Sunday, May 16, 2010

apa yang berlaku akhir2 ini..



salam...

lama x update blog... huhu, so bile update camni kene banyak lah masuk kan ape yang berlaku di sekitar kehidupan aku disini.. ok selamat membaca.

1) exam tidak lama lagi, exam aku bermula dari 30 mei sehingga 22 jun 2010. exam kali ini aku akan menghadapi 10 paper dalam masa hampir sebulan. Exam selang sehari je, sudah menjadi kebiasaan bagi kami pelajar Usuluddin, namun kedengarannya teman2 syariah juga akan mengalami seperti itu juga kali ini.. hehe.. so selamat berserabut kepala untuk exam.. namun jangan risau, kita kan dah biasa menghadapi exam, so jalaninya dengan tenang dan penuh dengan senyuman.. :), habis je exam bertulis kene oral Qur'an dan subjek Aqidah pulak.. huhu.. so wish me luck ok..

2) isu yang telah di pastikan secara lisan oleh pihak pengurusan kuliah namun masih belum lagi ada arahan bertulis.. Iaitu berkenaan perpindahan pelajar selain Mesir di cawangan2 azhar ke kaherah. Berita ini telah di ia kan sendiri oleh pihak pengurusan, hanya tinggal penyerahan surat sahaja kepada wakil pelajar setiap negara. Namun pihak kuliah juga mencadangkan agar setiap wakil pelajar menulis surat bagi membantah atau menyatakan tidak setuju dengan arahan ini bagi menggagalkan usaha pemindahan ini, kerana banyak kesan yang akan dihadapi oleh pelajar sendiri sekiranya perpindahan ini terjadi. Oleh itu pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) dan juga Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sedang berusaha agar perpindahan ini tidak jadi.. doakan lah agar kami kekal di sini, kerana kami sudah serasi di sini.. lagi pun kehidupan di kaherah agak tinggi, dan masuk ke kuliah ulum syariah itu yurannya tinggi sehingga USD 1000, sedangkan kami disini baru L.E 75 untuk setahun.. maka akan tinggilah kos kami selepas ini sekiranya perpindahan itu berlaku.. kami tidak mahu dan tidka setuju.. :'(

3) isu berkenaan pelajar Qiraat Mansurah dan Syoubra gagal menduduki peperiksaan kerana nama mereka tidak naik lagi, sedangkan mereka sudah berada disini sejak bulan oktober lagi.. Isu ini menyebabkan mahasiswa Qiraat dan lainnya bangkit, mempersoalkan gerak kerja pihak JPMK. Kerana JPMK lah yang bertanggung jawab bagi menguruskan masalah pelajar di Mesir ini. Dan isu ini juga telah keluar di akhbar Harian Metro bertarikh 12 mei, dan juga di harakah. Semoga isu ini tidak berulang, dan pihak yang bertanggung jawab lebih perihatin dan juga menjalankan tugas dengan baik, bagi memudahkan urusan pengajian pelajar di sini.. :)

4) Isu fitnah encik Khairi Jalaluddin terhadap pengerusi TANTA ust Dzulhilmi Roslan di dalam rangkaian sosial Facebooknya.. beliau menyatakan di status facebooknya bahawa ust Dzulhilmi mengaku sebagai wakil kedutaan di TANTA, padahal ianya tidak benar kerana ust Dzulhilmi merupakan wakil pelajar di TANTA ini bagi segala urusan yang berkaitan dengan keselamatan, bukan wakil kedutaan.. dan semoga encik Khairi memohon maaf secara terbuka tentang isu ini.. tak baik fitnah2 ni, dosa tau.. :p

5) apa lagi isu ek, hehe.. rasenye dah xde isu.. eh lupa pulak, satu lagi isu yang berlaku di tanta, dan rasanya di seluruh Mesir kot, isu berkenaan pelajar perubatan yang jadual exam mereka terpaksa delay dari 10 mei kepada 3 jun.. ingatkan kapal terbang je yang leh delay, rupanya exam pun leh main delay2.. hhuhu.. kesan daripada kejadian ini, emosi pelajar perubatan di Tanta sedikit terganggu kerana exam delay disaat2 akhir, kurang dari 15 jam exam akan berjalan, akibatnya status2 ym dan blog menjadi tempat luah dan lepas geram bagi para pelajar.. namun ada jugak yang menarik nafas lega kerana penagguhan ini kerana boleh wat final preparation untuk exam mereka.. apa2 pun kite fikir positif aje lah berkenaan isu ini.. semoga mereka semua akan berjaya dalam exam.. Selain itu, akibat jarak penangguhan hampir sebulan, sebahagian pelajar perubatan tahun 1 menggunakan masa ini untuk mencari rumah baru.. home sweet home... :D

ok lah itu sahaja.. peristiwa2 yang berlaku disekitar kehidupan ku di saat ini, xtermasuk isu2 di tanah air dan luar negara, tang tu boleh baca di akhbar2 yang tersedia yer... malas membaca buta informasi.. :) so rajin2 ikuti perkembangan dunia.. baru leh jadi manusia yang intlektual.. :p..

nota : oleh kerana exam.. lagu pun tukar lah kepada yang memberi semangat dan syahdu sikit.. :)

salam imtihan...

No comments: