan kerajaan bahawa negara

itu mempunyai bekalan yang mencukupi, Presidennya Gloria Macapagal Arroyo tidak menolak harga bahan makanan itu akan meningkat.


Permintaan tinggi dari Asia Barat dan Afrika menyebabkan harga beras yang diimport terutamanya dari Vietnam dan Thailand meningkat sehingga AS$500 dolar (RM1,550) setan metrik, iaitu naik sebanyak 25 peratus

sejak sebulan lalu.


Kumpulan Petani dari sayap kiri negara itu, iaitu Gerakan Buruh May One memberikan amaran akan berlaku rusuhan jika kerajaan tidak mengatasi masalah bekalan dan harga beras ini. -AP



Friday, March 21, 2008

Maulidur Rasul s.a.w

gambar hiasan

Salam...

Semoga korang berada dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya.. apa ek yang aku nak tulis hari ni? ermm.. semalam merupakan hari besar dalam kalender hijriah, sape tau hari apa? ha.. pandainye anak sape lah tu.. he3.. semalam merupakan hari Keputeraan Baginda s.a.w iaitu pada 12 rabiul awal . Semua negeri di Malaysia cuti termasuk juga di Mesir demi meraikan hari tersebut dengan memperingati segala perjuangan dan pengorbanan Rasulullah di dalam menyebarkan Risalah dakwah.

Adakah pada tanggal 12 Rabiul awal sahaja kita memperingati Rasulullah, Jawapannya sudah semestinya tidak, Malah kita digalakkan untuk berselawat kepada Baginda sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Qur'an mafhumnya : " Allah dan para Malaikat berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w , wahai sekalian orang yang beriman berselawat dan salam lah kamu keatas Baginda ". Oleh itu kita hendaklah memperingati Rasulullah setiap hari bukan sekadar setahun sekali.

Tapi kenapa nak diadakan sambutan Maulidur Rasul ek pada setiap tahun, sepatutnya x payah buat pun kita dah digalakkan untuk memperingatinya. Jawapannya, kita menyambut hari keputeraan baginda bukan hanya kerana tertumpu pada hari tersebut sahaja tetapi agar seluruh umat islam tidak sampai lupa kepada Baginda, ramai golongan muda-mudi pada hari ini tidak berapa mengetahui tentang sejarah baginda, jadi dengan adanya hari memperingati kelahiran baginda mereka sekurang-kurangnya tahu Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiul awal, mereka dapat kenal siapakah sebenarnya Nabi Muhammad dengan banyak tersebarnya risalah mengenai hari tersebut.

Berkenaan hukum pula, Ianya bergantung kepada pengisian sambutan itu sendiri, andainya terdapat perkera-perkara yang bertentangan dengan syara' maka ianya menjadi berdosa, seperti orang yang berzikir tapi bercampur gaul lelaki dengan wanita maka hukumnya tetap haram walaupun berzikir itu pada asalnya mendapat pahala. Oleh itu perlulah kita menyambut hari keputeraan Baginda s.a.w dengan perkara2 yang lebih menuju kepada kebaikan dan ibadah seperti ceramah, marhaban, berzanji dan sebagainya.

Sebagai penutup.. marilah sama-sama kita menyambung tugas baginda dan para sahabat dengan menyampaikan dakwah kepada semua orang tentang islam dan juga menyeru kepada kebaikan serta menegah kepada kemungkaran. kerana itulah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah.

p/s : Seringlah berselawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w ..
( صلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم )

Blog Introduction


Salam..

Semoga anda semua berada dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya.. ermm.. blog ini aku buat khusus untuk meluahkan apa sahaja yang terdapat didalam hati aku, segala info yang berkaitan dengan aku,kampus,kuliah,persatuan dan yang sewaktu dengannya. Namun segala bahan yang terpapar disini merupakan pandangan peribadi aku tanpa kaitan dengan persatuan atau individu tertentu.

So aku harap korang dapat terima seadanya yang terdapat kat sini, andainye de kesilapan dari sudut fakta dan ilmiah sila beri teguran di ruangan komen, klu ada manfaat korang ambiklah wat sedikit panduan dalam kehidupan. Selamat membaca apa2 je yang terdapat didalam ini eh..

w'salam..

p/s : saya budak baru belajar, kalau salah jangan di buang, tapi tolong lah perbetulkan..