Friday, March 21, 2008

Maulidur Rasul s.a.w

gambar hiasan

Salam...

Semoga korang berada dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya.. apa ek yang aku nak tulis hari ni? ermm.. semalam merupakan hari besar dalam kalender hijriah, sape tau hari apa? ha.. pandainye anak sape lah tu.. he3.. semalam merupakan hari Keputeraan Baginda s.a.w iaitu pada 12 rabiul awal . Semua negeri di Malaysia cuti termasuk juga di Mesir demi meraikan hari tersebut dengan memperingati segala perjuangan dan pengorbanan Rasulullah di dalam menyebarkan Risalah dakwah.

Adakah pada tanggal 12 Rabiul awal sahaja kita memperingati Rasulullah, Jawapannya sudah semestinya tidak, Malah kita digalakkan untuk berselawat kepada Baginda sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Qur'an mafhumnya : " Allah dan para Malaikat berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w , wahai sekalian orang yang beriman berselawat dan salam lah kamu keatas Baginda ". Oleh itu kita hendaklah memperingati Rasulullah setiap hari bukan sekadar setahun sekali.

Tapi kenapa nak diadakan sambutan Maulidur Rasul ek pada setiap tahun, sepatutnya x payah buat pun kita dah digalakkan untuk memperingatinya. Jawapannya, kita menyambut hari keputeraan baginda bukan hanya kerana tertumpu pada hari tersebut sahaja tetapi agar seluruh umat islam tidak sampai lupa kepada Baginda, ramai golongan muda-mudi pada hari ini tidak berapa mengetahui tentang sejarah baginda, jadi dengan adanya hari memperingati kelahiran baginda mereka sekurang-kurangnya tahu Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiul awal, mereka dapat kenal siapakah sebenarnya Nabi Muhammad dengan banyak tersebarnya risalah mengenai hari tersebut.

Berkenaan hukum pula, Ianya bergantung kepada pengisian sambutan itu sendiri, andainya terdapat perkera-perkara yang bertentangan dengan syara' maka ianya menjadi berdosa, seperti orang yang berzikir tapi bercampur gaul lelaki dengan wanita maka hukumnya tetap haram walaupun berzikir itu pada asalnya mendapat pahala. Oleh itu perlulah kita menyambut hari keputeraan Baginda s.a.w dengan perkara2 yang lebih menuju kepada kebaikan dan ibadah seperti ceramah, marhaban, berzanji dan sebagainya.

Sebagai penutup.. marilah sama-sama kita menyambung tugas baginda dan para sahabat dengan menyampaikan dakwah kepada semua orang tentang islam dan juga menyeru kepada kebaikan serta menegah kepada kemungkaran. kerana itulah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah.

p/s : Seringlah berselawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w ..
( صلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم )

No comments: