Monday, January 24, 2011

berakhirnya pengembaraan di bumi mesir


assalamualaikum..

kaifa halukum jamian? atamanna lakum fil khair wa sehhah fil jismi wal akli, insya Allah.. aku disini alhamdulillah sehat2 sahaja, cume kebelakangan ini resdung ku kembali menyerang menyebabkan hidungku sentiasa dipenuhi dengan bersin yang berpanjangan,serta sering tersumbat. Malah resdung ku kini agak parah kerana sudah naik hingga ke mata, abis mata jadi gatal, tangan pulak dok seronok "menenyeh" sampai merah cam "cyclops" da. huhu.. semoga Allah tidak menarik kembali nikmat penglihatan yang ia berikan kepadaku.

5 september 2010 - 24 januari 2011, tempoh yg agak lama bagi laman sesawang aku ini terbiar tanpa ada "update" atau sebarang perkongsian, dalam tempoh itu banyak hari2 kebesaran yang sudah berlalu, antaranya : Aidil adha yang mana persatuan DPMT dan PCT bekerja sama dalam mengorbankan 3 ekor unta dan sebanyak 28 ekor kambing. Begitu meriah sambutan Aidil adha pada tahun ini.

kemudian, bertukarnya takwim hijiriah dari 1431 kepada 1432. Sambutan maal hijrah disambut dengan meriah oleh mahasiswa tanta dengan mengadakan bacaan doa awal tahun dan doa akhir tahun, kemudian di program sambutan maal hijrah Kaherah, seorang mahasiswa tanta dinobatkan sebagai tokoh maal hijrah. Semoga dengan perubahan tahun ini, berubah juga sikap dan tingkah laku kita daripada tidak baik kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik insya Allah.

selepas itu di susuli pula dengan pertukaran kalendar masihi dari tahun 2010 kepada 2011. Disini tiada sambutan khas dilaksanakan bagi meraikan tahun baru masihi. Tiada "countdown" tiada juga percikan bunga api sebagaimana di Malaysia. Di mesir ini, hanya maal hijrah sahaja yang diraikan dan juga cuti umum, manakala tahun baru pula adalah hari bekerja seperti biasa.

Itu lah serba sedikit tentang hari2 besar yang berlaku sepanjang aku "diam" dari sebarang "update". Namun banyak lagi aktiviti2 dan program2 yang dijalankan oleh persatuan2 mahasiswa baik dari DPMT mahupun PCT. Yang mana tidak semua aku hadiri kerana berada di kaherah beberapa bulan atas urusan kerja.

11 oktober 2005 - februari 2011, itulah tempoh pengembaraan ku di bumi Mesir ini, tempoh yang boleh dikatakan panjang namu terasa singkat apabila kita sudah ingin meninggalkan bumi anbiya' ini. Semoga dalam tempoh itu aku mampu mencari sedikit bekalan untuk ku bawa pulang. Kalau ingin menceduk semua ilmu disini, ianya tidak akan mampu dilaksanakan hanya sekadar dalam tempoh 5 tahun, tapi perlu lebih dari 10 tahun, itu pun belum sepenuhnya ilmu2 dibumi anbiya ini dapat dikutip sepenuhnya.

Tidak mengapalah, biar pun sedikit bekalan disini yang aku peroleh, semoga ianya dapat dikembang biak kan dimasa hadapan. Kerana ilmu itu tidak akan pernah ada kata"cukup" atau "penuh". Sebab dalam islam sendiri digalakkan menuntut ilmu walaupun sehingga liang lahad. jadi bagi aku ianya bukan satu pengakhiran dalam pengembaraan ku mengutip ilmu bahkan ianya hanyalah baru permulaan.

"anta balik Malaysia bila??" soalan yang sering dipertanyakan kepada aku kebelakangan ini, aku juga masih tiada jawapan yang pasti bagi soalan ini. Kalau ikutkan hati mahu saja aku segera pulang untuk bertemu keluarga dan berkhidmat kepada mereka menggantikan segala pengorbanan mereka sepanjang aku berada disini. Namun aku harus menanti sehingga segala urusan disini selesai baru lah aku pulang, Alhamdulillah urusan yang berbaki hanya tinggal sedikit, hanya tinggal menanti siapnya sijil pengajian ku, sesudah siap sijil barulah aku akan pulang ke Malaysia.

Boleh saja aku serahkan kepada kawan untuk menyiapkan urusan Sijil ini, namun bagi aku biar lah aku pulang setelah segala urusanku selesai disini, kerana kalau berlaku apa2 aku masih ada disini, aku risau andai sudah pulang berlaku pulang perkara2 yang tidak di ingini, maka aku tidak mampu untuk menyelesaikan nya kerana aku sudah berada beribu batu dari bumi Mesir. Jadi aku korbankan perasaan rindu pada keluarga beberapa bulan untuk menatap bumi Mesir disaat-saat akhir.

Doakanlah semoga urusanku dipermudahkan disini mahupun di Malaysia kelak insya Allah.

p/s : kepada sahabat2 yang masih lagi dalam kembara mereka di sini, teruskan mencari ilmu dan berjuang. Semoga kalian diberikan kejayaan dalam imtihan.

wassalam..