Wednesday, May 7, 2008
Alam Rumah Tangga a.k.a Perkahwinan
MUKADDIMAH
salam..
Baru-baru ni dok jenguk blog2 member, banyak yang buat entry pasal perkahwinan sahabat masing-masing. Tahniah di ucapkan kepada para pengantin baru, semoga berkekalan hendaknya hingga ke syurga kelak.
Hehehe.. aku pun bukan orang yang layak untuk cerita bab alam perkahwinan ini sebab aku pun belum lagi menempuhinya, tapi aku banyak mengambil pengajaran dari pengalaman orang kerana salah satu cara menuntut ilmu adalah melalui pengalaman baik diri sendiri atau orang lain.
Sebut pasal alam rumah tangga ni sebenarnya banyak ujian dan cubaannya, andai kita tidak mampu untuk menjalaninya dengan baik, maka ianya tidak akan bertahan lama sebagai mana yang kita baca di media cetak tanah air. Ada sahaja berita tentang perceraian baik dikalangan artis mahupun orang awam. So pengajarannya alam perkahwinan ini tidak lah semudah yang kita sangkakan kerana kedua2 pihak (suami dan isteri) perlu memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dan yang paling utama perlu ada sfat toleransi dan bermusyawarah andainya ada sebarang kemusykilan atau masalah.
BEZA MASA TENGAH BERCINTA DENGAN BILA DAH KAWIN
Masa kita di alam percintaan, semuanya rasa indah, tiada satu pun kat diri si dia itu yang buruk, andainya kawan mencerita keburukan dia dihadapan kita nescaya penumbuk akan hinggap di mukanya. Bak kata orang kentut pun berbau wangi masa tu. Senang cerita semuanya kita nampak yang indah-indah je, kerana masing akan tunjuk kan yang terbaik dari diri mereka baik dari sudut penampilan diri, pemakaian dan pertuturan yang sopan membuatkan pasangan menjadi semakin jatuh hati dan cinta pada dia. Oleh yang demikian segala yang buruk tidak dapat dilihat kerana terlindungi dengan semua itu.
Bila kita akan nampak sifat sebenar pasangan kita?? iaitu bila telah rasmi dia menjadi suami atau isteri kita. Apabila kita telah hidup 24 jam bersama dia, apabila kita telah tinggal sebumbung dengan dia, apabila kita dah tidur sekatil, sebantal, seselimut dengan dia. Masa itulah baru kita nampak identiti sebenar pasangan kita. Bukan aku cerita macam ni nak membuatkan korang semua frust atau sangsi dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh pasangan korang sekarang ni, tetapi ini lah realiti sebenar di awal perjalanan berumahh tangga. Pada waktu ini apa yang penting ialah kita terima pasangan kita dengan seadanya baik kelebihan ataupun kekurangannya. Oleh itu sekali lagi kita akan menjalani proses penyesuaian diri agar dapat menjadikan rumah tangga yang bahagia.
PERBEZAAN PENDAPAT
Oleh kerana kita baru nampak kehidupan harian pasangan kita macam mana, mungkin akan terdapat sedikit perbezaan tabiat@perangai pasangan kita dengan diri kita sendiri, sebagai contoh : si isteri jenis pembersih dan tidak suka melihat rumah dalam keadaan bersepah sedangkan si suami pula oleh kerana sudah terbiasa masa zaman bujang dok letak barang sesuka hati je, terbawa-bawa sampai ke kawin, benda kecik begini pun boleh membawa kepada pertengkaran andai kedua-duanya ikutkan darah muda dan tidak mahu menyesuaikan diri.
untuk mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia, maka sikap toleransi dan juga mengambil kira pandangan pasangan anda amatlah penting, dan seandainya terdapat apa-apa jua masalah yang berlaku, sebaiknya dibawa berbincang bukan terus guna tangan atau barang. Memang tidak dinafikan pergaduhan pasti akan berlaku dalam rumah tangga biasalah adat resam kehidupan manusia bak kata pepatah " sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri", masa bercinta pun ada gaduh kekadang kan, namun bagaimana cara kita menyelesaikan masalah tersebut agar tidaklah sampai jadi huru-hara rumah tangga yang dibina.
MENJAGA PENAMPILAN DIRI
Untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga, anda juga hendaklah menjaga penampilan diri sebagaimana masa zaman bercinta ataupun masa nak ngorat si dia, kalau sebelum kawin pakai baju sentiasa bergosok, smart dan juga ayu. Minyak wangi tu kalau jalan 1 meter kat belakang dah boleh bau dah, sampai kehadiran anda dari jauh lagi telah diketahui oleh si dia kerana bau perfume kegemaran anda.
Tapi kebanyakan pasangan bila sudah berumah tangga, dah ada anak satu, penampilan diri sudah jarang di ambil peduli, mungkin ada yang cakap kesibukan mengurus rumah tangga menyebabkan kurangnya masa untuk menjaga kecantikan diri. Kalau sibuk dan letih sekali pun, paling kurang masa suami balik mesti dah siap mandi dan pakai sedikit minyak wangi untuk sambut kepulangan suami dengan senyuman di depan pintu. Pakai minyak wangi untuk suami tidak haram malah di galakkan, tp kalau pakai minyak wangi keluar rumah itu yang ada ulamak cakap haram kerana boleh mendatangkan gairah pada orang lelaki yang terhidu haruman itu.
Kalau kita kurang atau tidka menjaga penampilan diri, takut-takut nanti pasangan kita akan terpikat dengan wanita @ lelaki lain di luar sana, kerana lumrah manusia suka pada sesuatu yang indah dan cantik, bila tengok pasangan sendiri pun dah tak seayu dan semacho dulu mula lah terpikat. Tapi tak semua yer yang macam ini, cume sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk menambah kebahagiaan rumah tangga menjaga penampilan diri amatlah penting. Agar pasangan sentiasa tertarik dengan kita dan mencintai kita walaupun dah berusia senja.
Lagi satu, dalam kehidupan rumah tangga juga perlu ada sifat romantik, kerana ianya akan menguatkan lagi ikatan di anatara diri kita dan pasangan. sebagai contoh, setiap kali birthday dia bagi dia hadiah, sebulan sekali ajak makan kat luar cam orang berdating, jalan pimpin tangan dan sebagainya. Terkadang pelik juga bila orang yang dah halal untuk bersama ini lebih takut untuk melakukan sedemikian, sebaliknya orang yang dok berkapel dengan penuh maksiat tu leih berani untuk wat kelakukan kurang sopan tu. Sepatutnya kita dah kawin kita lah bagi contoh kat mereka, kalau nak sangat dok wat benda maksiat camtu kawin je, pas kawin nak buat apa pun orang tak marah. Dosa tak dapat, pahala pulak dapat, kan untung orang yang dah kawen.
Kekadang suka tengok pasangan cina ni, dia punya romantik sampai ke tua, selalu nampak joging dan bersenam bersama, kalau orang melayu ni agak susah nak nampak, panggilan manje pun dah berubah bile dah semakin berumur, dulu ber "abang" "sayang", sekarang panggil nama je, tak pun guna saya awk, sebab tu rase cam makin renggang je hubungannya. Tapi tak semua lah, de gak yang menjadi sweet kapel sehingga ke tua, tu yang muke sentiasa senyum dan ceria je.
PENUTUP
Semoga anda yang ingin mendirikan rumah tangga bersedia dengan perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan anda. Alam rumah tangga ni akan menjadi seronok dan indah andai kedua-duanya mengetahui tanggung jawab dan tugas masing-masing, serta menjadikan kekurangan pasangan kita sebagai pelengkap andai kita ada kelebihan dari sudut tersebut.
Ini sekadar pandangan aku yang masih belum mempunyai pengalaman, sebaliknya aku bercakap atas dasar kisah orang lain dan juga dari apa yang aku tinjau dalam kehidupan ini. Tapi inilah bekal yang akan cuba aku bawa untuk menghadapi alam pernikahanku kelak. Insya Allah.
P/s = Kahwin awal itu bagus untuk mencegah diri kita dari melakukan zina dan maksiat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment