Monday, February 16, 2009

Eminent 09 Bakal Menjelang..


salam...

Sebuah program mega tahunan anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) iaitu Eminent 09 bakal di berlangsung tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya pada minggu kedua bulan March iaitu 8-14 march 2009.

Sedikit pengenalan tentang program tahunan DPMT ini, program ini diberi nama Eminent 09 iaitu singkatan daripada Simposium Malaysian Student In Tanta atau Simposium Mahasiswa Malaysia Tanta. Ianya merupakan satu program mega tahunan yang di anjurkan oleh DPMT untuk disajikan kepada seluruh mahasiswa Tanta khasnya dan seluruh mahasiswa mesir amnya.

Program ini akan berlangsung selama seminggu yang di isi dengan pelbagai aktiviti, antaranya bazar eminent, inter family (sukaneka), pembentangan kertas kerja, forum, talks show, pameran dan diakhiri dengan malam kesenian islam.Oleh itu seluruh mahasiswa Tanta dan mesir dijemput untuk menghadiri program tersebut.

Setiap mahiswa dikenakan pendaftaran sebanyak L.E 6 untuk semua kertas kerja dan jamuan di malam akhir eminent. Makanan harian boleh dibeli di bazaar eminant yang akan menyajikan pelbagai jenis juadah termasuklah masakan Malaysia.

Sekian untuk makluman... wassalam..

p/s : ate ape tunggu lagi yop.. moh le pakait-pakat mai Eminent nanti.. :)

Monday, February 9, 2009

Trip Ke Sinai + Penubuhan Kerajaan Baru Perak



Salam..

Alhamdulillah.. satu lagi program yang aku terlibat dalam pelaksanaannya sudah pun selesai, walaupun banyak cubaan dan dugaan sepanjang trip ke sinai berjalan namun atas kebijaksanaan dan hasil daripada kerjasama yang mantap sesama adhock dan juga peserta, semua dugaan itu mampu dilaksanakan dengan baik.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Program Perintis Puncak Sinai 09. Yang mana peserta-pesertanya semuanya sporting dan ringan tulang untuk membantu urusetia yang bertugas. Semoga ukhwah yang terbina dalam program tersebut akan berterusan dan berkekalan hendaknya.



Semasa di tengah-tengah trip sinai tersebut, aku mendapat perkhabaran bahawa kerajaan baru sudah dibentuk di Perak. Sebelum aku bertolak lagi berita tentang pergolakan di Perak sudah menjadi isu yang hangat dalam media massa. Bermula dengan berita kehilangan ADUN pkr selama 5 hari tanpa dapat dihubungi dan diketahui hatta oleh keluarganya sendiri. Namun apabila Speaker DUN mendapat surat perletakan jawatan tanpa tarikh dari keduanya dan kemudian mengumumkan kekosongan 2 kursi DUN tersebut barulah mereka muncul semula dengan alasan sedang cuti sakit.

Rentetan dari situlah bertiupnya angin pergolakan di bumi Perak. Kemudian SPR pula memaklumkan bahawa perletakan jawatan mereka berdua tidak sah kerana ada unsur-unsur keraguan. Oleh itu SPR mengistiharkan mereka masih lagi memegang jawatan sebagai ADUN namun bukan lagi sebagai ADUN pkr sebalinya sebagai adun bebas. Selepas itu gegar lagi bumi Perak dengan perpindahan dari ADUN dap yang keluar parti kerana tidka berpuas hati dengan pimpinan dap Perak.Oleh yang demikian jadi 3 orang lah ADUN yang menjadi ADUN bebas.

Selepas 3 ADUN itu keluar dari pasti mereka masing-masing untuk menjadi ADUN bebas. ADUN Bota yang telah 10 hari menyertai PKR kembali semula menyertai UMNO. Dengan itu kursi DUN di Perak sama banyak antara PR dengan BN iaitu sebanyak 28 kursi, yang membezakannya hanyalah 3 DUN bebas yang mengatakan sokongan terhadap BN.

Oleh kerana keadaan yang bergolak itu, maka MB Perak Ir Nizar menghadap Sultan Perak memohon perkenan untuk bubar DUN agar diadakan semula pilihan raya di Perak. Namun usul dan permintaan MB Perak tersebut telah ditolak oleh Sultan Perak. Kemudian Najib pula menghadap Sultan untuk memaklumkna jumlah kursi terbaru kepada Sultan, Entah macam mana sultan memperkenankan Najib membina kerajaan baru Perak yang melantik Zamry sebagai MB baru Perak yang di nyatakan HARAM oleh Nizar kerana dia masih lagi memegang jawatan MB yang sah mengikut lunas perundangan.

Mengikut perundangan kerajaan negeri, jawatan MB boleh dilucut dengan 3 cara : 1) melalui pembubaran DUN 2) melalui undi tidak percaya kepada MB 3) melalui perletakan jawatan MB dengan suka rela. Dan sehingga hari ini masih belum berlaku dari 3 perkara tersebut yang membuatkan Ir. Nizar masih lagi SAH menjadi MB Perak, oleh itu sekarang negeri Perak mempunyai 2 MB. Hanya mahkamah yang boleh menyelesaikan siapakah MB yang benar-benar sah ataupun Sultan membenarkan pembubaran DUN dan membiarkan rakyat yang memilih kerajaan yang mereka inginkan.

Wallahu a'lam

p/s : selagi mana pemimpin tidak menganggap tugasan yang dipikul sebagai amanah, selagi itulah mereka hanya akan memandang harta dunia dari menjalankan tugas..