Saturday, April 5, 2008

Pengisian Dari Usrah


salam...

Hari ni aku nak berkongsi sedikit pengisian yang aku dapat dari usrah aku hari ini, kat sini setiap hari jumaat semua mahasiswa baik baru mahupun lama akan terlibat dalam usrah bagi merapatkan lagi hubungan antara kami dan juga bagi menambah pengisian yang mungkin tidak dapat dari dewan2 kuliah. Bahkan di dalam usrah lah kami di latih untuk bercakap, berpidato, berceramah dan berbincang terhadap isu2 semasa yang berlaku baik di Malaysia ataupun negara luar.

Usrah pada kali ini aku di taklifkan untuk membentang 1 hadis daripada kitab " Riadus Solehin ". Hadis bernombor 1289 dalam bab jihad, hadis nya bermaksud " daripada Abu Mas'ud Alhudri Radiallahu anhu, telah berkata : Telah datang seorang lelaki bertemu Rasulullah s.a.w dan bertanya : " Wahai Rasulullah siapakah manusia yang terbaik (Afdhal) ? " maka Rasulullah bersabda : " Orang mukmin yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan dirinya ". Kemudian bertanya lagi lelaki itu : " Kemudian siapa? " jawab Rasulullah : " Orang mukmin daripada suatu bangsa atau kaum yang beridah @ menyembah Allah dan menegah manusia daripada melakukan kesalahan atau keburukan ". - muttafakun alaihi-.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada hadis ini ialah betapa tingginya martabat seseorang yang berjihad dijalan Allah sehingga ianya dikatakan sebaik2 manusia. Kemudian baru di ikuti dengan bertaqwa @ beribadah kepada Allah dan menegah perkara2 yang mungkar. Dan berjihad itu hendaklah dengan harta yang kita ada bahkan dengan pengorbanan diri kita sendiri kerana diri dan harta kita telah dibeli oleh Allah dengan syurga sebagaimana yang dijelaskan didalam surah at-taubah ayat 111 yang bermaksud
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan syurga untuk mereka"

Itulah bukti bahawa betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka2 yang berjihad di jalan Allah baik dengan harta ataupun diri mereka. Pembentangan aku ditambah lagi oleh Naqib usrah yang berkata, maksud jihad itu sendiri perlu mengikut dengan waqi' atau suasana di tempat kita. Jihad bukan bererti hanya mengangkat senjata, sebaliknya banyak pecahan jihad itu sendiri, menuntut ilmu juga sebahagian daripada jihad, membela dan membantu orang2 miskin dan fakir juga dikatakan jihad, menegakkan kebenaran juga termasuk didalam jihad. Jihad mengangkat senjata berlaku hanya dalam 2 keadaan, 1) apabila negara kita diserang oleh orang2 kafir 2) apabila khalifah atau pemimpin kita mmerintahkan untuk berperang melawan orang kafir dinegara mereka.


Oleh yang demikian, apabila mengikut waqi' ataupun keadaan di Malaysia, termausuk dalam jihad adalah menuntut ilmu, menyampaikan ilmu, menyeru kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran.


Setakat ini dulu kupasan yang mampu aku kongsikan bersama anda semua, insya Allah entry pengisian usrah ini akan aku masuk pada setiap hari jumaat dengan berkongsi ilmu yang aku dapat di dalam usrah. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua dalam meniti perjalanan yang mungkin berliku2 penuh dengan mehnah dan cabaran serta godaan dunia.

Andai terdapat penambahan isi ataupun kesalahan didalam entry ini, teguran dan nasihat daripada anda semua amat di alu2 kan, kerana aku masih belajar.. kalau aku melakukan kesilapan yang tidka kusedari dan anda semua tidak menegurnya sudah pasti ianya akan terus ku lakukan.

p/s : Kepada sahabat2 yang terlibat dengan usrah, jangan lah ponteng usrah kerana banyak manfaat yang kita boleh dapat daripadanya terutama dari sudut pentarbiyahan diri.

Wassalam..

No comments: