Saturday, November 29, 2008

Bersambungnya Sebuah Pengembaraan...


salam...

Alhamdulillah sudah hampir 3 minggu aku berada di bumi asing ini. perjalanan kali ini ialah untuk menyambung pengembaraan ku yang masih bersisa 2 tahun lagi. Setibanya aku di airport, Alhamdulillah ada kawan-kawan yang baik hati sudi menjemput aku. Jadi aku tidak perlu bersusah payah untuk mencari transport pulang ke Tanta. Terima kasih teman..

Setibanya aku disini, aku harus membuat pilihan pengkhususan jurusan apa yang akan aku ambil untuk tahun 3 dan 4 ini. Kerana pengajian usuluddin disini, tahun 1 dan 2 belajar secara umum tanpa ada major apa. Bila sudah tahun 3 barulah mahasiswa dikehendaki untuk memilih major apa yang mereka inginkan. ada 4 major pilihan iaitu : tafsir, hadis,akidah falsafah dan dakwah. Bile dok termenung dan dok fikit jurusan mana yang aku ambil, akhirnya aku nekad untuk ambik jurusan akidah falsafah kerana jurusan ini agak kurang orang Malaysia yang ambil. Alhamdulillah pad atahun ini ada 3 orang lagi yang bersamaku untuk mengambil jurusan ini, so ada jugak lah teman untuk study dan berbincang.

Bumi mesir ini memang penuh dengan ujian dan dugaan bagi mahasiswa-mahasiwa luar. antaranya kena berebut ngan arab untuk naik bas, bersesak2 dalam bas sebab terlalu penuh, dah macam sardin dah klu dok tengah2 bas tu. Kemudian kene pulak buat urusan dengan ketua bahagian pelajar luar negara, bila nak wat urusan kita kene ikut dia, kalau dia ngah sibuk atau sebagainya, memang dia cakap besok,besok dan besok. Masa aku nak buat urusan bayaran yuran dan mintak surat pengesahan kuliah, hampir seminggu aku terpaksa berulang alik jumpa dengan dia tapi xdapat juga nak buat urusan. Pada minggu berikutnya barulah aku dapat selesaikan urusan kuliah ku. Alhamdulillah selesai jugak lah urusan tersebut.

Senior-senior kat sini selalu pesan, ejaan mesir dalam bahasa arab terdiri daripada 3 huruf, iaitu pertama, mim = bagi masyakkah yang bermaksud kesusahan dan kesulitan.Yang kedua, sod = bagi sabar yang bermakna perlunya kesabaran yang tinggi untuk belajar disini. Yang ketiga, ra = bagi redha yang bererti setiap apa yang berlaku keatas kita hendak lah kita sentiasa redha. Oleh itu setiap mahasiswa kene sentiasa menguatkan fizikal dan mental mereka sepanjang berada disini. Kalau tidak ada kekuatan dan semangat, nescaya mereka pasti tidak akan tahan dan akhirnya pengajian mereka terhenti di tengah jalan.

akhir sekali.. exam pun dah tak lama, lagi sebulan je, pekse mula 4/1/09.. so doakan lah kejayaan aku yer.. kerana tahun 3 akidah ada tambahan 4 subjek baru yang keseluruhan subjek bagi tahun 3 akidah ialah 19 subjek. Doakan agar aku dan kawan-kawna mampu menjalaninya dengan tenang dan tidak berputus asa. Oh ye, lupe lak, dikesempatan ini aku juga nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua.. untuk tajuk raya korban nanti aku buat treat baru.

sekian.. wassalam..

No comments: