Friday, April 15, 2011

cikgu makin stress apabila dibuli

Salam…

“cikgu,boleh tak gantikan saya jadi urusetia sukan, saya sibuk ngan anak-anak lah, xboleh nak wat keje”.. “alaaa… suruh je lah cikgu baru tu wat tugas tu,akak kan da lama kat sini malas la nak terlibat ngan program-program mcm tu”.. itu antara kata-kata yang biasa akan kedengaran apabila seseorang cikgu baru bertugas disesebuah sekolah. Yang mana akhirnya cikgu baru tu la yang akan jadi orang paling sibuk di sekolah, pelbagai jawatan dan keje luar yang terpaksa dia buat dek kerana senior-senior mereka xmahu buat kerja.

Boleh ke buat macam tu?? Yang mana akhirnya tugasa-tugas tersebut hanya dipikul oleh seorang guru baru. Ye lah, sebagai guru baru kan, mesti segan untuk mengatakan “tidak” apabila di suruh melakukan sesuatu. Kadang-kadang benda seperti ini lah yang membuatkan motivasi cikgu baru jadi menurun, dek kerana terlalu banyak tugasan nak kene buat dan akhirnya proses PNP pun kadang kala terganggu.

Kenapa aku bukak topik pasal isu ini, sebab aku ada seorang kawan yang baru posting sebagai cikgu di sebuah sekolah di sabah. Yang mana dia selalu diberi tugasan-tugasan luaran dan diminta menjadi AJK program-program luar sekolah yang membuatkan proses PNP dia dengan anak murid pun jadi agak kurang lancar. Biasa lah orang baru tak akan cakap tidak punya bila sudah diberikan arahan atau di minta pertolongan. Akhirnya sampai sakit dibuatnya kawan tu sebab letih memikirkan tugasan yg berlambak-lambak menanti dia.

Kepada cikgu-cikgu semua, tak kira lah yang senior ke junior ke.. andai di minta untuk melaksanakan tugasan jangan la kita sering memberi alas an untuk melarikan diri sehingga tugasan tersebut terpaksa dilaksanakan oleh seorang sahaja cikgu. Lain la kalau benar-benar x boleh x mengapa menolak, ini setiap kali suruh wat keje ade je alasan pastu kalau diberi arahan agak liat nak laksanakan tugasan. Mana boleh macam tu, sepatutnya cikgu-cikgu senior ini lah yang kena tunjuk kan contoh yang baik kepada cikgu-cikgu baru. Bukan dok buli suh mereka yang uat suma tugasan.

Seorang penjawat awam yang baik, xkiralah di sektor apa pun, dia akan bersikap ringan tulang dan cube melaksanakan tugasan dengan baik, bukan memberi alasan setiap kali diberikan tugasan, apa salahnya kalau sama-sama wat keje kan lebih mudah, bak kata pepatah “ berat sama di pikul, ringan sama di jinjing”. Sekurang-kurangnya xde lah terbeban sangat cikgu baru tu nak kene buat pelbagai tugasan. Satu tugasan kalau buat sama-sama akan jadi mudah, apatah lagi kalau ianya banyak tugasan. Kalau sorang sahaja yang buat maka ianya akan jadi lambat dan membebankan orang sahaja.

Akhir kata dari aku.. tak takut ke ditanya di akhirat kelak kenapa lari dari tanggung jawab, dan hanya menyerahkan tugasan kepada orang lain.. ha time tu menjawab lah kamu atas amanah yang diberikan kepada kamu namun sering kamu tolak dan abaikan…

Penulis : rupa-rupanya bukan murid je yang kene buli,cikgu pun ada juga yang kene buli ye… adesss… cam mana nak bagi contoh yang baik ni…

No comments: