Wednesday, April 23, 2008

Wahai Pejuang

Wahai pejuang,

Dirimu sentisa gagah di saf hadapan,
Setiap kali dalam pertempuran,
Mindamu begitu mapan,
Sehingga kau tidak pernah berundur ke belakang.

Wahai pejuang,

Kau sanggup korbankan nyawa di badan,
Bahkan harta yang dikumpulkan,
Kerana yakin dengan kalam Tuhan,
Kelak pasti akan mendapat ganjaran.

Wahai pejuang,

Siang kau ibarat singa yang garang,
Membuatkan musuh menjadi ketakutan,
Malam kau umpama abid yang kerinduan,
Qiamullail menjadi satu kemestian.

Wahai pejuang,

Bukan kau yang mejadi pencetus gerakan,
Bukan jua yang menerima manisnya kejayaan,
Tapi kaulah mata rantai perjuangan,
Penyambung ke generasi akan datang.

Wahai pejuang,

Teruskanlah langkahmu mara ke hadapan,
Jangan sekali pandang ke belakang,
Walau syahid ataupun menang,
Dirimu pasti akan di kenang.

SIAPAKAH pejuang itu???
adakah hanya golongan agamawan??,
semua orang boleh menjadi pejuang,
berjuang menegakkan kebenaran,
menentang segala kemungkaran dan kezaliman,
sehingga islam menjadi pegangan,
menjadi rahmat di seluruh alam.

Sebagaimana firman Tuhan,
serulah kepada kebajikan,
tegahlah segala kemungkaran,
kerana ANDA lah KHALIFAH yang dimaksudkan,
sebagai pemimpin seluruh alam.

sekadar renungan dariku untukmu.

Monday, April 21, 2008

Jaulah Makam Auliya' Di Kota Kaherah



Salam...

Lama jugak aku tak update blog aku ni, sampai dah berhabuk dan berdebu dah.. :) so nak kene "clean" kan dulu biar nampak bersih dan bersinar seperti baru. hehehe.. leh ke bersihkan blog?? kalau nak bersihkan kenelah delete sumenye biar nampak bersih je macam baru(awas jangan buat aksi ini kerana segala isi dalam blog anda akan hilang).

Bukan aku tak mahu update, tapi setiap kali aku mula menaip ada sahaja yang bermain di minda aku sehingga berat rasanya untuk terus menaip sehingga menjadi satu cerita. Banyak cerita-cerita yang hanya menjadi "draft" kerana ianya tidak sempurna untuk di keluarkan sebagai tatapan korang semua.

Tak apa lah, nanti kalau ada idea yang menarik akan aku sudahi semua cerita-cerita separuh jalan tersebut agar boleh menjadi bahan bacaan untuk anda semua. kali ini aku nak cerita sedikit aktivitiku pada minggu lepas.

Jaulah Makam Auliya'

pada hari Jumaat 18/4/08 pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT)telah menganjurkan sebuah program Jaulah Makam Auliya' di sekitar kota Kaherah. Aku merupakan satu antara 150 orang yang mengikuti jaulah tersebut.

kami bertolak jam 8 pagi dari Tanta dengan 4 buah bas mini dan juga sebuah van. aku memilih untuk menaiki van kerana sedikit sebanyak boleh membantu unit masakan yang menaiki van tersebut. 4 buah bas mini tersebut jalan dahulu menuju ke Masjid Zainab dan menziarahi dua makam di situ, namun van yang aku naiki dan 8 orang lainnya pula menuju ke hayyu sabie' untuk mengambil kuih untuk makan petang peserta yang kami tempah dengan siswa kaherah. Selepas ambil kuih untuk makan petang, kami pun bertolak ke Masjid Sultan Hassan untuk bertemu dengan rombongan dan sekaligus menunaikan solat jumaat disitu.

Yang melucukan hati aku ialah, pemandu van yang kami naiki itu tidak tahu jalan disekitar Kaherah, membuatkan kami terpaksa bertanyakan arah jalan dengan pemandu ataupun orang awam di situ untuk pergi ke Masjid yang menjadi tempat pertemuan kami dengan rombongan. Alhamdulillah walaupun agak sukar dalam perjalanan namun kami selamat sampai sejam lebih awal sebelum masuk waktu jumaat, kesempatan itu kami ambil untuk mengambil gambar kenangan dan juga melihat kawasan sekitar sebelum masuk ke masjid untuk beri'tikaf.

Seusai solat jumaat, kami berehat sebentar dan menziarahi makam sultan Farouk dan keluarganya di masjid sebelah, juga terdapat sebuah makam raja Iran disitu. seusai ziarah kami pun makan tengah hari disitu sebelum meneruskan perjalanan ke masjid Ali Zainal Abidin. Di masjid ini kami menziarahi makam cicit Rasulullah S.A.W yaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi thalib. Namun menurut musyrif yang membawa kami, yang ada disitu hanya kepala saidina Zaid kerana badannya di kebumikan di Karbala.

Kemudian dari situ kami menuju ke Masjid Imam Syafie yang terdapat makam Imam Syafie dan juga Syiekh Zakaria Al-Ansori, kemudian terus menuju ke makam guru imam Syafie iaitu Imam Waqi' sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan perkuburan Aliya' Allah lainya di kaki gunung (lupa lak nama gunung tu). Seusai ziarah makan Auliya' sekiotar kaki gunung kami pun bertolak pulang ke Tanta seusai solat maghrib. Dan selamat sampai ke tanta sekitar jam 10 malam.

Apabila sampai sahaja ke rumah, semua ahli bait yang juga turut menyertai jaulah terus tidur kerana keletihan seharian berjalan. itu sahaja coretan ku pada kali ini.. hehehe nanti aku masukkan cerita "jalan-jalan ke alex" kalau ada masa.

wassalam...

Friday, April 18, 2008

Puisi Sang Perindu

Setiap hari yang berlalu,
Tidak seperti yang kita jangka kan,
Ada kalanya cerah,
Ada kalanya mendung.

Setiap kali mata terbuka dari lena yang panjang,
Hanya wajahmu yang mule tergambar,
Setiap kali minda mula berputar,
Hanya dirimu yang ku fikirkan,
Ku rasakan dirimu terlalu hampir dengan diriku.

Setiap hari ku terus begini,
Tak kira cerah tak kira mendung,
Berada dalam satu destinasi "PENANTIAN",
Ku menanti dan terus menanti,
Agar harapan dirimu akan datang,
Bilakah penantian ini akan berakhir...

oleh : Hawa_1619

Wednesday, April 9, 2008

Main Teka-Teki



Salam..

ermm.. boringnye hari ini, tak tau nak wat apa. Sepatutnya aku dah kene rancak wat ulang kaji dan baca buku sebab lebih kurang sebulan sahaja lagi aku akan menghadapi final exam untuk tahun ni. Tapi leh wat selambe je, hehe.. aku ni memang jenis last minute study punye orang, kalau sebulan tu memang tak panas lagi enjin untuk study, lagi seminggu nak exam baru kelam kabut nak wat ulang kaji dan wat nota untuk ezam.

Untuk menghilangkan keboringan ini, apa kata kita main teka-teki, aku akan bagi 5 teka-teki, kalau korang tahu apa jawapan dia.. jawap lah.. kalau tau leh cube jawab gak, sebab tak kene potong markah pun kalau salah.. hehehee :) jangan risau jawapan bagi setiap soalan adalah berdasarkan perkara yang lojik bukan merapu.

ni dia teka-teki nya :

1) Bila sebut sekali dia jauh atau tinggi, bila sebut dua kali dia jadi dekat ngan kita ??

2) Berbaju putih tetpi bukan nurse @ doktor, bertopi hitam tapi bukan askar, ada ekor tapi bukan binatang ??

3) Berkaitan huruf jawi : apa huruf yang paling jauh ?? huruf yang paling tinggi ?? 2 huruf yang paling panas ??

4) Bila di ikat dia berjalan, bila di buka dia berhenti ??

5) Banyak2 tali, tali apa yang tak boleh di ikat???

Jawapan anda ???

semoga berjaya...