Friday, April 15, 2011

cikgu makin stress apabila dibuli

Salam…

“cikgu,boleh tak gantikan saya jadi urusetia sukan, saya sibuk ngan anak-anak lah, xboleh nak wat keje”.. “alaaa… suruh je lah cikgu baru tu wat tugas tu,akak kan da lama kat sini malas la nak terlibat ngan program-program mcm tu”.. itu antara kata-kata yang biasa akan kedengaran apabila seseorang cikgu baru bertugas disesebuah sekolah. Yang mana akhirnya cikgu baru tu la yang akan jadi orang paling sibuk di sekolah, pelbagai jawatan dan keje luar yang terpaksa dia buat dek kerana senior-senior mereka xmahu buat kerja.

Boleh ke buat macam tu?? Yang mana akhirnya tugasa-tugas tersebut hanya dipikul oleh seorang guru baru. Ye lah, sebagai guru baru kan, mesti segan untuk mengatakan “tidak” apabila di suruh melakukan sesuatu. Kadang-kadang benda seperti ini lah yang membuatkan motivasi cikgu baru jadi menurun, dek kerana terlalu banyak tugasan nak kene buat dan akhirnya proses PNP pun kadang kala terganggu.

Kenapa aku bukak topik pasal isu ini, sebab aku ada seorang kawan yang baru posting sebagai cikgu di sebuah sekolah di sabah. Yang mana dia selalu diberi tugasan-tugasan luaran dan diminta menjadi AJK program-program luar sekolah yang membuatkan proses PNP dia dengan anak murid pun jadi agak kurang lancar. Biasa lah orang baru tak akan cakap tidak punya bila sudah diberikan arahan atau di minta pertolongan. Akhirnya sampai sakit dibuatnya kawan tu sebab letih memikirkan tugasan yg berlambak-lambak menanti dia.

Kepada cikgu-cikgu semua, tak kira lah yang senior ke junior ke.. andai di minta untuk melaksanakan tugasan jangan la kita sering memberi alas an untuk melarikan diri sehingga tugasan tersebut terpaksa dilaksanakan oleh seorang sahaja cikgu. Lain la kalau benar-benar x boleh x mengapa menolak, ini setiap kali suruh wat keje ade je alasan pastu kalau diberi arahan agak liat nak laksanakan tugasan. Mana boleh macam tu, sepatutnya cikgu-cikgu senior ini lah yang kena tunjuk kan contoh yang baik kepada cikgu-cikgu baru. Bukan dok buli suh mereka yang uat suma tugasan.

Seorang penjawat awam yang baik, xkiralah di sektor apa pun, dia akan bersikap ringan tulang dan cube melaksanakan tugasan dengan baik, bukan memberi alasan setiap kali diberikan tugasan, apa salahnya kalau sama-sama wat keje kan lebih mudah, bak kata pepatah “ berat sama di pikul, ringan sama di jinjing”. Sekurang-kurangnya xde lah terbeban sangat cikgu baru tu nak kene buat pelbagai tugasan. Satu tugasan kalau buat sama-sama akan jadi mudah, apatah lagi kalau ianya banyak tugasan. Kalau sorang sahaja yang buat maka ianya akan jadi lambat dan membebankan orang sahaja.

Akhir kata dari aku.. tak takut ke ditanya di akhirat kelak kenapa lari dari tanggung jawab, dan hanya menyerahkan tugasan kepada orang lain.. ha time tu menjawab lah kamu atas amanah yang diberikan kepada kamu namun sering kamu tolak dan abaikan…

Penulis : rupa-rupanya bukan murid je yang kene buli,cikgu pun ada juga yang kene buli ye… adesss… cam mana nak bagi contoh yang baik ni…

Monday, March 28, 2011

ceritaku di Malaysia


Salam..

Sudah sebulan lebih aku menjejakkan kaki semula ke tanah air, kerana tamat kuliah ku di Tanta dan juga kerana rusuhan yang berlaku di Mesir pada bulan 2 yang lalu. Sudah sebulan lebih juga aku memegang status “penganggur” kerana belum ada mana2 peluang pekerjaan yang boleh aku selitkan diri yang tidak berapa kecil ini.

Benar lah kata orang, zaman persekolahan adalah zaman yang terindah dalam hidup kita, kerana kita tidak perlu memikirkan banyak perkara, melainkan hanya belajar. Masa belajar nak apa-apa pun mudah, kesana kesini tiada masalah bahkan hendak aktif dalam persatuan juga tidak ada siapa yang melarang.

Namun bila sudah tamat zaman pembelajaran ini, yang pertama perlu dilakukan ialah untuk mencari pekerjaan. Ye la, tak kan da habis belajar pun duit masih nak minta dengan mak ayah pulak kan. Oleh itu sekarang ni, kita pula kena fikir bagaimana cara untuk mencari pendapatan untuk belanja harian kita, pergerakan juga terbatas bila kita tiada wang, kalau dulu boleh kemana sahaja untuk terlibat dengan apa-apa program, kini kene tengok kantong dulu, kembang ke kempis, kalau kempis susah la nak bergerak.

Begitu juga aku, wat sementara sekarang ni, aku sedang menunggu jawapan dari permohonan kerja yang aku buat di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Jadi masa aku banyak dihabiskan di rumah sahaja, melainkan jika ada kawan2 yang ajak jalan2. Habis nak jalan macam mana, transport tak ada, duit pun tak ada. Terasa segan la da besar panjang masih nak minta kat mak duit untuk kuar berjalan. Huhuhu.. :)

Namun Alhamdulillah, aku mendapat inisiatif untuk mendapatkan pendapatan dengan berniaga, aku sekarang buka gerai burger je untuk menampung perbelanjaan aku sendiri, so tak adalah sume nak kene minta dekat mak je. Ade juga la duit untuk beli topup dan keperluan aku wat sementara mencari pekerjaan yang sesuai. So jadilah aku sekarang ni saudagar burger. Huhuhu.. :)

Pernah orang bertanya, “tak malu ke balik belajar jauh2 tapi jual burger je? Aku pun menjawab” sambil tersenyum, “Alhamdulillah, buat apa saya nak malu sebab ianya satu pekerjaan yang halal”. Jadi aku buat2 xde apa2 lah, sambil aku terangkan bahawa meniaga burger ni mungkin hanya sementara je, sementara menanti peluang pekerjaan lain. Daripada tiada apa2 yang aku nak kerjakan baik berniaga, kurang2 ade juga hasil. Dengan hasil jual burger juga la sekarang sudah boleh pakai broadband dan connect internet.huhuhu.. :)

Balik ke Malaysia ini, banyak membuatkan aku berfikir dan kadang2 membuatkan jiwa aku ingin membrontak dan protes terhadap scenario politik di Malaysia, banyak yang aku nak kongsikan dengan para pembaca sekalian, namun biar la dulu, nanti kalau ada masa yang sesuai baru aku kongsikan insya Allah. So, kepada pembaca yang baik hati, yang masih juga membaca blog aku ini walaupun sudah jarang aktif ini. Doakan lah aku agar dapat pekerjaan, so boleh la aku bantu2 kewangan keluarga yang sekarang ini sedang dilanda krisis..

Ok lah, sambung lain kali ye….

Wassalam…

Monday, January 24, 2011

berakhirnya pengembaraan di bumi mesir


assalamualaikum..

kaifa halukum jamian? atamanna lakum fil khair wa sehhah fil jismi wal akli, insya Allah.. aku disini alhamdulillah sehat2 sahaja, cume kebelakangan ini resdung ku kembali menyerang menyebabkan hidungku sentiasa dipenuhi dengan bersin yang berpanjangan,serta sering tersumbat. Malah resdung ku kini agak parah kerana sudah naik hingga ke mata, abis mata jadi gatal, tangan pulak dok seronok "menenyeh" sampai merah cam "cyclops" da. huhu.. semoga Allah tidak menarik kembali nikmat penglihatan yang ia berikan kepadaku.

5 september 2010 - 24 januari 2011, tempoh yg agak lama bagi laman sesawang aku ini terbiar tanpa ada "update" atau sebarang perkongsian, dalam tempoh itu banyak hari2 kebesaran yang sudah berlalu, antaranya : Aidil adha yang mana persatuan DPMT dan PCT bekerja sama dalam mengorbankan 3 ekor unta dan sebanyak 28 ekor kambing. Begitu meriah sambutan Aidil adha pada tahun ini.

kemudian, bertukarnya takwim hijiriah dari 1431 kepada 1432. Sambutan maal hijrah disambut dengan meriah oleh mahasiswa tanta dengan mengadakan bacaan doa awal tahun dan doa akhir tahun, kemudian di program sambutan maal hijrah Kaherah, seorang mahasiswa tanta dinobatkan sebagai tokoh maal hijrah. Semoga dengan perubahan tahun ini, berubah juga sikap dan tingkah laku kita daripada tidak baik kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik insya Allah.

selepas itu di susuli pula dengan pertukaran kalendar masihi dari tahun 2010 kepada 2011. Disini tiada sambutan khas dilaksanakan bagi meraikan tahun baru masihi. Tiada "countdown" tiada juga percikan bunga api sebagaimana di Malaysia. Di mesir ini, hanya maal hijrah sahaja yang diraikan dan juga cuti umum, manakala tahun baru pula adalah hari bekerja seperti biasa.

Itu lah serba sedikit tentang hari2 besar yang berlaku sepanjang aku "diam" dari sebarang "update". Namun banyak lagi aktiviti2 dan program2 yang dijalankan oleh persatuan2 mahasiswa baik dari DPMT mahupun PCT. Yang mana tidak semua aku hadiri kerana berada di kaherah beberapa bulan atas urusan kerja.

11 oktober 2005 - februari 2011, itulah tempoh pengembaraan ku di bumi Mesir ini, tempoh yang boleh dikatakan panjang namu terasa singkat apabila kita sudah ingin meninggalkan bumi anbiya' ini. Semoga dalam tempoh itu aku mampu mencari sedikit bekalan untuk ku bawa pulang. Kalau ingin menceduk semua ilmu disini, ianya tidak akan mampu dilaksanakan hanya sekadar dalam tempoh 5 tahun, tapi perlu lebih dari 10 tahun, itu pun belum sepenuhnya ilmu2 dibumi anbiya ini dapat dikutip sepenuhnya.

Tidak mengapalah, biar pun sedikit bekalan disini yang aku peroleh, semoga ianya dapat dikembang biak kan dimasa hadapan. Kerana ilmu itu tidak akan pernah ada kata"cukup" atau "penuh". Sebab dalam islam sendiri digalakkan menuntut ilmu walaupun sehingga liang lahad. jadi bagi aku ianya bukan satu pengakhiran dalam pengembaraan ku mengutip ilmu bahkan ianya hanyalah baru permulaan.

"anta balik Malaysia bila??" soalan yang sering dipertanyakan kepada aku kebelakangan ini, aku juga masih tiada jawapan yang pasti bagi soalan ini. Kalau ikutkan hati mahu saja aku segera pulang untuk bertemu keluarga dan berkhidmat kepada mereka menggantikan segala pengorbanan mereka sepanjang aku berada disini. Namun aku harus menanti sehingga segala urusan disini selesai baru lah aku pulang, Alhamdulillah urusan yang berbaki hanya tinggal sedikit, hanya tinggal menanti siapnya sijil pengajian ku, sesudah siap sijil barulah aku akan pulang ke Malaysia.

Boleh saja aku serahkan kepada kawan untuk menyiapkan urusan Sijil ini, namun bagi aku biar lah aku pulang setelah segala urusanku selesai disini, kerana kalau berlaku apa2 aku masih ada disini, aku risau andai sudah pulang berlaku pulang perkara2 yang tidak di ingini, maka aku tidak mampu untuk menyelesaikan nya kerana aku sudah berada beribu batu dari bumi Mesir. Jadi aku korbankan perasaan rindu pada keluarga beberapa bulan untuk menatap bumi Mesir disaat-saat akhir.

Doakanlah semoga urusanku dipermudahkan disini mahupun di Malaysia kelak insya Allah.

p/s : kepada sahabat2 yang masih lagi dalam kembara mereka di sini, teruskan mencari ilmu dan berjuang. Semoga kalian diberikan kejayaan dalam imtihan.

wassalam..

Sunday, September 5, 2010

aku dan ramadhan


salam...

lagi beberapa hari lagi ramadhan akan melabuhkan tirainya, ia akan kembali semula dari menjadi tetamu kita.. adakah kita manfaat kan sebaiknya waktu kita dengan ramadhan yang datang bertandang membawa 3 kebaikan bersamanya atau kita sia2kan sahaja kedatangannya dengan buat tak tahu saja... renung2kan lah yer...

kali ini aku nak berkonsgi pengalaman atau peristiwa yang aku pernah lalui sepanjang ramadhan yang aku tempuhi.. kebanyakan nya peristiwa2 semasa aku kecil dulu.. saja nak kongsi pengalaman pahit aku dibulan ramadhan.. :)

anatara peristiwa yang pernah belaku pada diri aku pada bulan ramadhan ialah :

1. jari aku kene mercun padi... sib baikk xde ape2 cume melecet sikit je.. mak aku dah gertak dah cakap tangan nanti putus.. masa tu dah nak raya.. huhu... Tongue Tongue

2. pastu penah jugak mata aku hampir buta dek kerana ade kawan yang dok main campak bunga api besi tu terkena kawasan mata.. Alhamdulillah x kena bola mata cume kene kawasan kelopak mata.. abih dah raya dengan bertutup mata sebelah.. sampai digelar lanun.. huhuhu... Tongue Tongue

3. pernah gak aku naik belakang lori.. cam biasa budak2 suke naik lori pijak kat belakang tu.. sekali hari tu aku salah step nak terjun.. abiss berseret lutut kat tanah.. dah balik nangis2 lutut dua2 belah meleleh darah sebab koyak kulit... huhu.. balik kene tambah lagi ngan mak aku.. sbb nakal sngat.. last2 tahun tu beraya dengan berbungkus lutut lah.. lambat nak sembuh bab kat lutut kan selalu gerak.. 2 minggu pas raya baru sembuh.. dah xleh colect duit raya.. dok umah je wat muke kesian.. dapat gak lah duit raya dari sedara mara yang datang... huhuhu...

tu lah antara peristiwa yg aku pernah lalui di bulan ramadhan... dan aku juga lahir pada bulan ramadhan.. sebab tu kot banyak peristiwa yg berlaku kat aku dibulan ramadhan.. hehehe... sempena besdey lah katakan... huhuhu... Tongue Tongue Tongue Tongue

selamat menyambut hari kemenangan "AIDILFITRI"..

wassalam...