Monday, May 19, 2008

Cerpen Kot..

Malam tadi aku bergaduh lagi dengan isteriku, tidak tahu lah mengapa aku sering membuat dia bersedih, menangis dan serba salah. Padahal dia tidak pernah buat salah kepadaku, tapi aku seolah seronok melihat dia sedih, aku begitu kejam sehingga sanggup membiarkan dia tidur dengan linangan air matanya.

Namun dia tidak pernah berhenti mencintai dan menyayangi ku, dia sentiasa bersabar dengan karenah ku yang jahat ni. Setiap kali aku melakukan kesalahan atau memulakan pertenkaran antara kami, dialah yang akan meminta maaf dahulu walaupun bukan dia yang bersalah. Dia sanggup menjadi si pemujuk apabila aku buat-buat merajuk setelah puas menyakitkan hatinya, walaupun sebenarnya dia ingin sekali aku memujuknya walaupun hanya sekali.

Kesabaran dia membuatkan aku menjadi serba salah dengan sikap kejam dan zalim ke sebagai seorang suami. Aku bukan sahaja gagal menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab, malah aku pula membebankan dia dengan seribu satu macam seksaan mental dan fizikal. Tapi dia hanya tersenyum dan cuba untuk tidak menyakitkan hatiku, walaupun hatinya sebenarnya sudah lama hancur berderai kerana saban waktu menghadapi sifatku yang baran ini.

Sebenarnya setiap kali dia sibuk melakukan kerja-kerja rumah, aku sering mencuri-curi pandang kepaanya, jauh disudut hatiku aku kian menyintainya, namun ego ku membuatkan aku menyembunyikan kasih dan sayangku itu daripada pengetahuannya. Bahkan mengusik dan menyakiti perasaannya membuuat aku terhibur kerana itu sahaja cara aku dapat bermanje dalam diam kepadanya. Aku tidak mampu untuk menjadi suami yang sopan dan berlemah lembut pada isteri, oleh itu aku bergurau secara kasar kepadanya.

Kini dia telah tiada disisiku, kerana semalam aku telah menghalaunya keluar dari rumah hanya kerana aku cemburu apabila melihat dia berbual dengan lelaki lain di jalan menuju ke rumah kami, waktu itu sepulang aku dari kerja, aku terserempak dia berbual dengan begitu mesra dengan seorang lelaki, tanpa soal bicara, setelah smapai ke rumah, aku pun mula meninggikan suara dan memukulnya, dan dia hanya menangis sahaja tanpa membalas setiap pukulan dan herdikan ku kepadanya. Oleh kerana aku sudah tidak dapat menahan sabar, aku pun menghalaunya keluar dari rumah dan menceraikannya dengan talak 1.

Malam itu dalam keadaan terhencut-hencut, aku lihat dia membawa beg bagasinya ke pintu depan rumah, sesudah meletakkanya, dia menghampiriku dan memohon maaf serta mencium tanganku seperti kebiasaan yang dia lakukan tatkala aku pergi dan pulang kerja. Namun aku tarik semula tangan ku dan memalingkan mukaku dari memandang wajahnya yang sayu itu. Akhirnya dia berlalu pergi meninggalkan aku dan rumah kami.

Hari-hari yang ku lalui menjadi sunyi tanpanya, kerana aku tidak ade teman untuk berbual, aku sudah tidak dapat nak mengusiknya sehingga dia menangis. Dan tiada lagi orang yang aan memujuk ku ketika aku buat-buat merajuk, tiada juga orang yang mengejutkan aku ketika waktu subuh serta tiada orang yang mahu menjaga makan dan pakai ku. Kehidupan ku menjadi tidak terurus setelah dia pergi meninggalkan aku. Dikala ini barulah aku kenal erti rindu yang selama ini tidka pernah ku rasa, pada waktu ini baru lah aku merasakan perihal pentingnya kewujudannya dirumah kami. Namun segalanya telah berlaku.

Pagi tadi aku menjadi seperti hilang arah, dan rasa seperti ingin membunuh diri sahaja. Pagi tadi tatkala aku sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja ku di pejabat, aku mendapat panggilan dari seorang lelaki yang bernama azman, dia ingin benar berjumpa dengan aku, aku pun tidak tahu mengapa dia ingin berjumpa dengan ku oleh kerana itu pada mulanya aku menolak untuk berjumpa dengannya, namun atas desakannya barulah aku bersetuju untuk menemuinya disebuah restoren. Yang membuat aku betul-betul sedih dan terkilan ialah dia lah lelaki yang kulihat berbual mesra dengan isteri ku, dan dia juga telah mengenalkan dirinya sebagai sepupu isteriku yang baru sahaja pulang dari amerika. Oleh kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kami, maka sesudah pulang ke tanah air dia pun mencari alamat kami dan ingin mengucapkan tahniah serta berkenalan dengan aku. Oleh kerana aku belum pulang pada
waktu itu, isteriku menyuruhnya datang kembali ke esokan harinya agar dapat berjumpa dan berkenalan denganku. Tapi pertemuan itu tidka berlaku kerana aku sudah menghalau isteriku dari rumah dan menceraikannya.

Selepas aku mendengar penjelasannya, rasa kesal dan bersalah mula menghantui diriku, dan air mata ku tanpa boleh tertahan lagi telah menitis. Aku merasa amat berdosa kepada isteriku, aku betul-betul marah terhadap tindakan ku yang melampau terhadap isteriku, Tapi adakah penyesalan ini akan dapat mengembalikan segala-galanya. Atas rasa bersalah dan dosa yang menggunung terhadap isteri ku, maka aku berhasrat untuk bertemu dengannya dan memohon maaf diatas segala kesilapan dan kekejaman aku terhadapnya. Aku tahu dia sudah pasti tidak mahu bertemu dengan ku lagi bahkan sudah pasti dia membenci aku diatas segala apa yang aku lakukan kepadanya.

Petang tadi aku sampai kerumah bekas mertua ku, aku memohon izin untuk menemui bekas isteriku untuk memohon kemaafan darinya, pada mulanya ibu mertua ku tidak mengizinkan, namun atas pujukan ayah mertua, aku dibenarkan berjumpa dengan bekas isteri ku. Ketika aku menemuinya, dia masih tersenyum kepadaku dan seperti dulu dengan lembutnya bertanyakan khabar ku. Aku jadi malu untuk berdiri lama dihadapannya diatas apa yang pernah aku lakukan, lantas aku terus memohon maaf dan keampunan darinya diatas segala kesilapan dan kesalahan ku yang dahulu dan juga kerana telah menuduh dan mencurigainya. Dengan lemah lembut
dia berkata, yang dia tidak pernah marah kepadaku malah dia sudah lama memaafkan aku. Dia juga merinduiku serta menanti kehadiranku untuk menjemputnya kembali kerumah kami. Tatkala itu, airmata ku tanpa dapat dikawal meluncur laju terharu dengan kesetiaan dan keikhlasannya.

Akhirnya kami bersama semula, oleh kerana dia masih dalam tempoh edah, urusan rujuk semula tidak menjadi payah. Dan kini dia sentiasa berada disisiku seperti dulu, Aku amat menyesal terhadap apa yang telah aku lakukan dimasa lalu dan aku berjanji akan lebih menyayanginya dan mencuba untuk menjadi seorang suami yang baik dan soleh untuknya. Ketika dia bertanya, "kenapa abang sayangkan sayang sekarang ini??" aku menjawab "kerana sifat sabar dan keikhlasan sayang telah membuka hati abg yang keras menjadi lembut dan bercahaya, Terima kasih sayang"

sekian..

p/s : maaf aku pun tak tau nak panggil ini cerpen ke atau artikel ke, atau diari ke atau apa-apa je lah.. tapi aku berharap agar kita semua menghargai apa yang kita ada sebelum ianya pergi buat selama-lamanya.. maafkan lah diri ini pada orang yang aku punya salah kepadanya.

2 comments:

ar lynn said...

cerpen/cerita yg byk memberi pengajaran.. hargailah apa yg kita miliki sebelum kita kehilangannya..

penulis cyber said...

mekasih atas koemn yg diberikan.. seorang pengkarya pun tidak tahu kategori apa tulisna aku ini, memang aku ni tiada bakat kot dalam penulisan.. hehehe.. ape2 pun mekasih kerana sudi memabaca.. :)