Monday, March 28, 2011

ceritaku di Malaysia


Salam..

Sudah sebulan lebih aku menjejakkan kaki semula ke tanah air, kerana tamat kuliah ku di Tanta dan juga kerana rusuhan yang berlaku di Mesir pada bulan 2 yang lalu. Sudah sebulan lebih juga aku memegang status “penganggur” kerana belum ada mana2 peluang pekerjaan yang boleh aku selitkan diri yang tidak berapa kecil ini.

Benar lah kata orang, zaman persekolahan adalah zaman yang terindah dalam hidup kita, kerana kita tidak perlu memikirkan banyak perkara, melainkan hanya belajar. Masa belajar nak apa-apa pun mudah, kesana kesini tiada masalah bahkan hendak aktif dalam persatuan juga tidak ada siapa yang melarang.

Namun bila sudah tamat zaman pembelajaran ini, yang pertama perlu dilakukan ialah untuk mencari pekerjaan. Ye la, tak kan da habis belajar pun duit masih nak minta dengan mak ayah pulak kan. Oleh itu sekarang ni, kita pula kena fikir bagaimana cara untuk mencari pendapatan untuk belanja harian kita, pergerakan juga terbatas bila kita tiada wang, kalau dulu boleh kemana sahaja untuk terlibat dengan apa-apa program, kini kene tengok kantong dulu, kembang ke kempis, kalau kempis susah la nak bergerak.

Begitu juga aku, wat sementara sekarang ni, aku sedang menunggu jawapan dari permohonan kerja yang aku buat di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Jadi masa aku banyak dihabiskan di rumah sahaja, melainkan jika ada kawan2 yang ajak jalan2. Habis nak jalan macam mana, transport tak ada, duit pun tak ada. Terasa segan la da besar panjang masih nak minta kat mak duit untuk kuar berjalan. Huhuhu.. :)

Namun Alhamdulillah, aku mendapat inisiatif untuk mendapatkan pendapatan dengan berniaga, aku sekarang buka gerai burger je untuk menampung perbelanjaan aku sendiri, so tak adalah sume nak kene minta dekat mak je. Ade juga la duit untuk beli topup dan keperluan aku wat sementara mencari pekerjaan yang sesuai. So jadilah aku sekarang ni saudagar burger. Huhuhu.. :)

Pernah orang bertanya, “tak malu ke balik belajar jauh2 tapi jual burger je? Aku pun menjawab” sambil tersenyum, “Alhamdulillah, buat apa saya nak malu sebab ianya satu pekerjaan yang halal”. Jadi aku buat2 xde apa2 lah, sambil aku terangkan bahawa meniaga burger ni mungkin hanya sementara je, sementara menanti peluang pekerjaan lain. Daripada tiada apa2 yang aku nak kerjakan baik berniaga, kurang2 ade juga hasil. Dengan hasil jual burger juga la sekarang sudah boleh pakai broadband dan connect internet.huhuhu.. :)

Balik ke Malaysia ini, banyak membuatkan aku berfikir dan kadang2 membuatkan jiwa aku ingin membrontak dan protes terhadap scenario politik di Malaysia, banyak yang aku nak kongsikan dengan para pembaca sekalian, namun biar la dulu, nanti kalau ada masa yang sesuai baru aku kongsikan insya Allah. So, kepada pembaca yang baik hati, yang masih juga membaca blog aku ini walaupun sudah jarang aktif ini. Doakan lah aku agar dapat pekerjaan, so boleh la aku bantu2 kewangan keluarga yang sekarang ini sedang dilanda krisis..

Ok lah, sambung lain kali ye….

Wassalam…

1 comment:

bajukurung said...

salam ukhwah...

tahniah sbb berusaha utk maju dan tdk malu utk berusaha..susah nk jumpe ank muda berjiwa bsr skang ni...mabruk ya!...teruskan usaha...i'allah satu hr nanti peluang pekerjaan yg lebih baik akan mucul...tp seandainya Allah da takdirkan awk 2 b saudagar...apa salahnyer kan?...kat malaysia ni jumpe usahwan muda jrg2 kan..ni may b peluang saudara...apa pun teruskan usaha ya!...