Wednesday, May 5, 2010

Luahan Jiwa


salam...

"erm.. seperti dalam dilema lah pulak .." mungkin itu yang bermain dihati dan mindaku ketika ini.. ade banyak pertanyaan yang tiba-tiba terkeluar dari mindaku yang agak kurang digunakan kebelakangan ini. antara persoalan yang timbul ialah:

kita sering mengharap menjadi seorang pejuang, namun kita kurang dari sudut melaksanakan impian kita untuk jadi pejuang..

kita sering ingin menjadi pendakwah yang baik, namun kita terasa berat untuk melaksanakan dakwah tersebut malah kita sentiasa leka dari menunaikannya..

kita sering kali mendambakan menjadi seperti watak-watak utama dalam filem-filem islamik, seperti yang lelaki berangan ingin menjadi khairul azam, yang wanita ingin menjadi seperti ana altafunnisa' dalam filem KCB. namun realitinya kita tidak pernah usaha untk menjadi seperti itu..

kita sering melaunkan kita ingin mati syahid di dalam jalan Allah, namun kita sering melakukan maksiat kepada Allah..

kita sering katakan aku ingin jadi seorang pelajar yang cemerlang, namun kita juga malas untuk mengulangkaji dan lebih suka membuang masa dengan perkara-perkara lain.

kita sering mendambakan seorang pasangan yang soleh solehah dan berakhlak mulia serta mampu menjaga diri dan kehormatannya, namun kita tidak pula menjadikan diri kita seorang yang soleh solehah dan berakhlak mulia yang mana layak untuk mereka itu.

kita sering bercakap tentang tahajjud dan qiam adalah senjata bagi para pendakwah, namun kita juga lebih banyak tidur di malam dari melaksanakannya..

akhir sekali, kita sering ingin kan sesuatu yang baik berlaku kepada kita, namun kita lupa bahawa yang baik disisi Allah ialah mereka yang mampu menerima ujian dan dugaan dari Allah...

andai kalian mempunyai jawapan dari soalan-soalan dan permasalahan yang sedang bermain di kotak minda aku yang hampir berkarat ini.. maka berikan lah aku jawapannya...

salam muhibbah dari ku..

1 comment:

Anonymous said...

care nye yg pertame n paling penting untuk mencapai semu itu dengan mengubah diri..selagi kite tak ubh diri kite, kite tak kn berjaye untuk mencapai semu impian itu...segala mslh dan penghalang dr mencapai semu itu anda sudah ketahui so perkara pertama yg perlu buat BERUBAH kpd yg lebih baik...mesti anda lebih arif kan tentang KONSEP HIJRAH....semu peluang ada di tangan anda...anda yg tentukan...