Tuesday, April 20, 2010
Masalah Yang Melanda
salam...
kebelakangan ini aku sering jadi naik angin dok layan karenah arab.. tapi bukan sume lah yang buat hal, namun kerana sebahagian yang lain pun kekadang jadi mangsa prasangka buruk aku sekali.. tapi ini sikap yang xbaik ye, jangan di contohi.. :)
sudah 2 bulan masalah bil letrik melambung tinggi melanda pelajar2 Malaysia di Tanta, kalau sekadar naik sikit xpe, ni sampai tahap yang tidak logik dek pemikiran manusia yang normal. Dia punya tinggi mengalahkan sebuah kilang yang beroperasi 24 jam. bulan lepas, ada rumah student yang bilnya sampai 3000 pound egypt. Logik ke bil rumah leh jadi camtu, padahal bulan sebelumnya sudah menjangkau 1000 pound egypt. aku de sembang dengan arab, aku tanya bil umah derang bape banyak bulan ini, derang kata cam biasa je, paling mahal pun 100 lebih sikit lah, bila aku cakap ada bil umah orang malaysia yang sampai 1000 dan 3000 dia sendiri terkejut dan kata benda tu mustahil..
pening aku pelajar yang duduk rumah itu, akhirnya Pengerusi DPMT pun pergi ke syarikat elektrik untuk berbincang dengan bos syarikat, namun alasan mereka sebab korang banyak guna barang elektronik sbb tu bil melambung. Mungkin alasan tu boleh terima kalau bil tu naik seratus dua, ini naik sampai 4 angka apa cerita.. Tapi bila berurusan ngan arab, gaduh lah macam mana pun akhirnya tetap kene bayar juga.. tu yang buat darah kekadang jadi tinggi je ingin marah.. semoga Allah berikan kesabaran kepada kami semua..
kalau 1 rumah je maybe kita kate itu satu kebetulan, tapi ini banyak rumah yang menjadi mangsa, ada rumah pelajar medic yang bilnya menjangkau 800 pound egypt, ada yang sampai 300 lebih.. mana lah kami nak cekau duit banyak camtu, dah macam harga sewa rumah dah.. so ibaratnya macam bayar sewa rumah 2x lah pulak untuk bulan tu. pegi lagi syarikat untuk bertekak ngan arab, tapi dia cakap memang korang yang guna letrik banyak, bila aku suh tukar meter dan cek balik meter dia kate meter x rosak.. last2 dia cakap xpe tengok bulan ni dulu, kalau masih mahal boleh tukar meter dengan syarat bayar 35 pound egypt pastu makan masa seminggu. kalau satu rumah yang rosak maybe leh gak tahan smeinggu bergelap, kalau satu bangunan yg maybe de masalah ngan meter mau bergelap satu bangunan... adoyaiii.. pening lagi kepala..
di kawasan rumah aku lak, rumah bawah aku kene 500 pound egypt, manakala rumah atas aku lagi best cerita dia, bil letrik umah dia xpenah sampai dah 2 tahun.. sekali sampai ambik kau dekat 10 atau 20 ribu kene.. dah macam harga sebuah kereta kene bayar.. last2 bila wakil pelajar pergi syarikat dan berbincang akhirnya dapat diskaun kene bayar 3000 je.. hehe.. pelik kan bil letrik pun leh diskaun2 juga.. memang patutnye kita bersyukur sebab bil tu dapat dikurangkan.. tapi ianya menimbulkan keraguan apabila yang berlaku hanyalah kepada pelajar malaysia sahaja, sedangkan orang arab xde pun masalah2 bil letrik yang melambung ni, sampai ade rumah yang terpaksa pindah sebab bil letrik ni..
Alhamdulillah, memang rumah aku x kene ujian macam ini, namun aku tetap turut sama merasakan kesusahan yang di tanggung oleh student2 malaysia yang kene nasib macam tu, kalau sekali leh jugak kita bersabar, kalau dah 2 bulan kene bayar bil yg mahal, mau hilang sabar dibuatnya, siap ada usaha nak tipu budak baru lagi.. adusss.. geram jadinya bile ada arab yang ambik kesempatan terhadap student baru yang belum mahir lagi berbahasa arab.. ya allah berikan lah kesabaran kepada kami semua dan berikan lah kejayaan kepada kami semua dalam pelajaran kami ya Allah..
pada sahabat2 yang terkena bil melambung2 tu, bersabar lah, banyak2 berdoa, kerana org yang bersabar ketika ditimpa ujian dan juga doa orang2 yang teraniaya mudah di terima Allah, so banyak kan berdoa semoga dengan ujian ini Allah akan gantikan dengan kejayaan dalam peperiksaan kelak.. amin..
mudah2 an perkara ini tidak berlaku lebih lama... kalau tidak ianya sedikit sebanyak akan mengganggu emosi student yang nak belajar... sekian sahaja dulu entry lepas geram dari aku kali ini.. doakan agar emosi mangsa2 yang diuji stabil sentiasa..
p/s : mungkin kami kene beli alat macam ini untuk mengurangkan beban kami kat sini -->> http://jimatelektrikzie.blogspot.com/
wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment