Sunday, March 30, 2008

Dunia Mengutuk Penyiaran Filem "FITNA"



salam..

Kebelakangan ini terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh pehak barat bagi menghina dan menjelekkan tentang islam. Suatu ketika dulu sebuah akhbar Denmark telah memaparkan lakaran karton yang menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W dengan paparan yang sungguh menghinakan.

Kemudian bangkitlah kemarahan umat islam diseluruh dunia terhadap negara tersebut dan mereka telah memboikot segala produk yang dikeluarkan oleh negara Denmark sebagai tanda protes dan marah. Kesannya ekonomi denmark menjadi jatuh dan mendpat kerugian yang besar daripada peniagaan produk yang mereka hasilkan.

Kali ini barat melancarkan lagi sebuah perang kepada umat islam apabila filem "FITNA" yang dibuat oleh ahli parlimen Belanda Geert Wilders menghina Al-Qur'an dan islam itu sendiri. Filem yang berdurasi 15 minit itu menggambarkan tentang islam itu extream,radical dan terrorist dengan gambar2 ngeri yang di selangi dengan ayat2 Al-Quran.

Tayangan filem ini mendapat kutukan dari jutaan umat islam dan juga pemimpin2 negara islam termasuk juga Malaysia, bahkan setia usaha agung PBB juga turut mengutuk penyiaran filem tersebut kerana ianya akan membawa perpecahan dan menaikkan amarah umat islam seluruh dunia.

Tun Dr Mahathir menyarankan agar semua rakyat Malaysia memboikot (pulau) barangan keluaran Belanda sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Denmark. Agar mereka tahu akibat dari tindakan mereka yang tidak menghormati agama lain khasnya agama islam.

p/s : Orang2 kafir memang tidak akan senang dengan islam selagi mana orang2 islam tidak mengikuti ajaran atau cara hidup mereka.

wassalam...

No comments: