assalamualaikum...
apa khabar teman2 pembaca sekalian, maaf lah ye kerana blog ini sudah hampir setengah tahun tidak ber"update".. Macam biasa bila blog sudah lama tidak dijengah oleh tuan yang empunya, maka sudah pasti sawang dan debu yang memenuhi nya, silap2 ada penunggu pun yang telah berpenghuni.. hehe.. oleh itu entri kali ini khas untuk membersihkan semula blog ini dari segala kotoran dan penungguan.. :)
bukan tidak mahu update blog ini, tp kerana kesibukan yang bertali arus menerpa diriku membuatkan aku tidak sempat untuk meng"update" blog ini.. Alasan je kan, sedangkan pak2 menteri dan tuan2 YB masih mampu luangkan masa mereka untuk mengupdate blog mereka, namun aku yang belum taraf pak menteri dan juga pak YB sudah mengatakan kesibukan membuatkan aku tidak mampu untuk meng"update" blog peribadi aku ini. Tak ape lah, lain orang lain cara kan.
Kalau orang pandai membahagikan masanya dengan baik, dia pegang jawatan apa pun dia tetap masih boleh menyempatkan kerja-kerja yang dia biasa lakukan, namun bagi orang yang tak pandai atur masa dengan baik, maka lantik jadi pembantu @ jawatan kuasa kecil pun sudah kata sibuk sampai terabai semua tugasan-tugasan dirinya yang lain. Ade seorang ustaz pernah cakap kepada aku, manusia sering beri alasan sibuk dengan kerja kerana tidak dapat membaca Qur'an setiap hari, namun tak pernah kita dengar lagi, seseorang memberikan alasan sibuk dengan kerja sehingga tidak mampu untuk "berak".. jadinya kesibukan itu terkadang hanya menjadi alasan sahaja untuk kita melepaskan diri dari tanggung jawab.
Menggunakan masa lapang yang kita ada sebaiknya merupakan satu tuntutan dalam agama sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis yang mafhumnya "rebutlah kamu 5 perkara sebelum 5 perkara : waktu sehat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua, waktu kaya sebelum miskin, waktu lapang sebelum sempit (sibuk), waktu hidup sebelum mati ".. Oleh itu andainya kita ada masa yang lapang jangan dibuang atau dibazirkan begitu sahaja sebaliknya isikan lah dengan sebaiknya..
Sekarang ni aku sedang menghadai exam, sudah 3 paper berlalu, tinggal 3 paper yang mendatang. Semoga diberikan kejayaan kepada aku dan housemate aku, coursemate aku dan seluruh sahabat2 yang sama-sama sedang menghadapi imtihan..
ok lah sampai sini dulu entri pembersihan dari aku... hehe...
wassalam...
Monday, January 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment