Thursday, April 8, 2010

Kembali Ber "Blogging"..


assalamualaikum...

apa khabar anda semua?? semoga berada dalam, keadaan sehat sejahtera hendaknya.. :) Alhamdulillah, aku disini berada dalam keadaan sehat sahaja, walaupun seharian dok sibuk kesana kemari untuk menyelsaikan beberapa urusan. Semoga ianya dipermudahkan..

sudah masuk bulan april.. teringat aku akan kisah2 semasa berada di alam persekolahan baik sekolah rendah mahupun menengah, setiap kali 1 April sudah pastu gamas satu sekolah dengan lawak2 aprilfool, aku pun xtau dulu apa hukumnya, just terikut2 orang je.. so sekarang dah xbuat dah pun sebab dah dewasa, xkan masih nak mengusik kawan sambil cakap Aprilfool.. huhu.. mau kene pelempang ngan kawan2,huhu.. pastu pakat kene gelak je lah sebab xmatang lagi.. :)

musim sejuk sudah berlalu, musim bunga pula mengambil alih, kalau kat sini xde lah bunga sakura cam cerita korea atau jepun tu, kat sini bunga2 biasa je, namun indah dipandang mata kerana setiap pokok akan mengeluarkan bunga berwarna warni, termasuk lah juga bunga kebangsaan iaitu bunga raya.. musim bunga ni memang seronok kalau dapat pergi ke taman2 bunga untuk menikmati keindahan bunga.. pegi taman bunga bukan jadi mat bunga eh, dan bukan berdating2.. aku suka pergi ke taman bunga dengan kawan untuk menikmati keindahan alam sambil mengagumi akan keindahan alam ciptaan Allah..

Oh ye, lupa nak bagi tau korang, dalam entry EXAM vs MATRUH vs NEW HOBBY pada april tahun lepas.. aku nak update perkembangan hobi baru aku ini, Alhamdulillah aku sudah berjaya memiliki sebuah kamera DSLR (Digital Single Riflex Lens).. bulan lepas kamera itu sampai ke tangan aku setelah 2 bulan ia mengembara dari bumi sakura (jepun) ke bumi mumiya (mesir).. aku hampir2 putus asa, kerana ingatkan ianya tidak akan sampai ke tangan aku, namun alhamdulillah, berkat doa aku dan juga kawan2, kamera ini selamat juga sampai ke tanganku setelah genap 2 purnama ia mengembara...

Aku kini sudah memiliki kamera berjenama NIKON D50 sebuah kamera second, kamera ini dikeluarkan pada tahun 2005 dulu, dan sekarang ni dah xde dipasaran melainkan kamera yang second.. aku hanya mampu untuk beli kamera second je lah, nak beli yang baru mahal, kate orang nak beli sesuatu itu kene ukur pada badan kita sendiri, dari sudut mampu ke tidaknya.. xpe lah, untuk permulaan ke dunia fotografi ini ianya sudah cukup bagi aku, kerana ianya akan aku gunakan untuk menempuhi alam pembelajaran aku di dalam bidang fotografi ini.. aku amat berpuas hati..

Namun sebagaimana yang aku katakan dulu, bahawa hobi baru ini sebuah hobi yang mahal, kerana eccessory nya mahal.. contohnya kalau ingin kita beli lensa tambahan, harganya ratusan bahkan terkadang sampai ribuan.. huu.. tertelan air liur sekejap bila congak2 bajet untuk upgrade lensa mahupun flash luaran.. Namun benda itu harus di beli untuk mencantik kan lagi gambar dimalam hari atau semasa mengambil gambar di dalam dewa. Terutamanya aku disini kebanyakannya mengambil gambar di dewan, maklum sahaja lah, dewa kan cahaya nya kurang, so kalau tiada flash luaran maka gambar akan menjadi sedikit kelam, kerana flash yang terdapat dalam kemera tidak dapat memberikan cahaya yang cukup...

xpe lah, kata orang tu pelan2 kayuh, insya Allah bila ade kemampuan beli lah dengan kadar kemampuan kita juga.. betul x... :D

ok lah sampai sini sahaja dulu entry kosong dari aku.. nanti2 aku update lagi.. kalau korang nak tengok hasil2 gambar yang kau tangkap yang x lawa mana pun.. boleh tengok kat FLICKR aku.. boleh lah bagi komen dan juga pandangan disana.. manalah tau kan korang pun ada hobi yang sama macam aku.. :)

wassalam..

No comments: