Thursday, February 11, 2010

Berakhirnya Waktu sibuk

kenangan semasa rehlah ke sinai


salam...

alhamdulillah.. sudah berlalu masa sibuk ku di kala ini, walaupun masih banyak tanggung jawab lain yang masih perlu ku galasi. Exam (imtihan) aku berakhir pada 4/2/10, 6 paper telah kuhadapi untuk sem ini, dan lagi 12 paper pada sem akan datang masa final exam. Semoga aku dapat jalaninya dengan baik..

2 hari selepas berlalunya exam, aku telah dilantik untuk menjadi tourist guide untuk satu trip yang di anjurkan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta. Seperti biasa trip di cuti musim sejuk ialah ke Semenanjung Sinai atau dalam bahasa arabnya Sina'. Perlantikan telah dibuat seminggu sebelum exam lagi untuk melancarkan gerak kerja masing2 dari sudut promosi dan sebagainya.

Di tengah2 exam aku dok sibuk servey bas untuk trip tersebut. Dari syarikat di Tanta sampai lah ke syarikat di Mansoura, Alhamdulillah dapat yang harganya murah dan juga bas yang ok. So untuk rehlah ( trip ) kali ini kami bertolak dengan sebuah bas dan juga sebuah van pelancong. Selapas habis sahaja exam, maka aku ngan jawatankuasa yang dilantik, bertungkus lumus untuk menyiapkan segala tugasan sebelum perjalanan. Dari recomferm penyertaan peserta sehinggalah beli barang untuk dimasak semasa dalam perjalanan nanti.

Seperti biasa, setiap rehlah atau pakej pelancongan student disini, diuruskan oleh student sendiri dari sudut pengangkutan, penempatan dan juga makanan. so di pagi hari hendka bertolak, para jawatan kuasa bertungkus lumus untuk memasak makanan untuk sarapan esok dan juga makan tengah hari. Alhamdulillah perjalanan rehlah kali ini berjalan lancar, melainkan ada satu tempat yang tidak dapat kami lawati kerana ombak begitu deras dan angin yang kencang membuatkan bot tidak mahu membawa kami untuk melawat ke kubu solahuddin al-ayyubi. Terpaksa memohon kepada para peserta kerana ketidak sempurnaan rehlah kali ini, semoga lain kali diberikan peluang untuk kesana.

Setelah pulang dari sinai, rehat sehari tanpa program. Hari ini (11/2/09) pula telah berlangsungnya hari keluarga atau hari sukan untuk warga Tanta. Program akan berlangsung selama 3 hari, iaitu hari khamis, sabtu dan ahad. selepas itu program ilmiah pula akan menyusul dari sudut daurah kitab dan sebagainya. Program ilmiah akan bermula pada 15/2/10 sehingga 18/2/10 kemudian akan disusuli pula dengan pengjian harian beberapa kitab oleh ust2 senior sehingga awal bulan 3.

Seusai program ilmiah, sebuah program mega tahunan DPMT pula akan menyusul, program EMINENT shortform dari "the simposiums malaysian student in tanta" yang akan berlangsung selama seminggu, yang mana dalam program ini terdapat banyak pengisian dari sudut pembentangan kertas kerja, daurah kitab, forum dan sebagainya. Kemudian ada juga Bazaar bagi pelajar menikmati juadah2 malaysia yang jarang2 di temui dari pelbagai negeri di Malaysia seperti nasi kerabu, laksa penang, chakueteaw, nasi lemak, mee bandung johor dan juga makanan western lainnya. Semuanya di sediakan dan dijual oleh student sendiri yang mana ingin menambah pendapatan dan minat berniaga.

Selepas habis semua program itu, kuliah pun bermula dan kembali menjadi student kuliah.. hehe... program sentiasa ada, tanggung jawab sentiasa menanti, tinggal kita sahaja mahu atau tidak melaksanakannya untuk menjadi pengalaman yang manis serta persediaan sebelum kita terjun ke masyarakat yang perlu banyak program2 tarbiah di jalankan, andai disini kita tidka tahu bagaimana hendak merangka satu program bagaimana kelak kalau di Malaysia kita diberi amanah untuk melaksanakan satu-satu program sudah pasti kita akan kelam kabut jadinya. So bersesedialah untuk memikul amanah kerana ianya pasti memberi pengalaman yg baik untuk kita kelak...

ok lah sampai sini dulu entri kali ini.. biar lah kita isi masa kita dengan pelbagai perkara yang berfaedah, ianya boleh menghalan kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mungkin kearah maksiat dan kemurkaan Allah...

wallahu a'lam

No comments: