Saturday, November 29, 2008

Bersambungnya Sebuah Pengembaraan...


salam...

Alhamdulillah sudah hampir 3 minggu aku berada di bumi asing ini. perjalanan kali ini ialah untuk menyambung pengembaraan ku yang masih bersisa 2 tahun lagi. Setibanya aku di airport, Alhamdulillah ada kawan-kawan yang baik hati sudi menjemput aku. Jadi aku tidak perlu bersusah payah untuk mencari transport pulang ke Tanta. Terima kasih teman..

Setibanya aku disini, aku harus membuat pilihan pengkhususan jurusan apa yang akan aku ambil untuk tahun 3 dan 4 ini. Kerana pengajian usuluddin disini, tahun 1 dan 2 belajar secara umum tanpa ada major apa. Bila sudah tahun 3 barulah mahasiswa dikehendaki untuk memilih major apa yang mereka inginkan. ada 4 major pilihan iaitu : tafsir, hadis,akidah falsafah dan dakwah. Bile dok termenung dan dok fikit jurusan mana yang aku ambil, akhirnya aku nekad untuk ambik jurusan akidah falsafah kerana jurusan ini agak kurang orang Malaysia yang ambil. Alhamdulillah pad atahun ini ada 3 orang lagi yang bersamaku untuk mengambil jurusan ini, so ada jugak lah teman untuk study dan berbincang.

Bumi mesir ini memang penuh dengan ujian dan dugaan bagi mahasiswa-mahasiwa luar. antaranya kena berebut ngan arab untuk naik bas, bersesak2 dalam bas sebab terlalu penuh, dah macam sardin dah klu dok tengah2 bas tu. Kemudian kene pulak buat urusan dengan ketua bahagian pelajar luar negara, bila nak wat urusan kita kene ikut dia, kalau dia ngah sibuk atau sebagainya, memang dia cakap besok,besok dan besok. Masa aku nak buat urusan bayaran yuran dan mintak surat pengesahan kuliah, hampir seminggu aku terpaksa berulang alik jumpa dengan dia tapi xdapat juga nak buat urusan. Pada minggu berikutnya barulah aku dapat selesaikan urusan kuliah ku. Alhamdulillah selesai jugak lah urusan tersebut.

Senior-senior kat sini selalu pesan, ejaan mesir dalam bahasa arab terdiri daripada 3 huruf, iaitu pertama, mim = bagi masyakkah yang bermaksud kesusahan dan kesulitan.Yang kedua, sod = bagi sabar yang bermakna perlunya kesabaran yang tinggi untuk belajar disini. Yang ketiga, ra = bagi redha yang bererti setiap apa yang berlaku keatas kita hendak lah kita sentiasa redha. Oleh itu setiap mahasiswa kene sentiasa menguatkan fizikal dan mental mereka sepanjang berada disini. Kalau tidak ada kekuatan dan semangat, nescaya mereka pasti tidak akan tahan dan akhirnya pengajian mereka terhenti di tengah jalan.

akhir sekali.. exam pun dah tak lama, lagi sebulan je, pekse mula 4/1/09.. so doakan lah kejayaan aku yer.. kerana tahun 3 akidah ada tambahan 4 subjek baru yang keseluruhan subjek bagi tahun 3 akidah ialah 19 subjek. Doakan agar aku dan kawan-kawna mampu menjalaninya dengan tenang dan tidak berputus asa. Oh ye, lupe lak, dikesempatan ini aku juga nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua.. untuk tajuk raya korban nanti aku buat treat baru.

sekian.. wassalam..

Friday, November 21, 2008

Tolong sampaikan pada dia…

Tolong sampaikan pada dia…


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

sumber : pemberian rakan di email..

Tuesday, November 18, 2008

Pengembaraan ku bermula lagi..

salam...

Apa kabar teman-teman seperjuangan sekalian.. semoga kalian berada dalam perlindungan Allah hendaknya..

Insya Allah esok pengembaraanku untuk menuntut ilmu di bumi musa dan firaun akan ku sambung semula setelah hampir 4 bulan aku meninggalkan tempat pertembungan jahiliyah dan juga dakwah itu. Hari ini tamatlah sudah cuti semester ku yang pada mulanya pendek, tapi ku panjangkan dek kerana lama tidak pulang ke tanah air. Oleh kerana hendak berada disisi keluarga dalam tempoh yang lama, maka aku pun menambah cuti yang asalnya 3 bulan menjadi 4 bulan. Dengan pertambahan cuti itu, maka bertambah jugalah usaha yang perlu aku lakukan bagi mengejar semulal pelajaran-pelajaran yang telah kutinggalkan.

Kawan-kawan sudah pun memulakan kuliahnya hampir sebulan yang lalu namun aku dengan selamba badaknya dok rileks je kat rumah. Nasib baik lah mak ngan ayah aku tidak tau yang aku tambah sikit cuti semester aku agar menjadi panjang. andainya depa tau, mau naya aku kene basuh baik punya guna clorox dan juga daynamo. Tapi tak pe lah, sebelum berangkat pulang tadi aku dah pun mintak maaf kepada keduanya, maknanya kira terhapuslah dosa ku tadi berkat kemaafan dari keduanya.. hehehe.. leh ke macam tu?? kalau tak boleh bagi tau eh..

Semasa tulisan ini aku taip, aku masih tersangkut dekat lapangan terbang Changi, dok menunggu flight aku seterusnya pada jam 2.20 pagi, sedangkan aku sampai kesini pada jam 9.30 malam. Bayangkan betapa lamanya aku tersangkut kat sini. Nasib baik lah ada internet free 15 minit ni, leh gak aku wat apa-apa yang patut, baca e-mail,bukak friendster dan meng"up date" blog aku yang dah berhabuk nie.. Kirenye taklah masa aku tersadai kat sini terbuang begitu sahaja, sebaliknya aku buang dengan ngadap pc ni.. sib baik lah pc ni tak boleh di tanggalkan, kalau tidak, mau akau bawak naik plane.. leh gak sambung chat kat atas kapal terbang.. heheheh..

ok lah masa dah nak tamat.. jumpa lagi lain waktu.. doakan pengembaraan ku kali ini lebih mendapat banyak hasil dari yang lepas.. amin ya rabbal alamin...

wassalam..

Tuesday, October 21, 2008

Di penghujung percutian..


salam...


Apa khabar sahabat sekalian.. semoga berada dalam keadaan sehat lah hendaknya..


Entahlah aku pun tidak tahu mengapa begitu berat sekali jari ini untuk meng"up-date" blog aku yang kian dipenuhi sawang ini dek kerana lama tidak di perbaharui isi kandungan nya. kalau nak kata susah nak conect internet, mustahil.. kerana saban hari aku akan masuk ke bilik komputer sekolah untuk search apa-apa yang ingin ku cari, namun untuk menyempatkan diri untuk up-date blog terasa susah sekali.


Mungkin kerana idea yang kurang dan juga kepala yang berseabut dek kerana melayan perangai anak murid yang terkadang nakal membuatkan hati-hati cikgu jadi geram.. Sesekali terfikir juga aku, mungkin begini lah perasaan guru yang mengajari ku dulu sewaktu aku nakal di sekolah rendah. Pesanan aku buat kalian yang ingin mengabdikan diri dalam profesien perguruan, sifat sabar anda perlulah tebal kerana bukan mudah hendak mendidik murid-murid yang baru ingin mengenal dunia.


Namun sedar tak sedar, sudah hampir 3 purnama aku bergelar guru. Sepurnama sahaja lagi cuti ku akan berakhir dan aku akan meneruskan permusafiranku untuk mencari ilmu di bumi anbiya' dan firaun. Tempat yang sudah amat kurindui, terutamanya teman-teman seperjuangan yang masih berada disana. Insya Allah, pada 18/11/08 ini aku akan terbang semula ke egypt untuk meneruskan pengajianku yang tertunda kerana cuti. Semoga dengan pulangnya aku ke tanah air, memberi semangat baru kepadaku untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan disana.


Doakan aku ya kawan-kawan... setakat ini dulu yang mampu aku kongsikan.. walaupun banyak lagi perkara-perkara yang ingin ku kongsikan bersama kalian.. moga berjumpa dilain waktu..


Wassalam....

Saturday, August 30, 2008

Ziarah Blog...

salam...

lama sungguh aku tak isi apa2 kat sini dah hampir 3 bulan, maaf lah yer kawan2... Oleh kerana kat umah tak de pc so saya susah nak conect ngan internet, dan bertambah susah lah nak sering2 mengisi sesuatu disini.. ni pun dah berlapuk blog saya nie.. xpe2 nanti bile dah balik semula ke mesir insya Allah saya akan sering2 menulis kat sini lagi..

Sekadar itu dulu lah yer... salammm

Saturday, June 21, 2008

Aku Semakin Tua

Alhamdulillah 2 hari lepas, genaplah usiaku 23 tahun. Sedar ataupun tidak sudah 23 tahun aku hidup dimuka bumi Allah ini, semakin meningkat usiaku, semakin "mati" itu menghampiri aku. Tapi sebagai manusia aku sering alpa dan leka seolah2 terasa bahwa masih panjang lagi tempoh ekhidupan ku di muka bumi ini. Ye lah, kan umat nabi muhammad usianya dalam lingkungan 60-70 tahun sahaja. Kalau sekarang 23 masih ade baki 40 tahun lebih kurang, hehe..

Tapi itu andainya dikira dengan pemikiran yang telah ditetapkan kita akan hidup lama. Akan tetapi mati itu tiada siapa yang tahu waktunya, dan ianya datang tidak cepat ataupun lambat walaupun hanya sesaat. Mati juga tidak kenal usia, apabila tiba masa yang telah ditentukan, maka akan datanglah malaikat izrael untuk mencabut nyawa baik kepada orang tua, orang muda, lelaki, perempuan, dewasa mahupun kanak-kanak. Tidak kira masa dan tempatnya, pasti ianya akan berlaku jua.

Oleh yang demikian jangan sangka usia yang muda pasti akan hidup lebih lama dari orang yang telah tua, manalah tau kita yang jalan dulu dari mereka. Boleh dikatakan sekarang ini hampir 80% umat islam diseluruh dunia telah terkena penyakit "wahan" sebagaimana yang disebutkan didalam hadis Rasulullah S.A.W. Apakah dia WAHAN itu?? WAHAN adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan mati. Kalau kita tengok dari sudut makna sahaja kita sudah nampak kan betapa ramainye umat islam kini berlumba2 didalam mencari kesenangan hidup didunia tetapi semakin kurang pula yang berlumba-lumba untuk beribadah kepada Allah. Oleh kerana sayangkan harta dan kemewahan dunia, maka hati2 mereka pasti akan terdetik rasa takut untuk mati kerana masih belum puas lagi menikmati kehidupan.

Ye lah, kalau dah mati harta yang bertimbun-timbun semuanya sudah tak berguna lagi, hanya akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang masih hidup. Kalau harta tersebut ditanam sekali didalam kubur bersama simati seperti yang dilakukan terhadap raja-raja zaman dahulu, nescaya harta-harta itu tidak akan membawa manfaat sedikit pun kepada simati. Yang akan menemani simati hanyalah amalannya. Kalau banyak amal solehnya maka si penemannya itu dalam keadaan baik dan wangi, namun sebaliknya jika amal ibadahnya kurang bahkan maksiatnya yang banyak, maka sipenemannya juga berada dalam keadaan hodoh dan juga berbau busuk.

Oleh itu, renung-renungkan lah wahai teman, mati itu tak mengenal usia, jadi sediakan bekalanmu. Dan ingatlah dunia ini hanya tempat persinggahan yang sementara untuk kita mencari bekal seberapa banyak yang boleh agar di destinasi seterusnya kita dapat hidup dengan selesa. Andainya kita diberi kemewahan didunia ini, ingatlah ianya hanya pinjaman sementara dana akn ditanyakan kemanakah kita gunakan segala harta dan kekayaan kita. Oleh itu belanjakan lah harta kita kejalan Allah sebagai modal untuk kita membina mahligai disyurga Allah kelak..

Berilah peringatan, kerana dengan memberi ingatan akan memberikan manfaat kepada orang-orang beriman. Dan sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian melainkan orang-orang yang beramal soleh, dan berpesan-pesanan kepada kebenaran dan juga berpesan-pesanan kepada kesabaran...

Friday, June 20, 2008

Hari Yang Meletihkan

Salam...

letihnye.... tu lah kalimah yang akan terkeluar dari bibir aku dan 4 orang kawan lagi. Hari ini seusai solat Jumaat, aku dan beberapa teman telah berangkat ke kota kaherah khasnya ke pasar husien untuk mencari sedikit cenderamata ataupun buah tangan untuk keluarga di tanah air. Dok sedap berjalan terlupa pula perut belum di isi sejak pagi tadi lagi, sebab itu tenaga jadi terkuras habis semasa berjalan. Kami hanya minum air sahaja bagi menambah tenaga sementara kerana dok asyik membeli belah, kesudahannya perut jadi kembung dengan air.. hehehee .... jangan amalkan selalu yer...

Malam ini aku tidur di rumah johor lama di abdeen, sesekali sambil membeli belah singgah ziarah rumah kawan2 lama yang jarang berjumpa kerana berlainan muhafazah atau cawangan kuliah. Dalam perjalanan kali ini aku mendapat satu lagi ilmu yang baru iaitu apa yang kita rancang kadangkala tidak semuanye berjalan dengan sempurna kerana Allah telah merancangkan sesuatu yang lain kepada kita. Seperti jadual perjalanan aku ke Kaherah, mula2 rancang pada hari Rabu lepas, namun oleh kerana ada tetamu dari Kaherah bertandang ke rumah jadi tak sedap juga nak berjalan, oleh itu perjalanan kami ke kaherah tertunda, dan dirancang semula pada hari khamis petang kerana boleh pergi sekali kenduri di rumah kawan di Abdeen. Namun perancangan kali ini juga digagalkan oleh Allah kerana salah seorang teman yang sama2 nak kesini ada mesyuarat, so terpaksa tangguh pada hari ini (jumaat).

Alhamdulillah perjalan kami ke sini berjalan lancar dan terus ke Husien untuk mencari barang2 yang dihajati. Selepas letih mencari barang, salah seorang kawan ingin mengajak ke kawasan Thamin untuk membeli ahan kekacang dan juga cokelat. Jadi kami pun pergi ke kawasan menunggu bas, bila dah lama menunggu terasa bosan dan mula risau kalau bas aliran Thamin( nama tempat) sudah tiada. Tiba2 salah seorang dari kami terperasan kedai kekacang di belakang tempat kami menunggu bas, kemudian apa lagi batal lah perjalanan ke Thamin kerana kawan2 yang berhajat nak beli kekacang telah beli kat situ. Pastu kami pun berpatah balik ke Abdeen untuk bermalam kat sini. Ade seorang kawan cakap " perjalanan hari ini banyak yang tak jadi dan terbatal tapi digantikan dengan benda lain, Sugguh hebat perancangan Allah".. Betul jugak apa yang dikatakan nya kan.. tu lah ilmu untuk perjalanan kali ini...

Sampai jumpa lagi wassalam...........

Thursday, June 19, 2008

Berwajah Baru

Salam...

Apa khabar teman2 pembaca sekalian, Semoga berada dalam keadaan sehat hendaknya. Kalau ada kawan2 yang view page aku dalam tempoh 2 hari ini, pasti akan berasa pelik kerana template nye sentiasa berubah-ubah. Maaflah, kerana aku sedang mencari-cari template yang sesuai untuk wajah baru blog aku ini. Kata orang, kehidupan ini perlu perubahan, oleh itu aku ubah bentuk "layout" blog aku ini agar korang tidak bosan. Kot lah kan ada yang sudah bosan dengan wajah lama.

Alhamdulillah persiapan untuk pulang semua sudah beres, baik dari buah tangan dan sebagainya, cuma masih dalam penantian kepilan print komferm tiket je lagi. Sebab tanpa benda itu, tiket aku masih berada dalam waiting list lagi. Semoga ianya dipermudahkan kerana hari keberangkatan aku sudah semakin hampir. Doakan urusan aku dipermudahkan yer kawan-kawan.

Sehari dua ini, bahang panas semakin terasa, membuatkan kan ramai yang tidak dapat lena dimalam hari, lagi-lagi lah kalau rumah yang tiada kipas, memang rase sulit nak tido. Kesudahannya selepas waktu subuh lah baru mate ingin terpejam dan terlena, kerana waktu itu baru terasa sedikit angin sejuk dan membuatkan mate memang suka nak tido.

Tiada apa lagi yang ingin aku kongsikan bersama dengan korang semua, kerana jiwaku sudah tiada disini, ianya sudah jauh merantau terlebih dahulu dari jasadku ke Malaysia. Oleh itu mood untuk mengarang dan menulis sesuatu jadi hilang. Tak mengapalah nanti ada apa2 yang aku rasa ingin lakarkan kat sini.. insya allah akan aku lakarkan juga.

Semoga berjaya buat teman-teman sekalian...

wassalam...

Sunday, June 15, 2008

Muhasabah Diri Sebelum Pulang

Salam...

sudah dua minggu imtihan berlalu, sudah dua minggu juga aku duduk tidak buat apa kerana cuti musim panas sudah pun bermula. Dalam keadaan panas yang agak membahang membuatkan kehidupan aku agak kurang selesa, meskipun sudah hampir tiga tahun aku cuba membiasakan iklim di mesir ini, namun ianya masih belum begitu stabil lagi. Saban tahun setiap kali musim panas, pasti bahang panasnya lebih terasa daripada tahun-tahun yang lepas begitu juga dengan musim sejuknya.

sedar tidak sedar sudah 3 tahun aku berada diperantauan, namun terasa seolah-olah bagaikan semalam aku baru memijakkan kaki di "Ardhul Kinanah" ini. Selama aku disini pelabagai peristiwa dan kenangan yang telah ku lalui baik yang manis mahupun yang agak pahit. Biasalah tidak semuanya kenangan itu manis, sudah pasti terselit juga kenangan-kenangan yang pahit atau masam, hehe... :) Namun dari pengalaman ini lah yang mendewasakan aku, dari seorang remaja kepada seorang dewasa yang mula bertapak dan mula mencuba untuk berfikir serta ingin tahu semua perkara yang berlaku di tanah air. Sekarang aku bukan lagi seorang kanak-kanak yang hanya akan mengangguk dan mengikut sahaja segala arahan yang diberikan, sebaliknya kini aku adalah seorang yang berfikir dahulu sebelum apa-apa tindakan yang akan ku lakukan.

Selama 3 tahun aku disini, bermakna selama 3 tahun juga lah aku berjauhan dari keluarga tercinta. Hanya suara mereka yang sering ku dengari tatkala internet menjadi penghubung komunikasi antara kami. Namun rupa mereka sudah pasti banyak berubah kan.. Mungkin rupa tua ayah dan ibu pasti telah mula kelihatan, kedut-kedut dimuka, putih rambut mereka serta kaburnya pandangan mereka pasti mula bertambah akibat dimamah usia. Adik-adik ku, yang dulunya ku tinggal yang bongsu masih lagi baru berusia setahun jagung, kini sudah memasuki alam persekolahan. Adik ku yang seorang lagi pasti sudah mula matang kerana telah memasuki usia awal remaja, sudah pun meninggalkan bangku sekolah rendahnya dan mula bersekolah di sekolah menengah. Yang seorang lagi sudah pasti semakin gagah dan mula pandai memikul tanggung jawab, kerana sepemergianku dialah yang menjadi abang sulong pada adik-adik yang lain.

Tahun ini insya Allah aku akan bertemu dengan mereka yang ku rindui dan ku sayangi, Alhamdulillah berkat rezki dari Allah, aku berkemampuan untuk pulang bercuti ke tanah air selama 4 bulan. Semoga cuti itu tidak ku persia-siakan waktunya sebaliknya mampu ku manfaatkan buat diriku, keluargaku dan masyarakat setempat. Menjadi kelaziman anak rantau, apabila pulang ke tanah air, sudah pasti tidak bertangan kosong, sebaliknya pulang dengan buah tangan dan cenderahati buat keluarga tercinta. Begitu juga denganku, dengan berbekalkan sedikit wang belanja, aku juga berhasrat untuk membeli sedikit buah tangan untuk keluargaku, namun kerana 3 tahun telah berpisah aku tidak tahu bagaimana bentuk tubuh mereka sekarang ini. Yang dulunya kecil kini sudah menjadi besar, yang dulunya kanak-kanak kini telah menjadi remaja, yang remaja pula kini sudah mula mahu memasuki alam dewasa. Aku berhasrat untuk belikan pakaian buat keluargaku, tapi adakah saiz mereka masih sama??? ataupun masa membuatkan fizikal mereka berubah.. Bingung juga aku dibuatnya... tak mengapalah, aku andaikan sahaja rupa mereka sekarang ini, mudah-mudahan andaian aku itu tidak jauh beza dengan keadaan sebenar mereka..

Buah tangan mungkin dalam persiapan, namun adakah aku sudah sediakan bekalan buat ku terjun ke medan perjuangan sebenar?? yang selama ini hanya menjadi buah bicara bibirku dan teman-temanku sahaja. Takkan 3 tahun duduk di perantauan tiada apa hasil yang bakal di beri kepada masyarakat yang menanti?? takkan kepulangan aku nanti hanya seperti masa kepergianku dulu, tiada apa-apa yang berubah, yang berubah hanyalah bentuk badan yang dulunya kecil kini sudah menjadi besar dan sehat.. :P.. Untuk itu, selain dari persiapan jasmani dan bentuk zahiriah seperti buah tangan dan sebagainya, persiapan rohani juga penting, kerana melalui pengalaman sahabat-sahabat yang telah pulang ke tanah air di waktu cuti yang lepas. Masyarakat sekarang ini amat perlukan orang-orang agamawan untuk menerangkan hukum-hakam yang mereka tidak tahu, mengajar kitab-kitab ilmiah kepada mereka, menjadi imam solat berjemaah di masjid ataupun disurau dan sebagainya. Adakah aku sudah bersedia???.. susah jugak nak jawab.. tepuk dada tanyalah iman kuat mana dah...

Oleh sebab itu, dalam masa seminggu lebih ini, sebelum pulang, kenalah rajin-rajinkan diri menghafal doa-doa, hafal bacaan tahlil, perbetulkan solat lima waktu dan solat jenazah(manalah tau kan kene suruh jadi imam, kang tak memasal leh ada ruku' lak kat solat jenazah kan pening..). Perbetulkan tajwid dan bacaan Al-Qur'an agar tidak lah menjadi fitnah kepada golongan agamawan lainnya akibat kekurangan kita. Bukan lah maksudnya balik nanti nak kene berlakon jadi baik, tapi paling kurang dengan ini seperti aku cakapkan tadi, kita tak lah menjadi fitnah kepada golongan agamawan lainnya. Andainya kita balik nanti tak ada apa perubahan yang kita bawa, maka masyarakat akan menganggap pemergian pelajar-pelajar malaysia ke mesir dan timur tengah hanyalah perbuatan sia-sia sahaja. Kan dah jadi fitnah cam tu, kerana kita seorang semua kene palit kotoran sama. So bekalan itu amat penting selain buah tangan.. ingat yer...

Panjang lak entry kali ini, tak pe lah, maybe pas balik kampung nanti jad jarang update ataupun sepanjang bercuti tak akan update blog, sebab kat rumah aku tak ada lagi kemudahan internet, almaklumlah orang kampung. Tapi kalau ada peluang dan ada benda yang aku nak kongsi, insya Allah aku akan rajn-rajin kan diri untuk menjengok ke cyber cafe.. Dan akhirnya, doakan lah agar perjalanan aku pulang dan kembali ke sini dalam keadaan selamat dan sejahtera hendaknya.. aminnn...

Thursday, June 12, 2008

PM Buat "JANJI" Lagi..

Minyak tidak naik lagi - Bagi kurangkan beban rakyat walaupun cecah AS$200 setong – PM

PUTRAJAYA 11 Jun – Harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini walaupun harga minyak di pasaran dunia dijangka berada pada paras yang tinggi pada bulan-bulan mendatang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bagi mengurangkan beban rakyat kerana kerajaan sedar rakyat sedang berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi.

“Harga petrol dan diesel sekarang akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia mungkin mencecah AS$200 setong pada tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter dan ia merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum itu.

Harga diesel pula turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Perdana Menteri memberi jaminan harga petrol dan diesel itu akan dikekalkan walaupun ia mungkin akan menimbulkan kesukaran kepada pengurusan kewangan kerajaan memandangkan harga minyak terus meningkat.

“Kerajaan kena cari kaedah-kaedah lain untuk tanggung perbelanjaan tambahan melainkan kalau ada sebab-sebab lain yang perlu kita pertimbangkan semula, tapi sebagai satu keputusan waktu ini, itulah yang telah pun ditetapkan,’’ katanya. read more..>>

Berita manis seperti ini sering kita dengar dari pemimpin, namun apabila terdesak pasti harga minyak akan dinaik lagi. Seperti sebelum-sebelum ini, dikatakan harga minyak tidak akan dinaikkan lagi namun ianya tetap juga naik. Di manakah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengaplikasikan perkataan atau janji-janji mereka?? Adakah sekadar untuk mengelabui rakyat semata-mata??

Semoga janji Pak Lah pada kali ini akan benar-benar ditunaikan.. kerana sekiranya harga minyak terus naik, maka dikhawatiri rakyat akan hilang sabar, sudah pasti himpunan rakyat secara besar-besaran seperti "BERSIH" akan berlaku lagi, bahkan mungkin kali ini akan lebih ramai lagi daripada himpunan "BERSIH".

Rakyat sudah tidak mampu untuk menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan pendapatan masih dalam keadaan cukup-cukup sahaja. Apatah lagi mereka yang berpendapatan rendah pasti kehidupan mereka semakin sesak dan terbeban. Oleh itu pihak kerajaan hendaklah mencari alternatif atau jalan penyelesaian bagi krisis kenaikan harga minyak ini.

Monday, June 9, 2008

..:: Hanya Sebuah Tulisan ::..


salam...

Alhamdulillah exam sudah berlalu, usaha dan doa telah pun di lakukan, so sekarang ni kena tambah doa dan juga tawakkal dengan result yang bakal keluar. Lama jugak aku tak post apa-apa kat blog aku ni, dah cam blog terbiar, mesti teman-teman yang sering datang berkunjung merasa bosan dan jemu kerana tiada apa yang baru. Maaf sekali lagi, insya Allah lepas ini akan cuba untuk update blog sesering dulu.

..:: suasana kat sini ::..

Seperti yang tercatat di dalam takwim aku disebelah kanan bawah tu, lepas habih exam aku merancang untuk pulang bercuti ke Malaysia seawal mungkin. Oleh itu tarikh 25 ku pilih semasa buat tempahan tiket. Namun manusia hanya merancang, tetapi Allah juga yang menentukan segala-galanya. Tiket yang aku dah beli masih lagi dalam senarai menunggu, masih belum "comferm" (betul ke eja dia cam ni?) lagi, so sekarang aku hanya mampu berdoa agar tiket aku segera di setel kan, dan mampu untuk pulang sesegara yang mungkin. Kalau balik lewat sikit pun tak ada masalah sebenarnya cume biasa lah, dah 3 tahun dok diperantauan, bila dah rasa rindu nak pulang, dia akan jadi terlalu "excited" tak sabar-sabar nak pulang berjumpa keluarga dan kawan-kawan lama. Tak mengapalah, mesti ada hikmah yang besar Allah tetapkan buat ku yang aku tidak ketahui.

Sehari sebelum kertas peperiksaan yang terakhir ku hadapi Euro 2008 pun bermula, satu ujian yang agak besar gak tu, hehehe... sebab kepala tak boleh nak fokus untuk study tapi dok leka je tengok bola, kalau kat Malaysia dulu kene bangun kul 2 @ 3 pagi untuk melayan bola, tapi kalau kat sini dia bermula seawal pukul 7 malam. So tak ade masalah kalau nak tengok game-game bola daripada "Liga Juara-juara Eropah" sampailah "Euro 2008". Sebab ade bola, aku habis kan lah waktu malam bermula dari 7/6 hari tu hingga 29 ni di rumah sahaja, tanpa keluar kemana-mana, hehehe.. tapi kalau ada kepentingan keluar jugak kot... aku mendoakan kepada kawan-kawan yang belum habis exam lagi tu, semoga dipermudahkan dan wat lah yang terbaik dalam exam yer.. semoga kita sama-sama berjaya tahun ini..

..:: Isu Semasa ::..

Sebagaimana yang kita maklum, minggu lepas satu berita yang amat sangat tidak ingin kita dengar telah pun berlaku. Harga minyak telah naik sehingga hampir 60% dari harga asal, kita pasti sudah tahu ataupun terbayang apakah yang akan berlaku impak dari kenaikan harga minyak tersebut. Sudah pasti harga barang-barang juga akan naik kerana kos penyelenggaraan seperti pengangkutan dari kilang ke peruncit akan meningkat, atas alasan tersebut sudah pasti harga barangan runcit juga pasti akan naik sedikit untuk mengatasi masalah tersebut. Tak kan lah pekedai membeli dengan harga baru dari pengilang atau pemborong kemudian dia akan menjual dengan harga biasa kepada pengguna?? sudah pasti peniaga juga akan menaikkan sedikit harganya untuk mendapat kan keuntungan.

Berkenaan dengan isu minyak ini, boleh di katakan semua artikel di blog-blog, status di yahoo messenger serta email bercerita mengenainya. Kerana kenaikan harga minyak membawa impak yang besar terhadap rakyat ataupun mereka yang berpendapatan di dalam kategori rendah dan menengah, yang bergaji besar tu maybe tak merasa sangat sebab lebihan gaji tu banyak. Tapi cuba kita bayangkan keadaan mereka-mereka yang berpendapatan bawah seribu sebulan, bagaimana mereka nak menyara diri dan keluarga mereka?.. sekarang ini, gaji RM1500 pun tidak mencukupi belanja isi rumah, apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga yang perlukan wang untuk pendidikan anak-anak, sudah pasti ianya memberi bebanan pada ketua keluarga.

Bagi anak-anak rantau yang belajar tanpa bantuan mana-mana pehak seperti aku dan sebahagian kawan-kawan disini, kenaikan harga minyak dan barang juga pasti akan membebani keluarga di kampung yang sudah lah tiap bulannye terpaksa menanggung pembelajaran kami disini ditambah pula dengan meningkatnya perbelanjaan disana. Terasa benar beban dan kesakitan yang bakal mereka rasa hanya kerena ingin melihat kejayaan dari aku. Insya Allah semoga pengorbanan keluarga di kampung menjadikan bara semangat di dalam hatiku untuk lebih bersungguh dalam study, dan mampu membalasnya walaupun bukan lah itu yang mereka harapkan dari aku. Yang amat mereka harapkan ialah agar aku dan adik-adik ku menjadi insan yang soleh dan berguna bagi agama, masyarakat dan negara.

Mudah-mudahan akan adanya satu perubahan alam pengurusan kewangan dan perbelanjaan negara, dengan yang demikian itu nasib rakyat yang berpendapatan rendah terbela dan mereka tidak perlu hidup dalam penderitaan akibat dari kenaikan harga barang, harga minyak, tol dan sebagainya....

p/s : negara memerlukan satu reformasi agar mereka yang berada di kerusi empuk pimpinan itu sedar akan tanggung jawab yang mereka abaikan.

Sunday, June 1, 2008

..:: Ketagihan Komputer @ Internet ::..


Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?

Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.

Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?

Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang "melayan sahabat" mereka ini.
Kajian yang dijalankan oleh
Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:

1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti

Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:

1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.

Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:

1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.

sumber : e-mail

p/s : segala sesuatu jika dilakukan dengan melampau atau berlebihan dari kehendak, pasti akan menimbulkan masalah dan mudharat. Walaupun perkara tersebut pada asalnya baik, seperti makan, makan adalah satu keperluan didalam kehidupan manusia, namun jika melampau dalam makan pasti akan membawa mudarat akibat menghidap obesiti dan sebagainya.

Saturday, May 31, 2008

Professor Peluk ISLAM Hanya Kerana Kajian Kulit Manusia

Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia
datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad SAW. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

Jadi kalau di akhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 (An-Nisaa') , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :
“Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha
Bijaksana”.

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.

sumber : e-mail.

-----------------------

Didalam Al-qur'an terdapat banyak rahsia, yang perlu kita kaji dan hayati, kerana Al-Qur'an merupakan panduan kepada kaum muslimin serta mukjizat yang kekal hingga hari kiamat...

Tuesday, May 27, 2008

Coretan Dariku

Salam..

Hampir 2 minggu aku menyepi tanpa "update" blog aku ini, maaf lah, sekarang ini demam peperiksaan sedang melanda pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar, masing-masing dengan gaya tersendiri dalam study, ada yang study gorup, ada yang suke belajar sorang-sorang ade pulak yang suka belajar tanpa tidur diwaktu malam. Apa pun cara mereka "study" hara[pan mereka semua ialah berjaya dalam exam, so di kesempatan ini aku ingin mengucapkan "selamat imtihan" dan mendoakan agar kalian semua berjaya dengan cemerlang.

Dalam tempoh 2 minggu ini, dah 3 paper aku lalui, bermacam-macam reaksi muka kawan-kawan seperjuangan setelah keluar dari dewan peperiksaan, ade yang berwajah ceria (mungkin apa yang dia baca keluar), ada jugak yang berwajah selamba (wat-wat cool kot) dan jugak yang mengeluh (maybe soalan di luar jangkaan). Apa pun reaksi mereka, mereka semua telah buat sehabis baik, oleh itu sekarang perlu teruskan persediaan untuk menghabiskan exam dan juga tawakal serta banyak berdoa kepada Allah, insya Allah kejayaan menjadi milik kita bersama.

Dalam boring-boring aku study, sesekali aku jenguk sebentar di ruang sahabat maya (friendster), tak tahu mengapa aku menjadi teringin melihat atau mengimbau kembali kawan-kawan sekolah menengah dulu. Sudah hampir 6 tahun masa berlalu semenjak aku melangkah keluar dari sekolah menengah itu, sudah hampir 6 tahun juga aku berpisah dengan teman-teman lama, so sesekali dengan kemudahan yang ada aku ingin melihat apa khabar dan cerita mereka sekarang ini.

Dengan berlalunya masa, berlaku lah banyak perubahan pada manusia. Begitu juga aku dan teman-teman ku dulu, ye lah, dulu masih duduk di alam remaja, di alam cinta monyet, sekarang ini dah masuk ke alam dewasa, masing-masing sedang mencari pasangan untuk menjadi suri dan sura hidup masing, teman perjalanan sepanjang hayat. Mungkin kerana itu ramai yang memamerkan gambar mereka berdua-duaan dengan pasangan masing-masing.

Maybe bagi mereka benda itu menjadi satu kebiasaan di zaman cyber ini, tak perlu menjadi rahsia, semuanya perlu di kongsi bersama. Andai yang disebelah atau disisi mereka itu suami @ isteri sudah pasti tiada siapa yang akan marah atau melarangnya. Namun yang mereka panggil papa, darling, sayang, mama dan sebagainya hanyalah sekadar pakwe @ makwe sahaja. Yang belum tentu menjadi suami @ isteri mereka, yang mungkin esok atau lusa apabila terjumpa dengan orang lain yang lebih hensem, lawa, macho dan cute, kemungkinan hati mereka akan berpaling, kerana tiada ikatan yang mampu menghalang dia untuk pergi meninggalkan kita.

Ikatan sebagai kekasih, pakwe @ makwe tidak sekuat ikatan suami isteri, yang mana andai dia meninggalkan kamu, kamu hanya mampu dok frust menonggeng je, kamu tak boleh menuntut apa-apa darinya walaupun kamu telah korbankan segalanye kepadanya hatta maruah dan mahkota diri kamu. Yang tinggal pada kamu mungkin hanya penyesalan, kerana telah memberi kesmuanya kepadanya. Zaman sekarang ini, ramai wanita yang sanggup menyerahkan badannya semata-mata untuk mendapatkan cinta dari seorang lelaki, dan lelaki pula sanggup menyerahkan cintanya hanya kerana mahu menikmati tubuh wanita. Oleh itu berhati-hatilah, kerana sekali anda kehilangan maruah anda ianya tidak akan kembali lagi.

Andainye hubungan kalian serius, dan memang ada niat untuk berkahwin dan hidup bersama, suruhlah sidia masuk meminang, atau bagi anda yang lelaki, kalau kamu serius mencintainya beritahulah kepada mak dan ayahmu untuk masuk meminang dia. Biar hubungan kalian menjadi sah dan suci di mata penduduk langit dan juga menjadi tangisan berdarah bagi saitan kerana mereka sudah tidak boleh lagi menggoda kalian berdua untuk melakukan dosa kepada Tuhanmu. Memang bukan semua antara kalian yang berbuat demikian, tapi dikhawatiri apabila sudah sering bersama maka tidak dapat melarikan diri dari pujukan saitan.

Kembali semula kepada kawan-kawan ku sekalian, memang perubahan masa akan membuatkan diri kita juga berubah, namun biarlah perubahan itu kearah yang di redhai Allah. Aku sayang dan rindu kepada kalian, oleh itu hanya nasihat yang mampu aku berikan, kerana kalian semua sudah dewasa dan boleh berfikir dengn baik, kalian telah lama meninggalkan zaman mumayyiz sekarang ini sudah boleh jadi ibu atau bapa dah. Oleh itu fikirlah dengan fikiran yang matang.

Sekadar renungan dariku buat kalian semua... maaf andai ada yang tidak berkenan dengan ayat-ayat yang aku lontarkan, sekadar ayat orang yang juga seperti kalian.. semoga jalinan ukhawah dan persahabatan yang kita pernah jalinkan kekal selamanya..

dari sahabatmu...

Monday, May 19, 2008

Cerpen Kot..

Malam tadi aku bergaduh lagi dengan isteriku, tidak tahu lah mengapa aku sering membuat dia bersedih, menangis dan serba salah. Padahal dia tidak pernah buat salah kepadaku, tapi aku seolah seronok melihat dia sedih, aku begitu kejam sehingga sanggup membiarkan dia tidur dengan linangan air matanya.

Namun dia tidak pernah berhenti mencintai dan menyayangi ku, dia sentiasa bersabar dengan karenah ku yang jahat ni. Setiap kali aku melakukan kesalahan atau memulakan pertenkaran antara kami, dialah yang akan meminta maaf dahulu walaupun bukan dia yang bersalah. Dia sanggup menjadi si pemujuk apabila aku buat-buat merajuk setelah puas menyakitkan hatinya, walaupun sebenarnya dia ingin sekali aku memujuknya walaupun hanya sekali.

Kesabaran dia membuatkan aku menjadi serba salah dengan sikap kejam dan zalim ke sebagai seorang suami. Aku bukan sahaja gagal menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab, malah aku pula membebankan dia dengan seribu satu macam seksaan mental dan fizikal. Tapi dia hanya tersenyum dan cuba untuk tidak menyakitkan hatiku, walaupun hatinya sebenarnya sudah lama hancur berderai kerana saban waktu menghadapi sifatku yang baran ini.

Sebenarnya setiap kali dia sibuk melakukan kerja-kerja rumah, aku sering mencuri-curi pandang kepaanya, jauh disudut hatiku aku kian menyintainya, namun ego ku membuatkan aku menyembunyikan kasih dan sayangku itu daripada pengetahuannya. Bahkan mengusik dan menyakiti perasaannya membuuat aku terhibur kerana itu sahaja cara aku dapat bermanje dalam diam kepadanya. Aku tidak mampu untuk menjadi suami yang sopan dan berlemah lembut pada isteri, oleh itu aku bergurau secara kasar kepadanya.

Kini dia telah tiada disisiku, kerana semalam aku telah menghalaunya keluar dari rumah hanya kerana aku cemburu apabila melihat dia berbual dengan lelaki lain di jalan menuju ke rumah kami, waktu itu sepulang aku dari kerja, aku terserempak dia berbual dengan begitu mesra dengan seorang lelaki, tanpa soal bicara, setelah smapai ke rumah, aku pun mula meninggikan suara dan memukulnya, dan dia hanya menangis sahaja tanpa membalas setiap pukulan dan herdikan ku kepadanya. Oleh kerana aku sudah tidak dapat menahan sabar, aku pun menghalaunya keluar dari rumah dan menceraikannya dengan talak 1.

Malam itu dalam keadaan terhencut-hencut, aku lihat dia membawa beg bagasinya ke pintu depan rumah, sesudah meletakkanya, dia menghampiriku dan memohon maaf serta mencium tanganku seperti kebiasaan yang dia lakukan tatkala aku pergi dan pulang kerja. Namun aku tarik semula tangan ku dan memalingkan mukaku dari memandang wajahnya yang sayu itu. Akhirnya dia berlalu pergi meninggalkan aku dan rumah kami.

Hari-hari yang ku lalui menjadi sunyi tanpanya, kerana aku tidak ade teman untuk berbual, aku sudah tidak dapat nak mengusiknya sehingga dia menangis. Dan tiada lagi orang yang aan memujuk ku ketika aku buat-buat merajuk, tiada juga orang yang mengejutkan aku ketika waktu subuh serta tiada orang yang mahu menjaga makan dan pakai ku. Kehidupan ku menjadi tidak terurus setelah dia pergi meninggalkan aku. Dikala ini barulah aku kenal erti rindu yang selama ini tidka pernah ku rasa, pada waktu ini baru lah aku merasakan perihal pentingnya kewujudannya dirumah kami. Namun segalanya telah berlaku.

Pagi tadi aku menjadi seperti hilang arah, dan rasa seperti ingin membunuh diri sahaja. Pagi tadi tatkala aku sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja ku di pejabat, aku mendapat panggilan dari seorang lelaki yang bernama azman, dia ingin benar berjumpa dengan aku, aku pun tidak tahu mengapa dia ingin berjumpa dengan ku oleh kerana itu pada mulanya aku menolak untuk berjumpa dengannya, namun atas desakannya barulah aku bersetuju untuk menemuinya disebuah restoren. Yang membuat aku betul-betul sedih dan terkilan ialah dia lah lelaki yang kulihat berbual mesra dengan isteri ku, dan dia juga telah mengenalkan dirinya sebagai sepupu isteriku yang baru sahaja pulang dari amerika. Oleh kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kami, maka sesudah pulang ke tanah air dia pun mencari alamat kami dan ingin mengucapkan tahniah serta berkenalan dengan aku. Oleh kerana aku belum pulang pada
waktu itu, isteriku menyuruhnya datang kembali ke esokan harinya agar dapat berjumpa dan berkenalan denganku. Tapi pertemuan itu tidka berlaku kerana aku sudah menghalau isteriku dari rumah dan menceraikannya.

Selepas aku mendengar penjelasannya, rasa kesal dan bersalah mula menghantui diriku, dan air mata ku tanpa boleh tertahan lagi telah menitis. Aku merasa amat berdosa kepada isteriku, aku betul-betul marah terhadap tindakan ku yang melampau terhadap isteriku, Tapi adakah penyesalan ini akan dapat mengembalikan segala-galanya. Atas rasa bersalah dan dosa yang menggunung terhadap isteri ku, maka aku berhasrat untuk bertemu dengannya dan memohon maaf diatas segala kesilapan dan kekejaman aku terhadapnya. Aku tahu dia sudah pasti tidak mahu bertemu dengan ku lagi bahkan sudah pasti dia membenci aku diatas segala apa yang aku lakukan kepadanya.

Petang tadi aku sampai kerumah bekas mertua ku, aku memohon izin untuk menemui bekas isteriku untuk memohon kemaafan darinya, pada mulanya ibu mertua ku tidak mengizinkan, namun atas pujukan ayah mertua, aku dibenarkan berjumpa dengan bekas isteri ku. Ketika aku menemuinya, dia masih tersenyum kepadaku dan seperti dulu dengan lembutnya bertanyakan khabar ku. Aku jadi malu untuk berdiri lama dihadapannya diatas apa yang pernah aku lakukan, lantas aku terus memohon maaf dan keampunan darinya diatas segala kesilapan dan kesalahan ku yang dahulu dan juga kerana telah menuduh dan mencurigainya. Dengan lemah lembut
dia berkata, yang dia tidak pernah marah kepadaku malah dia sudah lama memaafkan aku. Dia juga merinduiku serta menanti kehadiranku untuk menjemputnya kembali kerumah kami. Tatkala itu, airmata ku tanpa dapat dikawal meluncur laju terharu dengan kesetiaan dan keikhlasannya.

Akhirnya kami bersama semula, oleh kerana dia masih dalam tempoh edah, urusan rujuk semula tidak menjadi payah. Dan kini dia sentiasa berada disisiku seperti dulu, Aku amat menyesal terhadap apa yang telah aku lakukan dimasa lalu dan aku berjanji akan lebih menyayanginya dan mencuba untuk menjadi seorang suami yang baik dan soleh untuknya. Ketika dia bertanya, "kenapa abang sayangkan sayang sekarang ini??" aku menjawab "kerana sifat sabar dan keikhlasan sayang telah membuka hati abg yang keras menjadi lembut dan bercahaya, Terima kasih sayang"

sekian..

p/s : maaf aku pun tak tau nak panggil ini cerpen ke atau artikel ke, atau diari ke atau apa-apa je lah.. tapi aku berharap agar kita semua menghargai apa yang kita ada sebelum ianya pergi buat selama-lamanya.. maafkan lah diri ini pada orang yang aku punya salah kepadanya.

Wednesday, May 14, 2008

Muhasabah Imtihan (exam)


salam...

Exam semakin hampir, tapi aku masih lagi wat cam tak de perasaan je nak menghadapinya, padahal niat dihati mahu skor dengan baik setiap kali exam. Kenape ek jadi macam ni?? kalau aku tanya korang sume, mesti korang kata "macam mana nak skor kalau malas study..." dan kebiasaannya aku hanya menjawab dengan senyuman.

Semua manusia pasti mempunyai keinginan untuk berjaya didalam apa yang mereka lakukan seperti kerjaya, rumahtangga, pelajaran, dan sebagainya. Namun bukan mudah untuk berjaya didalam sesuatu, perlukan usaha yang jitu dan mantap, terkadang memakan masa yang lama dan panjang.

Macam kita nak makan nasi, kalau kita halusi kejadian nasi maka kita akan nampak peluh dan usaha para petani yang menanamnya, yang menjaganya dari gannguan serangga, higgan beberapa bulan baru lah padi tersebut masak dan boleh dituai. Selepas dituai dan diasingkan isi dengan hampas padi, baru lah ianya dihantar kekilang-kilang untuk dibersihkan dan di bungkus untuk pemasaran. Akhir sekali baru dibeli dan dimasak oleh kita sekalian untuk dimakan. Nampak kan betapa kejadian nasi itu memerlukan usaha yang berat dari para pesawah barulah kita dapat memakannya setiap hari.

Moral of story.. kejayaan yang kita impikan ini bukan lah sesuatu yang boleh datang bergolek, sebaliknya perlu dicari dan ada usaha mendapatkannya. Seseorang yang ingin memakan nasi tanpa melakukan usaha untk memasak beras, akhirnya keinginannnya itu hanyalah tinggal keinginan sahaja yang tidak akan menjadi kenyataan kerana tanpa usaha.

Cukup lah sekadar ini muhasabah untuk diri aku yang malas ini, semoga Allah memberi hidayah untuk berubah, dan aku pun akan cube-cube gak merajinkan diri. Dan aku harap korang pun jangan lah jadi malas cam aku ni. Salam imtihan buat semua, semoga diberikan kejayaan yang cemerlang..

p/s : orang yang suka makan nasi belum tentu boleh berjaya dalam exam kalau tak study :)


Tuesday, May 13, 2008

Poligami : Menurut Pandangan Wanita

salam..

Hari ni aku nak cuba bawak satu tajuk yang menjadi kesinambungan dari entry yang lepas, tajuk kali ini memang akan terasa " sweet & sour " kerana manis bagi lelaki tetapi masam bagi pihak wanita.


Aku tak kupas tentang isu ni tapi aku buat dalam bentuk dialog tembual, sebenarnya semalam aku ada chat dengan sorang kawan, so aku pun bertanya tentang isu poligami ini untuk mengetahui bagaimana pandangan dia. So apa yang terdapat di bawah ini adalah hasil perbincangan aku dengan dia, dan merupakan pandangan peribadi dia.


---------- mule dialog -------------

Penulis : salah ke klu lelaki niat nak kawin 4??

Nurul : ade pasang niat dh ke?
Penulis : lama dha niat
Penulis : cume xpasti je nak wat eke tidak
Penulis : tp klu berbincang ngan bakal org rumah
Penulis : mmg xsetuju
Nurul : nape nk 4?
Nurul : nape xnk 1 je?
Penulis : nak tau alasan saya?
Penulis: sebab akhir zaman ni nisbah lelaki n pompuan jauh bezanya
Nurul : ye
Penulis : so klu sy sekadar ambik sorg je
Penulis : yg lain2 mcm mana?
Penulis : skrng ni zaman org kristian mempergunakan wanita islam
Penulis : utntuk murtad
Penulis : so adekah salah sy nak selamatkan wanita2 itu
Penulis : dan bawa mereka ke jalan Allah
Penulis : dan sekarang ramai wanita hanya di pergunakan oleh lelaki
Penulis : salah ke kalau saya nak emnjadi pelindung mereka?
Penulis : tu alasan saya
Penulis : tp sy rase xde sape leh terime
Nurul : ok, jd wanita2 mcmne lak yg awk nk calonkan jd num 2,3,n 4?
Nurul : adkah pmpn2 yg wajib d bentuk( sosial)
Nurul : erm..
Penulis : sy pernah berhasrat untuk jadikan wanita mualaf sebagai isteri
Penulis : dan juga wanita2 yg perlukan seseorang dalam hidup dia sbgai pelindung
Penulis : xkira sape
Nurul : klulah awk ade alasan yg kukuh
Nurul : n awk bg dalil2 yg mantap
Nurul : mase mintak nk kawen lg 1
Penulis: tp tu hanya niat
Penulis : xpasti lagi terjadi atau tidak
Nurul : erm..klu ikut pndngan sy sbg pmpn
Nurul : sy xsukela kasih d bhagi 4
Nurul : ish..jenuh tu.
Nurul : yela..nk tggu turn 1 masalah
Penulis : yer saya paham
Nurul : lg masalah bab jeles2 ni
Nurul : konfirm jeles
Penulis : pasal jeles tu zaman rasulullah dah ade
Penulis : siti aisyah juga jeles ngan isteri2 nabi yg lain nye
Penulis : tp klu lah di fikirkan tentangh perjuangan islam
Penulis : sebagai wanita itu jalan yg baik untuk bantu sesama kaum wanita
Penulis : adakah kite nak diri kita sorg je yg bahagia
Penulis : dan biarkan wanita2 lain sengsara
Penulis : adakah kita lebih suke mereka terus di tarik ke jalan murtad dari kite menjadi pelindung bagi mereka
Nurul : erm..payah ni.
nurul : mcm dluah mati mak
nurul : dtelan mati bapak
Penulis : bagaimana kalau wanita yg perlukan perlindungan itu adalah awk
nurul : sy rase klu awk mampu adil
nurul : xde masalah
Penulis : erm..
nurul : erm..xtfikir lak
Penulis : xpe2
Penulis : sy dah tau jawapan dari wanita klu dalam bab poligami nie
Penulis : walaupun ganjaran payung emas disyurga
nurul : susah gak klu ade org tnye mcm tu.
Penulis : sume xnak
Penulis : sbb sume nampak buruk je kalau suami kawin dua
Penulis : suami akan dok umah bini muda je
nurul : tp, kalu awk ni lelaki yg baik,
Penulis : pastu ajak gaduh ngan bini tua
Penulis : padahal xsume macam tu
nurul : erm..xde masalah kot utk org len terima awk.
nurul : mcm ust hamid (bukan nama sebenar),
nurul : kan die kawen lbh dr 1.
nurul : anak murid die lg
Penulis : hehhehe
Penulis : tah lah
Penulis : saya pun xtau diri saya ni baik ke x
Penulis : lg pun bukan sbb sy nak kawin ramai tu kerana muke yg cantik
Penulis : tp tgk keadaan
Penulis : dan keperluan
nurul : ni jwpn standard
nurul : sume akan ckp XNK pada poligami
nurul : tp, klu suami die pujuk,
nurul : cair kot.
nurul : besala..pmpn ni mcm keras kerak nasi,kan
Penulis : klu suami awk nak poligami camne?
nurul : alamak.soalan ni lg susah dr soalan exam final
nurul : xtaula, awk.
Penulis : memang lah
Penulis : soalan final tu awk leh baca dlm buku
Penulis : yg ni xde dalam buku
nurul : tulapsal
nurul : dh tu xde hint lak
Penulis : ni klu berlaku perlu pada pemikiran yg dalam
nurul : kne tgk la suami sy tu nk kawen sbb ape
Penulis : tp klu dia nak sgt kawen ngan popuan tu
nurul : klu die kawen sbb die jtuh cinta pd pmpn tu sbb xde sbb yg leh sy terima
Penulis : camne?
nurul : sy tnye die dlu
nurul : die dh xsyg sy dh ke?
nurul : tula ayat 1st st tnye.
Penulis : kalau dia jawab sayang
Penulis : tp dia syg gak kat pompuan tu
Penulis : nak wat camne?
nurul : tnye nape die syg pmpn tu.atas sbb ape die leh syg.
nurul : die mgedik ngorat pmpn tu ke?
Penulis : kalau dia xde sebab yg serius nak kawen cam ne
Penulis : just dia berkenan ngan pompuan tu
Penulis : cantik ker
Penulis : sopan ke
Penulis : haa
Penulis : pe pulak jawapan awk
nurul : sy ckp kt die bg sy mase nk pikir.pastu mintak izin nk kuar umh dlm bbrpa mggu.sbb nk tenang dlu.
nurul : bru bg jwpn.
Penulis : xberdosa ke tinggalkan tanggung jawab pada suami seminggu pulak tu
nurul : tu yg mintak kbnaran lu.
nurul : klu die xbg xpela.
nurul : sbb pmpn ni emo
nurul : tkut jd pape lak
Penulis : erm..
Penulis : kirenye perlukan masa n ketenangan lah ek baru leh bg keputusan
Penulis : tp sy rase cara keluar rumah tu xberape tepat
Penulis : kerana ianya akan merenggang kan lagi hubungan suami isteri
nurul : sy pun rase cm tu gak
nurul : tp, dok hr2 die tnye boleh x boleh x
Penulis : abih tu nape awk nak wat camtu juge?
nurul : tensen gak
Penulis : dia xkan tanye hari2
Penulis : dia mintak kebenaran je
Penulis : so jawapan ade pada awk
Penulis : mcm mana??
Penulis : sanggup bercerai ke dari poligami
Penulis : atau sedia untuk menerima simadu
nurul : erm...klu suami sy tu baik,btggungjwb,leh bimbing sy,( agak sukar nk cr pengganti die)
nurul : mb sy xsnggup nl cerai kot.
nurul : yela..blum tentu dpt yg elok lps ni
nurul : tu pun klu ade lg org nk
nurul : klu dh anak deret 6 org
nurul : sape nk trailer pjng2,kan.
Penulis : so lebih kepada sanggup cerai lah ek
Penulis : klu masih mude dan xramai anak
nurul : xgak
nurul : klu dh syg, die baik
nurul : xsnggup le.
Penulis : kekadang sy terpikir
Penulis : nape pompuan lebih sanggup bercerai dari bermadu
Penulis : kan ke cerai tu perkara yg dibenci Allah
Penulis : bergegar arasy setiap kali terlafaz perkataan talak
Penulis : nape pompuan lebih pilih itu dr bermadu
Penulis : ni pandangan saya.
nurul : sbb mcm kes sy ckp la.klu suami tu mmg saje2 gedik nk cr len.then, anak2 pun xterbela nk kawen lg 1.
nurul : ape kes?
nurul : nk tmbh lg anak2 terbiar
Penulis : awk rase kan.. suami yg minta izin tu bertanggung jawab ke x??
nurul : tggungjwb bukan diukur pada keizinan.
nurul : tp pd ape yg die telah buat selama perkahwinan tu.
Penulis : so bagi awk suami awk minta izin tu sama je lah ngan suami yg berfoya2 ngan pompuan kat luar tanpa pengetahuan awk??
nurul : x..
nurul : maksud sy, xlehla nk kate die tu bgus klu die mintak izin.kene tgk nape nk poligami.
Penulis : klu mcm tu awk akan bersetuju dengan saya suami yg jujur akan minta izin dulu kan
nurul : tgk pd sbb yg die bgla.
nurul : yup
Penulis : ok
Penulis : kalau mmg dia gedik dan nak kawin lain
Penulis : tp dia xnak lepas kan awk
Penulis : sbb dia masih syg kan awk
Penulis : adakah nak cerai atau terime dia
nurul : erm...tgk keadaan mase tu.
nurul : sy buat istikharah lu
Penulis : ok
Penulis : dalam situasi lain lak
Penulis : awk xbenar kan suami awk nak poligami
Penulis : atas sebab awk xizin kan
Penulis : dia buat maksiat dengan wanita yg dia suke
Penulis : agak2 sape kah yg berdosa??
nurul : laki tu,pmpn tu n saye.
Penulis : sbb tu sy bagi awk soalan
Penulis : sbb kebanyakan wanita xnampak benda tu semua
Penulis : kerana ditutpi dengan perasaan cemburu dan marah
Penulis : meminta izin untuk berkawin lagi 1 hanya menurut perlembangan mahkamah syariah di malaysia je
Penulis : klu dalam islam suami xperlu minta izin
Penulis : pening x kepala?
nurul : x
Penulis : sory lah
nurul : erm..tp, klu dlm situasi mcm tu,
nurul : susah gak nk pikir
nurul : sbb, mcm sy ckp td pmpn ni emo kuat
Penulis : yer
Penulis : saya tau
nurul : perkara pertama yg diorg nmpk bile suami nk kawen len adalah suami dh xsayang dh.
Penulis : yer
Penulis : mmg tu pun yg saya nampak
nurul : sy tgk pakcik sy kawen 2 pun mcm dh serabut jek
Penulis : sbb tu sy cakap pompuan nampak contoh buruk banyak
Penulis : dan contoh baik jrg nampak
Penulis : tu yg jadi xsuke
nurul : sbb byk cnth buruk
nurul : yg baik kurang sgt2


------------- tamat dialog ---------


Penulis kelihatan agak menekan nurul dalam setiap soalan yang dilontarkan, tapi itulah yang bakal anda lalui jika perkara itu benar-benar terjadi dalam kehidupan rumah tangga anda. Oleh itu anda tidak boleh terburu dalam membuat keputusan sebaliknya berfikir dengan sebaik-baiknye.

dialog diatas merupakan pandangan peribadi kedua-dua belah pehak, so hanya sebagai pengajaran kepada kita untuk menjalani kehidupan di masa akan datang.


p/s = perbualan diatas berbentuk bualan pasar, oleh itu terdapat shortform dan juga bahasa2 standard remaja, oleh itu kalau ada makna yang kurang jelas boleh bertanya..


* kalimah mb didalam dialog bermaksud (maybe)



Wednesday, May 7, 2008

Alam Rumah Tangga a.k.a Perkahwinan




MUKADDIMAH

salam..

Baru-baru ni dok jenguk blog2 member, banyak yang buat entry pasal perkahwinan sahabat masing-masing. Tahniah di ucapkan kepada para pengantin baru, semoga berkekalan hendaknya hingga ke syurga kelak.

Hehehe.. aku pun bukan orang yang layak untuk cerita bab alam perkahwinan ini sebab aku pun belum lagi menempuhinya, tapi aku banyak mengambil pengajaran dari pengalaman orang kerana salah satu cara menuntut ilmu adalah melalui pengalaman baik diri sendiri atau orang lain.

Sebut pasal alam rumah tangga ni sebenarnya banyak ujian dan cubaannya, andai kita tidak mampu untuk menjalaninya dengan baik, maka ianya tidak akan bertahan lama sebagai mana yang kita baca di media cetak tanah air. Ada sahaja berita tentang perceraian baik dikalangan artis mahupun orang awam. So pengajarannya alam perkahwinan ini tidak lah semudah yang kita sangkakan kerana kedua2 pihak (suami dan isteri) perlu memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dan yang paling utama perlu ada sfat toleransi dan bermusyawarah andainya ada sebarang kemusykilan atau masalah.



BEZA MASA TENGAH BERCINTA DENGAN BILA DAH KAWIN


Masa kita di alam percintaan, semuanya rasa indah, tiada satu pun kat diri si dia itu yang buruk, andainya kawan mencerita keburukan dia dihadapan kita nescaya penumbuk akan hinggap di mukanya. Bak kata orang kentut pun berbau wangi masa tu. Senang cerita semuanya kita nampak yang indah-indah je, kerana masing akan tunjuk kan yang terbaik dari diri mereka baik dari sudut penampilan diri, pemakaian dan pertuturan yang sopan membuatkan pasangan menjadi semakin jatuh hati dan cinta pada dia. Oleh yang demikian segala yang buruk tidak dapat dilihat kerana terlindungi dengan semua itu.

Bila kita akan nampak sifat sebenar pasangan kita?? iaitu bila telah rasmi dia menjadi suami atau isteri kita. Apabila kita telah hidup 24 jam bersama dia, apabila kita telah tinggal sebumbung dengan dia, apabila kita dah tidur sekatil, sebantal, seselimut dengan dia. Masa itulah baru kita nampak identiti sebenar pasangan kita. Bukan aku cerita macam ni nak membuatkan korang semua frust atau sangsi dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh pasangan korang sekarang ni, tetapi ini lah realiti sebenar di awal perjalanan berumahh tangga. Pada waktu ini apa yang penting ialah kita terima pasangan kita dengan seadanya baik kelebihan ataupun kekurangannya. Oleh itu sekali lagi kita akan menjalani proses penyesuaian diri agar dapat menjadikan rumah tangga yang bahagia.



PERBEZAAN PENDAPAT


Oleh kerana kita baru nampak kehidupan harian pasangan kita macam mana, mungkin akan terdapat sedikit perbezaan tabiat@perangai pasangan kita dengan diri kita sendiri, sebagai contoh : si isteri jenis pembersih dan tidak suka melihat rumah dalam keadaan bersepah sedangkan si suami pula oleh kerana sudah terbiasa masa zaman bujang dok letak barang sesuka hati je, terbawa-bawa sampai ke kawin, benda kecik begini pun boleh membawa kepada pertengkaran andai kedua-duanya ikutkan darah muda dan tidak mahu menyesuaikan diri.

untuk mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia, maka sikap toleransi dan juga mengambil kira pandangan pasangan anda amatlah penting, dan seandainya terdapat apa-apa jua masalah yang berlaku, sebaiknya dibawa berbincang bukan terus guna tangan atau barang. Memang tidak dinafikan pergaduhan pasti akan berlaku dalam rumah tangga biasalah adat resam kehidupan manusia bak kata pepatah " sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri", masa bercinta pun ada gaduh kekadang kan, namun bagaimana cara kita menyelesaikan masalah tersebut agar tidaklah sampai jadi huru-hara rumah tangga yang dibina.



MENJAGA PENAMPILAN DIRI



Untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga, anda juga hendaklah menjaga penampilan diri sebagaimana masa zaman bercinta ataupun masa nak ngorat si dia, kalau sebelum kawin pakai baju sentiasa bergosok, smart dan juga ayu. Minyak wangi tu kalau jalan 1 meter kat belakang dah boleh bau dah, sampai kehadiran anda dari jauh lagi telah diketahui oleh si dia kerana bau perfume kegemaran anda.

Tapi kebanyakan pasangan bila sudah berumah tangga, dah ada anak satu, penampilan diri sudah jarang di ambil peduli, mungkin ada yang cakap kesibukan mengurus rumah tangga menyebabkan kurangnya masa untuk menjaga kecantikan diri. Kalau sibuk dan letih sekali pun, paling kurang masa suami balik mesti dah siap mandi dan pakai sedikit minyak wangi untuk sambut kepulangan suami dengan senyuman di depan pintu. Pakai minyak wangi untuk suami tidak haram malah di galakkan, tp kalau pakai minyak wangi keluar rumah itu yang ada ulamak cakap haram kerana boleh mendatangkan gairah pada orang lelaki yang terhidu haruman itu.

Kalau kita kurang atau tidka menjaga penampilan diri, takut-takut nanti pasangan kita akan terpikat dengan wanita @ lelaki lain di luar sana, kerana lumrah manusia suka pada sesuatu yang indah dan cantik, bila tengok pasangan sendiri pun dah tak seayu dan semacho dulu mula lah terpikat. Tapi tak semua yer yang macam ini, cume sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk menambah kebahagiaan rumah tangga menjaga penampilan diri amatlah penting. Agar pasangan sentiasa tertarik dengan kita dan mencintai kita walaupun dah berusia senja.

Lagi satu, dalam kehidupan rumah tangga juga perlu ada sifat romantik, kerana ianya akan menguatkan lagi ikatan di anatara diri kita dan pasangan. sebagai contoh, setiap kali birthday dia bagi dia hadiah, sebulan sekali ajak makan kat luar cam orang berdating, jalan pimpin tangan dan sebagainya. Terkadang pelik juga bila orang yang dah halal untuk bersama ini lebih takut untuk melakukan sedemikian, sebaliknya orang yang dok berkapel dengan penuh maksiat tu leih berani untuk wat kelakukan kurang sopan tu. Sepatutnya kita dah kawin kita lah bagi contoh kat mereka, kalau nak sangat dok wat benda maksiat camtu kawin je, pas kawin nak buat apa pun orang tak marah. Dosa tak dapat, pahala pulak dapat, kan untung orang yang dah kawen.

Kekadang suka tengok pasangan cina ni, dia punya romantik sampai ke tua, selalu nampak joging dan bersenam bersama, kalau orang melayu ni agak susah nak nampak, panggilan manje pun dah berubah bile dah semakin berumur, dulu ber "abang" "sayang", sekarang panggil nama je, tak pun guna saya awk, sebab tu rase cam makin renggang je hubungannya. Tapi tak semua lah, de gak yang menjadi sweet kapel sehingga ke tua, tu yang muke sentiasa senyum dan ceria je.



PENUTUP



Semoga anda yang ingin mendirikan rumah tangga bersedia dengan perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan anda. Alam rumah tangga ni akan menjadi seronok dan indah andai kedua-duanya mengetahui tanggung jawab dan tugas masing-masing, serta menjadikan kekurangan pasangan kita sebagai pelengkap andai kita ada kelebihan dari sudut tersebut.

Ini sekadar pandangan aku yang masih belum mempunyai pengalaman, sebaliknya aku bercakap atas dasar kisah orang lain dan juga dari apa yang aku tinjau dalam kehidupan ini. Tapi inilah bekal yang akan cuba aku bawa untuk menghadapi alam pernikahanku kelak. Insya Allah.

P/s = Kahwin awal itu bagus untuk mencegah diri kita dari melakukan zina dan maksiat.

Friday, May 2, 2008

Tanda Allah Sayangkan Kita

salam...

ape kaba anda semua? hari ni aku nak berkongsi sedikit dengan korang semua tentang "Tanda Allah Sayangkan Kita". Cukup meluas dan banyak sebenarnya tanda-tanda Allah sayangkan hambanya tapi aku ambik sedikit sahaja dariada yang banyak itu untuk kita berkongsi dan renungkan.

Apakah antaran tanda-tanda Allah sayangkan kita :

Yang pertama, jika Allah sayangkan kita Allah akan uji kita dengan pelbagai dugaan agar kita tidak lupa kepada-NYA. Kerana orang yang sentiasa diuji oleh Allah pasti akan sering merintih dan mengadu kepada Allah didalam doanya. Manakala ramai orang yang tidak di uji oleh Allah menjadi leka dan lalai dengan kemewahan, kekuasaan, kecantikan dan sebagainya. Oleh itu andainya anda sedang di uji dengan pelbagai masalah, sebenarnya Allah amat sayangkan anda.

Yang kedua, tanda Allah sayangkan kita ialah apabila kita nak lakukan maksiat ataupun sesuatu perkara yang tidak baik, ada sahaja yang menghalang kita dari terus melakukannya. Contohnya, seseorang yang ingin pergi ke disko atau "clubbing" buat pertama kalinya kerana di ajak oleh rakannya, tiba-tiba dalam perjalanan kereta tersebut rosak ataupun berlaku apa jua sebelum sampai ke tempat yang dituju bermakna Allah tidak mahu kita terus kan tujuan kita untuk melakukan maksiat atau kemungkaran kerana Allah sayang pada kita.

Yang ke tiga, kalau kita lakukan sesuatu perkara dan pekerjaan, Allah akan permudahkan tugas dan kerja tersebut seperti ada sesuatu yang menolong kita dalam menyelesaikannya (bukan pekerjaan maksiat dan kemungkaran). Itu bermakna Allah sayangkan kita.

Allah akan menyayangi orang yang menyayangi-NYA, yang beriman dan beramal soleh. Oleh itu jangan lah sampai kita leka dan lalai dari terus melaksanakan tugas kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini.

p/s : semoga berjaya kepada semua sahabat-sahabiah yang akan menempuh final exam tak lama lagi.. semoga diberikan kejayaan kepada semua.