Tuesday, January 13, 2009
Aku Dihantar Ke Palestin
salam..
Hari ini telah genap lah 18 hari bumi Gaza bermandikan darah para syuhada'. Angka yang terkorban sudah mencecah kepada 919 orang dan bilangan yang tercedera sudah menjangkau 4200 orang. Bayangkang lah bagaimana keadaan hospital digaza yang penuh sesak dengan jenazah para syuhada' dan juga yang tercedera akibat serangan Zionist laknatullahi alaihim..
Kelmarin ketika aku sedang tidur, aku bermimpi berada di Gaza, dan aku dapat melihat secara langsung didepan mata suasana disana. Namun dalam mimpi itu aku tidak terpilih sebagai para pejuang sebaliknya hanyalah sebagai penduduk Gaza sahaja. Mungkin kerana amalan ku belum mencukupi untuk berdiri sebaris dengan para mujahidin.
Didalam mimpi itu aku dapat merasai suasana disana, tatkala melihat bom-bom berjatuhan dari langit yang ditembakkan oleh tentera Zionist melalui serangan udara. Ketika itu bertempiaran lah lari penduduk-penduduk untuk menyelamatkan diri namun ramai juga yang terkorban. PElbagai jenis bom dan senjata diluncurkan kepada para pejuang yang mempertahankan bumi Gaza dan juga kepada penempatan awam.
Rumahku juga hancur dan musnah dalam serangan tersebut dan keluargaku turut syahid menjadi korban serangan dari Zionist. Keadaan menjadi begitu menyedihkan apabila kami dikepung dari pelbagai penjuru oleh tentera-tentera darat Zionist. Oleh kerana terkepung, akhirnya semua penduduk dibunuh secara beramai-ramai dan aku juga termasuk dalam mereka yang terbunuh.
Selepas itu aku terus terjaga dari tidur dan air mataku mengalir mengenangkan nasib saudaraku disana. sekarang aku hanya mampu mendoakan mereka dengan mengamalkan Qunut Nazilah setiap kali solat. Dan berusaha semampuku untuk membantu dari sudut kewangan dan sebagainya.
Ayuhlah saudara-saudara seislamku, giatkan lah berdoa untuk mereka, hulurkan lah bantuan kewangan kepada mereka sekiranya mampu. Dan boikot lah product-product yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada Zionist. Semoga apa yang kita lakukan mampu menjadi jawapan di depan Allah kelak apabila kita ditanya mengenai sumbangan dan bantuan kita untuk rakyat di Palestin.
wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment