Saturday, January 10, 2009

Imtihan (Exam) Kembali Menjelang




Salam...

Sudah lama juga aku mendiamkan diri dari mengemas kini blog aku ni. Bukan aku tidak mahu tulis apa2 disini, malahan banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersama para pembaca. Namun ianya hanya kekal didalam draft kerana penulisannya tidak sempurna dan hanya sebagahagian sahaja.

aku pun tak tahu kenapa kebanyakan artikel aku tidak dapat aku siapkan, mungkin semangat aku kian luntur untuk menulis. Dan idea-idea ku hilang ketika mana aku sedang seronok mencatat isu-isu semasa baik ditanah air dan di luar negara. Tak mengapalah maybe aku harus memperbaiki lagi diri ku ini agar dapat benar-benar berhijrah dan lebih ber iltizam dalam penulisan aku ini.

Esok (11/1/09) akan bermulanya imtihan (exam) bagi diri aku dan sahabat2 pengajian jurusan Usuluddin. Namun peperiksaan bagi pelajar jurusan Syariah akan menghadapi peperiksaan pada hari ini. Semoga berjaya aku doakan kepada sahabat2 kuliah Syariah. Dimusim dingin ini, jaga lah kesehatan kita agar dapat menjalani imtihan dengan sempurna dan tidak sakit. Namun andainya kita sakit, berdoalah semoga dengan ujian tersebut maka kita akan berjaya dalam imtihan yang dilalui.

Sementara aku dan kawan2 ku berjuang dalam menghadapi imtihan "mid term", para mujahidin bertungkus lumus pula berjuang di bumi Gaza bagi mempertahankan Negara dan Akidah mereka dari terus dijajah dan dihancurkan oleh golongan Zionis Israel. Setiap hari ketika aku mengikuti perkembangan terkini saudara2 seIslam ku disana, hati ku jadi sebak dan terguris, mata ini tidak mampu untuk terus melihat para syuhada' yang bergelimpangan di jalanan mangsa keganasan Israel. Ada diantara mereka yang tertimbus dibawah reruntuhan bangunan yang menjadi sasaran serangan udara Israel.

Para ibu menangisi pemergian anak-anak mereka, para isteri menangisi pemergian suami mereka, para anak menangisi pemergian ibu dan ayah mereka. Dan banyak lagi tangisan yang kedengaran disana membuatkan aku juga menangis dan ingin sekali aku merasakan apa yang mereka rasakan. Aku ingin mereka tahu, mereka tidak lah keseorangan, masih ramai umat muslimin dna muslimat yang menangis bersama mereka, yang sentiasa mendoakan mereka, biarpun sebahagian pemimpian negara2 Islam membisu tanpa sebarang tindakan.

Aku juga yakin, diseluruh dunia sekarang ini banyak berlakunya demonstrasi di kedutaan-kedutaan Mesir, Jordan, Amerika, Israel dan PBB. Demonstrasi juga merupakan salah satu cara yang ditunjukkan oleh masyarakat dunia tentang keperihatinan mereka terhadap apa yang berlaku di Gaza. Selain itu, ramai muslimin dan muslimat mula mengamalkan bacaan Qunut Nazilah bagi memohon kemenangan kepada Mujahidin yang sednag berjuang di Gaza walaupun jumlah mereka tidak seramai israel dan infantri senjata mereka tidak sekuat dan sebanyak israel, namun bantuan Allah kepada mereka pasti akan datang.

Itu lah ujian yang sedang dilalui oleh umat Islam di Gaza. Semoga kita sama-sama mendoakan mereka dan hulurkan bantuan sebanyak yang kita termampu dari pelbagai sudut, yang punya kewangan, boleh bantu dengan dermanya. Yang punya kekuatan boleh bantu dengan pergi berjuang disana, Yang mampu berdoa, doakanlah mereka setiap kali lepas solat dan bacakan Qunut Nazilah. Yang mampu memboikot barangan Israel maka boikotlah barangan mereka agar ekonomi mereka menjadi lumpuh. Jangan sampai kita tidka ambil peduli langsung tentang penderitaan mereka di Gaza. Kerana sebagaimana hadis dari Rasulullah s.a.w yang menyebut " Siapa yang tidak ambil peduli tentang keadaan umat islam, maka mereka bukanlah dari golongan mereka ".

Semoga mereka mampu menjalani Ujian Allah itu dengan baik dan diberi kemenangan Oleh Allah keatas mereka. Begitu jugalah harapan ku kepada diriku dan rakan2 disini, semoga kami diberikan kejayaan setelah berusaha dengan sehabis baik untuk menjawab soalan2 imtihan.

salam imtihan dariku...

wassalam.

1 comment:

Arlynn@Pelangi said...

hanya doa yg mampu ku lakukan utk saudara seagama kita di Palestin..
:(