assalamualaikum...
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang masih lagi beri aku peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan alam diakhir-akhir Ramadhan ini. Semoga peluang yang Allah berikan ini tidak disia-siakan, kerana ajal dan maut bila-bila masa sahaja akan datang menjemput.
Pejam celik, pejam celik, Ramadhan sudah hampir dengan penghujungnya. Terasa baru semalam Ramadhan menjengah kita, namun beberapa hari lagi ia akan pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya beruntunglah, bagi mereka yang benar-benar memanfaatkan sebulan di bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya, dan rugilah mereka yang menyambut Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain. Alhamdulillah kita sudah berada di peringkat yang ke 3 dalam bulan Ramadhan iaitu " dibebaskan dari api neraka". Untuk lulus ketiga-tiga peringkat dari awal Ramadhan hinggalah ke penghujungnya hendaklah kita benar-benar menjadi insan yang bertaqwa di selepas berlalunya Ramadhan.
Antara rahsia yang tersembunyi dalam bulan Ramadhan ialah "Lailatul Qadr" (malam al-qadr). Dalam quran dijelaskan bahawa malam Al-Qadr ini sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadr ini tersembunyi di dalam 10 malam akhir Ramadhan. Ada pendapat yang mengatakan 7 malam akhir, ada yang mengatakan 10 malam akhir, dan ada juga pendapat yang mengatakan dimalam-malam ganjil 10 malam akhir Ramadhan. Namun ianya tetap menjadi rahsia Ilahi kepada hamba-hambanya yang istiqamah (berterusan) melakukan ibdah dengan ikhlas kerana Allah ta'ala semata.
YE lah.. bila di bagi tahu bila akan terjadinya malam Lailatul Qadr ni, pasti orang hanya akan tertumpu hanya melakukan ibadah pada malam tersebut sahaja. Sebagai contoh : katakanlah malam Al-Qadr itu pada malam 27 Ramadhan.. Sudah pasti malam tersebut ramai yang bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah, dengan Qiamullailnya, dengan tahajjudnya, dengan baca Qur'an dan Zikirnya dan berbagai-bagai lagi amalan yang lain, namun keesokan harinya dia dah xbuat dah lagi amalan-amalan tersebut sebab sudah dapat malam Al-Qadr.
Oleh kerana itu disembunyikan Malam Al-Qadr itu agar kita bersungguh-sungguh untuk mencarinya. Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri apabila tiba 10 akhir Ramadhan, baginda akan bangun diwaktu malam dan mengejutkan ahli keluarganya agar sama-sama menghidupkan 10 malam di akhir bulan Ramadhan. Kalau kat Malaysia agak-agak 10 malam akhir tu kita sibuk buat ape??? Pasti dok sibuk membuat kueh raya, dok sibuk ngayam ketupat, dok sibuk kemas rumah, dok sibuk tukar langsir dan kain kusyen baru.
Tapi bukan lah semua orang Malaysia macam tu, namun sebahagiannya lah. Kalau tak percaya cuba tengok berapa saf yang tinggal untuk melaksanakan solat terawikh.. sama macam di awal-awal Ramadhan tak? kalau sama Alhamdulillah bagus, kalau tidak.. nampaknya ramai yang lebih memeriahkan sambutan hari raya dari mencari Malam Al-Qadr yang penuh dengan barakah. oleh itu marilah sama-sama kita hidupkan beberapa lagi baki malam yang tinggal ini, agar kita benar-benar memenuhi kehendak Madrasah Ramadhan, iaitu menjadi insan yang bertaqwa.
Namun sedikit renungan dan muhasabah untuk kita semua, terutamanya aku lah, semoga segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramdhan akan dapat kita teruskan walaupun Ramadhan meninggalkan kita. Jangan lah hanya ketika datangnya Ramadhan, kita rajin bangun malam untuk bertahajjud, mengaji dan berzikir namun apabila berakhirnya Ramadhan, berakhir jugalah segala amalan tersebut. Rugi lah kita kalau macam tu kerana seolah-olah kita buat amalan itu ada waktu-waktu tertentu.
Memang betul kita digalakkan untuk tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan, namun apabila selepas berakhirnya Ramadhan kita teruskanlah amalan tersebut sehinggalah apabila Ramadhan datang kembali menziarai kita, amal kita akan terus meningkat. Macam mana mahu ada peningkatan antara Ramadhan kali ini berbanding yang lepas andainya lepas Ramadhan hilang segala amalan tersebut. Jadi bila datang Ramadhan amalan yang sama je kita lakukan tiada peningkatan pun dengan Ramadhan yang lalu.
Benda ini lah yang agak payah untuk aku lakukan sehingga kini, sebab itu aku katakan sebagai muhasabah bagi diri aku dan kalian semua, memang berat benda ini, namun jika kita usaha insya Allah pasti boleh. -amin-
sekian,
wassalam...
No comments:
Post a Comment