Friday, January 23, 2009

Imtihan Sudah Berlalu Kesibukan Program Menyusul



salam...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, penguasa sekelian alam. Di atas nikmat yang diberikan sehinggalah hari ini, yang mana nikmat yang paling besar ialah nikmat iman dan islam. Semoga kedua nikmat ini dapat kita bawa bersama semasa bertemu dengan NYA kelak.

Alhamdulillah, semalam (khamis 22/1/09) berkahir lah sudah imtihan aku bagi semester ini. 6 paper semua sekali, semoga diberikan kejayaan hendaknya kepada diriku dan sahabat-sahabat ku yang banyak membantu aku dalam persediaan menghadapi imtihan. Usaha sudah doa pun sudah, sekarang tibalah masanya untuk bertawakkal kepada Allah dan teruskan berdoa agar semua pelajar di bumi tanta khasnya dan bumi mesir amnya, diberikan kejayaan yang cemerlang oleh Allah.

Exam kali ini ada kelainan sikit buat diri ku, kalau exam-exma sebelum ini aku akan mudah untuk tidur malam dan berjaga di kala subuh, namun kini ianya lebih kepada aku sukar untuk melelapkan mata diwaktu malam, dok pusing kiri, pusing kanan, mata masih tetap berdegil tak mahu terpejam. Akhirnya sesudah 45 minit berusaha untuk tidur namun tak boleh juga, aku pun mencapai balik kitab dan meneruskan bacaan sampailah ke subuh, dan diteruskan sehingga nak pergi exam.

Mula-mula aku risau juga andainya ia membuatkan otak aku jadi jem dan tak boleh nak fokus pada exma kerana kurang tido, namun Alhamdulillah Allah mempemudahkan urusan aku, minda ku berfungsi seperti sedia kala, cuma biasa lah dalam keadaan separa mengantuk. Ianya berlaku sepanjang malam peperiksaan dan berakhir semalam. Lepas je habis exam paper terakhir, mata ini jadi begitu berat sekali menuntut agar haknya ditunaikan, mungkin sebagai ganti bergadang sepanjang exam kot. hehehe....

Habis je exam, program musim cuti pun bermula, dari expert games yang akan berlangsung pada 30 - 2/2/09. Ianya bentuk baru gabungan program Futsal Piala Exco dan juga Hari Keluarga Tanta. Pada sahabat-sahabat yang ingin melepaskan dan melegakan tekanan exam, mai lah pakat join Expert game ini. Dan kelmarin ( rabu 21/1/09) juga telah bermulanya perasmian Festival Buku Antarabangsa 2009 (ma'rad kutub dauli) di Kaherah yang akan dibuka setiap hari sehingga 5 Februari ini. Pada sahabat sekalian rebut lah peluang untuk membeli kitab yang diperlukan baik Kitab Turath (kitab lama) atau Kitab Muasarah (kitab semasa). Carilah kitab-kitab yang sukar hendak dicari di kedai-kedai buku biasa.

Kemudian pada 2/2/09, lewat jam 12 malam, trip ke Sinai akan bertolak. Program Printis Puncak Sinai di anjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta yang akan disertai seramai 44 orang mahasiswa. Semoga kalian selamat dalma perjalanan pergi dan pulang, jangan lupa bawa buah tangan untuk ahli bait (housemate) yer. Trip tersebut akna berlangsung selama 4 malam 3 hari, bermula dari malam 2/2 hingga 5/2/09. Ambik lah pengajaran dari tempat-tempat yang dikunjungi agar ianya memberi manfaat pada diri peserta sekalian.

Dimusim cuti ini juga akan berjalannya program thaqafah @ ilmiah seperti daurah kitab dan juga program mega DPMT iaitu Eminent (nama tahun lepas). Diharapkan para sahabat yang berada di bumi badawi ini dapat sama-sama menjayakan sebarang program yang di anjurkan bagi mengisi masa cuti.

Akal yang sehat terletak pada badan yang sehat.

wassalam..

Tuesday, January 20, 2009

Himpunan Solidariti Sejuta Umat Di Tangguhkan

Ceramah Umum ganti Himpunan Sejuta Umat

Ahmad Tajdid
Tue | Jan 20, 09 | 11:53:02 am MYT


KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Himpunan Sejuta Umat di hadapan Kedutaan Amerika Jumaat, 23 Januari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan ekoran perkembangan terbaru di wilayah Gaza, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Ketika menghubungi Harakah sebentar tadi, Salahuddin berkata, keputusan Hamas untuk menerima pelan genjatan senjata dan pengunduran tentera negara pengganas Israel daripada wilayah Gaza mendorong PAS Pusat menangguhkan perhimpunan itu.

"Sebagai ganti, satu majlis ceramah umum 'Intifadhah Palestin & Kemenangan di Kuala Terengganu' akan diadakan pada tarikh yang sama di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar mulai jam 9.00 malam," jelasnya.

Ceramah umum anjuran Pemuda PAS Pusat itu akan membariskan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Salahuddin Ayub, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pungutan derma untuk tabung kemanusiaan Palestin juga, ujarnya akan diadakan pada malam itu.

"Orang ramai dijemput hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan meraikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu," tambahnya.- tajdid _

Monday, January 19, 2009

Himpunan Sejuta Umat


Bagi anda yang ingin meluahkan perasaan tidak puas hati, marah dan
benci terhadap perbuatan biadab israel kepada saudara islam kita di Gaza.. anda dijemput untuk meluahkan nya disini. Mari berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes kepada israel Laknatullahi Alaihim dan juga sebagai bukti kepedulian dan kebersamaan kita dengan Umat Islam di GAZA.

Sunday, January 18, 2009

Exam vs Palestin



salam..

Alhamdulillah.. sudah 4 paper berlalu hari ini. Tinggal lagi 2 paper sahaja lagi, sebelum aku akan menyibukkan diri dengan persiapan Program Printis Puncak Sinai 09. Dalam sibuk-sibuk study untuk menghadapi imtihan, sempat juga semalam aku mengikuti secara langsung perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Alhamdulillah di sana juga satu berita gembira untuk semua pendokong dan penyokong perjuangan Islam di tanah air. Calon pas Iaitu Abdul Wahid Bin Endut telah memenangi kursi Parlimen KT dengan Majoriti 2 ribu lebih. Tahniah diucapkan dan semoga beliau dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Kerana amanah itu akan dipersoalakan kelak di hadapan Allah.

Namun dalam kegembiraan tersebut, hati ku turut sayu kerana pembantaian yang berterusan dilakukan oleh rejim zionist Laknatullahi alahim ke atas saudara seagama ku dibumi suci Palestin. Aku hanya mampu berdoa dan bersedih sahaja disini melihat angka yang syahid semakin meningkat terutamanya dari golongan kanak-kanak dan wanita. Apa dosa mereka, mereka bahkan tidak mengangkat senjata untuk melawan israel, mereka hanya bersembunyi dirumah-rumah mereka yang dibedil dengan rakusnya oleh zionist.

Alasan israel ketika menyerang Gaza ialah untuk menghapuskan HAMMAS, namun kenapa orang awam yang tidak mengangkat senjata turut menjadi korban?? dari sudut pandang aku, menghapuskan HAMMAS hanyalah sebagai satu alasan sahaja yang diberikan oleh zionis, serangan yang mereka lakukan yang sudah masuk ke hari 23 ini lebih kepada ingin menyembelih semua umat islam di Gaza.

Kerana corak serangan mereka lebih kepada mengepung dan memutuskan bekalan makanan dan ubat-ubatan serta menyerang sekolah dan tempat-tempat awam lainnya, dengan alasan terdapat tentera HAMMAS bersembunyi disitu. Alasan tersebut tidak masuk akal langsung, lebih menunjukkan ke jahilan pemimpin mereka dalam memberi alasan budak-budak kepada sidang media.

Sementara itu, Sempadan Rafah masih belum dibuka lagi oleh Mesir untuk menghantar bantuan makanan dan ubatan masuk kedalam Gaza. Ramai badan-badna kebajikan yang "tersangkut" dan terpaksa "berkampung" di situ sementara menunggu kebenaran dari pihak Mesir. Pelarian juga yang ingin berlindung dikawasan Mesir juga tidka dapat keluar akibat dari sempadan yang tidak dibuka. Aku sungguh pelik kenapa Mesir yang merupakan negara yang mempunyai kekuatan tentera yang besar dan dikatakan berani, kelihatan seperti "Pondan" yang hanya mampu mengikut telunjuk dan arahan israel yang pernah menjadi musuh mereka suatu ketika dulu.

Seandainya pintu sempadan dibuka, aku cukup yakin ramai mujahidin yang akan masuk ke Gaza untuk sama-sama berjuang melawan zionis disana. Dan bantuan makanan serta ubat-ubatan boleh disalurkan dengan sebaiknya kepada penduduk Gaza. Cuba kita bayangkan nasib saudara kita disana, sudahlah diserang, Hospital juga sudah penuh, bekalan makanan pasti terhenti akibat peperangan, bilangan yang cedera semakin ramai, apa yang ingin mereka makan? dan dimana mereka mahu dapatkan bekalan ubatan yang semakin terhad??

Semoga Allah memberikan bantuan dan kuatkan hati-hati umat Islam di? Gaza agar mereka terus gagah dalam mempertahankan bumi al-quds bahkan demi agama yang tercinta. Gaza, kalian tidak keseorangan, doaku sentiasa bersama mu, andai takdir memilih untuk aku juga menjadi salah seorang pejuang di bumi mu. Pasti aku akan bersedia kesana berjuangan bersama mu melawan kuffar zionis LAKNATULLAHI ALAIHIM..

wassalam...

Tuesday, January 13, 2009

Aku Dihantar Ke Palestin


salam..

Hari ini telah genap lah 18 hari bumi Gaza bermandikan darah para syuhada'. Angka yang terkorban sudah mencecah kepada 919 orang dan bilangan yang tercedera sudah menjangkau 4200 orang. Bayangkang lah bagaimana keadaan hospital digaza yang penuh sesak dengan jenazah para syuhada' dan juga yang tercedera akibat serangan Zionist laknatullahi alaihim..

Kelmarin ketika aku sedang tidur, aku bermimpi berada di Gaza, dan aku dapat melihat secara langsung didepan mata suasana disana. Namun dalam mimpi itu aku tidak terpilih sebagai para pejuang sebaliknya hanyalah sebagai penduduk Gaza sahaja. Mungkin kerana amalan ku belum mencukupi untuk berdiri sebaris dengan para mujahidin.

Didalam mimpi itu aku dapat merasai suasana disana, tatkala melihat bom-bom berjatuhan dari langit yang ditembakkan oleh tentera Zionist melalui serangan udara. Ketika itu bertempiaran lah lari penduduk-penduduk untuk menyelamatkan diri namun ramai juga yang terkorban. PElbagai jenis bom dan senjata diluncurkan kepada para pejuang yang mempertahankan bumi Gaza dan juga kepada penempatan awam.

Rumahku juga hancur dan musnah dalam serangan tersebut dan keluargaku turut syahid menjadi korban serangan dari Zionist. Keadaan menjadi begitu menyedihkan apabila kami dikepung dari pelbagai penjuru oleh tentera-tentera darat Zionist. Oleh kerana terkepung, akhirnya semua penduduk dibunuh secara beramai-ramai dan aku juga termasuk dalam mereka yang terbunuh.

Selepas itu aku terus terjaga dari tidur dan air mataku mengalir mengenangkan nasib saudaraku disana. sekarang aku hanya mampu mendoakan mereka dengan mengamalkan Qunut Nazilah setiap kali solat. Dan berusaha semampuku untuk membantu dari sudut kewangan dan sebagainya.

Ayuhlah saudara-saudara seislamku, giatkan lah berdoa untuk mereka, hulurkan lah bantuan kewangan kepada mereka sekiranya mampu. Dan boikot lah product-product yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada Zionist. Semoga apa yang kita lakukan mampu menjadi jawapan di depan Allah kelak apabila kita ditanya mengenai sumbangan dan bantuan kita untuk rakyat di Palestin.

wassalam...

Saturday, January 10, 2009

Imtihan (Exam) Kembali Menjelang




Salam...

Sudah lama juga aku mendiamkan diri dari mengemas kini blog aku ni. Bukan aku tidak mahu tulis apa2 disini, malahan banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersama para pembaca. Namun ianya hanya kekal didalam draft kerana penulisannya tidak sempurna dan hanya sebagahagian sahaja.

aku pun tak tahu kenapa kebanyakan artikel aku tidak dapat aku siapkan, mungkin semangat aku kian luntur untuk menulis. Dan idea-idea ku hilang ketika mana aku sedang seronok mencatat isu-isu semasa baik ditanah air dan di luar negara. Tak mengapalah maybe aku harus memperbaiki lagi diri ku ini agar dapat benar-benar berhijrah dan lebih ber iltizam dalam penulisan aku ini.

Esok (11/1/09) akan bermulanya imtihan (exam) bagi diri aku dan sahabat2 pengajian jurusan Usuluddin. Namun peperiksaan bagi pelajar jurusan Syariah akan menghadapi peperiksaan pada hari ini. Semoga berjaya aku doakan kepada sahabat2 kuliah Syariah. Dimusim dingin ini, jaga lah kesehatan kita agar dapat menjalani imtihan dengan sempurna dan tidak sakit. Namun andainya kita sakit, berdoalah semoga dengan ujian tersebut maka kita akan berjaya dalam imtihan yang dilalui.

Sementara aku dan kawan2 ku berjuang dalam menghadapi imtihan "mid term", para mujahidin bertungkus lumus pula berjuang di bumi Gaza bagi mempertahankan Negara dan Akidah mereka dari terus dijajah dan dihancurkan oleh golongan Zionis Israel. Setiap hari ketika aku mengikuti perkembangan terkini saudara2 seIslam ku disana, hati ku jadi sebak dan terguris, mata ini tidak mampu untuk terus melihat para syuhada' yang bergelimpangan di jalanan mangsa keganasan Israel. Ada diantara mereka yang tertimbus dibawah reruntuhan bangunan yang menjadi sasaran serangan udara Israel.

Para ibu menangisi pemergian anak-anak mereka, para isteri menangisi pemergian suami mereka, para anak menangisi pemergian ibu dan ayah mereka. Dan banyak lagi tangisan yang kedengaran disana membuatkan aku juga menangis dan ingin sekali aku merasakan apa yang mereka rasakan. Aku ingin mereka tahu, mereka tidak lah keseorangan, masih ramai umat muslimin dna muslimat yang menangis bersama mereka, yang sentiasa mendoakan mereka, biarpun sebahagian pemimpian negara2 Islam membisu tanpa sebarang tindakan.

Aku juga yakin, diseluruh dunia sekarang ini banyak berlakunya demonstrasi di kedutaan-kedutaan Mesir, Jordan, Amerika, Israel dan PBB. Demonstrasi juga merupakan salah satu cara yang ditunjukkan oleh masyarakat dunia tentang keperihatinan mereka terhadap apa yang berlaku di Gaza. Selain itu, ramai muslimin dan muslimat mula mengamalkan bacaan Qunut Nazilah bagi memohon kemenangan kepada Mujahidin yang sednag berjuang di Gaza walaupun jumlah mereka tidak seramai israel dan infantri senjata mereka tidak sekuat dan sebanyak israel, namun bantuan Allah kepada mereka pasti akan datang.

Itu lah ujian yang sedang dilalui oleh umat Islam di Gaza. Semoga kita sama-sama mendoakan mereka dan hulurkan bantuan sebanyak yang kita termampu dari pelbagai sudut, yang punya kewangan, boleh bantu dengan dermanya. Yang punya kekuatan boleh bantu dengan pergi berjuang disana, Yang mampu berdoa, doakanlah mereka setiap kali lepas solat dan bacakan Qunut Nazilah. Yang mampu memboikot barangan Israel maka boikotlah barangan mereka agar ekonomi mereka menjadi lumpuh. Jangan sampai kita tidka ambil peduli langsung tentang penderitaan mereka di Gaza. Kerana sebagaimana hadis dari Rasulullah s.a.w yang menyebut " Siapa yang tidak ambil peduli tentang keadaan umat islam, maka mereka bukanlah dari golongan mereka ".

Semoga mereka mampu menjalani Ujian Allah itu dengan baik dan diberi kemenangan Oleh Allah keatas mereka. Begitu jugalah harapan ku kepada diriku dan rakan2 disini, semoga kami diberikan kejayaan setelah berusaha dengan sehabis baik untuk menjawab soalan2 imtihan.

salam imtihan dariku...

wassalam.