Thursday, June 11, 2009

Kemalangan Pelajar Perubatan Cairo

gambar hiasan

salam...

semalam aku telah mendapat ofline mesej dari kawan2 di mesir dan diberitahu bahawa telah berlaku kemalangan terhadap 5 pelajar perubatan kaherah yang mengakibatkan seorang meninggal ditempat kejadian iaitu Muhammad Ammar Bin Zulkifli, 2 lagi koma dan 2 lagi cedera ringan.. Al fatihah di ucapkan kepada arwah, semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang soleh..

berikut adalah berita lanjut mengenai kejadian...

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

sumber : perubatan.org

1 comment:

haziratul_abdrazak said...

Assalamualaikum..
salam takziah buat keluarga dan teman2 allahyarham.. Bersabarlah dengan ujian, Ingatlah, Semakin besar ujian yang diberi kepada seseorang, sebenarnya...semakin tinggi darjat yang ingin Allah kurniakan buat hambanya.. Jadilah hambaNya yang redha dengan ujianNya.