Sunday, February 28, 2010

Nostalgia Lama

bersama ayah aku di airport
Assalamualaikum...

huhu.. adess.. xtau lah nak mulakan entry ni macam mana.. maklum lah dah lama x mengarang dalam diari maya ini, membuatkan aku sedikit kekok.. kekok untuk kembali menjadi "penulis cyber" yang dulu kerap meluahkan apa sahaja didalam sini, namun sekarang ini semakin pudar semangat untuk menulis atau mengarang sesuatu... xtau lah kenapa...

mesti org yang baca blog ni pun rase cam xde mood nak baca sebab sebulan satu sahaja entry tu pun mesti kembali dengan entry pembersihan dan sebagainya.. seolah aku jengah blog ini untuk dibersihkan sahaja.. huhu.. xpe lah aku akan cube juga untuk merajin2 kan diri untuk menulis semula di diari maya ini sehingga aku benar2 menjadi "penulis cyber" yang sebenar bukan Mr. Cleaning cyber.. huhu.. cam best gak nama tu untuk blog...

aktiviti aku terkini ialah memulakan semula pengajian di kuliah.. Sudah seminggu kuliah dibuka, semoga untuk final semester ini aku akan lebih termotivasi untuk ke kuliah dan juga terus berusaha untuk mendapatkan result yang ok di akhir peperiksaan tahun ini. Dah macam azam tahun baru pulak..huhu.. xpe lah kire azam sem baru.. ye lah dah final sem, final exam dan final year, so kene lah study hard sikit, xkan masih nak sama je seperti yang sebelum2 ini.. kalau boleh biar exam akan datang ni menjadi sejarah dalam hidup aku sepanjang aku berada di Mesir.. yesss... i can do it.. insya Allah.

penyakit baru atau gejala baru yang menimpa aku sekarang ini ialah aku punya selera makan semakin menjadi2.. terkadang 2 jam sekali akan terasa lapar sangat.. adoyaii.. aku xtau lah kenapa leh jadi begini.. selalunya memang masa musim sejuk akan jadi macam ni, tapi xpenah lah se keritikal saat ni. ni musim sejuk pun kalah.. adess... makin montel dan comel lah aku pasni.. sebab tabiat baru.. huhu.. kene cuba gak kawal, kalau x nanti leh kene diabetis dan boleh bawa kepada obesiti yang melampau2.. skrang ni pun dah "oversity" kalau makin bertambah so akan menjadi "extra oversity" huhuu.. leh membahayakan kesihatan..

teringat kate2 mak aku disaat aku pulang ke tanah air tahun 2008.. "besarnye sekarang abang (panggilan manje dlm keluarga)!! cube lah kurang kan sikit berat badan tu, bukan mak xsuka abang besar dan comel tapi takut kang nanti penyakit mudah masuk, kan susah"... aku pun dengan penuh senyuman yang menawan menjawab.. "insya Allah mak....". itu lah sketsa ketika mana soalan maut di tanya kan kepada aku.. huhu.. adoyai.. macam mana lah nak realisasikan impian mak aku tu.. sebabnya selepas 2 tahun aku pulang ke sini, bukan makin berkurang berat aku tapi makin bertambah ade lah.. huhuhu...

masa awal2 balik sini de jugak turun sampai 10 kilo, tapi bile masuk musim sejuk je mula lah, lemak2 dalam badan aku menjadi semakin menebal dan juga meningkatkan kapesitinya secara semula jadi dek kerana ingin melindungi diriku dari kesejukan.. huhuhu.. kire extra sweater lah dalam badan... tu yang terkadang kawan2 tanya.. "x sejuk ke??" aku dengan senyuman menawan menjawab "x.. sebab sy pakai sweater 2 lapis..huhuhu... "

dalam family aku, aku sorang sahaja yang mengembang dengan baiknya.. yang lain sume kecik2 je.. sebab tu bile kawan2 tengok gambar family sume pelik, nape dalam keluarga aku, hanya aku sahaja insan terpilih untuk memiliki badan yang berisi.. aku pun jawab lah, itulah istimewanya aku berbanding adik2 aku yang lain.. huhuhu... kalau di ingat balik, semasa kecil dulu aku xde lah besar pun, sama kecil macam orang2 lain.. malah seingat aku, apabila mak dan ayah aku cakap badan aku dah mule berisi.. pasti aku akan demam dan susut balik badan nya..

masuk sekolah tadika.. aku antara yang kurus lah dalam kelas sebab masa ni kawan ngan sorang jiran aku yang memang nakal amat perangai dia, so aku pun ikut jadi nakal.. kesana kemari pergi main, kuar pagi dekat2 maghrib baru balik. masa itu jangan cakap lah, segala talipinggang, rotan dan sebagainya pernah melekat di badan aku dek kerana dibelasah oleh mak aku sebab degil sngat.. huhu.. mau tak nye, gi bandar xbagi tau mak aku, gi mandi lombong x bagi tau mak aku, pastu mencuri buah dan sebagainya... memang patut pun kene belasah biar serik sikit.. huhuhu.. tapi sakit tau kene belasah, mesti nangis.. tapi xserik pun, esoknye buat lagi.. huhuhu

masuk darjah satu kawan aku tu pindah pulak rumah.. so dah xde geng satu kepala, mula lah xde kaki nak jalan kemana2 dan main jauh2, main pun depan umah je.. maklum lah, rakan2 sebaya aku yang sejiran ngan aku kebanyakan nya perempuan,so kalau main ngan derang xde lain, kalau x main pondok2 atau masak2, mesti main kawen2.. adess... boring... lagi pun aku dah kene didik untuk jaga kedai tolong mak aku.. so dari situ aku agak cekap matematik dan selalu skor 100 dalam subjek matematik dekat sekolah rendah..

tapi dari situ perubahan dalam hidup aku mula berlaku, dan aku menjadi semakin berisi dari 1 kilo kepada 1 kilo hinggalah berkilo2 jadinya sekarang ini.. aku juga sering menjuarai kawan2 aku yang lain dalam memilih saiz seluar, sehingga bapak aku pun pening tiap kali nak mule musim persekolahan, nak cari kat mana lah saiz nye.,. huhu.. ape leh buat.. diri aku menjadi semakin comel kan.. xleh lah pakai seluar saiz yang biasa2 je.. huhu...

sampai lah sekarang ini kecomelan ku semakin terserlah.. huhu.. xpe lah.. memang dalam diri ade niat nak cube untuk kurangkan sikit berat badan.. tapi tu lah dari sudut motivasinya agak kurang sikit... bukan lah nak kurus sangat pun, just kate orang asal sehat walafiat jadi lah.. maklum lah orang yang oversity ini penyakit mudah datang.. so lebih baik mencegah dari merawat kan.. aku akan cube jugak lah.. kalau boleh sebelum aku balik lepas habis study kat sini, biar lah mak aku nampak perbezaan nye... xkan nak kene sound macam sebelum ini lagi.. huhuh..

ok ah.. tu je lah.. story aku kali ini.. korang jangan gelak kan aku lak.. sepatutnya bagi semangat kat aku baru lah aku de motivasi sikit.. mana lah tau balik mesia nanti leh jadi model ke kan.. huhuhu... korang gak tumpang senang... xde lah memain je...

wassalam...

2 comments:

Anonymous said...

salam ustaz,
ustaz nak kurus ke?

1) kena kurangkan makan makanan berkarbohidrat cth mcm nasi,roti dll

2) kena banyakkan makan buah

3) kurangkan makanan berlemak untuk elakkan dapat sakit jantung

4) sehari tu kena jogging plg kurg 30min, xpun kena banyak berjalan,jalan pula jalan cepat2 ye jgn lambat, nanti lemak dlm badan xdibakar..

5) mcm biasa, kurgkan mknn yg masin (byk garam), dan kurangkan gula

jaga la kesihatan dpd usia muda krn nt usia tua xdela dpt byk penyakit..sekian dr saya..sj nk komen2.hi2.slmt beramal

penulis cyber said...

w'salam...

hehe.. mekasih atas petua yang diberikan.. insya Allah akan cuba di amalkan.. :)