Thursday, September 2, 2010

Ramadhan kali ini


salam..

sudah lama rasanya aku xupdate blog ni, dah macam blog terbuang dah,namun masih ada juga yg berziarah kesini.. mudah-mudahan ada manfaat yang boleh diambil disebalik penulisan cyber aku ini.. akhir2 ini aku terlalu sibuk bahkan sampai entry ramadhan kali ini pun aku xde buat.. huhu.. nak wat macam mana bak kata pepatah arab " al-wajibat aksaru minal awkat" yang maknanya "kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang kita ada".. oleh itu ade ulamak yg berpendapat andai manusia tau tentang perkara ini maka manusia tidak akan memberi alasan "aku banyak masa lapang ni tak tau nak buat apa"...

ramadhan kali ini aku lebih banyak menghabis kannya di kaherah, kerana ada tanggung jawab yang harus aku lakukan disini, aku kene uruskan hal sambutan mahasiswa baru kerana diberi amanah selaku pengarah sambutan mahasiswa baru johor. Selain itu aku juga ditugaskan oleh majikan aku untuk mencari rumah pelajar perubatan yang akan datang pada 17 september ini. Mencari rumah seorang diri dibulan puasa lagi memang amat menguras tenaga, sebab kene berjalan jauh, bukan mudah nak cari rumah, kadang keluar xdpt 1 pun rumah, kadang ada rumah tapi mahal pulak. Jadi kesabaran memang amat diperlukan.

Alhamdulillah disaat aku sorang2 mencari rumah, ada sorang rakan sekerja yang sedia membantu,dan aku bnyak belajar mencari rumah di kaherah melalui dia. Kalau harap aku yg buat memang susah la nak memenuhi amanah yg diberikan. Rakan sekerja aku tu tahun lepas sudah pernah mencari rumah disekitar kaherah jadi xde masalah bagi dia. Aku pulak dok terkial2 je xtau kemana arah nak dituju bagi mendapatkan rumah disini. Berbeza dengan tanta, kalau di sana aku mampu mencari rumah dengan mudah, aku tahu kawasan sasaran aku dan aku tau sape yang perlu aku tanya pasal rumah. Kat kaherah ni pandai cari mudah la jumpa.

Namun berbeza harga di Tanta dengan Kaherah ni, kalau kat Tanta sewa rumah paling mahal ialah L.E 850, tapi kalau kat kaherah ni yang paling murah L.E 1500 cuba tengok berapa besar punya perbandingan.. belum kira kos sara hidup di kota kaherah lagi yang begitu tinggi dan juga dengan keadaan lalu lintas yang sentiasa sibuk dan padat. Alhamdulillah aku tinggal di Tanta, walaupun xlah semaju kaherah, namun kos sara hidupnya murah dan juga keadaan nya juga tidak lah terlalu sibuk seperti kaherah.

beberapa minggu lepas aku terpaksa ulang alik dari tanta ke kaherah dok kerana buat urusan register motor. Macam biasa bila berurusan dengan Arab jangan berharap leh siap 1 hari, jadinya sampai 2 minggu baru selesai. datang hari khamis dia kata sabtu,datang sabtu dia suh mai hari selasa. Hari selasa tu aku x datang da, sbb sat lagi suh mai lagi hari lain, so aku pun tunggu seminggu lepas tu baru dtg ambik, Alhamdulillah setel. bukan aku xmo gi hari2 biar cepat siap tapi banyak tanggung jawab di kaherah yg perlu dilaksanakan.

bila urusan register motor dah siap, lega rasanya.. so boleh lah aku bawak motor je ke kaherah, Alhamdulillah semalam adalah pertama kali aku bawa motor aku tu keluar dari tanta. penat juga bawak motor jauh2 ni, lebih kurang 2 jam baru sampai rumah kawan aku di kaherah. bertolak lepas sahur jam 3.15 pagi, sampai dah kul 5.15. Tengah2 jalan berenti solat subuh, turun motor je tangan dan kaki aku cam ade rase "vibrate" cam henset tu.. huhu.. solat pun cam rase getar2 je.. ni akibat bawak motor lah ni.. xlah laju sngat pun, dalam 90 ke 100 km/j je. alhamdulillah dengan adanya motor di kaherah mudah aku nak kesana kemari cari rumah xde lah cam dulu letih gila dibuatnya maklum lah puasa. tapi badan xturun2 jugak huhuhu...

pas raya nanti ade exam lagi 2 paper yang aku xpass.. so pas raya dah kene pulun balik study.. semoga diberikan kejayaan so boleh la aku balik mesia pasni.. sudah 5 tahun duduk di perantauan namun masih terasa kurang bekalan hendak dibawa pulang. Xpe lah dah 5 tahun aku berkhidmat disini, mungkin akan sampai masanya untuk aku berkhidmat di tanah air aku sendiri.. Amin. Semoga pengalaman hidup dan belajar aku sepanjang di bumi tandus mesir ini boleh aku jadikan bekalan lah di malaysia kelak.. jangkaan aku kalau lulus exam pas raya ni, aku akan pulang dalam bulan 2 nanti.. Malaysia tunggu aku ya.. hehe... rindu masakan malaysia ni.. walaupun kat sini memang makan makanan malaysia pun cume xsama macam masakan air tangan ibu.. :)

wah dah panjang jugak aku mengarut dalam entry kali ini, xpe lah sesekali update biar lah panjang sikit bercerita tentang pengalaman aku disini.. kalau buat pendek kang cam xpuas hati pulak nak baca.. hehe.. ok lah akhir kalam.. semoga kita mengambil kesemptan di akhir ramadhan ini untuk mencari lailatul Qadar bukan mencari baju raya, buat kueh raya dan sebagainya... :D

makan megiee diwaktu berbuka,
minuman pula pelbagai rasa,
semoga ramadhan kali ini penuh bermakna,
tak tahu lagi tahun hadapan akan berjumpa,
selamat hari raya... heheehe.. (@.@)

wassalam..

Friday, July 16, 2010

Rumahku Syurgaku..


salam...

lama x update blog.. sory akibat kesibukan kebelakangan ini, sampai xsempat nak update blog. Padahal banyak yang ingin aku kongsikan dengan para pembaca sekalian. Xpe lah pelan2 kayuh.. hehehe..

Korang mesti pernah dengar perkataan "Rumahku Syurgaku" atau "baiti jannati" atau "home sweet home".. maksudnya rumah yang didiami itu seperti syurga bagi kita. Korang rasa lah kan, ungkapan atau kata2 ini menunjuk kan keadaan sebuah rumah atau suasana dalam rumah itu sendiri yang di anggap sebagai "syurga" itu. Bagi aku bukan keadaan rekabentuk sebuah rumah yang membuatkan rumah itu seperti "syurga" sebaliknya ialah bagaimana suasana yang dibentuk oleh penghuni rumah itu lah yang membuatkan sesebuah rumah sama ada menjadi "syurga" atau "neraka"..

kenapa tiba2 aku bercakap pasal rumah ini.. huhu.. sebenarnya kebelakangan ini aku banyak menguruskan perpindahan pelajar baru sama ada dari sudut angkat barang sikit2 atau pun mencarikan rumah bagi mereka yang memerlukan.. Dalam pencarian rumah ade pelajar yang nak duduk sebilik seorang mungkin untuk privacy, ada pulak yang tidak kisah kekal duduk berdua dengan roomate, ada yang suka rumah besar dan ada pula yang menerima rumah seadanya. Terkadang pening juga hendak memenuhi kehendak manusia, namun aku rasa betul juga cara mereka kerana mereka yang akan tinggal di rumah itu. Jadi mereka pasti mahukan rumah yang selesa dan sesuai..

cuma disebalik aku mencari rumah untuk mereka, aku menjadi terfikir akan perkataan "rumahku syurgaku" tersebut. kerana kalau melalui pengalaman aku sepanjang duduk di Mesir ini. Memang keadaan dan bentuk sesebuah rumah itu sedikit sebanyak memberikan keselesaan bagi penghuninya, namun yang paling membentuk keselesaan dalam sesebuah rumah ialah hubungan sesama penghuni rumah. bagi aku, tiada guna pun memiliki rumah yang besar sekiranya penghuni rumah tersebut mempunyai masalah antara satu sama lain. Bukan lah aku maksudkan kat sini semua rumah penghuninya bermasalah, cuma aku ingin menyatakan hubungan antara penghuni rumah itu amat penting..

bayangkan jika sebuah rumah itu besar dan memiliki bilik yang boleh dihuni seorang satu, jadi kita rasa selesa dengan privacy yang kita cari, namun bila akhirnya semua penghuni rumah lebih suka berada didalam bilik buat hal masing2 maka hubungan ahli keluarga pasti akan menjadi agak renggang, bukan sebab gaduh, namun sebab jarang bersama, dek kerana masing2 lebih gemar buat hal masing2 dalam bilik, kalau bersama pun time makan je, tu pun kalau makan sama2, aku pernah jumpa yang penghuni rumah yang masak pun asing2 walaupun mempunyai 1 dapur. ianya sedikit sebanyak akan merenggangkan hubungan ahli rumah.

namun sekiranya mempunyai rumah yang besar dan seorang sebilik, namun hubungan antara sesama ahli rumah masih tetap mesra, kerana banyak masa dihabiskan secara bersama, maka aku rasa itu menjadi sesuatu tambahan lah, da lah rumah besar, suasana ahli rumah pula mesra sentiasa. so suasana "syurga" itu pasti akan dapat dirasai oleh ahli rumah, namun andai sebaliknya maka rumah yang besar pasti tidak akan berguna sebaliknya penghuninya akan merasa kekosongan.

begitu juga, bagi mereka yang tinggal dirumah yang kecil sehingga berkongsi bilik, kerana kekurangan duit untuk menyewa rumah yang mahal. ataupun memang mencari rumah yang kecil kerana bajet yang agak sedikit. Ianya bukan satu penghalang untuk menjadikan rumah tersebut sebagai "syurga" bagi penghuninya. kerana ianya tetap berbalik kepada sikap penghuni sesebuah rumah. Walaupun kecil, namun jika dihiasi dengan ukhwah yang baik, ada sikap saling membantu antara satu sama lain, dan masing2 menjalankan tanggung jawab sebagai ahli rumah dengan sebaiknya, maka rumah yang kecil pasti terasa lebih besar dan selesa..

Apa yang ingin aku tekan kan disini, ialah hubungan antara penghuni rumah lah yang menjadikan sesebuah rumah itu menjadi "syurga" ataupun sebaliknya. namun bukan lah aku katakan rumah yang besar itu x perlu, ianya terpulang kepada kemampuan kita dan juga keselesaan kita. Bagi para pelajar, maka hiasi lah rumah yang kita huni itu dengan ukhwah yang indah dan laksanakan lah tanggung jawab masing2 dengan sebaiknya, kemudian sikap tolong menolong amatlah diperlukan dalam sebuah rumah, kerana ahli rumah kita adalah seperti keluarga kita, yang menggantikan keluarga kita yang jauh disisi kita tatkala kita berada diperantauan.

akhir sekali, sekiranya kita dapat membina suasana yang harmonis dalam rumah yang kita duduki sudah pasti disitu akan dapat kita semai banyak kenangan indah kita bersama disaat kita menghadapi dunia mahasiswa di perantauan. yang mana hubungan kita sudah pasti akan berkekalan walaupun sudah pulang ke tanah air kelak...

wallahu a'lam...

Tuesday, June 29, 2010

blog update


Assalamualaikum...

lama sudah x menaip untuk blog ini, terasa berat sngat tangan untuk menaip sesuatu di sini, padahal idea tidak pernah kering untuk berkongsi sesuatu, namun mood dan suasana sering membantut kan keinginan untuk menaip.. huhuhu..

Alhamdulillah, exam sudah berlalu.. kali ini agak mencabar sebab final year kat sini, biasalah agak gugup sikit, namun sudah usaha yang terbaik semasa menghadapinya, sekarang hanya doa dan tawakkal yang mampu aku lakukan, semoga diberikan kejayaan, maka dapatlah aku pulang untuk berbakti pula di tanah air. sem ini 10 paper harus aku lalui dan 1 paper lagi x comferm kena ambil ke tak. Paper english sebelum ni sudah dimansuhkana bagi pelajar selain arab, namun baru2 ini timbul pula isu kena ambil semula paper tersebut. so masih dalam keadaan KELIRU sebab kalau ikut pegawai bahagian peperiksaan, tahun 3 & 4 kuliah usuluddin tidak perlu ambil. Namun ada kawan yang bertanya pada lecture yang mengajar english, dia kata kena ambil. huhu.. benar2 membuatkan aku KELIRU...

Dah habis exam selalunya time untuk rehat bagi semua student, dan waktu untuk berjalan2 mehilangkan segala ketegangan yang melanda otak setelah sebulan berhempas pulas menghafaz dan memerah otak untuk menghadapi exam, so kebanyakan student akan ambil masa selepas exam ni untuk berjalan2 menziarahi tempat2 bersejarah ataupun mandi pantai. Namun bagi aku, pas2 exam ni banyak tanggung jawab yang perlu aku laksanakan, kena mencari rumah bagi pelajar perubatan yang ingin pindah dan menguruskan perpindahan mereka, so kalau nak rileks maybe lepas semua setel kot. Doakan lah agar semuanya segera selesai agar aku dan pelajar pun tenang untuk bercuti. ye lah kalau cuti tapi kepala dok xtenang sama je macam x cuti kan.. hehe..

Sekarang ni, aku sedang mempelajari menggunakan kamera DSLR dengan baik, hobi baru ini memang memerlukan belanja yang besar. Maklum sahaja lah harga kamera pun mahal ditambah pula eksesori tambahan nya juga mahal. Baru2 ini habis lagi RM 750 untuk membeli eksesori tambahan, seperti prime lens 50 mm f1.8D yang digunakan untuk menggambil gambar2 potrait, flash cap ayam yang murah untuk belajar cara penggunaan flash di tempat yang kurang cahaya, kemudian tripod kamera bagi penggunaan kamera mengambil gambar slow shutter speed, dan juga sebuah bag khusus untuk kamera.. Sesiapa yang meminati fotografi dan nak beli kamera DSLR kene fikir juga ye kos2 sampingan... hehehe..

Semoga barang2 ini aku dapat gunakan sebaiknya dalam pembelajaran dalam bidang fotografi ini. aku mengambil gambar hanya kerana suka dan hobi sahaja, bukan lah untuk menceburi secara serius, namun asas2 fotografi perlu juga tahu kalau tidak rugi lah ada kamera sedap tapi ambik gambar hancus sama je cam kamera biasa. huhu.. kalau nak tengok hasil2 gambar yang aku ambil boleh lah pergi ke flickr aku atau tgk je kat ruang sebelah kiri tu yang ada banyak gambar.. leh lah komen ape yang xkena.. kan ngah belajar, so mesti banyak kesilapann yang perlu dipelajari..

Aktiviti untuk minggu depan, insya Allah lepas setel urusan perpindahan pelajar perubatan, aku cadang nak ambil lesen motor dan kereta. Sebelum ni dah ambik dah lesen motor, tapi sebab visa mati kena tahan, ingat pas smabung visa leh ambik, tapi lain pulak jadinya sebab borang aku hilang, so terpaksa lah laluinya sekali lagi. xpe lah asalkan dapat lesen motor, so mudah lah untuk menunggang motor. kalau xde lesen susah sebab bawa dalam keadaan takut2 dengan polis. huhuhu... dan nak ambik juga lesen kereta, kot lah tahun akhir ni nak jalan sendiri kan ke tempat2 bersejarah, so boleh lah sewa je kereta dan drive sendiri, lagi pun lesen kereta kat sini murah je dalam L.E 150.

Lesen kat sini boleh diterjemahkan ke lesen Malaysia, bila balik nanti, kalau lesen kereta boleh terus dapat P, dan kalau motor dapat lesen penuh bagi B2.. kalau x silap lah, sebab ada kawan yang dah buat.. so kalau ada yang nak murah ambik lesen, baik wat kat sini, so tinggal terjemah je kat malaysia nanti. Lesen kat sini tempohnya panjang, macam lesen motor 5 tahun, lesen kereta pula 10 tahun, so x perlu risau nak sambung2 lesen. hehehe...

Lepas setel ambik lesen, maybe akan jalan2 sikit merehatkan minda sambil2 mengambil gambar2 keindahan alam ciptaan Allah ini. insya Allah, nanti hasil2nye akan aku kongsikan di flickr aku.. so jenguk2 lah ye...

ok lah sampai sini dulu updating blog dari aku, insya allah akan datang aku akan berkongsi kisah lain pula..

salam...

p/s : baca lah selalu isu2 semasa yang berlaku baik di dalam atau luar negara, kerana kalau kita tidak tau tentang isu semasa, kita akan rugi kerana tidak tau apa yang berlaku di sekitar kita yang kadang kala impaknya kita juga akan terkena... :D

Wednesday, May 26, 2010

Apabila Hampir Putus Asa...



salam..

Alhamdulillah.. beberapa hari sahaja lagi pelajar2 Malaysia yang berada di Mesir akan menghadapi peperiksaan akhir tahun, baik pelajar pengajian islam mahupun perubatan.. Dengan hampirnya exam.. kebanyakan pelajar sudah mula push untuk buat ulang kaji sebelum menghadapi peperiksaan. Ada yang mula stay up sampai pagi untuk mengulangkaji, tambahan pula di pra musim panas ini waktu malamnya pendek sahaja.. Oleh itu dihabiskan waktu malam untuk mengulangkaji pelajaran..

Ada pula yang membuat kumpulan2 kecil mahupun besar untuk belajar secara berkumpulan, ianya amat mudah kerana kita akan lebih faham apa yang kita baca, dan kalau tidak faham pun, boleh terus bertanya kepada kawan2 yang lebih memahami.. so jimat masa dan juga mengurangkan bebanan serta tensen bila study sorang diri dan tidak paham.. Sebahagian pelajar lagi lebih memilih belajar seorang diri untuk mendapatkan lebih fokus lagi.. Oleh itu mula lah bersendirian didalam bilik seperti orang yang bertapa.. Namun itu lah cara study yang dia selesa, jadi tidak menjadi masalah pun.. Bagaimana pun cara kita belajar tidak menjadi masalah, yang menjadi masalah kalau masih kurang kesedaran diri.. Exam dah dekat masih lagi tidak menyentuh buku, malas nak membaca dan lebih banyak menghabis kan masa seperti tidak akan menghadapi exam.. yang ini lagi bahaya.. semoga kita terhindar dari sifat ini hendaknya...

Ok.. back to topic.. yang panjang2 tu semua intro je, ada benda lain yang aku nak kongsikan kali ini kepada kita semua.. iaitu perasaan PUTUS ASA (FUTUR). Tidak kiralah ianya dari aspek pelajaran, kehidupan mahupun perjuangan. Kerana sifat putus asa ini amat bahaya, membuatkan kita hilang punca dan hidup tanpa arah tujuan. Malah ada yang sanggup melakukan tindakan gila akibat dari sifat putus asa ini iaitu dengan membunuh diri. Oleh yang demikian perasaan putus asa ini perlu kita hindari dan kalau kita dah mula rasa nak putus asa maka segeralah kita cari jalan bagaimana nak menghilangkan nya. Oleh itu aku kongsikan sikit cara bagaimana kita nak buang sikap putus asa ini atau bila kita rasa nak down je kita cari jalan untuk up kan balik diri kita ini..

Antara langkah2 yang boleh kita lakukan apabila kita rasa nak putus asa ialah :

1) Meminta nasihat dan pandangan dari orang yang dekat dengan kita, seperti keluarga, kawan2 dan sebagainya. Contoh : anda sedang mengusahakan sesuatu perniagaan, namun perniagaan anda ini terlalu banyak menghadapi masalah sehingga anda menjadi buntu dan tensen dengan tekanan yang anda lalui sehingga anda rasa mahu putus asa sahaja dari meneruskan perniagaan tersebut. Maka anda minta lah nasihat dari keluarga anda ataupun sahabat2 anda tentang apa cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Andai masih tiada jawapan, anda juga masih boleh berjumpa dengan consultant perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka. Sekiranya anda tidak putus asa dan terus mencuba dan berusaha, insya Allah akhirnya anda berjaya..

2) Meminta tolong dari orang yang lebih mengetahui. Contoh : anda rasa tertekan dalam pelajaran sebab anda tersilap mengambil jurusan dalam pelajaran, seperti anda tidak minat dengan jurusan bussiness, namun oleh kerana permohonan anda ke universiti yang dapat panggilan hanya dalam bidang perniagaan, maka anda cuba gagahi juga kaki melangkah dna mengambil bidang itu. Setelah beberapa bulan study, anda mula rase sukar untuk memahami term2 yang anda pelajari, dan anda mula terasa jurusan ini begitu sukar dan membuatkan anda hampir2 putus asa. Maka carilah rakan2 yang satu kos dengan anda untuk bertanya kepada mereka tentang term2 yang anda tidak faham, dan boleh juga study bersama2 mereka untuk memudahkan lagi anda memahami apa yang anda pelajari. Bila sudah belajar bersama2 sudah pasti bila anda tidak faham anda akan terus bertanya dan boleh discuss jawapan nya sama2.. Jika anda buang sikap putus asa anda, insya Allah anda akan berjaya...

3) Mengingati kembali sesuatu yang boleh membuat anda bersemangat semula.. contoh : kalau dalam pelajaran, terasa malas nak study dan lebih suka bermain. Cuba anda fikir kembali keadaan keluarga anda, ingat balik pesanan-pesanan mereka dan apa harapan mereka kepada anda. Maka anda akan tersedar dari kelekaan anda dan akan mula untuk cube study kembali.. Kalau dalam rumah tangga pula, oleh kerana selalu bergaduh antara suami isteri, anda mula terasa bahawa kehidupan anda sudah tidak boleh membawa kebahagiaan lagi dan perceraian adalah yang terbaik.. Anda hampir putus asa terhadap masjid yang sudah sekian lama anda bina dan ingin runtuhkannya. Cuba anda kenang kembali saat2 manis perkenalan anda dengan dia, saat2 percintaan anda dengan dia, saat bahagia anda di awal2 membina rumah tangga, anda cuba kenang dan ingat kembali pengorabanan yang telah dia lakukan untuk anda selama ini. insya Allah anda akan sedar bahawa banyak dia telah bekorban untuk anda sekeluarga dan mungkin anda akan batalkan niat untuk bercerai.

4) mendengarkan motivasi dan juga menghadirkan diri ke kem2 bina semangat. Contoh : hubungan anda dengan pakerja2 di syarikat anda menjadi kian renggang dan lebih suka membuat hal masing2 serta kurang dalam sudut team work yang baik. Masing2 lebih suke membuat kerja masing dan tidak mahu menolong akan rakan sekerja yang lain. Maka organize lah sebuah kem motivasi untuk diri anda dan rakan2 sekerja. Insya Allah dengan adanya ceramah2 kesedaran, dan banyaknya aktiviti2 yang melibatkan kumpulan antara anda dan pekerja lain, maka sedikit sebanyak apa yang renggang itu akan dapat dijalinkan semula dan hubungan kalian menjadi akrab seperti dahulu.

5) Melihat2 sesuatu yang dapat membangkitkan semangat.. contoh : anda seorang pendakwah atau aktivis sesuatu gerakan islam. Kebelakangan ini anda terasa begitu berat untuk melakukan tugasan yang di berikan oleh kepimpinan. Mungkin anda sudah merasa letih kerana sudah lama duduk dalam perjuangan sedangkan tugasan dan dugaan tidak pernah berkurangan malah semakin hebat datang menguji anda. Anda pun mula merasa sedikit hampir putus asa dalam diri anda. Maka lihat lah tokoh2 aktivis dakwah yang mengabdikan diri mereka dalam gerakan dakwah dan islam, cuba anda ambil beberapa hari cuti dan dampingilah mereka2 ini, insya allah anda akan sedar, bahawa kehidupan sebagai seorang pejuang dan aktivis gerakan islam memang banyak cubaan dan dugaan nya maka jalani lah tugasan dan perjuangan anda itu dengan sebab faham bukan atas dasar semangat, kerana semangat sudah pasti akan hilang namun kefahaman itu tetap jitu dalam diri anda..

itulah sahaja yang mampu aku berikan dalam perkongsian kali ini.. maka apabila anda rasa ingin putus asa, cari lah sumber2 yang boleh menaik kan kembali jati diri anda, keimanan anda dan sebagainya. Yang penting sekali ialah sifat sabar dan cekal.. kerana kalau anda tidak ada sikap sabar dan cekap sudah pasti anda akan mudah PUTUS ASA terhadap apa yang anda lakukan...

salam imtihan..