Wednesday, May 26, 2010

Apabila Hampir Putus Asa...



salam..

Alhamdulillah.. beberapa hari sahaja lagi pelajar2 Malaysia yang berada di Mesir akan menghadapi peperiksaan akhir tahun, baik pelajar pengajian islam mahupun perubatan.. Dengan hampirnya exam.. kebanyakan pelajar sudah mula push untuk buat ulang kaji sebelum menghadapi peperiksaan. Ada yang mula stay up sampai pagi untuk mengulangkaji, tambahan pula di pra musim panas ini waktu malamnya pendek sahaja.. Oleh itu dihabiskan waktu malam untuk mengulangkaji pelajaran..

Ada pula yang membuat kumpulan2 kecil mahupun besar untuk belajar secara berkumpulan, ianya amat mudah kerana kita akan lebih faham apa yang kita baca, dan kalau tidak faham pun, boleh terus bertanya kepada kawan2 yang lebih memahami.. so jimat masa dan juga mengurangkan bebanan serta tensen bila study sorang diri dan tidak paham.. Sebahagian pelajar lagi lebih memilih belajar seorang diri untuk mendapatkan lebih fokus lagi.. Oleh itu mula lah bersendirian didalam bilik seperti orang yang bertapa.. Namun itu lah cara study yang dia selesa, jadi tidak menjadi masalah pun.. Bagaimana pun cara kita belajar tidak menjadi masalah, yang menjadi masalah kalau masih kurang kesedaran diri.. Exam dah dekat masih lagi tidak menyentuh buku, malas nak membaca dan lebih banyak menghabis kan masa seperti tidak akan menghadapi exam.. yang ini lagi bahaya.. semoga kita terhindar dari sifat ini hendaknya...

Ok.. back to topic.. yang panjang2 tu semua intro je, ada benda lain yang aku nak kongsikan kali ini kepada kita semua.. iaitu perasaan PUTUS ASA (FUTUR). Tidak kiralah ianya dari aspek pelajaran, kehidupan mahupun perjuangan. Kerana sifat putus asa ini amat bahaya, membuatkan kita hilang punca dan hidup tanpa arah tujuan. Malah ada yang sanggup melakukan tindakan gila akibat dari sifat putus asa ini iaitu dengan membunuh diri. Oleh yang demikian perasaan putus asa ini perlu kita hindari dan kalau kita dah mula rasa nak putus asa maka segeralah kita cari jalan bagaimana nak menghilangkan nya. Oleh itu aku kongsikan sikit cara bagaimana kita nak buang sikap putus asa ini atau bila kita rasa nak down je kita cari jalan untuk up kan balik diri kita ini..

Antara langkah2 yang boleh kita lakukan apabila kita rasa nak putus asa ialah :

1) Meminta nasihat dan pandangan dari orang yang dekat dengan kita, seperti keluarga, kawan2 dan sebagainya. Contoh : anda sedang mengusahakan sesuatu perniagaan, namun perniagaan anda ini terlalu banyak menghadapi masalah sehingga anda menjadi buntu dan tensen dengan tekanan yang anda lalui sehingga anda rasa mahu putus asa sahaja dari meneruskan perniagaan tersebut. Maka anda minta lah nasihat dari keluarga anda ataupun sahabat2 anda tentang apa cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Andai masih tiada jawapan, anda juga masih boleh berjumpa dengan consultant perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka. Sekiranya anda tidak putus asa dan terus mencuba dan berusaha, insya Allah akhirnya anda berjaya..

2) Meminta tolong dari orang yang lebih mengetahui. Contoh : anda rasa tertekan dalam pelajaran sebab anda tersilap mengambil jurusan dalam pelajaran, seperti anda tidak minat dengan jurusan bussiness, namun oleh kerana permohonan anda ke universiti yang dapat panggilan hanya dalam bidang perniagaan, maka anda cuba gagahi juga kaki melangkah dna mengambil bidang itu. Setelah beberapa bulan study, anda mula rase sukar untuk memahami term2 yang anda pelajari, dan anda mula terasa jurusan ini begitu sukar dan membuatkan anda hampir2 putus asa. Maka carilah rakan2 yang satu kos dengan anda untuk bertanya kepada mereka tentang term2 yang anda tidak faham, dan boleh juga study bersama2 mereka untuk memudahkan lagi anda memahami apa yang anda pelajari. Bila sudah belajar bersama2 sudah pasti bila anda tidak faham anda akan terus bertanya dan boleh discuss jawapan nya sama2.. Jika anda buang sikap putus asa anda, insya Allah anda akan berjaya...

3) Mengingati kembali sesuatu yang boleh membuat anda bersemangat semula.. contoh : kalau dalam pelajaran, terasa malas nak study dan lebih suka bermain. Cuba anda fikir kembali keadaan keluarga anda, ingat balik pesanan-pesanan mereka dan apa harapan mereka kepada anda. Maka anda akan tersedar dari kelekaan anda dan akan mula untuk cube study kembali.. Kalau dalam rumah tangga pula, oleh kerana selalu bergaduh antara suami isteri, anda mula terasa bahawa kehidupan anda sudah tidak boleh membawa kebahagiaan lagi dan perceraian adalah yang terbaik.. Anda hampir putus asa terhadap masjid yang sudah sekian lama anda bina dan ingin runtuhkannya. Cuba anda kenang kembali saat2 manis perkenalan anda dengan dia, saat2 percintaan anda dengan dia, saat bahagia anda di awal2 membina rumah tangga, anda cuba kenang dan ingat kembali pengorabanan yang telah dia lakukan untuk anda selama ini. insya Allah anda akan sedar bahawa banyak dia telah bekorban untuk anda sekeluarga dan mungkin anda akan batalkan niat untuk bercerai.

4) mendengarkan motivasi dan juga menghadirkan diri ke kem2 bina semangat. Contoh : hubungan anda dengan pakerja2 di syarikat anda menjadi kian renggang dan lebih suka membuat hal masing2 serta kurang dalam sudut team work yang baik. Masing2 lebih suke membuat kerja masing dan tidak mahu menolong akan rakan sekerja yang lain. Maka organize lah sebuah kem motivasi untuk diri anda dan rakan2 sekerja. Insya Allah dengan adanya ceramah2 kesedaran, dan banyaknya aktiviti2 yang melibatkan kumpulan antara anda dan pekerja lain, maka sedikit sebanyak apa yang renggang itu akan dapat dijalinkan semula dan hubungan kalian menjadi akrab seperti dahulu.

5) Melihat2 sesuatu yang dapat membangkitkan semangat.. contoh : anda seorang pendakwah atau aktivis sesuatu gerakan islam. Kebelakangan ini anda terasa begitu berat untuk melakukan tugasan yang di berikan oleh kepimpinan. Mungkin anda sudah merasa letih kerana sudah lama duduk dalam perjuangan sedangkan tugasan dan dugaan tidak pernah berkurangan malah semakin hebat datang menguji anda. Anda pun mula merasa sedikit hampir putus asa dalam diri anda. Maka lihat lah tokoh2 aktivis dakwah yang mengabdikan diri mereka dalam gerakan dakwah dan islam, cuba anda ambil beberapa hari cuti dan dampingilah mereka2 ini, insya allah anda akan sedar, bahawa kehidupan sebagai seorang pejuang dan aktivis gerakan islam memang banyak cubaan dan dugaan nya maka jalani lah tugasan dan perjuangan anda itu dengan sebab faham bukan atas dasar semangat, kerana semangat sudah pasti akan hilang namun kefahaman itu tetap jitu dalam diri anda..

itulah sahaja yang mampu aku berikan dalam perkongsian kali ini.. maka apabila anda rasa ingin putus asa, cari lah sumber2 yang boleh menaik kan kembali jati diri anda, keimanan anda dan sebagainya. Yang penting sekali ialah sifat sabar dan cekal.. kerana kalau anda tidak ada sikap sabar dan cekap sudah pasti anda akan mudah PUTUS ASA terhadap apa yang anda lakukan...

salam imtihan..

No comments: