Monday, April 21, 2008
Jaulah Makam Auliya' Di Kota Kaherah
Salam...
Lama jugak aku tak update blog aku ni, sampai dah berhabuk dan berdebu dah.. :) so nak kene "clean" kan dulu biar nampak bersih dan bersinar seperti baru. hehehe.. leh ke bersihkan blog?? kalau nak bersihkan kenelah delete sumenye biar nampak bersih je macam baru(awas jangan buat aksi ini kerana segala isi dalam blog anda akan hilang).
Bukan aku tak mahu update, tapi setiap kali aku mula menaip ada sahaja yang bermain di minda aku sehingga berat rasanya untuk terus menaip sehingga menjadi satu cerita. Banyak cerita-cerita yang hanya menjadi "draft" kerana ianya tidak sempurna untuk di keluarkan sebagai tatapan korang semua.
Tak apa lah, nanti kalau ada idea yang menarik akan aku sudahi semua cerita-cerita separuh jalan tersebut agar boleh menjadi bahan bacaan untuk anda semua. kali ini aku nak cerita sedikit aktivitiku pada minggu lepas.
Jaulah Makam Auliya'
pada hari Jumaat 18/4/08 pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT)telah menganjurkan sebuah program Jaulah Makam Auliya' di sekitar kota Kaherah. Aku merupakan satu antara 150 orang yang mengikuti jaulah tersebut.
kami bertolak jam 8 pagi dari Tanta dengan 4 buah bas mini dan juga sebuah van. aku memilih untuk menaiki van kerana sedikit sebanyak boleh membantu unit masakan yang menaiki van tersebut. 4 buah bas mini tersebut jalan dahulu menuju ke Masjid Zainab dan menziarahi dua makam di situ, namun van yang aku naiki dan 8 orang lainnya pula menuju ke hayyu sabie' untuk mengambil kuih untuk makan petang peserta yang kami tempah dengan siswa kaherah. Selepas ambil kuih untuk makan petang, kami pun bertolak ke Masjid Sultan Hassan untuk bertemu dengan rombongan dan sekaligus menunaikan solat jumaat disitu.
Yang melucukan hati aku ialah, pemandu van yang kami naiki itu tidak tahu jalan disekitar Kaherah, membuatkan kami terpaksa bertanyakan arah jalan dengan pemandu ataupun orang awam di situ untuk pergi ke Masjid yang menjadi tempat pertemuan kami dengan rombongan. Alhamdulillah walaupun agak sukar dalam perjalanan namun kami selamat sampai sejam lebih awal sebelum masuk waktu jumaat, kesempatan itu kami ambil untuk mengambil gambar kenangan dan juga melihat kawasan sekitar sebelum masuk ke masjid untuk beri'tikaf.
Seusai solat jumaat, kami berehat sebentar dan menziarahi makam sultan Farouk dan keluarganya di masjid sebelah, juga terdapat sebuah makam raja Iran disitu. seusai ziarah kami pun makan tengah hari disitu sebelum meneruskan perjalanan ke masjid Ali Zainal Abidin. Di masjid ini kami menziarahi makam cicit Rasulullah S.A.W yaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi thalib. Namun menurut musyrif yang membawa kami, yang ada disitu hanya kepala saidina Zaid kerana badannya di kebumikan di Karbala.
Kemudian dari situ kami menuju ke Masjid Imam Syafie yang terdapat makam Imam Syafie dan juga Syiekh Zakaria Al-Ansori, kemudian terus menuju ke makam guru imam Syafie iaitu Imam Waqi' sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan perkuburan Aliya' Allah lainya di kaki gunung (lupa lak nama gunung tu). Seusai ziarah makan Auliya' sekiotar kaki gunung kami pun bertolak pulang ke Tanta seusai solat maghrib. Dan selamat sampai ke tanta sekitar jam 10 malam.
Apabila sampai sahaja ke rumah, semua ahli bait yang juga turut menyertai jaulah terus tidur kerana keletihan seharian berjalan. itu sahaja coretan ku pada kali ini.. hehehe nanti aku masukkan cerita "jalan-jalan ke alex" kalau ada masa.
wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment