Wednesday, April 23, 2008

Wahai Pejuang

Wahai pejuang,

Dirimu sentisa gagah di saf hadapan,
Setiap kali dalam pertempuran,
Mindamu begitu mapan,
Sehingga kau tidak pernah berundur ke belakang.

Wahai pejuang,

Kau sanggup korbankan nyawa di badan,
Bahkan harta yang dikumpulkan,
Kerana yakin dengan kalam Tuhan,
Kelak pasti akan mendapat ganjaran.

Wahai pejuang,

Siang kau ibarat singa yang garang,
Membuatkan musuh menjadi ketakutan,
Malam kau umpama abid yang kerinduan,
Qiamullail menjadi satu kemestian.

Wahai pejuang,

Bukan kau yang mejadi pencetus gerakan,
Bukan jua yang menerima manisnya kejayaan,
Tapi kaulah mata rantai perjuangan,
Penyambung ke generasi akan datang.

Wahai pejuang,

Teruskanlah langkahmu mara ke hadapan,
Jangan sekali pandang ke belakang,
Walau syahid ataupun menang,
Dirimu pasti akan di kenang.

SIAPAKAH pejuang itu???
adakah hanya golongan agamawan??,
semua orang boleh menjadi pejuang,
berjuang menegakkan kebenaran,
menentang segala kemungkaran dan kezaliman,
sehingga islam menjadi pegangan,
menjadi rahmat di seluruh alam.

Sebagaimana firman Tuhan,
serulah kepada kebajikan,
tegahlah segala kemungkaran,
kerana ANDA lah KHALIFAH yang dimaksudkan,
sebagai pemimpin seluruh alam.

sekadar renungan dariku untukmu.

Monday, April 21, 2008

Jaulah Makam Auliya' Di Kota Kaherah



Salam...

Lama jugak aku tak update blog aku ni, sampai dah berhabuk dan berdebu dah.. :) so nak kene "clean" kan dulu biar nampak bersih dan bersinar seperti baru. hehehe.. leh ke bersihkan blog?? kalau nak bersihkan kenelah delete sumenye biar nampak bersih je macam baru(awas jangan buat aksi ini kerana segala isi dalam blog anda akan hilang).

Bukan aku tak mahu update, tapi setiap kali aku mula menaip ada sahaja yang bermain di minda aku sehingga berat rasanya untuk terus menaip sehingga menjadi satu cerita. Banyak cerita-cerita yang hanya menjadi "draft" kerana ianya tidak sempurna untuk di keluarkan sebagai tatapan korang semua.

Tak apa lah, nanti kalau ada idea yang menarik akan aku sudahi semua cerita-cerita separuh jalan tersebut agar boleh menjadi bahan bacaan untuk anda semua. kali ini aku nak cerita sedikit aktivitiku pada minggu lepas.

Jaulah Makam Auliya'

pada hari Jumaat 18/4/08 pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT)telah menganjurkan sebuah program Jaulah Makam Auliya' di sekitar kota Kaherah. Aku merupakan satu antara 150 orang yang mengikuti jaulah tersebut.

kami bertolak jam 8 pagi dari Tanta dengan 4 buah bas mini dan juga sebuah van. aku memilih untuk menaiki van kerana sedikit sebanyak boleh membantu unit masakan yang menaiki van tersebut. 4 buah bas mini tersebut jalan dahulu menuju ke Masjid Zainab dan menziarahi dua makam di situ, namun van yang aku naiki dan 8 orang lainnya pula menuju ke hayyu sabie' untuk mengambil kuih untuk makan petang peserta yang kami tempah dengan siswa kaherah. Selepas ambil kuih untuk makan petang, kami pun bertolak ke Masjid Sultan Hassan untuk bertemu dengan rombongan dan sekaligus menunaikan solat jumaat disitu.

Yang melucukan hati aku ialah, pemandu van yang kami naiki itu tidak tahu jalan disekitar Kaherah, membuatkan kami terpaksa bertanyakan arah jalan dengan pemandu ataupun orang awam di situ untuk pergi ke Masjid yang menjadi tempat pertemuan kami dengan rombongan. Alhamdulillah walaupun agak sukar dalam perjalanan namun kami selamat sampai sejam lebih awal sebelum masuk waktu jumaat, kesempatan itu kami ambil untuk mengambil gambar kenangan dan juga melihat kawasan sekitar sebelum masuk ke masjid untuk beri'tikaf.

Seusai solat jumaat, kami berehat sebentar dan menziarahi makam sultan Farouk dan keluarganya di masjid sebelah, juga terdapat sebuah makam raja Iran disitu. seusai ziarah kami pun makan tengah hari disitu sebelum meneruskan perjalanan ke masjid Ali Zainal Abidin. Di masjid ini kami menziarahi makam cicit Rasulullah S.A.W yaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi thalib. Namun menurut musyrif yang membawa kami, yang ada disitu hanya kepala saidina Zaid kerana badannya di kebumikan di Karbala.

Kemudian dari situ kami menuju ke Masjid Imam Syafie yang terdapat makam Imam Syafie dan juga Syiekh Zakaria Al-Ansori, kemudian terus menuju ke makam guru imam Syafie iaitu Imam Waqi' sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan perkuburan Aliya' Allah lainya di kaki gunung (lupa lak nama gunung tu). Seusai ziarah makan Auliya' sekiotar kaki gunung kami pun bertolak pulang ke Tanta seusai solat maghrib. Dan selamat sampai ke tanta sekitar jam 10 malam.

Apabila sampai sahaja ke rumah, semua ahli bait yang juga turut menyertai jaulah terus tidur kerana keletihan seharian berjalan. itu sahaja coretan ku pada kali ini.. hehehe nanti aku masukkan cerita "jalan-jalan ke alex" kalau ada masa.

wassalam...

Friday, April 18, 2008

Puisi Sang Perindu

Setiap hari yang berlalu,
Tidak seperti yang kita jangka kan,
Ada kalanya cerah,
Ada kalanya mendung.

Setiap kali mata terbuka dari lena yang panjang,
Hanya wajahmu yang mule tergambar,
Setiap kali minda mula berputar,
Hanya dirimu yang ku fikirkan,
Ku rasakan dirimu terlalu hampir dengan diriku.

Setiap hari ku terus begini,
Tak kira cerah tak kira mendung,
Berada dalam satu destinasi "PENANTIAN",
Ku menanti dan terus menanti,
Agar harapan dirimu akan datang,
Bilakah penantian ini akan berakhir...

oleh : Hawa_1619

Wednesday, April 9, 2008

Main Teka-Teki



Salam..

ermm.. boringnye hari ini, tak tau nak wat apa. Sepatutnya aku dah kene rancak wat ulang kaji dan baca buku sebab lebih kurang sebulan sahaja lagi aku akan menghadapi final exam untuk tahun ni. Tapi leh wat selambe je, hehe.. aku ni memang jenis last minute study punye orang, kalau sebulan tu memang tak panas lagi enjin untuk study, lagi seminggu nak exam baru kelam kabut nak wat ulang kaji dan wat nota untuk ezam.

Untuk menghilangkan keboringan ini, apa kata kita main teka-teki, aku akan bagi 5 teka-teki, kalau korang tahu apa jawapan dia.. jawap lah.. kalau tau leh cube jawab gak, sebab tak kene potong markah pun kalau salah.. hehehee :) jangan risau jawapan bagi setiap soalan adalah berdasarkan perkara yang lojik bukan merapu.

ni dia teka-teki nya :

1) Bila sebut sekali dia jauh atau tinggi, bila sebut dua kali dia jadi dekat ngan kita ??

2) Berbaju putih tetpi bukan nurse @ doktor, bertopi hitam tapi bukan askar, ada ekor tapi bukan binatang ??

3) Berkaitan huruf jawi : apa huruf yang paling jauh ?? huruf yang paling tinggi ?? 2 huruf yang paling panas ??

4) Bila di ikat dia berjalan, bila di buka dia berhenti ??

5) Banyak2 tali, tali apa yang tak boleh di ikat???

Jawapan anda ???

semoga berjaya...

Tuesday, April 8, 2008

Muhasabah Diri


salam..

Bagaikan meludah ke langit lalu terpalit pada muka sendiri, mungkin itu peribahasa yang sesuai bagi mereka yang hanya tahu memberi nasihat, mengajar, bercakap tentang sesuatu tetapi tidak melakukannya. Ataupun lebih glamor sebutannya di kalangan remaja zaman ini sebagai " cakap tak serupa bikin ".

Jika kita perhatikan persekitaran kita ramai orang-orang seperti itu yang tahu hanya cakap tentang sesuatu namun dia sendiri tidak melakukannya ataupun dia menegah sesuatu sebaliknya dia juga yang melakukannya. Dalam Al-Qur'an Allah berfirman : " kenapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu lakukan ". Perbuatan ini jelas diambil berat didalam islam, sebaiknya apa yang kita perkatakan hendak lah kita juga melakukannya ataupun kita menjadi contoh terhadap apa yang kita katakan.

Namun adakah itu menjadi alasan mengapa kita tidak berdakwah? , tidak berani tegur kawan yang melakukan kesilapan?, tidak perlu memberikan nasihat kepada kebaikan?.. sudah tentu tidak, bahkan didalam islam digalakkan pula untuk kita " menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran".

Jadi apa yang harus kita lakukan??? keadaan diatas seolah-olah kita tersepit dalam dua keadaan yang amat rumit. Bak kata pepatah " Ditelan mati emak, diluah mati bapak". Kalau anda semua berada didalam keadaan tersebut, apakah yang anda akan lakukan??? memilih untuk mendiamkan diri ataupun berdakwah dengan apa yang anda sendiri belum lakukan??

Jawapannya terdapat didalam kalam hukamak ( tidak pasti sama ada ia hadis @ bukan, untuk berjaga-jaga aku gunakan kalam hukamak, namun andai ada antara sahabat sekalian yang tahu sila perbetulkan ) " Perbaiki diri kamu dan dalam masa yang sama sampaikan dakwah kepada orang lain ". Jika kita berada didalam keadaan demikian, langkah yang terbaik ialah dengan cara kita cuba untuk memperbaiki diri kita dengan apa yang kita cuba dakwah, namun dakwah tetap perlu disampaikan.

Insya Allah dengan adanya perubahan yang kita lakukan maka kita tidak termasuk didalam golongan yang Allah sebutkan didalam Al-Qur'an dan tidak juga kita lari dari menjalankan kewajipan kita sebagai khalifah dimuka bumi @ sebagai umat yang terbaik yang digelarkan oleh Allah keatas kita. Namun untuk menjadi umat yang terbaik, terpundak 2 tugas dibahu sekalian umat Muhammad, iaitu Amar ma'ruf dan Nahi mungkar.
Renung-renungkan lah.. adakah kita hendak terus leka atau cuba perbaiki diri.. sekadar muhasabh buat diri ini yang sering tenggelam timbul seiring bertambah kurangnya iman didada.

Wassalam...

Saturday, April 5, 2008

Pengisian Dari Usrah


salam...

Hari ni aku nak berkongsi sedikit pengisian yang aku dapat dari usrah aku hari ini, kat sini setiap hari jumaat semua mahasiswa baik baru mahupun lama akan terlibat dalam usrah bagi merapatkan lagi hubungan antara kami dan juga bagi menambah pengisian yang mungkin tidak dapat dari dewan2 kuliah. Bahkan di dalam usrah lah kami di latih untuk bercakap, berpidato, berceramah dan berbincang terhadap isu2 semasa yang berlaku baik di Malaysia ataupun negara luar.

Usrah pada kali ini aku di taklifkan untuk membentang 1 hadis daripada kitab " Riadus Solehin ". Hadis bernombor 1289 dalam bab jihad, hadis nya bermaksud " daripada Abu Mas'ud Alhudri Radiallahu anhu, telah berkata : Telah datang seorang lelaki bertemu Rasulullah s.a.w dan bertanya : " Wahai Rasulullah siapakah manusia yang terbaik (Afdhal) ? " maka Rasulullah bersabda : " Orang mukmin yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan dirinya ". Kemudian bertanya lagi lelaki itu : " Kemudian siapa? " jawab Rasulullah : " Orang mukmin daripada suatu bangsa atau kaum yang beridah @ menyembah Allah dan menegah manusia daripada melakukan kesalahan atau keburukan ". - muttafakun alaihi-.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada hadis ini ialah betapa tingginya martabat seseorang yang berjihad dijalan Allah sehingga ianya dikatakan sebaik2 manusia. Kemudian baru di ikuti dengan bertaqwa @ beribadah kepada Allah dan menegah perkara2 yang mungkar. Dan berjihad itu hendaklah dengan harta yang kita ada bahkan dengan pengorbanan diri kita sendiri kerana diri dan harta kita telah dibeli oleh Allah dengan syurga sebagaimana yang dijelaskan didalam surah at-taubah ayat 111 yang bermaksud
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan syurga untuk mereka"

Itulah bukti bahawa betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka2 yang berjihad di jalan Allah baik dengan harta ataupun diri mereka. Pembentangan aku ditambah lagi oleh Naqib usrah yang berkata, maksud jihad itu sendiri perlu mengikut dengan waqi' atau suasana di tempat kita. Jihad bukan bererti hanya mengangkat senjata, sebaliknya banyak pecahan jihad itu sendiri, menuntut ilmu juga sebahagian daripada jihad, membela dan membantu orang2 miskin dan fakir juga dikatakan jihad, menegakkan kebenaran juga termasuk didalam jihad. Jihad mengangkat senjata berlaku hanya dalam 2 keadaan, 1) apabila negara kita diserang oleh orang2 kafir 2) apabila khalifah atau pemimpin kita mmerintahkan untuk berperang melawan orang kafir dinegara mereka.


Oleh yang demikian, apabila mengikut waqi' ataupun keadaan di Malaysia, termausuk dalam jihad adalah menuntut ilmu, menyampaikan ilmu, menyeru kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran.


Setakat ini dulu kupasan yang mampu aku kongsikan bersama anda semua, insya Allah entry pengisian usrah ini akan aku masuk pada setiap hari jumaat dengan berkongsi ilmu yang aku dapat di dalam usrah. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua dalam meniti perjalanan yang mungkin berliku2 penuh dengan mehnah dan cabaran serta godaan dunia.

Andai terdapat penambahan isi ataupun kesalahan didalam entry ini, teguran dan nasihat daripada anda semua amat di alu2 kan, kerana aku masih belajar.. kalau aku melakukan kesilapan yang tidka kusedari dan anda semua tidak menegurnya sudah pasti ianya akan terus ku lakukan.

p/s : Kepada sahabat2 yang terlibat dengan usrah, jangan lah ponteng usrah kerana banyak manfaat yang kita boleh dapat daripadanya terutama dari sudut pentarbiyahan diri.

Wassalam..

Tuesday, April 1, 2008

Apa Yang Anda Lakukan Ketika Marah Dan Tertekan


salam..

setiap manusia pasti akan ada perasaan marah, geram, benci, tensen dan sebagainya. Kalau anda mengalami perasaan2 ini apa yang akan anda lakukan untuk meredakan atau melenyapkannya. Terutamanya andainya yang menyebabkan anda berasa demikian ialah kawan baik anda sendiri yang mungkin dia tidak tahu perbuatan tersebut menyinggung perasaan anda.

" orang yang gagah adalah orang yang mampu untuk menahan amarahnya " itu lah antara kalam2 hikmah yang kita tahu. Dan Rasulullah mengajar bagaimana cara nak menghilangkan marah, dengan cara berwuduk, andainya kalau kita marah dalam keadaan berdiri maka duduk lah, andainya kita marah dalam ke adaan duduk maka baring lah. simboliknya ialah apabila kita marah kita jangan layan perasaan marah tersebut bahkan kita digalakkan untuk melakukan benda lain agar amarah kita reda.

Bukan bererti kita tidak boleh marah, perasaan marah itu adalah fitrah insani apabila sesuatu yang menggu jiwanya, keselamatannya, maruahnya dan agamanya. Andai musuh yang membuatkan kamu marah dengan melakukan perkara yang keji dan hina maka kamu berhak untuk marah dan lepaskan amarahmu bagi menunjukkan kamu bukan penakut. Namun andainya ianya hanya berkaitan kecil hati dan sebagainya kita usahlah marah sangat tapi cubalah untuk memaafkan.

Menurut pandangan motivasi pula andainya anda mempunyai masalah yang terbeban didalam hati anda, maka anda hendaklah mencari teman yang boleh dipercayai untuk berkongsi dan meluahkan apa sahaja yang terbeban dihati anda, dan orang yang paling disarankan untuk anda meluahkan dan berkongsi masalah ialah ibu bapa anda kerana mereka sudah pasti tidak akan menghianati anda sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian sahabat yang menikam dari belakang.

Namun terdapat banyak juga cara2 untuk melepaskan tensen dan mengurangkan tekanan perasaan, ada orang yang menjerit dengan sekuat2 hatinya bagi melepaskan tekanan tersebut, ada orang pula berlari selaju2 nya untuk melupakan tekanan tersebut. ada orang yang menangis untuk melegakan perasaan hatinya. Dan pelbagai cara lagi yang di lakukan untuk melegakan segala tekanan.

Aku pula kalau tertekan, lebih suka bercakap sorang2, nampak cam orang gila kan tapi itu cara yang terbaik buatku, andainya aku yang membuat masalah dan kesalahan, aku akan bangun di tengah2 malam dan muhabah diri dengan cara aku sendiri yang bagi nasihat dan memarahi perangaiku yang buruk itu. Andai aku merasa sakit hati dengan siapa2 pun, aku akan luahkan sorang2, dan alhamdulillah aku akan menjadi tenang selepas melakukan perkara tersebut.

Dan jalan yang paling baik untuk kita menghilangkan tekanan, amarah dan tensen ialah dengan mengerjakan solat baik fardhu ataupun sunat kemudian berdoalah dengan sepenuh hati, dalam doa tersebut luahkan lah segala apa permasalahan yang berlaku yang membuatkan kamu tidak tenang dan sebagainya, insya Allah selepas solat anda akan berasa begitu tenang sekali. Kerana telah meluahkan segala2 nya semasa berdoa, ramai yang beranggapan berdoa hanya ketika mana memerlukan hajat atau meminta sesuatu, sebenarnya kita boleh cakap apa sahaja ketika berdoa kerana kita sedang mengadu kepada Allah, dan Allah lah sebaik2 tempat mengadu.

erm.. rasanya cukup lah takat ni dulu sedikit info yang aku mampu kongsi bagi menghilangkan perasaan marah dan juga tekanan perasaan. jangan lah kita biarkan atau pendamkan segala permasalahan sorang diri kerana ianya akan membawa kesan yang buruk pada diri kita antaranya penyakit kemurungan dan sakit jiwa. semoga info yang aku catitkan ini mampu memberi manfaat kepada semua.

p/s : Selesaikan lah masalah yang datang dengan sabaiknya, jangan pula kita lari dari masalah kerana dengan melarikan diri masalah tidak akan pernah selesai bahkan bertambah.